Assalamualaikum dan salam sejahtera
kable Unifi Terputus Hari Jumaat, dua hari lepas, unifi CCL ada masalah . Masa ni CCL tengah on duty kat tempat kerja , terima Whatsapp dari adik CCL mengatakan unifi problem, tak boleh nak connect internet , bila tengok dekat modem & router ada lampu merah . Means lost signal .. CCL pun terfikir lah bill unifi untuk bulan Mac belum langsai lagi . Mungkin pihak Unifi banned untuk sementara waktu , sebab dah masuk minggu kedua April , tapi belum jelaskan bayaran lagi . Bukan taknak bayar tapi minggu pertama selepas raya 8hb gaji baru masuk . Terlewat atas asbab apa pun CCL tak pasti .
Bila bukak apps Unifi , dekat bahagian pembayaran dah naik status 'suspended' . Ok akaun dah kena banned . CCL pun segera buat pembayaran .. bila dah selesai pembayaran status akaun 'suspended' tadi bertukar ke akaun aktif .
Tunggu dalam beberapa minit, masih belum ada tanda-tanda internet dapat diakses . Lampu merah still tertera di situ . CCL minta adik tolong restart semula modem & router tersebut , tetapi still tak dapat connection internet . So nak tak nak tunggu laa CCL balik rumah .
Baru perasan Unifi Cares ada Whatsapp CCL berkenaan Unifi CCL ada gangguan teknikal . Ok lah pada mulanya ingatkan line internet di kawasan rumah CCL ni ada gangguan masalah .
Petang Jumaat, lepas habis Solat Jumaat , adik CCL bagitahu ada wayar TM yang terputus dari kotak hitam Unifi, mungkin wayar tu wayar Unifi rumah CCL . Sangkut lori keluar masuk rasanya sebab tu boleh terputus . Nak tak nak hari sabtu lah CCL bukak report untuk lapor masalah tersebut.
Sepanjang beberapa tahun pakai Unifi , ni rasanya kali ke-4 wayar Unifi tu putus ,
- Wayar sambungan dari kotak hitam longgar terputus
- Hujan lebat , ranting pokok jatuh kena wayar Unifi lalu terputus
- Sangkut backhoe cuci parit tepi jalan lepas tu terputus
- Sangkut lori keluar masuk tepi jalan asbab terputus .
5 Ulasan
Unifi kami ni pun meragam banyak kali. Lama lagi kontraknya.
BalasPadamSemoga cepat-cepat baik semula connection unifi. Takde internet di rumah susah juga, sebab tv pun guna internet.
BalasPadamMacam2 hal ye unifi ni. Cie dulu pernah apply nak masuk unifi last minute cancel tak jadi sebab lama sangat nak tunggu dapat port tu & bila fikir semula malas nak tambah komitmen bulanan.
BalasPadamOh dia blm fiber dalam tanah ya kak? Saya sejak ganti ke fiber yg ditanam, memang masalah putus kabel ini dah tak pernah.
BalasPadamSemoga mereka cepat memperbaiki atau bahkan improve layanan dengan memasang yg fiber optic
Cuya selalu dulu masalah internet terputus sebab monyet durjana suka rosakkan wayar. Alhamdulillah skrg dh okay
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan