Assalamualaikum dan hai semua
Shopee Watch & Earn | Kumpul 5,360 Coins Dalam salah satu entri yang dikongsikan, Cuya ada bercerita tentang cara mengumpul dan withdraw Shopee Coins. Dari situlah CCL baru tahu sebenarnya Shopee Coins ini ada beberapa bahagian untuk kita claim.
Bahagian pertama ialah coins yang boleh diperoleh melalui check-in harian. Walaupun jumlahnya tak banyak, kalau boleh konsisten setiap hari memang akan bertambah jugak kan. Selain itu, bila uguys beli barang dan tinggalkan review berserta gambar atau video pendek, uguys juga boleh dapat coins tambahan sebagai ganjaran...
Bahagian kedua pula ialah melalui ruangan Watch & Earn. Uguys hanya perlu menonton video atau live seller dalam Shopee selama beberapa minit untuk mendapatkan coins. Haaa... di sinilah kebanyakan coins CCL terkumpul! Selama ini memang rajin juga layan live seller, tetapi langsung tak tahu yang coins tersebut perlu di-withdraw terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.
Lepas tahu cara withdraw, memang CCL terus claim tanpa berlengah. Rupanya jumlah maksimum yang boleh di-withdraw ialah 1,000 coins sehari. Jadi proses withdraw perlu dibuat secara berperingkat kalau coins yang terkumpul sudah banyak.
Alhamdulillah, hasil daripada membaca perkongsian Cuya tu.. CCL dah 5 kali withdraw coins tersebut.. bersamaan 5,000 coins atau RM50. Memang seronok laa dapat guna coins tue untuk kurangkan jumlah pembayaran semasa checkout barang di Shopee.
Sekarang masih ada baki beberapa ratus coins lagi dalam simpanan. CCL tengah kumpul bagi cukup 1,000 coins.. sikit-sikit lama-lama jadi banyak juga kan?
Ada tak korang yang rajin kumpul Shopee Coins ?






10 Comments
Tu la sama gak tau yg pertama daily tu je hahaah
BalasPadamWahhh banyaknya tu boleh shopping.
BalasPadamBanyak tu RM50 👏🏽
BalasPadamSaya jarang pakai shoppee 😅😅. Sesekali pakai, tp tak selalu. Krn di sini ada market place lokal Tokopedia. Dan saya lebih suka shopping di sana. Kecuali barangnya tak ada di Tokopedia, barulah saya buka shopee.itu sebabnya jarang memang klaim coin dan sebagainya
BalasPadamBanyakkkk. Wuuu, boleh supinggg 😆
BalasPadamAkak kumpul coin yang kena siram pokok tu. Yang tonton video tu kadang ingat kadang lupa nak kutip coin.
BalasPadamKak SA la tu...suka sangat sebab membantu masa check out...
BalasPadamsy rajin kumpul coins ni
BalasPadamWah CCL keluarkan sampai 1000 syiling. Banyak juga syiling yang CCL dah kumpulkan.
BalasPadamSy pun kumpul coins juga setiap hari cuma taklah byak... ramai juga yg tak tau pasal shopee coins nie... husband pun baru tau juga ... byak boleh jimat kumpul coins
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan