Assalamualaikum dan salam sejahtera
SEMAKAN KELAYAKAN SERTA PERMOHONAN BARU PROGRAM SUBSIDI PETROL Program Subsidi Petrol (PSP) yang bakal dilaksanakan Januari 2020 menyalurkan bantuan tunai yang dikreditkan terus kepada akaun penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) empat bulan sekali.
Kadar subsidi petrol adalah RM30 bagi kereta dan motosikal RM12 setiap sebulan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PSP menggantikan subsidi petrol sedia ada yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan.
Perincian Program Subsidi Petrol adalah seperti berikut:
1. Program Subsidi Petrol ini akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima setiap empat (4) bulan sekali.
2. Kadar subsidi ialah RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal.
3. Dijangka seramai 2.86 juta penerima akan mendapat manfaat daripada Program Subsidi Petrol.
4. Para penerima perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu:
a. Penerima Bantuan Sara Hidup yang;
b. memiliki tidak lebih dari 2 kereta (1600cc dan ke bawah atau melebihi 1600cc yang berumur 10 tahun dan ke atas); dan
c. memiliki tidak lebih dari 2 motosikal (150cc dan ke bawah atau melebihi 150cc yang berumur 7 tahun dan ke atas).
5. Bagi penerima yang memiliki lebih dari 1 kenderaan pula, bantuan tunai hanya akan dimasukkan untuk 1 buah kenderaan mengikut kadar yang tertinggi.
6. Program Subsidi Petrol ini akan bermula pada Januari 2020 dan pembayaran pertama akan dibuat pada April 2020.
7. Semakan kelayakan serta permohonan baharu bagi Program Subsidi Petrol boleh dibuat di https://psp.kpdnhep.gov.my/ bermula 15 Oktober 2019.
7 Ulasan
Thanks for info. Nanti Zumal nak check
BalasPadamrm30 sebulan?alahai..sedih
BalasPadamNanti nak check la untuk abah akak
BalasPadamThanks info, nak suruh Emak check...
BalasPadamtahniah kepada yang layak. saya tak layak. sedih :(
BalasPadamThanks info..
BalasPadamSedih kita tak dapat. tapi try buat rayuan tengok macamana
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan