Aidilfitri 2022 : Raya Yang Paling Kalut Selepas 2 Tahun pandemik Covid-19

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Aidilfitri 2022 : Raya Yang Paling Kalut Selepas 2 Tahun pandemik Covid-19 Walaupun sudah masuk minggu kedua bulan Syawal , masih belum terlambat untuk CCL ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri . Ampun Maaf dipinta dari segi percakapan dan juga dari segi penulisan yang menguris hati mana-mana pihak.  Selepas 2 tahun kita semua tidak berasa nikmatnya menyambut Syawal seperti sedia kala , alhamdulillah tahun ini kita semua diberi peluang untuk sama-sama raikan Aidilfitri yang penuh bermakna disamping orang tersayang . Walaupun raya tahun ni betul-betul kalut , betul-betul panik sehinggakan kelam-kabut dibuatnya selepas mendengar pengumuman  mengenai tarikh Satu Syawal .



Malam raya masih di tempat kerja ??

Penghujung Ramadan CCL dan team office sempat juga luangkan masa berkumpul berbuka puasa sekali ..selepas berbuka dan selesaikan apa yang patut . Tiba-tiba kecoh esok raya..esok raya..esok raya .. Fuhh biar betul ? Nak kepastian yang lebih lagi  dengar annoucmenent dari penyimpan mohor-mohor besar tentang raya mengatakan esok raya .. Alamak esok raya !! Memang kelam kabut dibuatnya .. Sepatutnya raya tahun ni dah plan untuk beraya dengan keluarga suami . Alih-alih malam raya pun masih bekerja .. Baju-baju pun belum packaging lagi ..nampak gaya terpaksa raya di Perlis juga . 


Antara moment-moment indah panik raya 2022 

-persiapan raya memang kelam kabut, malam raya masih lagi sibuk bekerja .

-baju raya baru masih terendam dalam baldi bersama air sabun , malam raya baru basuh dan pagi raya baru seterika baju .

-angan-angan nak lukis inai tidak menjadi.

-malam raya baru kalut isi duit raya ke dalam sampul raya .

-malam raya baru isi biskut raya ke dalam balang 

-malam raya ayah sempat beli daging .

-petang sebelum raya sempat buka daun palas, tapi tak sempat nak buat ketupat serta rendang .

-pagi raya bersilat kat dapur tolong mak masak apa yang patut .

-petang raya kalut packing baju balik Kulim .

-petang raya last minit untuk outdoor photoshoot raya.



Walaupun semuanya kalut raya , alhamdulillah tetap beraya dengan ahli keluarga . Tahun ni , tahun pertama juga beraya tanpa arwah tokwan . 

Al-fatihah untuk arwah tokwan . Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat rakan-rakan 



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Semua Hurry Raya pada tahun ni kan..?
    alhamdulillah masih dapat sambut raya bersama orang tersayang walaupun ada yang tiada disisi..
    Selamat Hari Raya CCL.. Maaf Zahir & Batin

    BalasPadam
  2. Kalut tu. Pengalaman macam ni jarang ada.

    BalasPadam
  3. Hihi samelaa!plan lain jadi lain..apa pon syukur..

    BalasPadam
  4. Selamat hari raya 🌹🌹

    BalasPadam
  5. Sama sama kita pun. Baru nak mandi, bsiap konon nak g tarawikh last. Excited dah nie. Skali bunyi mercun pung pang pung pang. Dh pelik dh eh kenapa duk main mercun sgt ni dah raya ke esok.? Betul rupanya hahahahaha

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Raya CCL. Kelam kabut raya tahun ni. haha..

    BalasPadam
  7. Kalau ikut kalendar memanglah terkejut tapi kalau biasa tengok anak bulan setiap tahun tak terkejut.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. Selama hari raya CCL.. Walaupun dah lewat nak ucap juga.. hehehe..

    BalasPadam
  9. Eh terlepas.. Salam Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan