Brisk Walk 6 February | Mission 10KM Berjaya Jugak !!

 Assalamualaikum dan hai semua 

Brisk Walk 6 February | Mission 10KM Berjaya Jugak !! Kisah brisk walk hari ni dengan cuaca yang tak berapa nak rileks. Panas membahang, tapi alhamdulillah mujur ada angin jugak .. Hari ni memang nampak ramai yang turun bersenam ada yang berlari, ada yang jogging. CCL pulak kekal setia dengan brisk walk sahaja..

Hari ni start briskwalk hanya 3 kali sahaja check apps strava .. first cukup² 5KM , lepas tu check sekali dah cecah 8KM .. alang-alang tapak kaki ni mampu melangkah lagi , so CCL teruskan lagi .. hari ni merantau lebih sikit .. bukan sekadar laluan jogging sahaja CCL redah , habis laluan kawasan perumahan taman CCL redah .. merantau kawasan ehhh ... 

brisk walk pagi, brisk walk 10km, hampir 10km berjalan, pengalaman brisk walk, kisah brisk walk pagi, gaya hidup sihat, aktiviti pagi sihat,

Tengok-tengok apps strava ehhh sikit lagi nak menghampiri 10KM .. kemain happy laa.. sebab beberapa hari lepas target 10KM tak berjaya .. tapi hari ni alhamdulillah ..

Brisk walk 10KM selama dua jam ok ke tidak? Bagi CCL, untuk permulaan ni memang okay sangat. Tak apa, kita target jarak dulu. Nanti bila badan dah biasa, kita target masa pula. Pelan-pelan.. 

Alhamdulillah untuk hari ni. Ada yang perasan sesuatu tak ? 



Aiskrim La Cremeria Neapolitan Royale

 Assalamualaikum dan hai semua 

Aiskrim La Cremeria Neapolitan Royale Lepas selesai briskwalk, badan pun dah rasa ringan, kaki pun dah buat kerja elok… ambil masa untuk rehat badan kejap .. sempatlah CCL planning nak singgah kedai. Dalam kepala dah ada satu benda je terbayang , nak beli  aiskrim. Lama dah tak makan, sesekali apa salahnya kan.

Aiskrim la cremeria neapolitan royale, review la cremeria neapolitan royale, aiskrim, makan aiskrim, dessert aiskrim

Taraaa… pilihan jatuh pada La Cremeria Neapolitan Royale. Nama aiskrim pun memang tak rilex yaaa ! 

Aiskrim la cremeria neapolitan royale, review la cremeria neapolitan royale, aiskrim, makan aiskrim, dessert aiskrim

Aiskrim ni kombinasi vanila dengan strawberi, lepas tu ada salutan coklat di luar dengan campuran bijirin yang bagi tekstur rangup-rangup manja tu. Bila gigit tu, terus rasa campur-campur  manis, masam sikit, rasa manis masam tu seimbang , tak ada la terlalu manis boleh diterima tekak ..Tekstur dia tu yang buat susah nak berhenti. Luar rangup, dalam lembut berkrim ..

Sesekali layan benda manis macam ni bukan selalu pun. Lagi-lagi bila cuaca panas, memang kena sangat dengan mood.

Brisk Walk 4 Februari | Cecah Target 9KM

 Assalamualaikum dan hai semua 

Brisk Walk 4 Februari | Cecah Target 9KM Pagi kelmarin, CCL keluar agak terlewat sikit. Matahari pun dah naik perlahan-lahan, memang terasa bahang pagi tu. Mujur laa ada jugak angin sepoi-sepoi bahasa, jadi tak ada lah rasa berpeluh teruk sangat sepanjang jalan.

CCL target pagi ni cuma 8KM sahaja. Dah boleh agak jarak laluan, jadi kononnya nak kejar masa jugak. Nasib baik pagi tu tak ada “roadblock” anjing  kalau tak memang boleh terbantut mood brisk walk..

Start je jalan terus tekan apps Strava. Lepas tu buat-buat tak nampak dah berapa KM berjalan. Bukan apa, kalau asyik tengok apps je, mulalah otak fikir “lama lagi ke nak sampai target ni?” terus rasa penat awal.Bila dah hampir penghujung laluan, CCL saja laa jeling apps… ehh rupanya dah lebih 8KM! Alang-alang dah nak habis laluan tu kan , teruskan langkah sampai betul-betul garisan penamat .. Strava pun masih setia merekod.

brisk walk pagi, brisk walk 10km, hampir 10km berjalan, pengalaman brisk walk, kisah brisk walk pagi, gaya hidup sihat, aktiviti pagi sihat,

Sampai pondok rehat, tengok balik cecah 9.33KM!.. Nak genapkan 10KM pun dah rasa tak larat ..tenaga pun dah low, tapak kaki dah mula rasa kebas. Lagipun dah lewat, matahari pun dah mencacak atas kepala..Jadi kita simpan tenaga…

Next day lah sambung misi 10KM..Yang penting, target asal 8KM lepas…


Reward Lepas Briskwalk Beli Tauhu Crispy Tepi Jalan

 Assalamualaikum dan hai semua 

Reward Lepas Briskwalk Beli Tauhu Crispy Tepi Jalan Lepas selesai briskwalk yang tak cecah 10KM tu kan rehat lah sekejap layan sosial media ,sambil-sambil bincang kehidupan masing-masing . Planning aktiviti apa untuk esok dan seterusnya .kadang dalam hidup kena ada juga planning tu kan berjaya atau tidak itu tolak tepi dulu .. macam CCL planning nk briswalk 10km tapi tak kesampaian.. ok tolak tepi kita set hari lain pulak ..

Lepas duduk berehat kejap di pondok rehat yang disediakan ,hilang penat kaki berjalan , boleh laa nak balik rumah .on the way nak balik rumah tu  ternampak laa satu khemah kecil tepi jalan ada tergantung banner 'tauhu crispy' . rasanya baru buka sebab sebelum ni lalu memang tak nampak ..CCL singgah !! Pantang nampak makanan yang lain sikit kan terus nak cuba !!

Tauhu crispy, tauhu goreng crispy, tauhu goreng sambal kicap, tauhu crispy sambal kicap, resepi tauhu crispy

Terus keluar dari kereta dan terus jalan ke khemah jualan tauhu Crispy dengar penerangan dari abang tauhu crispy tu .. ada dua set, set RM10 dan set RM15 .ada beberapa perisa dan free sambal kicap . Masa ni terlupa nak snap gambar sebab fone dalam kereta.

Disebabkan first time nak cuba tauhu crispy CCL beli set RM10 .Tauhu crispy CCL pilih perisa hot and spicy . so tauhu yang dah siap goreng garing tu ditambah kan serbuk hot spicy dan gaul rata .Masuk kereta je, sempat “rasa-rasa” dulu satu dua ketul. Memang sedap dan rangup, panas, dengan pedas manja . Sampai rumah baru cuba makan sekali dengan sambal kicap. Bagi CCL, sambal kicap tu kurang sikit kick dia. Rasa kicap lebih menonjol dari rasa cili. Tapi tauhu dia masih crunchy, itu yang penting!

Nak repeat lagi ? Nak repeat dengan perisa lain .. tapi tak nak sambal kicap ..heehee


Hampir-Hampir 10KM Brisk Walk!

 Assalamualaikum dan hai semua 

Hampir-Hampir 10KM Brisk Walk! Pagi kelmarin CCL keluar brisk walk awal sikit macam biasa. Kali ni memang dah pasang niat — “Hari ni nak try cecah 10KM!”.. Semangat lain macam sebab cuaca pagi pun best, udara segar, suasana hijau memang terapi betul untuk jiwa kan .. Tapi biasalah… perancangan kita kadang tak sama dengan perancangan “yang atas”  ..Dah nak dekat sangat dah 10KM tu, tinggal beberapa meter je lagi… tapi yang CCL sedih hasrat tak kesampaian.

Nak buat hampir 10KM tu pun ambil masa 2 jam lebih. Pada CCL, okay je sebab memang bukan jogging pun. Memang konsep brisk walk kadang jalan laju , pastu slowkan sikit, then laju balik..tapi tak berhenti langsung. Sambil jalan CCL boleh la layan pokok-pokok hijau, hirup udara pagi, tenangkan fikiran..

Yang jadi plot twist pagi tu ..dah nak dekat penghujung track tu ada beberapa ekor anjing pulak duk melepak berkeliaran di tepi laluan ..Terus jadi “roadblock” tak rasmi..Asalnya CCL memang nak jalan sampai hujung track tu, lepas tu masuk ikut jalan taman untuk cukupkan 10KM… tapi terpaksa patah balik. Sudahnya kena guna laluan lain dan ulang-alik beberapa kali nak cukupkan jarak. Laluan tu pulak jenis track batu-bata, tak berapa rata. Kejap tinggi, kejap rendah. Memang penat sikit kaki nak adjust. CCL tetap prefer laluan bertar rata, luas, sedap langkah.

brisk walk pagi, brisk walk 10km, hampir 10km berjalan, pengalaman brisk walk, kisah brisk walk pagi, gaya hidup sihat, aktiviti pagi sihat, jalan kaki untuk kesihatan, brisk walk vs jogging, manfaat brisk walk, walking for fitness, morning walk routine, cardio ringan, cara bakar kalori dengan berjalan,

Itulah cerita pagi kelmarin .. hasrat 10KM yang belum kesampaian .. Walaupun tak berjaya cecah 10KM penuh, tapi tetap puas hati sebab badan bergerak lama, peluh keluar, fikiran pun rasa ringan. 10KM cecah dua jam .. okeyh laa kan baru permulaan ..CCL nak target KM dulu .. next dah stabil baru nak target KM & masa .. 

Next mission: 10KM full tanpa gangguan anjing! Kita cuba lagi next day 


Recap Perjalanan Januari 2026

 Assalamualaikum dan hai semua 

Recap Perjalanan Januari 2026 Januari bulan pertama setiap tahun memang selalu datang dengan harapan baru, azam baru, tapi bai CCL kan  realitinya tetap kehidupan biasa yang kena teruskan juga..  Bulan Januari banyak ajar erti pelan-pelan tak apa, janji jalan. Tak semua benda terus jadi cantik macam yang dirancang. Ada benda tersasar, ada yang lambat, ada yang buat kepala serabut. 

Rutin harian berjalan macam biasa, tapi dalam biasa tu sebenarnya banyak perjuangan kecil yang orang tak nampak. Bangun pagi walaupun malas, buat kerja walaupun penat, senyum walaupun hati ada benda difikirkan semua tu pun satu bentuk kekuatan.

Nak Recap semula perjalanan Januari 

Recap of the month, recap perjalanan hidup

Minggu pertama 

  • Percutian New Year 29 December 2025 sehingga 3 Januari , 5hari 4malam  healing - healing Phuket & Koh Samui
  •  6 Januari  baru start masuk kerja, tapi mood nak bekerja tu masih belum ada sebab beberapa hari leaps tu apply cuti pulak .. hehehe 

Minggu ke-2

  • 9 Januari turun Kuala Lumpur, first time pergi konsert 'Legacy 30 Dato Siti Nurhaliza'. Saja seronok-seronok ambil pengalaman..masa tu baru tau susahnya nak beli tiket nak kena tunggu berjam-jam ikut giliran untuk buat payment walaupun buy online .. sesekali nak rasa vibes pergi konsert kan .. 
  • 10 Januari sebelum nak gerak balik Perlis, sempat singgah kedai Emas Fareha beli seutas rantai tangan.
  • 13 Januari, hah masa cuti dah habis  masa ni laa baru betul-betul datang semangat nak bekerja . Barulah check satu persatu report yang tertangguh semasa cuti panjang . 
  • 14 Januari genap 6 tahun pemergian arwah tok CCL, petang tu dapat luangkan masa balik kampung ziarah kubur arwah . 

Minggu ke-3

  • Tak ada apa moment yang menarik pun , minggu ke tiga ni memang 100% fokus pada kerja 

Minggu ke-4

  •  Minggu ni baru start pergi briswalk & jogging . Harap rutin ni boleh teruskan bulan-bulan seterusnya. Slow pun tak apa, janji konsisten 
Minggu ke-5
  • Minggu ni sempat keluar brisk walk dua kali je. Hari lain agak sibuk dengan kerja, so tak dapat nak konsisten sangat. Tapi at least badan masih bergerak jugak, tak tinggal terus.
  • Dalam minggu ni juga connection Unifi kat rumah problem sikit. Lepas technician datang check, kejap je boleh guna, lepas tu problem balik. Sampai empat hari berturut-turut kena buka report baru. Memang menguji kesabaran betul!
  • Last day 31 Januari, memang moment tak dapat dilupakan .. sehari di tempat kerja start 7 pagi  sehingga 12 tengah malam baru settle kerja .. Penat memang tak terkata, tapi puas hati sebab semua kerja selesai akhirnya. 

Awal Januari memang santai, bercuti rileks, jalan-jalan, dan curi masa untuk diri sendiri. Tapi bila masuk hujung bulan, kerja mula menimbun..Ada hari rasa semangat, rasa nak susun hidup elok-elok. Ada hari pula rasa nak diam je, rehat dari segala benda. Dan dari situ sedar , rehat tu bukan lemah, tapi perlu. Badan dan emosi dua-dua kena jaga.

Juara Ruang Komen Januari 2026 : Blogger Sii Nurul !!

Assalamualaikum dan hai semua 

Juara Ruang Komen Januari 2026 : Blogger Sii Nurul !! Tahun ni masuk tahun ketiga CCL mencari “Juara Ruang Komen” pada setiap bulan di blog CCL. Alhamdulillah, dapat juga CCL kongsi sedikit rezeki walaupun hadiah yang diberi bukanlah barangan mahal-mahal .. sekadar tanda penghargaan buat yang setia singgah dan meninggalkan komen..

Untuk tahun ni, CCL terfikir nak buat sedikit kelainan dalam cara pemilihan juara, Sama ada nak kekalkan cara lama atau nak pilih siapa paling banyak komen.. atau boleh cuba cara baru, pilih Top 10 pengomen dan buat cabutan guna wheel of names... CCL masih dalam fasa fikir-fikir lagi ..

Tapi untuk permulaan Januari 2026, CCL kekalkan dulu cara biasa iaitu memilih Juara Ruang Komen berdasarkan jumlah nama paling banyak tersenarai dalam Top 10.

Tahniah buat Blogger Sii Nurul !!

Top Commentators, pemilihan top Commentators, juara ruang komen, pemilihan juara ruang komen , juara ruang komen januari 2026

Terima kasih sudi singgah ke lembaran cerita lama-lama dalam blog CCL dan tinggalkan komen untuk bacaan CCL. Setiap komen memang CCL baca tauu, bukan lalu macam tu jerr.. Lagi terharu sebab hampir setiap minggu mesti ada je komen dari blogger Sii Nurul, walaupun pertengahan bulan Januari CCL agak kurang keluarkan entri blog. Tetap setia menyokong  memang sangat dihargai . Untuk Nurul boleh kongsikan detail ke email CCL virgoyana61@yahoo.com untuk CCL berikan sedikit hadiah manis-manis sebagai tanda penghargaan .. 

Tahniah dan terima kasih juga kepada semua yang tersenarai dalam Top ten ruang komen .. Apa pun, CCL harap ruangan komen blog ni terus meriah macam biasa. Jangan malu-malu tinggalkan jejak, walaupun komen ringkas.