Drama Tarik Aku Ke Syurga l TV3

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 



Drama Tarik Aku Ke Syurga l TV3 Terbitan Creative Skill Solution diinspirasikan dari novel Tarik Daku Ke Syurga karya Haitun Kamarazaman. Menampilkan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam sebagai pelakon utama. Drama rantaian 28 episod ini diarahkan oleh Malek Rahman bakal menemui penonton di slot Samarinda TV3 bermula 23 Jun 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan ia turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama selepas siaran di TV3. 


DRAMA , DRAMA TARIK AKU KE SYURGA , TONTON ONLINE DRAMA TARIK AKU KE SYURGA , TONTON EPISOD PENUH DRAMA TARIK AKU KE SYURGA , SINOPSIS DRAMA TARIK AKU KE SYURGA


Drama Tarik Aku Ke Syurga

Episod: 28

Tarikh Tayangan: 23 Jun 2022

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3 /  iQiyi

Idea & Skrip: Nieza Nahar

Pengarah: Malek Rahman

Produksi: Creative Skill Solution Sdn Bhd


Watak Pelakon Drama Tarik Aku Ke Syurga

Zul Ariffin sebagai Zamri

Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia

Keith Foo sebagai Shawn

Lisdawati sebagai Hajah Raudah

Izzendra sebagai Natasha

Khairil Anwar Aman sebagai Haji Murad

Aleeza Kasim sebagai Datin Maria

Esma Daniel sebagai Dato Azman

Zila Bakarin sebagai Hajah Jamilah

Mahmud Alibashah sebagai Haji Nizam

Hafreez Adam sebagai Kashaf

Nada Nursyuhada sebagai Che Pah

Afzan A.Rahman sebagai Doktor Bakri

Idzham Ismail sebagai Dahlan

Ayra Messi sebagai Julia

Nabil Aqil sebagai Aidil

Khafizah Hanafie sebagai Puan Zaimah

Zizi Hazirah sebagai Rahila 

Sean Lee sebagai Dr Chin


Lagu Tema (OST) Drama Tarik Aku Ke Syurga

-Bukti Cinta - Wanie Ooi

-Kekasih - Aiman Sidek, Aniq Muhai, Alif Azhari

-Teristimewa - Aiman Sidek


Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga

Zamri (Zul Ariffin) ialah seorang perunding hartanah yang berjaya dan sudah memiliki syarikat perunding hartanah di Kuala Lumpur pada usia muda. Zamri ialah anak tunggal kepada Haji Murad dan Hajah Raudhah. Sebagai anak tunggal, Haji Murad dan Hajah Raudhah sangat menitik-beratkan pendidikan agama dalam hidup Zamri dari kecil. Malahan, Hajah Raudhah merupakan penceramah bebas yang sangat berpengaruh. 


Sayangnya, Zamri yang dilihat sebagai anak baik di depan mata orang tuanya, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat di Kuala Lumpur. Zamri terdedah dengan dunia hidup berpeleseran, hanyut dengan bisikan dan hasutan syaitan. Akhirnya, tembelang Zamri pecah apabila ibunya, Hajah Raudhah terjumpa gambar-gambarnya ketika bersosial di kelab malam.


Hajah Raudhah memberikan dua pilihan kepada Zamri, sama ada menikahi gadis pilihan ibunya ataupun disingkirkan dari terus menjadi anaknya. Walaupun tidak rela, Zamri menikahi Zara (Nelissa Nizam) kerana ingin mendapatkan kemaafan daripada orang tuanya. Malangnya bagi Zara, satu persatu rahsia gelap Zamri terbuka kepadanya selepas bergelar isteri. Bersediakah mereka berhadapan dengan pelbagai dugaan itu?



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Haaa. habislahh Zamri... Ini ka yg banyak kontrobersi tuu.. heehe

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan