TIPS MUDAH MEMOHON PEMBANTU RUMAH MELALUI SISTEM MAID ONLINE


Assalamualaikum


tips , tips memohon pembantu rumah , mencari pembantu rumah mengunakan sistem maid online , sistem maid online , kelebihan sistem maid online


TIPS MUDAH MEMOHON PEMBANTU RUMAH MELALUI SISTEM MAID ONLINE Nak Ambil Pembantu Rumah Mohon Dalam Sistem Maid Online, Mudahkan Proses, Jimat Masa & Kos!
Mungkin ramai lagi antara kita yang tak tahu,  pembantu rumah asing kini boleh dibuat permohonannya secara terus menerusi online.

Sistem Maid Online (SMO), oleh Jabatan Imigresen Malaysia telah beroperasi sejak 1 Januari 2018. Ia mempercepatkan proses pengambilan pembantu rumah asing (PRA) kepada hanya 10 hari berbanding memakan masa yang lama sebelum ini. Malah ia tanpa melalui agen, proses yang lebih mudah,menjimatkan masa dan kos buat majikan.


tips , tips memohon pembantu rumah , mencari pembantu rumah mengunakan sistem maid online , sistem maid online , kelebihan sistem maid online


Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID Online ini boleh dibuat secara online dengan melayari laman web Sistem Maid Online (SMO) ini.


Prosedur Pengambilan PRA Online

Langkah yang dilakukan oleh majikan


  • Pendaftaran dalam talian bagi majikan (Daftar Masuk). Aplikasi Permohonan Online di maid-online.imi.gov.my
  • Login masuk, daftar majikan dan maklumat PRA
  • Muat naik keputusan FOMEMA


Langkah yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen


  • Muat naik dokumen dan hantar permohonan
  • Semakan dokumen
  • Kelulusan
  • Notifikasi keputusan
  • Bayaran secara dalam talian
  • Cetakan PLKS


Nota Penting: Sebaik sahaja permohonan penggajian PRA lulus dan majikan sudah membuat pembayaran, majikan perlu hadir ke Jabatan Imigresen bersama PRA mereka bagi penggambilan data biometrik.Pihak Imigresen seterusnya akan mengeluarkan PLKS dan i-Kad (kad identiti pekerja asing mengikut sektor) kepada PRA.


Tempoh Masa Permohonan PRA Online

Prosedur permohonan oleh majikan termasuk keputusan saringan kesihatan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) dijangka mengambil masa 3 hingga 5 hari manakala proses oleh Jabatan Imigresen mengambil masa maksimum 5 hari.



Syarat Kelayakan PRA

  • Bakal PRA mestilah perempuan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun semasa permohonan.

  • Bakal PRA mesti diambil daripada sembilan negara sumber yang dibenarkan seperti Indonesia, Filipina,Sri Lanka,Thailand,India, Laos,Nepal,Vietnam,Kemboja

  • Bakal PRA hendaklah bebas daripada senarai syak dan senarai hitam Jabatan.

  • Bakal PRA tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif dengan majikan lain.



Syarat Kelayakan Majikan Permohonan PRA:




  • Majikan mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia sahaja.
  • Majikan mestilah terdiri daripada suami dan isteri yang mempunyai:

-Anak berumur di bawah usia 15 tahun (yang memerlukan jagaan dan perhatian).
-Anak kelainan upaya (tiada had umur).
-Majikan/ isteri majikan yang sakit/ uzur.
-Ahli keluarga terdekat yang uzur/ sakit (adik beradik, datuk atau nenek sahaja).



  • Bagi tujuan menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang uzur/ sakit, surat pengesahan daripada pegawai pakar perubatan adalah diperlukan. Majikan yang mengambil PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat hendaklah mengemukakan bukti pertalian secara jelas.



  • Permohonan PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat adalah terhad kepada ibu/ bapa/ keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap sahaja.


  • Kelayakan pendapatan bulanan majikan adalah berdasarkan kepada jumlah pendapatan suami dan isteri. Kelayakan pendapatan isi rumah majikan adalah antara RM 3,000 hingga RM 5,000 (mengikut negara sumber).


  • Majikan yang terdiri daripada suami dan isteri hanya boleh menggaji seorang PRA sahaja pada satu-satu masa.


  • Bagi permohonan PRA yang dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, keutamaan hendaklah diberi supaya nama suami digunakan sebagai majikan utama.


  • Ibu atau bapa tunggal yang memenuhi syarat dan mempunyai kelayakan pendapatan dibenarkan untuk menggajikan PRA. Bagi majikan yang berstatus bujang dibenarkan untuk menggaji PRA khusus untuk menjaga ibu bapa sakit/ uzur sahaja.



Majikan TIDAK LAYAK dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan PRA





  • Diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa.
  • Disenarai hitam oleh Jabatan Tenaga Kerja; atau Mempunyai kes-kes yang belum diselesaikan dengan Jabatan Imigresen Malaysia.
  • Majikan beragama Islam hanya dibenarkan menggaji PRA yang beragama Islam sahaja.
  • Majikan hendaklah melengkapkan kontrak kerja antara majikan dengan PRA. Sekiranya permohonan dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, kontrak kerja hendaklah dilengkapkan oleh majikan utama.


Kelayakan Gaji Majikan




tips , tips memohon pembantu rumah , mencari pembantu rumah mengunakan sistem maid online , sistem maid online , kelebihan sistem maid online



Kelebihan Sistem MAID Online



  • Permohonan PRA menjadi lebih cepat dan jimat kerana boleh dilakukan dalam masa singkat jika tiada sebarang masalah, berbanding mengambil masa berbulan, malah bertahun sebelum ini.
  • SMO juga lebih tepat kerana majikan akan memasukkan sendiri maklumat dan perincian peribadi dan PRA yang mahu digaji berbanding oleh ejen sebelum ini.
  • Kos yang lebih murah iaitu hanya RM1,635 berbanding RM12,000 hingga RM18,000 sebelum ini.



Maklumat Lanjut


No Tel : 03-88801468 (call centre Unit Pembantu Rumah Asing)
Email : admin_maidonline@imi.gov.my
No Tel : 03-88801555 (Bilik Gerakan JIM) (8.30 Pagi Hingga 11.00 Malam – Setiap Hari)

Alamat:
Unit Pembantu Rumah Asing,
Jabatan Imigresen Malaysia,
No.15, Tingkat 2 (Podium),
Persiaran Perdana, Presint 2,
62550, Putrajaya



Sumber: Sistem Maid Online (SMO) & Permohonan.my

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. bagusnya ada permohonan bersistem macam ni.

    BalasPadam
  2. wowww, tak pernah tahu pun sistem macam ni

    BalasPadam
  3. This is so useful for me. Thanks!

    BalasPadam
  4. Bagus.. semuanya online.. Memudahkan proses permohonan..

    BalasPadam
  5. Nice info :)

    http://www.imaginasiklasik.com

    BalasPadam
  6. interesting info...bagus nie...anyway jom singgah pulak blog saya di https://itsmesalrini.blogspot.com/....tq guys..im just a baby blogger.

    BalasPadam
  7. btol ke nih., nnti nk try

    BalasPadam
  8. Wah, jimat la tak payah menerusi agen

    BalasPadam
  9. mudah skrang semua pakai online je.. n saluran yang betul.
    xdela nanti macam2 masalah kan..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan