Assalamualaikum dan hai semua
Sepasang Telekung Siti Khadijah Hari ni CCL nak share satu berita gembira… CCL dapat hadiah kecemasan dari blogger Kak Notie! Hehe..sebenarnya ini hadiah khas daripada giveaway yang Kak Notie anjurkan hari tu .. Giveaway tu konsep dia siapa cepat, dia dapat. Haaa gituu… dan yang menariknya, CCL adalah peserta paling terakhir join yang terkeluar dari landasan .. sebab apa terkeluar landasan .. Kak Notie hanya cari 10 peserta sahaja .CCL peserta yang ke-11 .. Alhamdulillah rezeki masih ada sebab Kak Notie sudi terima penyertaan CCL. Terima kasih banyak ya Kak Notie..
Dah banyak hari parcel ni dah selamat sampai, cuma CCL baru sempat keluarkan entri hari ni. Bila buka bungkusan tu… masyaAllah, sepasang telekung Siti Khadijah warna putih terselit lace yang cantik di setiap hujung. Simple tapi tetap nampak eksklusif. Tak sarat corak, minimalist dan kemas ..memang kena sangat dengan citarasa CCL.
Lepas ni bolehlah CCL pakai telekung pemberian Kak Notie setiap kali solat. InsyaAllah, semoga doa-doa yang dipanjatkan dalam telekung ini turut mengalir pahala untuk Kak Notie juga.
Eh Kak Notie, ada anjurkan Giveaway Saham Akhirat 2.0 .. siapa cepat dia dapat ..so uguyss pergi join cepat .. yang belum pernah singgah ke ruangan blog kak Notie . Boleh laa singgah https://sajesuka-suka-notie.blogspot.com/
Sekali lagi, terima kasih Kak Notie atas hadiah istimewa ini.

























