Tonton | Drama Langit Ke Tujuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tonton | Drama Langit Ke Tujuh  Langit Ke Tujuh Drama Tonton Original arahan 
Heykal Hanifah yang sudah pun ditayangan  bermula 23 Januari 2025. Sebuah kisah ketaksuban yang membawa kemusnahan, kisah manipulasi yang berakar daripada peredaran ajaran sesat, ibarat menghidupkan kembali bayangan dunia Ayah Pin dan Abuya. Dunia Ayah Abdul  disiarkan secara eksklusif di Tonton minggu ini.

Sinopsis Drama Langit Ke Tujuh

Drama tonton, tonton drama langit ke tujuh, tonton online drama langit ke tujuh, sinopsis drama langit ke tujuh , langit ke tujuh ,

Ayah Abdul seorang yang teliti skibidi bidi, sampai nak bernikah dia yang nikahkan diri sendiri. Siapakah Ayah Abdul? Sudah tentulah penunggang agama yang yang menyebarkan ajaran sesat kepada pengikutnya supaya pengikutnya memujanya dan taksub dengan dia. Dijanjikan dia mampu membimbing penganutnya jalan ke syurga jika taat ajarannya di Tanah Surgo.


Ayah Abdul memiliki tiga orang isteri iaitu Kalsom (Nora Danish), Zaynab (Farahdhiya), dan Suhana(Faezah Elai). Namun, kedatangan seorang wanita muda, Zahara (Chacha Maembong), yang terpengaruh untuk menjadi isteri keempat, mencetuskan perubahan. Setelah mengetahui realiti di Tanah Surgo, Zahara sedar bahawa amalan yang diajarkan di sana sebenarnya menyimpang daripada Agama Islam. Zahara lantas berusaha untuk mendedahkan segala kegiatan di sebalik kepercayaan yang menyesatkan itu. 

Walaupun sudah mempunyai 3 isteri, Ayah Abdul kini sibuk mencari calon isteri keempat. Hanya inginkan anak dara untuk jadi isteri keempatnya. Ketiga isteri yang taat kini sibuk mencari anak dara untuk jadikan isteri keempat suami dia. 

Mak Ina ( Datuk Fauziah Nawi) sanggup jual rumah dan kedai jahit, infakkan segala hasil jualan ke Tanah Surgo dan ikuti ajaran Ayah Abdul. Anaknya,  Yusuf (Nafiz Muaz ) sangat terkejut apabila mengetahui ibunya menjual segala harta dan kini tinggal di Tanah Surgo. Pada masa yang sama, seorang pemuda bernama Yusuf (Nafiz Muaz) pula memasuki Tanah Surgo untuk meluangkan masa bersama ibunya, Mak Ina (Datuk Fauziah Nawi), setelah lama berpisah. Namun, hari demi hari, Yusuf mula menyaksikan banyak kejanggalan yang membuatkannya berasa ragu-ragu. Melihat ibunya yang semakin terpengaruh oleh ajaran Ayah Abdul, Yusuf bertekad untuk menyelamatkannya,meskipun harus berdepan dengan pengaruh kuat yang sukar dilawan.


Agak menyeramkan apabila  menonton drama ni. Seram, jijik dan kasihan. Itulah yang dirasai lepas menonton episod 1 drama Langit Ke Tujuh ini. Seram melihat ajaran sesat, cara mereka menunggang agama sangat menakutkan, di janjikan Syurga jika patuh pada ajaran mereka. Pengikut yang taksub akan mengikut tanpa banyak soal. Terlalu taksub, sehingga yang tua salam cium tangan yang muda 🥲.  Jijik melihat Ayah Abdul yang tua gatal merenyam tak sedar diri. Sedih apabila orang yang tiada asas pendidikan agama yang kukuh terjebak dengan ajaran sesat.

Lakonan pelakon, sangat menjiwai watak. Lakonan Zamarul Hisham sebagai Ayah Abdul sangat menyeramkan, dah macam Ayah pin dah duk minta orang minum air basuhan kaki. Dan muka gatal tengok perempuan berdahi licin. Zamarul Hisham mampu menjiwai watak yang berat ni. Ekspresi muka yang gatal, serius sangat menjiwai watak penunggang agama yang gatal miang keladi. Nora Danish cantik berhijab labuh tapi dalam ni wataknya tak semanis wajah comelnya. Watak isteri pertama yang agak panas baran, sering perasap senjata . Menakutkan. Lakonan pelakon lain yang memang kategori pelakon kelas A seperti Datuk Fauziah Nawi, Faradhiya dan Faezah Elai tak perlu di pertikaikan lagi. 

Banyak pengajaran yang dapat penonton ambil dari drama ni. Kukuhkan asas agama islam supaya tahu bezakan ajaran Agama Islam dengan Ajaran sesat. Jangan terlalu mudah percayakan orang, jangan taksub sangat sesama manusia, takut nanti ketaksubban itu akan memakan diri, diri sendiri menjadi korban.

Mengakui bahawa watak Ayah Abdul berbeza daripada wataknya sebelum ini, Zamarul Hisham berkongsi, “Watak Ayah Abdul ini benar-benar mencabar kerana saya perlu menyampaikan dialog yang cukup menggerunkan kerana ia melibatkan soal agama. Walaupun hanya lakonan, kesannya tetap terasa. Setiap kali melontarkan dialog, saya perlu banyak beristighfar dan melakukan solat taubat selepas selesai penggambaran . Langit Ke Tujuh penuh dengan pedoman, terutama tentang bahaya penipuan, agenda
licik, dan taasub yang boleh membawa kepada kesesatan. Jadi, penonton perlu menontonnya untuk lebih memahami perkara ini."


Nak Recap Semula Top Commentators Sepanjang Tahun 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Nak Recap Semula Top Commentators Sepanjang Tahun 2024 Sebenarnya entri ni dikeluarkan pada awal bulan , disebabkan sibuk kerja sampai tak sempat nak draft blog so ada masa lapang sikit ni la baru sempat nak recap semula . Entri kali ni simple sahaja , sengaja CCL nak recap balik para pemenang Top Commentators dari bulan Januari 2024 sehinggalah Disember 2024 . Alhamdulillah terima kasih semua rakan-rakan blogger yang tak jemu-jemu ke ruangan blog CCL . Alhamdulillah untuk setiap bulan CCL dah tunaikan niat untuk memberi sedikit hadiah saguhati tanda penghargaan CCL kepada uguys semua . 


Jom recap semula para pemenang dan hadiah apa yang mereka dapat dari CCL 

CCL hadiahkan dinner set bowl . 


CCL hadiahkan kuali untuk memasak . 


CCL hadiahkan periuk comel 


CCL hadiahkan kuali sama macam blogger Lady dapat . 


CCL hadiahkan Set Pisau


CCL hadiahkan sehelai tudung bawal Moon&stella Entri boleh baca sini http://www.suriaamanda.com/2024/07/hadiah-top-komentator-blog-ccl.html


Rabia dapat tumbler blackpink


Kali ni MA dapat set termos air panas


Disebabkan fanny blogger Indonesia, CCL tak dapat nak kirimkan hadiah . Sebagai penghargaan CCL review blog Fanny 


CCL hadiahkan perfume paradise 



Disebabkan fanny blogger Indonesia, CCL tak dapat nak kirimkan hadiah . Sebagai penghargaan CCL review blog Fanny 



CCL hadiahkan sling bag 


Terima kasih semua rakan - rakan blogger sudi terima hadiah kecil pemberian CCL . InsyaAllah tahun 2025 CCL akan teruskan mencari top commentator untuk setiap bulan . Doakan semoga CCL murah rezeki ya .. 


Certot : Kenapa Tak Sama ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



“Tak boleh bahagikan sama rata ke?” tanya mak long.

“Yalah. Adik-beradik kita bukannya ramai mana pun,” sokong mak ngah. 

Ayah aku geleng kepala. Kubur Tok Ki masih merah, mereka sudah duduk berbincang tentang harta pusaka. 

“Kita kena ikut faraid, kak long, kak ngah.” Lembut suara ayah memujuk. 

Mak ngah yang sudah lapan kali naik haji itu menjeling ayah. “Alah… kau nak ikut faraid sebab nanti bahagian kau dapat banyak kan?”

“Astaghfirullah al-Azim… apa kak ngah cakap ni? Bukan kita bertiga je yang berhak atas harta arwah ayah. Ada orang lain. Atuk kita hidup lagi. Dia juga berhak atas harta ayah.”

Ya, moyang aku masih hidup lagi. Sedang duduk diam memandang ke luar jendela. Mungkin juga sedang memasang telinga mendengar pertengkaran ini.

“Dah, dah, jangan nak gaduh. Kita bahagi empat,” celah mak long.

“Tak boleh, kak long….” Ayah berkeras. 

Mereka terus berbalah. Aku yang memerhati dari jauh terfikir sesuatu. Mak long dan mak ngah itu bukanlah orang yang buta agama. Mereka tahu agama. Malah, boleh dikategorikan sebagai agak warak. Kalau hukum lain-lain dalam agama seperti puasa dan solat boleh kita taati dengan baik, tetapi kenapa hukum faraid mahu kita langgar? Ia juga hukum Tuhan, bukan?



Review Blog Fanny_Dcatqueen | Pemenang Top Commentators Bulan September & November 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Review Blog Fanny_Dcatqueen | Pemenang Top Commentators Bulan September & November 2024 Dah menghampiri penghujung bulan Januari 2025 ya. Dalam kekalutan bekerja CCL baru teringat ada benda yang belum selesai untuk pemenang top Commentators bulan September dan November 2024 iaitu blogger dari seberang negara Indonesia Fanny_Dcatqueen . 

Review blog, review blog fanny, fanny dcatqueen, blogger fanny dcatqueen

Disebabkan beliau dah dua kali dapat top commentator, so proses pengeposan hadiah dari CCL sebagai tanda penghargaan dan persahabatan tidak dapat dijalankan memandangkan beliau jauh di Indonesia . So sebagai gantian CCL dah janji akan review blog beliau . 


Blogger Fanny Dcatqueen

Review blog, review blog fanny, fanny dcatqueen, blogger fanny dcatqueen

Seorang blogger peramah yang berasal dari Indonesia . Hadir dengan tagline blog 'because travelling is not just a passion, it is a life need' . Melancong ni sebenarnya lebih daripada sekadar uguys menerokai tempat baru tetapi kelebihannya menjadikan uguys  lebih berfikiran terbuka terhadap budaya luar serta pengalaman yang baharu  . Begitu juga la kalau uguys kali pertama jejak ke ruangan blog Fanny . Pelbagai   moment-moment manis yang dia catatkan di ruangan blog . 


Review blog, review blog fanny, fanny dcatqueen, blogger fanny dcatqueen

Untuk uguys yang kaki travel, boleh la terjah entri-entri yang menarik yang ada dalam blog Fanny, semuanya penuh berinformasi.  Selain tempat pelancongan , blogger fanny juga selalu share tempat-tempat makan yang menarik di setiap tempat yang beliau pergi dan juga pengalaman-pengalaman beliau ketika pergi bercuti ..

Bagi CCL blog Fanny memang penuh berinformasi . Walaupun belum ada rezeki  nak travel jauh-jauh di luar negara . Bila baca blog Fanny ni dapat juga tahu serba sedikit gambaran di luar negara . 

Korang yang belum pernah masuk ke ruangan blog Fanny , jemput laa ke Fanny_Dcatqueen .

So untuk blogger Fanny terima kasih CCL ucapkan kerana tanpa jemu untuk singgah ke ruangan blog CCL . InsyaAllah ada rezeki satu hari nanti kita jumpa . 



SR Mini Giveaway 2025

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

SR Mini Giveaway 2025 Giveaway yang pertama CCL join untuk tahun ni .. Mini giveaway ni datangnya dari blogger Syazni Rahim . CCL dapat tahu kewujudan Mini giveaway ni pun dari blogger Papaglamz .. time tengah blogwalking blog beliau, alang- alang tu terus la CCL join . Mana tahu ada rezeki .

Giveaway ni baru beberapa hari sahaja bermula . Kalau korang tengok banner tu tarikh tutup penyertaan adalah 15 February 2025 .


Syaratnya 

  1. -Ada blog dan follow blog SR ni.
  2. -Copy banner di atas dan buat 1 post bertajuk SR Mini Giveaway 2025 dan link ke post ni bila orang klik banner.
  3. -Tinggalkan link post korang tu di bahagian komen blog ni.
  4. -Beralamat di Malaysia

Uguys yang nak join boleh klik link pada banner di atas.


Certot : Maaf

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Maaf

Manisnya sudah hilang. Senyumnya juga sudah lama mati. Tuhan, bagaimana mahu berpura-pura terlihat bahagia sedang hati menjerit benci, jiwa merobek dendam?

Dendam. Ya, dendam. Lukanya sudah pulih, namun parut kian berdarah seiring waktu berputar pergi.

Segalanya gelap-gelita sama seperti hatinya. Tiada ruang, tiada jalan, hatta secebis peluang demi sebuah kemaafan. Hatinya hancur lumat. Tiada cara untuk merawat kembali. Yang ada hanya berambus, berambus daripada mata aku.

Nyah daripada segala sudut dan pandangan mata ini. Jangan biar diri ini kian membenci dan terus menanam api dendam kerana sekali diacuh selamanya terbakar.

Nilai kemaafan terlalu besar sehingga tidak ternilai dan tidak tercapai dek jiwa untuk membayarnya. Bukan tidak mampu, tetapi memilih untuk tidak mahu.

Memaafkan adalah hak seseorang. Hak setiap manusia. Hak individu.terpulang kepada dia mahu memaafkan atau menanam benci. Tiada yang salah kerana segala perhitungan yang terzalimi akan tetap diadili.


Beli Peneram Comel Chu Anan Legasi Di Shopee

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli Peneram Comel Chu Anan Legasi Di Shopee Lama tak makan peneram , selalu kalau teringin nak makan memang akan beli kat pasar tani . Tiba-tiba si Shopee merealisasikan keinginan tersebut . Eh macam tahu-tahu jer kan  , terlalu lalang pulak  si peneram ni dekat live shopee . Saja kan..saja kannn ..  CCL masuk live Shopee 'Chuanan Legasi' jual peneram ni. Bukan saja-saja masuk live , sekali terbeli dua Tupperware si peneram ni . 

Peneram, cucur peneram, resepi peneram, peneram comel, peneram chu anan legasi, peneram chu anan, cucur peneram

 Peneram comel Chu Anam Legasi .  Baca feedback dari customer ramai yang cakap sedap . So why not kita cuba sedap ke tak sedap .. satu Tupperware kecil ni ada 40biji peneram comel , dijual dengan harga RM8 sahaja .. 

Peneram, cucur peneram, resepi peneram, peneram comel, peneram chu anan legasi, peneram chu anan, cucur peneram

Peneram saiz kecil , memang betul-betul comel lahh .  Rasa pun sedap paling penting peneram ni tidak terlalu manis .. so laju lah makan dengan saiz kecil ni sekejap jer ngapp. 

Lepas ni boleh repeat Tupperware besar .. ehh uguys yang nak cuba peneram comel Chu Anam boleh beli di Shopee Chuanan Legasi



14 Januari 2020 - 14 Januari 2025 Cukup 5 tahun

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

14 Januari 2020 - 14 Januari 2025 Cukup 5 tahun

Pemergian arwah tok , al fatihah untuk arwah

Tarikh keramat ni akan tersemat dalam hidup CCL sampai bila-bila . Tanggal 14 Januari 2020 betul-betul mengajar  CCL apa itu erti kehilangan . Kehilangan yang paling menyakitkan adalah kematian . Kehilangan orang yang kita rapat , orang kita sayang lagi menyakitkan , bukan hanya ditinggalkan sementara tapi selamanya ..  

Kadang Susuk tubuh badan ni yang dah menjaga CCL sejak kecil sehinggalah  besar kini dah genap 5 tahun pemergian arwah tok CCL . Betul lah kalau dipisahkan oleh kematian adalah luka dan rindu yang takkan sembuh sampai bila-bila . 

Belajar untuk redha . Ya redha dengan pemergian arwah tok . Semua di atas muka bumi ni semuanya pinjaman Allah . Tiap masa kita kena bersedia dengan apa yang Allah nak bagi dan apa yang Allah nak tarik balik . 

Rindu sebatas Al-fatihah 


Dapat Daily Planner Book 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Dapat Daily Planner Book 2025

Book planner 2025, planner 2025, management diary, buku management diary 2025, diary 2025, buku journey 2025, buku planner

Tahun ni company bagi planner book kepada semua staff , so CCL tak perlu nak beli planner untuk tahun ni . Hujung tahun hari tu ada juga tengok-tengok planner yang sesuai di Shopee . Masih dalam  tinjauan tak sempat nak checkout troli Shopee lagi  masuk kerja hari tu dapat planner putih ni . Cantik . Ada dua warna hitam dan putih, CCL dapat warna putih .So kena penjagaan rapi la .

Book planner 2025, planner 2025, management diary, buku management diary 2025, diary 2025, buku journey 2025, buku planner

Cover buku planner ni sangat tebal, material pun cantik . 


Book planner 2025, planner 2025, management diary, buku management diary 2025, diary 2025, buku journey 2025, buku planner

Helaian pertama . Management Diary 2025


Book planner 2025, planner 2025, management diary, buku management diary 2025, diary 2025, buku journey 2025, buku planner

Helaian kedua you guys boleh la isi serba sedikit detail dalam buku planner ni . In case kalau tertinggal di mana-mana , orang yang jumpa buku planner boleh la contact you guys . 


Book planner 2025, planner 2025, management diary, buku management diary 2025, diary 2025, buku journey 2025, buku planner

Helaian seterusnya ada kalender rujukan bermula dari tahun 2024- 2026 


Book planner 2025, planner 2025, management diary, buku management diary 2025, diary 2025, buku journey 2025, buku planner

World Air Distances


Book planner 2025, planner 2025, management diary, buku management diary 2025, diary 2025, buku journey 2025, buku planner

World times 


Book planner 2025, planner 2025, management diary, buku management diary 2025, diary 2025, buku journey 2025, buku planner

Rujukan untuk cuti umum


Book planner 2025, planner 2025, management diary, buku management diary 2025, diary 2025, buku journey 2025, buku planner

International direct dialling 


Book planner 2025, planner 2025, management diary, buku management diary 2025, diary 2025, buku journey 2025, buku planner

Year planner 


Book planner 2025, planner 2025, management diary, buku management diary 2025, diary 2025, buku journey 2025, buku planner

Advance year planner 


Book planner 2025, planner 2025, management diary, buku management diary 2025, diary 2025, buku journey 2025, buku planner

Dan bermula helaian yang you guys boleh catat  segala nota-nota  . 

Bestnya ada buku planner ni setiap helaian mengikut tarikh . So ada ruang yang banyak untuk you guys boleh catatkan apa yang perlu . Sebab tu buku planner ni tebal .. 

You guys ada buku planner tak ? Yang bekerja mesti laa ada kan .. 


Kalendar Tahun 2025

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kalendar Tahun 2025 

Kalendar 2025, kalendar tahun 2025, desk stand calendar 2025,

Masuk tahun baru, semestinya kalender pun kena bertukar baru .  Macam biasa tahun ni dapat kalender cuma design setiap tahun berbeza-beza . CCL lebih sukakan 'stand desk calendar ' macam , sangat memudahkan untuk diletakkan di mana-mana especially di sudut meja kerja . Saiz kalendar ni tidaklah terlalu besar dan tidak terlalu kecil .

Kalendar 2025, kalendar tahun 2025, desk stand calendar 2025,

Paling penting kalendar ni lengkap dengan info cuti umum serta cuti sekolah . Side setiap helaian belakang ada bahagian untuk you guys letak nota- nota penting . 



Lirik Lagu Hijab Rindu - Black Hanifah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Lirik Lagu Hijab Rindu - Black Hanifah

Hijab rindu, lagu hijab rindu, lirik lagu hijab rindu , lagu hijab rindu black hanifah, , hijab rindu by black hanifah,

Verse:
Kenangan indah mata bertamu
Mempesona menawan rindu
Seakan dunia menyebut namamu syahdu
Dua menjadi satu

Pre-chorus:
Ku sangka sinar menjelma
Rupanya hijab mula terbuka
Pandangan bertukar warna
Membuatku gelap, gelap gelita

Chorus
Nada suara berdendang
Memadam cahaya tenang
Kau menjejaki ke mana saja tanpaku undang
Bisikanmu menghalang
Terpaanmu menggoncang
Menghantuiku mengalihkan arahku pulang

Top Commentators Of December 2024 : Tahniah Blogger Suria Amanda !!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Top Commentators Of December 2024 : Tahniah Blogger Suria Amanda !! Penghujung tahun 2024, pada 31 Disember 2024 maka berakhirlah top commentator yang CCL adakan setiap bulan . Hujung bulan hari tu walaupun masih mood bercuti sempat juga CCL tengok siapakah yang merangkul top Commentators untuk bulan Disember 2024 .. cumanya entri ni CCL terpaksa hold seketika waktu disebabkan hampir beberapa hari CCL berada di Bangkok, Thailand . Menghabiskan sisa-sisa cuti tahunan di sana sambil rehat minda .2 Januari baru balik Perlis . Perjalanan pergi dan balik memang mengambil masa yang lama. Belum cukup rehat lepas balik dari bercuti , 3 Januari barulah mula masuk office, kiranya minggu pertama memang betul-betul tumpu pada kerja , selesaikan apa yang patut. Ya laa dah cuti beberapa hari so kena settlekan beberapa daily report yang tertinggal . 

Tak nak bebel panjang, CCL nak umumkan top Commentators bulan Disember 2024 jatuh kepada blogger Suria Amanda . Tahniahhh .. boleh emailkan detail untuk CCL pos hadiah ke virgoyana61@yahoo.com


Top commentator december 2024

Tak lupa juga kepada Top 5 bulan ni kerana sudi memeriahkan lama blog CCL ni . 

Jom terjah mereka 

  1. Suria Amanda
  2. Rabiatul Adawiyah
  3. Fanny Dcatqueen
  4. Mummy Ayu
  5. Mulan
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan blogger yang tak pernah jemu singgah ke ruangan blog CCL . Untuk tahun 2025, CCL akan teruskan lagi dengan pencarian top commentator untuk setiap bulan .. Doakan CCL murah rezeki ya .

Stay tune ..

Salam Tahun Baru 2025 !

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Salam Tahun Baru 2025 ! Hello you guys . Hari ni dah hari ke-8 kita semua melangkah ke tahun baru 2025 . Hari ke-8 CCL muncul semula dalam ruangan blog setelah menyepi beberapa minggu menyelesaikan kerja hakiki untuk report tahunan serta cuti healing-healing minda sempena masuk tahun baru 2025 ni . Alhamdulillah plan untuk bercuti akhir tahun Allah dah susun elok perancangannya . 

Tahun baru 2025, ucapan tahun baru 2025, tahun 2025


Akui tahun 2024 bukan tahun yang terbaik dalam perjalanan hidup CCL, tapi masih lagi bersyukur Allah masih lagi pinjamkan nyawa sampai saat ini CCL masih lagi bernafas . Tahun 2024 , mungkin tahun berduka . Allah bagi suprise macam-macam .. Arwah tok dijemput pencipta dan selang beberapa bulan Allah jemput arwah tokwan pulak ke sana . Redha ? Ya dah belajar redha pemergian orang sekeliling . Perjalanan hidup diri sendiri ada turun naiknya . Kadang bahagia gembira kadang sedih itu memang rutin . So pilihan di tangan diri sendiri elakkan  toxic people. 

Dari segi pencapaian kerja, alhamdulillah masih maintain di posisi yang sama, cuma tahun 2024 memang Allah uji pelbagai cabaran dan dugaan untuk department . Ada turun naik macam ombak di laut . Sepanjang bekerja CCL tak pernah tergerak hati untuk hantar sebarang surat . But tahun 2024  CCL buka surat cuti tanpa gaji. Tak pernah terfikir macam tu , tapi disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan, CCL undur diri untuk beberapa minggu untuk ambil masa tenang dengan situasi yang serabut .  Bukan keputusan yang mudah, tapi tak nak bagi kesan pada kerja so kena rehat sekejap . 

Penghujung tahun 2024 , alhamdulillah Allah selit kebahagian , kegembiraan . Dua minggu sebelum melangkah masuk tahun baru, CCL capai target sales, so dapat la cuti panjang . plan memang nak cuti relax-relax minda . Alhamdulillah aturan Allah memang tak pernah salah penghujung 2024 dapat sambut New Year di negara jiran . Pengalaman manis yang takkan boleh dilupakan untuk tahun 2024 . 

Tahun baru 2025, ucapan tahun baru 2025, tahun 2025


Apa yang kita capai tahun 2024 ? Tak kiralah apa pun  tahun baru adalah peluang untuk kita menutup buku lama dan membuka buku baru kehidupan. Bagi CCL setiap kali tahun baru bukanlah hanya sekadar sambutan dan perayaan, tetapi lebih kepada refleksi diri dan perancangan masa depan . Kadang CCL akui juga terleka dengan kesibukan hidup . 

Bila dah semakin tua ni, makin kita sedar yang kita perlu buat small things untuk archive apa yang kita nak . Semakin dewasa semakin kita nak small circle . 

Selamat tahun baru 2025 ! Setiap hari adalah halaman kosong , tulislah kisah yang indah dan penuh makna . Semoga tahun ini apa yang kita impikan dipermudahkan oleh Allah serta semoga tahun ini dipenuhi dengan kasih sayang, kejayaan serta kebahagian untuk semua ..