7 Julai 2026 | Hai Baby Rayfaa Aqeela

 Assalamualaikum dan hai semua 

7 Julai 2026 | Hai Baby Rayfaa Aqeela

Sambungan dari cerita si Rania dah jadi kakak .. Seperti yang sedia maklum dalam entri sebelum ni , 5 Julai 2026 Mama Rania dah selamat bersalin baby girl .. alhamdulillah Mama Rania dan dikbaby pun sihat . So petang 6 Julai baru boleh discharge settle urusan semua kan .. hari ketiga, memandangkan CCL offday , Mama Rania pun dah boleh balik rumah, so CCL ke rumah Mama Rania .. 


Gambar hari ketiga dikbaby .. snap gambar ni hantar dekat Mak dan adik CCL, masa ni diorang masih di Tanah Suci .. Entri Mak dan Adik CCL tunai umrah ke tanah suci belum buat lagi .. one by one ehh .. muka dikbaby kena letak sticker jap ..hehee.lepas beberapa bulan CCL reveal muka dikbaby ya .. 


Rayfaa Aqeela nama yang diberi . Membawa maksud  penyayang, baik hati & yang terbaik 

Semoga dikbaby Rayfaa Aqeela diberikan kesihatan yang baik, moga menjadi anak solehah yang cerdik pandai dan tak banyak meragam .. aamiin



9 Comments

  1. Assalamualaikum baby Rayfa... Sedap namanya

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah kedua-duanya sihat dan berpantang di rumah. Sedap nama baby dan maksud yang baik.

    BalasPadam
  3. Ya allah geraammm... mcm terbau² babu haruman bedak baby.. semoga mama n baby sihat² je ye

    BalasPadam
  4. selamat hadir kedunia baby rayfaa. semoga dipermudahkan segala urusannya. comel je tidur dalam swaddle..

    BalasPadam
  5. Sedapnyaa nama, Rayfaa Aqeela. Semoga membesar jadi anak solehah. Kepada mama Rania, selamat berpantang. 💝

    BalasPadam
  6. Indah sungguh nama Rayfaa Aqeela, maksudnya pun sangat baik dan mendalam. Semoga baby membesar dengan sihat, menjadi anak solehah yang cerdik, dan menyenangkan hati kedua ibu bapanya. Selamat berpantang buat Mama Rania..

    BalasPadam
  7. Sedap namanya. Bestnya ada baby tapi tu la malas nak melalui fasa berjaga malam 😅

    BalasPadam
  8. Dah lamaaaa tak pegang anak bayi 😄. Teman2 dan sepupu pun dah banyak yg besar anaknya, jadi tak mungkin berharap lihat anak bayi dari mereka 🤭.

    Semoga baby Rayfaa tumbuh membesar menjadi anak yg Sholeha, pandai, dan berhati lembut yaa 🤗🤗. Sehat2 selalu dik ❤️

    BalasPadam
  9. Comelnya nama Baby Rayfaa Aqeela! Semoga membesar jadi anak yang solehah, sihat dan penyeri kebahagiaan keluarga.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan