Assalamualaikum dan hai semua
Tumbler Thermos 3 in 1 Actually CCL dapat tumbler thermos 3 in 1 ni masa annual dinner tahun lepas. Boleh dikatakan koleksi tumbler CCL sekarang dah hampir 10 biji juga la..Disebabkan banyak sangat koleksi yang ada, tumbler thermos ni baru sekarang CCL berkesempatan nak guna..
Kalau korang tengah mencari doorgift atau hadiah bajet yang berguna, CCL rasa tumbler thermos 3 in 1 ni antara pilihan yang menarik. Harga pun berpatutan, kebanyakannya bawah RM10 sahaja. Yang bestnya, tak perlu pening kepala nak cari kotak atau balut hadiah sebab ia memang datang sekali dengan kotak siap boleh dijadikan hand carry. Memang jimat masa dan kos.
Apa yang menarik, bila beli tumbler thermos ni uguys bukan dapat satu tumbler sahaja. Dalam satu set siap ada 3 cawan kecil yang comel..Dari segi spesifikasi pula, kapasiti tumbler ni adalah 500ml dan diperbuat daripada stainless steel. Ringan, mudah dibawa dan nampak kemas.
CCL dah cuba sendiri untuk minuman panas dan memang berpuas hati.. Air panas masih kekal panas sehingga lebih kurang 8 jam. Selepas tempoh tersebut, air masih lagi suam dan selesa untuk diminum. Bagi CCL, ketahanan suhu macam ni memang cukup baik untuk kegunaan harian.
Secara keseluruhannya, tumbler thermos 3 in 1 ni memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Sesuai dijadikan doorgift, hadiah, ataupun untuk kegunaan sendiri.





13 Comments
Lebih kurang 8 jam tu lama juga. Thermos pun cantik kaler. Siap ada 2 cawan.
BalasPadamBaru ni kat shopee ada offer akak beli untuk hadiah kawan
BalasPadamComel, suka juga tau...sebab siap ada cawan...
BalasPadam8 jam tu lama ye..x yah bangun pi Pantry bancuh air lagi...menarik ni...
BalasPadamMY pun ada satu termos 3 in 1 ni.. hadiah pemberian roommate zaman student dulu
BalasPadamAda bau plastic x...kadang2 ada thermos yg bau plastic...
BalasPadamWahhh..Menarik ni..mmg bleh beli kalau dah trbukti elok =D
BalasPadamYang boleh engrave name tu mahal sikit. Ok la tu 8jam lama jugak sekali bancuh boleh minum sampai petang. Untuk picnc sesuai sangat ni.
BalasPadamDapat special door gift ni masa wedding anak kawan. Tapi untuk small group kami saja yang dapat.
BalasPadamsesuai nak bawa bekal kan CCL :)
BalasPadamIni miriiip sangat dengan thermos yg dibagi untuk guru anak saya tahun lalu. Memang bergunalah, apalagi bagi yg suka membawa minuman panas
BalasPadamSiap ada cawan. Macam boleh bawa camping.
BalasPadamYg ada cawan nie best kalau bawa picnic atau camping
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan