Doorgift Kenduri: Dapat Kek Coklat Moist

 Assalamualaikum dan hai semua 

Doorgift Kenduri: Dapat Kek Coklat Moist Dua hari berturut-turut attend kenduri… alhamdulillah rezeki kan.. Terima kasih tuan rumah kerana sudi menjemput CCL sekeluarga,  Seperti biasa, lepas balik kenduri memang tak sah kalau tak share doorgift apa yang dapat hari ni..Hari ni dapat yang manis-manis..

doorgift kenduri, doorgift kenduri kahwin, doorgift walimatulurus, doorgift kek coklat, idea doorgift kenduri, doorgift bajet tapi eksklusif

Untuk majlis walimatulurus Fatin & Aiman yang berlangsung pada 31 Disember 2025, pasangan pengantin memilih kek coklat moist sebagai doorgift kepada tetamu yang hadir ..  Kek coklat ini dibungkus dalam bekas berbentuk hati yang comel, siap dengan sudu kecil. Di sebelahnya pula disertakan kad ucapan bercorak klasik yang memaparkan nama pengantin serta tarikh majlis, menjadikan doorgift ini nampak lebih kemas, eksklusif dan bermakna.

Simple, doorgift  yang bajet tapi nampak eksklusif tauu!! .. memang sesuai sebagai buah tangan untuk tetamu. Semoga Fatin & Aiman berbahagia hingga ke syurga ..


Doorgift Kenduri : Dapat Mini Biskut

 Assalamualaikum dan hai semua

Doorgift Kenduri : Dapat Mini Biskut Ada kenduri, mesti ada doorgift..Untuk kenduri kali ni memang tak perlu tanda tanya dapat apa, tak perlu terburu-buru nak buka pun… sebab dari luar dah boleh nampak isi dia tauu..

doorgift kenduri, doorgift kenduri simple, doorgift kenduri biskut, doorgift kenduri bajet, doorgift kenduri murah, idea doorgift kenduri, doorgift kenduri ringkas


Doorgift diisi dalam bekas kertas ziplock warna coklat, simple tapi nampak kemas. Dalam tu ada mini biskut, kudapan ringan yang semua orang boleh makan tak kira peringkat umur kan ... kanak-kanak boleh, apatah lagi orang dewasa. Senang nak makan, senang nak bawa balik.

Part yang CCL paling suka, tag kecil bertulis “Thank You, Each Day Is A Gift”..Auchhh… simple je tapi ayat tu penuh makna. .

Tak perlu doorgift mahal-mahal..yang penting tetamu rasa dihargai dan balik dengan senyuman.. biskut kecil ni jadi peneman minum petang bila balik dari kenduri tadi.. Makan sambil rehat-rehat .

Doorgift Kenduri : Dapat Maggie Kari

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Doorgift Kenduri : Dapat Maggie Kari Cuti sekolah ni memang tak sah kalau tak ada kenduri, betul tak? ..Asal ada jemputan, kalau tak ada aral melintang memang CCL akan usaha nak pergi. InsyaAllah sampai. Lagi-lagi bila cuti sekolah ni, kenduri pun macam cendawan tumbuh lepas hujan..Bab makanan pula, usah ditanya… memang sedap-sedap belaka. Dari lauk utama sampai pencuci mulut, semuanya menggoda iman dan perut..

Macam biasa, balik dari kenduri memang takkan tangan kosong. Tuan rumah baik hati, siap bagi doorgift seorang satu beg. Tapi biasalah kan, pantang dapat doorgift, tangan ni gatal nak buka cepat-cepat. Sabar jap… masuk kereta dulu baru boleh belek isi dalam tu ..

Doorgift kenduri, senarai doorgift untuk kenduri, doorgift kenduri kahwin, doorgift kenduri kesyukuran, doorgift maggie kari, doorgift untuk dewasa, doorgift untuk kenduri

Bila dah buka dalam kereta, eh… rupanya dapat sebungkus maggie kari!..Terus senyum sendiri. Rare tauu doorgift maggie kari ni. First time dapat. Selalunya doorgift kenduri ni dapat beras, kopi, kicap atau gula. Kali ni lain sikit..Maggie kari pun ok apa. Boleh simpan, boleh masak-masak bila lapar. Simple tapi berguna. 

Terima kasih tuan rumah, rezeki cuti sekolah..Kenduri dapat, perut kenyang, doorgift pun dapat. Alhamdulillah 


Walaupun Tak Dapat Grand Prize, Rezeki Tetap Ada

 Assalamualaikum dan hai semua 

Walaupun Tak Dapat Grand Prize, Rezeki Tetap Ada 


rezeki annual dinner, annual dinner company, hadiah annual dinner, cabutan bertuah annual dinner, doorgift annual dinner, kuali pengukus swiss thomas,  set cawan termos

Alhamdulillah… tahun ni walaupun CCL tak dapat bawa balik grand prize masa annual dinner hari tu, tapi rezeki tetap ada. Dapat juga bawa balik dua hadiah  kuali pengukus dan set cawan termos. Syukur sangat, daripada tak dapat apa-apa kan..Untuk doorgift pula, pihak company memang dah sediakan yang hadir malam tu dapat satu set cawan termos. So memang semua balik dengan hadiah, tak ada yang tangan kosong.

rezeki annual dinner, annual dinner company, hadiah annual dinner, cabutan bertuah annual dinner, doorgift annual dinner, kuali pengukus swiss thomas,  set cawan termos

Sesi cabutan bertuah pusingan pertama, semua staff dapat hadiah juga. Bezanya cuma jenis hadiah majoritinya barangan elektrik. Malam tu rezeki CCL dapat kuali pengukus Swiss Thomas 32cm. Alhamdulillah… memang hadiah yang berguna di dapur nanti..Pusingan kedua untuk grand prize pula, bukan rezeki CCL tahun ni. Tak apa, mungkin tahun depan pula insyaAllah.

rezeki annual dinner, annual dinner company, hadiah annual dinner, cabutan bertuah annual dinner, doorgift annual dinner, kuali pengukus swiss thomas,  set cawan termos

Dan yang paling buat CCL senyum setiap tahun… award “Zero Clinic & Zero MC” ..Tahun ni dapat pegang lagi sijil award ni, siap dengan wang tunai sekali. Award ni diberi kepada staff yang tak pernah ambil MC dan tak pernah ke klinik panel sepanjang tahun 2025. Bukan bermaksud CCL tak pernah sakit demam, sakit-sakit tu ada juga. Cuma ambil ubat di farmasi saja. Kalau betul-betul teruk, buat check-up dekat klinik berhampiran rumah.

rezeki annual dinner, annual dinner company, hadiah annual dinner, cabutan bertuah annual dinner, doorgift annual dinner, kuali pengukus swiss thomas,  set cawan termos

Apa pun, Alhamdulillah rezeki tahun ni..Moga tahun depan ada rezeki lagi, mungkin dengan hadiah yang lebih besar pula… siapa tahu kan..

Annual Dinner 2025 : Tema Klasik P.Ramlee & Saloma

 Assalamualaikum dan hai semua 

Annual Dinner 2025 : Tema Klasik P.Ramlee & Saloma Jumaat lepas, 19 Disember 2025, selesai sudah annual dinner untuk tahun 2025.. Tahun ni tema memang lain macam sikit Klasik P. Ramlee & Saloma. Bila tema klasik, memang meriah tengok gaya masing-masing malam tue..Ada yang berkebaya cantik, ada yang berkebarung klasik, ada juga yang betul-betul all out ikut vibe zaman dulu. Rasa macam balik ke era filem hitam putih sekejap malam tu.


Annual Dinner 2025, Annual Dinner tema klasik, Tema P Ramlee dan Saloma, Annual Dinner klasik P Ramlee Saloma, Pakaian tema klasik P Ramlee Saloma

Photobooth pula dibuat atas pentas utama, memang spot wajib untuk tangkap gambar kenangan... 


Annual Dinner 2025, Annual Dinner tema klasik, Tema P Ramlee dan Saloma, Annual Dinner klasik P Ramlee Saloma, Pakaian tema klasik P Ramlee Saloma

Annual Dinner 2025, Annual Dinner tema klasik, Tema P Ramlee dan Saloma, Annual Dinner klasik P Ramlee Saloma, Pakaian tema klasik P Ramlee Saloma

Annual Dinner 2025, Annual Dinner tema klasik, Tema P Ramlee dan Saloma, Annual Dinner klasik P Ramlee Saloma, Pakaian tema klasik P Ramlee Saloma

Lepas tu kan kat luar dewan ada satu lagi photobooth khas untuk setiap department, senang nak ambil gambar ramai-ramai satu team...


Annual Dinner 2025, Annual Dinner tema klasik, Tema P Ramlee dan Saloma, Annual Dinner klasik P Ramlee Saloma, Pakaian tema klasik P Ramlee Saloma

Annual Dinner 2025, Annual Dinner tema klasik, Tema P Ramlee dan Saloma, Annual Dinner klasik P Ramlee Saloma, Pakaian tema klasik P Ramlee Saloma

Tak lengkap annual dinner tanpa hadiah kan? ..Bahagian hadiah pun menarik , dari hadiah biasa-biasa sampai lah ke grand prize. Masa cabutan bertuah tu, semua fokus tengok nombor masing-masing, mana tahu rezeki malam tu ..


Annual Dinner 2025, Annual Dinner tema klasik, Tema P Ramlee dan Saloma, Annual Dinner klasik P Ramlee Saloma, Pakaian tema klasik P Ramlee Saloma


Annual Dinner 2025, Annual Dinner tema klasik, Tema P Ramlee dan Saloma, Annual Dinner klasik P Ramlee Saloma, Pakaian tema klasik P Ramlee Saloma

Annual Dinner 2025, Annual Dinner tema klasik, Tema P Ramlee dan Saloma, Annual Dinner klasik P Ramlee Saloma, Pakaian tema klasik P Ramlee Saloma

Untuk menu pula, memang kenyang..Menu utama malam annual dinner adalah steamboat, lepas tu ada nasi goreng Cina,sate,  side dish, dessert dan macam-macam lagi. Pilihan makanan pun banyak, memang sesuai untuk makan santai sambil borak.


Annual Dinner 2025, Annual Dinner tema klasik, Tema P Ramlee dan Saloma, Annual Dinner klasik P Ramlee Saloma, Pakaian tema klasik P Ramlee Saloma

Annual Dinner 2025, Annual Dinner tema klasik, Tema P Ramlee dan Saloma, Annual Dinner klasik P Ramlee Saloma, Pakaian tema klasik P Ramlee Saloma

Selain makan-makan, malam tu diselitkan juga dengan beberapa aktiviti supaya tak bosan. Ada cabutan bertuah, sesi karaoke, dan juga permainan-permainan ringan untuk memeriahkan suasana. Gelak ketawa memang tak berhenti lahh..


Annual Dinner 2025, Annual Dinner tema klasik, Tema P Ramlee dan Saloma, Annual Dinner klasik P Ramlee Saloma, Pakaian tema klasik P Ramlee Saloma

Annual Dinner 2025, Annual Dinner tema klasik, Tema P Ramlee dan Saloma, Annual Dinner klasik P Ramlee Saloma, Pakaian tema klasik P Ramlee Saloma

Bila semua acara dah selesai, last sekali acara bergambar bersama setiap department. Ambil gambar kenangan sebagai penutup annual dinner tahun ni.


Annual Dinner 2025, Annual Dinner tema klasik, Tema P Ramlee dan Saloma, Annual Dinner klasik P Ramlee Saloma, Pakaian tema klasik P Ramlee Saloma

Overall, annual dinner 2025 memang berjalan lancar dan meriah. Tema klasik P. Ramlee & Saloma ni memang buat suasana lain macam  simple, santai tapi penuh kenangan   ..

Kebaya Sulam & Batik Pario untuk Tema Klasik P. Ramlee & Saloma

 Assalamualaikum dan hai semua 

Kebaya Sulam & Batik Pario untuk Tema Klasik P. Ramlee & Saloma Annual dinner tahun ni bertemakan Klasik P. Ramlee & Saloma. Dua tahun berturut-turut kena on duty, tapi tahun ni dapat join juga annual dinner .. Sejujurnya, mula-mula CCL plan nak pakai je kebaya batik yang memang dah ada dalam almari. Nak ringkas, tak nak fikir panjang...Tapi biasalah… last minute punya pasal , Entah macam mana terus tergerak hati nak beli kebaya sulam dengan kain batik pario. First time juga CCL ada kebaya sulam, jadi masa try tu risau juga la kalau tak sesuai dengan badan,  Alhamdulillah, mujur muat elok dengan badan, tak perlu alter apa-apa. Terus boleh pakai.


kebaya sulam, kain batik pario, kebaya klasik Saloma, tema klasik P. Ramlee dan Saloma, kebaya untuk annual dinner, kebaya sulam batik, batik pario instant, kebaya klasik moden, baju tema Saloma, idea baju tema klasik

Untuk event annual dinner bertemakan Klasik P. Ramlee & Saloma, sebenarnya tak wajib pun beli set lengkap kebaya dengan kain. Beli asing-asing lagi senang, sebab boleh match ikut citarasa sendiri. Untuk uguys yang mencari kebaya sulam dan kain batik instant pario boleh la ke link shoppe ni ByCikDara Kebaya Pario Batik , bila beli kebaya dan kain batik pario secara berasingan, pilihan jadi lebih banyak. Kita boleh fokus pilih kebaya sulam yang betul-betul berkenan, lepas tu baru cari kain pario yang ngam dari segi warna dan corak.


kebaya sulam, kain batik pario, kebaya klasik Saloma, tema klasik P. Ramlee dan Saloma, kebaya untuk annual dinner, kebaya sulam batik, batik pario instant, kebaya klasik moden, baju tema Saloma, idea baju tema klasik

CCL pilih warna soft mocha lembut, tak terlalu gelap dan memang naikkan vibe klasik. Corak sulam pun nampak kemas, tak sarat, sesuai sangat dengan tema Saloma yang klasik tapi tetap manis dipandang.


kebaya sulam, kain batik pario, kebaya klasik Saloma, tema klasik P. Ramlee dan Saloma, kebaya untuk annual dinner, kebaya sulam batik, batik pario instant, kebaya klasik moden, baju tema Saloma, idea baju tema klasik


Untuk kain pula, CCL guna batik instant pario. Memang mudah betul, sarung je terus siap. Cuma satu benda kena alert  bahagian kain memang terbelah, jadi wajib pakai legging di dalam. Kalau tak, masa berjalan nanti memang boleh nampak betis ..

Overall, CCL memang puas hati dengan pilihan kali ni. Tak sangka kebaya sulam batik pario ni boleh nampak cantik dan sesuai dengan tema klasik...Kadang keputusan last minute tu lah yang jadi pilihan terbaik  . 




Beli Produk Dherbs Set Jimat Premium

 Assalamualaikum dan hai semua

Beli Produk Dherbs Set Jimat Premium Beberapa hari lepas, CCL tercheckout produk Dherbs. .Tak lain tak bukan, sebab ternampak live founder Dherbs sendiri Datuk Aliff Syukri bersama Datin Shahida di Shopee..Sejujurnya memang tak ada dalam planning langsung nak top up skincare untuk bulan ni. Pagi tu lepas settle kerja, saja-saja CCL buka Shopee.. Sekali scroll, ternampak Datin Shahida tengah live. Tengah layan live tu, Datin sedang lelong Set Jimat Premium Dherbs..Kononnya nak tengok saja… tapi biasalah, jari ni pantang nampak lelong ,entah macam mana, tercheckout dan terbeli pula set tu. Tak apa lah, anggap kongsi rezeki dengan Datin Shahida dan Datuk Aliff Syukri. Lagipun tak salah CCL support produk tempatan..

Apa yang ada dalam Set Jimat Premium Dherbs ni?

Dalam satu set, ada 3 produk + 1 free gift:

-Minyak Aura 7 Bunga

-Collagen Jelly Cream

-Snow Tinted Sunscreen

-Lip Plum (Free Gift)

Dherbs Set Jimat Premium, Set Jimat Premium Dherbs, Review Dherbs Set Jimat Premium, Dherbs murah, Dherbs promo, Pengalaman beli Dherbs masa live

Masa mula-mula Datin lelong dalam live, harga set ni RM50...tak lama lepas tu, Datin turunkan lagi harga jadi RM45, yang ni memang tak boleh kawal diri, terus tekan checkout! ..Pantang betul kalau ada sales, lelong dan diskaun macam ni. Lepas tolak voucher apa yang patut, jumlah yang perlu dibayar cuma RM37 sahaja. Jimat kan? Jimat sangat-sangat! 

Kalau beli produk secara loose, memang rasa rugi sikit:

-Minyak Aura 7 Bunga – RM22

-Collagen Jelly Cream – RM22

-Snow Tinted Sunscreen – RM30

-Lip Plum – RM12.90

Total dah berapa tu… memang jauh beza dengan harga set..Kalau dapat grab Set Jimat Premium ni, memang jimat berganda.

Baru nak cuba semua produk Dherbs ni, harap-harap sesuai dengan kulit, kalau serasi, boleh repeat lagi lepas ni..


Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 4 & Day 5

 Assalamualaikum dan hai semua 

Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 4 & Day 5 Ada rakan blogger yang bertanya Perlis banjir lagi ka? Alhamdulillah ..sekarang banjir dah surut .. sebaik sahaja uguys semua baca entri ni  semua tempat dah kembali pulih dari banjir .. CCL baru sempat nak update entri banjir, simpan sini buat kenangan ..

ini entri last tentang banjir  hari ke empat dan hari kelima .


Cerita banjir Perlis Day 4 

Pagi hari keempat banjir melanda Perlis, jalan-jalan dah makin menunjukkan penurunan paras air . Alhamdulillah ..pagi hari tu seusai lepas subuh gerak pergi kerja , pagi tu dah tak naik kereta pickup , tapi van company yang datang untuk pickup staff-staff ..alhamdulillah ..ada yang bertanya kenapa tak naik van company sahaja dari awal banjir melanda kan tak perlu nak redah air banjir .. sebenarnya van company meragam tauu , so risiko kalau nak jalan jauh bahaya balik  . 

Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

Balik kerja petang tu, redah air banjir , tapi paras dah makin surut alhamdulillah .. 

Cerita banjir Perlis Day 5 

Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

Seperti kelmarin pergi kerja van company yang pickup pagi tu .. tapi..tapi van pun dah menunjukkan tanda- tanda nazak yerr ..dah berbunyi macam-macam .. risau juga dibuatkan .. lepas van redah kawasan air banjir yang boleh dikatakan ada sesetengah tempat yang masih paras dalam van dah jadi semput-semput . Mujur sempat juga la pergi ambil kawan CCL yang lagi seorang.. dan lagi soeorang lagi kawasan berdekatan tempat CCL kerja juga .. selepas semput-semput masih lagi berkhidmat ya, tiba-tiba dah bagi amaran naik lampu merah pada enjin  ..sekejap nyala sekejap terpadam .. 

Gagahkan juga memandu sampai ke tempat kerja ..alhamdulilah ..tetapi lepas pada tu , van dah tak boleh hidupkan ..maka kena hantar bengkel .. terima kasih van yang berkhidmat untuk staff pagi , petang dan malam selama dua hari .. 

Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 3

 Assalamualaikum dan hai semua 

Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 3 Hari ketiga banjir, pagi tu masuk lewat sedikit , macam biasa tetap kena redah air yang masih lagi di paras paha CCL . Pagi tu redah banjir terpaksa jalan kaki juga la nak masuk ke kawasan tempat kerja, pagi tu mood entah laa nak rasa happy atau nak rasa sedih . Pagi-pagi kena redah banjir ada yang cakap seronok laa .. tapi bagi CCL tak juga ..redah banjir sorang- sorang dalam otak fikir dalam tempoh dua hari ni Allah tengah bagi ujian, ini baru sikit .. mujurlah bukan banjir lumpur yang Allah bagi tidak lagi susah nak berjalan . 

Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

Tengah- tengah redah sambil melayan perasaan sorang-sorang pagi tu kan , tangan kanan pegang selipar , tangan kiri pulak galas beg pakaian , tiba- tiba entah laa silap langkah terpijak lubang kecil atau longkang hampir- hampir nak jatuh juga laa, sakit juga laa tapak kaki , mujur tak luka .. 

Selamat sampai tempat kerja, basuh-basuh dan tukar pakaian .. sakit tapak kaki tadi masih terasa . Check sekali lagi ok tak ada luka , cuma ada kesan kemerahan .. 

Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

Cukup jam bekerja, tiba masa untuk balik .. air semakin naik yaa.. tapi hari ni balik petang macam biasa, tak perlu OT . Tumpang kereta pickup yang ambil mangsa banjir untuk hantar ke PPS banjir.. 

Alhamdulillah.  ada orang baik yang sudi membantu . Moga Allah saja yang membalas 

Malam tu tular pulak ada penangkapan dua ekor ular sawa ,tempat yang berbeza tapi tak jauh juga laa dari penangkapan ular sawa yang kelmarin .. saiz pun besar juga .. seram juga kan . 


Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 2

 Assalamualaikum dan hai semua 

 Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 2 Entri ni sambungan  entri Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 1 . Seawal pagi jam 9 redah banjir nak ke tempat kerja .. pagi tu gerak pergi kerja macam biasa dan pergi laluan yang sama .. banjir kali ni lain macam caranya .. bukan apa .. laluan  nak pergi kerja ada kawasan sedikit tinggi dan rendah , so macam terperangkap laluannya .. pagi tu memang tak redah dengan kereta tapi pergi naik moto, silap laluan terpaksa redah juga air banjir walaupun dalam .. 

Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

laluan ni boleh lagi lalu dengan moto , tapi air memang semakin naik .


Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

Sampai ke tempat kerja laluan depan memang tak ramai berani masuk dengan kenderaan.. CCL turun pun dah hampir paras paha .. so kena cari jalan yang paras air rendah .. barulah jalan kaki redah air banjir masuk ke kawasan tempat kerja .. selamat sampai tempat kerja  kena tukar pakaian pulak .. jadi kalut sikit kan .. 

Pagi tu memang ramai staff yang tak datang kerja terkandas dalam banjir . So nak tak nak CCL kena datang juga laa sebab kawasan rumah memang bebas banjir .. laluan nak ke tempat kerja sahaja yang naiki air .. mujurlah sepanjang banjir beberapa hari ni Allah tak bagi hujan lebat .. hujan tu ada tapi tak setiap hari ..

Sampai tempat kerja settle apa yang patut, sambil-sambil tu ambil angin luar sambil tengok paras air banjir yang semakin meningkat .. masa tu terfikir pulak dalam kepala ni macam mana lah nak balik rumah, memandangkan ada beberapa staff yang tak dapat datang kerja , CCL kena OT sampai ke malam , dalam kepala otak ' ehh malam-malam macam ni nak kena jalan sorang-sorang sampai ke sana bertemankan cahaya lampu tepi jalan' . 


Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

Lagi tak balik, lagi tu lah masalah ni dok berputar dalam kepala otak , petang tu pulak CCL ada scroll facebook terbaca berita petang tu juga ada orang berjaya tangkap ular sawa yang saiznya lebih kurang besar juga .. terbayang sekali lagi macam mana kalau balik malam nanti masa redah air banjir tiba-tiba ular sawa tu lalu tepi kaki .. aiii seram di buatnya ..

Malam tu alhamdulillah atas pertolongan hamba Allah yang lalu lalang, tak perlu nak redah air banjir separas paha . Balik kerja malam tu naik kereta pikup , CCL dan kawan CCL naik dan berhenti di kawasan yang tak kena banjir, masing-masing pulang ke rumah .

 

Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 1

Assalamualaikum dan hai semua 

Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 1 Lepas dengar berita Hatyai banjir teruk, so rakyat-rakyat kena bersedia banjir dari Hatyai akan turun ke negeri Perlis , selalunya macam itulah .. ternyata sangkaan tepat sekali .. last Perlis banjir teruk  tahun 2010 , then tahun ni sekali lagi Perlis banjir 2025 .. ada sesetengah kawasan yang teruk  tapi banjir kali ni memang  banjir memerangkap .. nak tahu sebab apa , stay tune CCL akan cerita day by day sampai hati last banjir surut ..

Hari pertama banjir Perlis memang hujan , hujan lebat tapi alhamdulillah Allah tak kirimkan ribut taufan, kilat guruh ..hanya air hujan sahaja yang jatuh sembah bumi Perlis.. hari ni dah dapat khabar berita kawasan Wang Kelian dah banjir pakej sekali tanah runtuh.ada jalan dah tak boleh lalu, kawasan Gua KelamTasoh ,ArauTiti Tinggi dan Bintong itu memang kawasan yang tiap kali banjir kawasan ni laa kawasan pertama yang akan kena banjir . Banjir cecah paras pinggang.

Petang tu, CCL keluar dobi baju, lepas dobi topup keperluan dapur siap-siap , selesai semua barulah  ronda-ronda kawasan  . Time ni kawasan Repoh, Kawasan kangar dah mula naik air di batas liku tepi jalan utama .. kawasan Bintong dan Titi Tinggi pun air dah naik separuh jalan, dalam pekan Kangar pun dah naik sedikit lagi-lagi berdekatan dengan sungai .. kawasan rumah CCL alhamdulillah kawasan tinggi dan bebas banjir .. lepas ronda-ronda kawasan terfikir esok pagi nak pergi kerja macam mana ..

Banjir perlis 2025, banjir di perlis 2025, kawasan banjir perlis, hotspot kawasan banjir di perlis, perlis banjir 2025, bantuan banjir perlis

Malam tu keluar meronda lagi, meronda tengok jalan mana dah naik air, mencari jalan nak ke tempat kerja esok ni senang nak redah, singgah rumah sepupu CCL pun memang dah naik air , kawasan rendah..

Balik malam terfikir banjir, nak redah macam mana ke tempat kerja , sebab area kawasan nak masuk ke tempat kerja memang rendah, kereta rendah memang tak boleh masuk . Malam tu kawan-kawan yang masih on duty akan update keadaan paras air di kawasan tempat kerja CCL .. memang tidur tak tenang la dibuatnya ..

Cerita day 2 akan bersambung, nak tahu pagi tu CCL redah banjir pergi kerja macam mana ? Tungguuu tauu .. cerita tak menarik sangat pun tapi saja dedikasikan kat sini sebagai kenang- kenangan akan datang ..

Top Commentators Of November 2025 : Tahniah Blogger Azhafizah !!!

Assalamualaikum dan hai semua 

Pemenang Top Commentators Of November 2025 : Tahniah Blogger Azhafizah !! Tanpa membuang masa, CCL nak umumkan Top Commentators untuk bulan November! .. Walaupun bulan November ni CCL agak kurang update entri baru.. bulan lepas antara entri yang paling sikit yaa.. hanya dua entri .. tapi Alhamdulillah masih ada yang sudi singgah, baca dan tinggalkan komen di entri lama mahupun entri yang baru .. Terima kasih sangat–sangat atas sokongan dan kesetiaan uguys semua.

Top Commentators november, top Commentators blog, pemenang top Commentators,senarai top Commentators, cara masuk senarai top Commentators

Untuk bulan November, gelaran Top Commentator jatuh kepada Blogger Azhafizah

Tahniah dan terima kasih sebab sudi terjah tinggal komen .. Sebagai tanda penghargaan, CCL nak kongsi sedikit rezeki dengan pemenang bulan ni .. mohon emailkan detail kepada CCL ya .. di virgoyana61@yahoo.com untuk claim sedikit manis-manis ..

Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang masih setia singgah, baca dan komen. Jumpa lagi dalam pengumuman Top Commentators bulan Disember nanti! ..

Harap-harap bulan ni bukan dua entri lagi lah yer ..hahah.