Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sedekah Pakaian Terpakai Niat sebulan yang lalu CCL nak kosongkan almari dengan pakaian yang dah tak dipakai . Nak sedekah pakaian yang dah dipakai ni terfikir dan tercari-cari orang yang nak terima pakaian tersebut . Bila dapat tahu ada beberapa ahli parlimen kawasan CCL buka booth untuk sedekah pakaian terpakai , CCL pun cari masa dan ruang untuk membuat " clearance wardrobe" . Kedua-dua almari dalam bilik ni memang dah cukup padat dengan pakaian-pakaian , sampaikan tiada ruang untuk simpan baju-baju baru . So bila difikirkan balik ruangan almari dah tak boleh bernafas, so kena ada baju yang in dan out .. Maka terjadilah clearance wardrobe . Kena asingkan baju-baju yang masih lagi cantik , boleh dipakai dan no defect item .
Kenapa tak jual preloved?
Ramai juga kawan-kawan CCL bertanya , sebenarnya kenapa tak jual preloved antara nya malas nak ambil gambar apatah lagi disuruh buat live jual pakaian preloved tersebut . Memang tidaklah .Jadi lagi mudah sedekah pada mereka yang memerlukan. Lagi cepat kerja CCL kan . Antara pakaian yang disedekahkan adalah baju kurung , blouse dan juga t-shirt . Gambar diatas hanya separuh sahaja, tapi bila dah siap clearance hampir 2 plastik beg besar jugak la .. Ini baju sahaja , belum lagi termasuk tudung-tudung. .
Senang hati bila tengok ada sedikit ruang dalam almari pakaian . Barang yang masih boleh pakai, kalau dah taknak jangan buang membazir. Kita sedekah dan boleh tolong orang yang memerlukan. Bagi kita baju ni dah lama, dah tak up to date fesyen nya. tapi ada orang perlukan sangat lagi lagi yang susah tu.
5 Ulasan
MA pun sort & distribute sebelum puasa hari tu..clear almari sikit
BalasPadamkita pun nak kena pack baju lelama ni juga.... byk dah x muat mmg kena sedekah aje la kan
BalasPadamWaktu sekarang orang sangat perlukan pertolongan dan semua cuba berjimat. Bagus CCL
BalasPadamwaa kat mana lg nak cri tempat nak sedekah pakaian nie?
BalasPadambetul tu yana..mgkn pada kita baju-baju tu dah tak menepati citarasa lagi tapi utk orang yg memerlukan, dorang bersyukur sangat ada pakaian terutama yang kurang berkemampuan...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan