Assalamualaikum dan hai semua
Selamat Hari Pekerja 2026 | Pekerja MADANI Kesuma Bangsa Hari ni, tanggal 1 Mei 2026.. CCL nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja di luar sana . So… hari ni macam mana? Ada yang cuti? Atau ada yang masih on duty? CCL alhamdulillah tahun ni tetap on duty ..so dapat laa triple pay . Alhamdulillah rezeki dapat la tampung sikit-sikit walaupun pengeluaran banyak untuk digunakan .
Tema tahun ni sempena hari pekerja pun bukan biasa-biasa:
“Pekerja MADANI Kesuma Bangsa” ..bunyi dia macam penuh semangat, sesuai sangat dengan realiti dunia kerja sekarang yang makin mencabar tapi penuh peluang..
Kalau fikir balik, Hari Pekerja ni bukan sekadar cuti umum tapi sebenarnya satu hari untuk hargai usaha semua orang yang bekerja keras tak kira lah kerja pejabat, kerja sendiri, bisnes kecil-kecilan, rider, freelancer… semua ada peranan masing-masing kan ..
Menarik juga bila baca sikit sejarah rupanya bermula dari perjuangan pekerja dulu-dulu yang nakkan hak asas macam waktu kerja yang adil dan kebajikan. Di Malaysia pula, dah lama diiktiraf sejak tahun 1972. Lama tu, tapi relevan sampai sekarang.
Sekarang ni pula, dunia kerja dah berubah banyak..Ekonomi gig makin berkembang . Teknologi makin laju, Kerja pun makin fleksibel ..kadang sampai blur nak bezakan kerja dengan rehat .. Tapi dalam semua perubahan tu, satu benda tetap sama nilai seorang pekerja tetap penting dalam bangunkan negara.
Selamat Hari Pekerja semua!


12 Comments
Selamat hari pekerja!
BalasPadamAlhamdulilah masyukkk ni kerja time harini, untung lagi kerja dapat juga gaji lebih
Selamat hari pekerja CPL
BalasPadamSelamat hari pekerja.... Betul.. tak kira apapun jenis pekerjaan semuanya ada peranan dan tanggungjawab masing2
BalasPadamSelamat hari pekerja
BalasPadamSelamat Hari Pekerja 2026.
BalasPadamGiveaway Kerajaan Kelapa 2.0 kembali lagi!
BalasPadamSemua warga Kelapa Bersekutu dijemput untuk memeriahkan lagi majlis beta!
Jumpa tuan hamba di sana!
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2026/04/giveaway-kerajaan-kelapa-20.html?m=1
Selamat Hari Pekerja buat CCL dan seluruh warga kerja
BalasPadamkerja di hari public holiday memang best giler masyuk..tak dabel mesti triple kan...
BalasPadamSelamat Hari Pekerja juga.... ☺️👌🏻
BalasPadammenarik tagline dan pengertian di sebaliknya tapi malaysia tetap belum boleh dapat gaji bermaruah walaupun kita menyumbang banyak benda kepada pekerjaan. kesian kepada yang terkesan dengan AI tapi tu lah, lumrah alam yang pahit nak ditelan.
BalasPadamSelamat Hari Pekerja (belated) 🥰
BalasPadamHari pekerja kemarin saya dan uncle gedek + aunty berlibur ke bandung 😄. Ramai sangat, Krn cuti umum kan. Tapi bersyukur juga bisa berlibur bersama
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan