Assalamualaikum dan salam sejahtera
Manisnya sudah hilang. Senyumnya juga sudah lama mati. Tuhan, bagaimana mahu berpura-pura terlihat bahagia sedang hati menjerit benci, jiwa merobek dendam?
Dendam. Ya, dendam. Lukanya sudah pulih, namun parut kian berdarah seiring waktu berputar pergi.
Segalanya gelap-gelita sama seperti hatinya. Tiada ruang, tiada jalan, hatta secebis peluang demi sebuah kemaafan. Hatinya hancur lumat. Tiada cara untuk merawat kembali. Yang ada hanya berambus, berambus daripada mata aku.
Nyah daripada segala sudut dan pandangan mata ini. Jangan biar diri ini kian membenci dan terus menanam api dendam kerana sekali diacuh selamanya terbakar.
Nilai kemaafan terlalu besar sehingga tidak ternilai dan tidak tercapai dek jiwa untuk membayarnya. Bukan tidak mampu, tetapi memilih untuk tidak mahu.
Memaafkan adalah hak seseorang. Hak setiap manusia. Hak individu.terpulang kepada dia mahu memaafkan atau menanam benci. Tiada yang salah kerana segala perhitungan yang terzalimi akan tetap diadili.
8 Ulasan
It is very deep... Kadang-kadang, apabila hati terluka, kita memang sukar untuk memaafkan. Tapi, ia mengingatkan kita bahawa kemaafan itu hak peribadi setiap orang. Memaafkan bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ia boleh memberi ruang untuk kita melepaskan beban dan mencari kedamaian. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk memilih jalan yang terbaik dalam menyembuhkan hati.
BalasPadamdeep..tapi betul nak memaafkan tu boleh tapi nak melupakan itu susah...
BalasPadamTak memaafkan juga adalah hak kepada si pemberi hak kemaafan..
BalasPadamMemaafkan tak semudah itu apa lagi melupakan kesakitan yang melanda jiwa. Tak mungkin sakit itu pupus begitu saja. Terbakar rumah nampak asap, tapi hati yang terbakar tiada siapa tahu
BalasPadamCeritanya menusuk ke hati. Kalau ini merupakan kejadian sebenar, bertambahlah.
BalasPadamMemaafkan akan melapang dan mententeramkan jiwa kita berbanding menyimpan dendam yang tak berkesudahan.
BalasPadamMemang susaaah sangat nak memaafkan. Butuh waktu yg lama terkadang. Sampai luka itu betul2 sembuh. Terkadang pun tak bisa sembuh 😔
BalasPadamCertot tu apa maksudnya CCL?. Memaafkan boleh tapi tetap ingat apa orang buat kat kita.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan