Ohana Kitchen, Gerai MPK corner | Nasi Goreng Tomyam

 Assalamualaikum dan hai semua

Ohana Kitchen, Gerai MPK corner | Nasi Goreng Tomyam Kerja-kerja juga, tapi dalam sibuk tu kena jugak curi masa kejap untuk rehat,makan . Menu makan malam hari ni simple iaitu nasi goreng tomyam..


nasi goreng tomyam, resepi nasi goreng tomyam , nasi goreng tomyam viral, ohana Kitchen

First time cuba nasi goreng tomyam ni . Ya Allah sedap betul sampai rasa macam nak order lagi sebungkus  ..macam tak puas makan . Tapi biasalah sebelum makan dah baca bismillah,tapi tak rasa betul-betul kenyang ..sebab lapar sangat ke sebab nasi goreng tomyam ni terlalu sedap ehh ..

Yang bestnya nasi goreng ni memang rasa tomyam dia cukup padu . Bau daun limau purut dengan serai tu memang naik selera betul . Dalam tu pun ada macam-macam seafood dan lauk..ayam, sotong dengan udang . Memang cukup rasa semuanya, pedas dia ngam-ngam, tak terlebih tak terkurang ..


nasi goreng tomyam, resepi nasi goreng tomyam , nasi goreng tomyam viral, ohana Kitchen

Macam biasa CCL order guna Grab . Harga nasi goreng tomyam RM9.90 je, delivery pulak 50 sen . Memang berbaloi lah bagi CCL.

Nasi goreng tomyam ni CCL order dekat salah satu kedai favourite . Mana taknya, setiap kali order memang sedap dan menepati selera . Kalau dah repeat order berkali-kali tu faham-faham je lah macam mana sedapnya ..

Kalau uguys teringin nak makan masakan panas goreng-goreng atau menu berkuah, boleh lah try Ohana Kitchen , Gerai MPK Corner . Memang recommended bagi CCL

10 Comments

  1. SALAH SATU MAKANAN PILIHAN #JMBELOG

    BalasPadam
  2. Besarnya udang dia. 😋

    BalasPadam
  3. Berbaloi kalau sedap. Besar udangnya tu.

    BalasPadam
  4. Ngam betul dengan namanya nasi goreng tom yam, siap ada seafood dan sudah semestinya tertarik dengan udang nan seekor tu!

    BalasPadam
  5. Nasi goreng tomyam sedap nya dengan udang besar

    BalasPadam
  6. Sedapnya nasi goreng tomyam....

    BalasPadam
  7. Saya pertama kali makan nasgor Tomyam, itu saat masih kuliah di Penang. Dan langsung jatuh hatiiiiii ❤️❤️❤️. Sedaaap sangat memang. Tomyam pernah coba sebelumnya, tapi kan hanya yg berkuah itu. Jadi saat coba dibuat nasgor, sukaaaa lah 😍. Indonesia jarang jual yg bentuk nasgor begini. Makanya saya lebih suka beli saat sedang di KL atau Penang

    BalasPadam
  8. Sedapnyaaa, tetiba teringin pula. Nak cari resepi lah.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan