Assalamualaikum dan hai semua
Dinner | Pulut Harumanis Menu makan malam CCL malam ni simple je, pulut harumanis . Kat Perlis memang tengah musim harumanis sekarang ni, tapi dah nak sampai penghujung musim . Kejap je rasa musim dia kan . Nasib baik dekat rumah CCL ada beberapa pokok harumanis, tahun ni alhamdulillah menjadi elok dan buah pun banyak . Mungkin sebab cuaca panas sekarang ni kot, tu yang buah lebat semacam , dapat la kongsi sikit dengan adik beradik, jiran-jiran..
Malam ni mak CCL buatkan pulut lemak . Pulut yang dimasak sekali dengan santan memang lain macam sedap dia .. Bila makan pulak dengan harumanis yang manis berlemak tu, memang ngam sangat . CCL sebenarnya bukan selalu makan harumanis dengan pulut . Selalunya makan macam tu je terus . Tapi kalau tiba-tiba teringin, memang cari jugak pulut nak makan sekali . Lagi-lagi bila buah tengah masak banyak dekat rumah . Rasa rugi pulak kalau tak menikmati musim harumanis ni puas-puas .
Sekarang ni memang tiap hari boleh merasa harumanis . Pagi makan harumanis, malam pun harumanis lagi . Nasib baik sedap, kalau tak jemu dah agaknya ..


8 Comments
Sedap nya harumanis...untung CCL kat rumah ada pokok harumanis...senang x yah beli
BalasPadamAduhai...Sedap ni =D
BalasPadamsedapnya makan pulut mangga sejuk2 HAHHAHAHAH. terliur
BalasPadamitulah, diorang kata kalau musim panas, baru menjadi harum manis... patut la dia sesuai di tanam di perlis sahaja...
BalasPadamUntunglah ada pokok sendiri, boleh makan pagi petang siang malam hehe ...
BalasPadamPH baru buat pulut mangga juga. Sedara dari Perlis datang hantar Harumanis ke rumah.
masih belum pernah merasa harum manis
BalasPadamIni rasa2nya saat saya ke KL Juni nanti, dah tak musim lah yaa 😅😅. Tp juni-july musim durian pula 😍😄. Jadi kalau tak dapat harummanis, bisalah saya switch ke durian saat di KL 😅
BalasPadamWah..menggoda ..pasti terasa lazat..buah dan nasi..alhamdulillah
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan