Assalamualaikum dan salam sejahtera
APA SEBENARNYA YANG DILAKUKAN SEMASA PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG ? Mesti korang semua tengah seronok sebab hari ni cuti umum kan sempena Hari Pertabalan Agong ? Tapi pernah tak terlintas dalam fikiran, apa sebenarnya yang dilakukan semasa Pertabalan Yang Dipertuan Agong? Hari ini kita akan kupas secara mendalam bagaimana proses Pertabalan Yang Dipertuan Agong itu berlaku.
YDPA - Yang Dipertuan Agong
DPML - Datuk Paduka Maharaja Lela
DPI - Datuk Penghulu Istiadat
Istiadat Pertabalan YDPA selalunya akan diadakan beberapa bulan selepas pemilihan YDPA yang baharu oleh Majlis Raja-Raja. Pertabalan ini hanya bersifat “ceremonial” sahaja kerana YDPA yang baru dipilih itu akan terus berkhidmat sebaik sahaja Baginda mengangkat sumpah jawatan
Istiadat pertabalan ini merupakan gabungan “hybrid” daripada upacara2 yang terdapat di negeri-negeri diraja Malaysia. Semua dari upacara negeri-negeri ini (Kecuali negeri Johor) mempunyai satu persamaan: Mereka tidak menggunakan mahkota, tetapi menggunakan Tengkolok Diraja.
Tepat 10 pagi pada hari Pertabalan, Baginda YDPA bersama Raja Permaisuri akan memasuki Balairong Seri, Istana Negara, diumumkan oleh Pengerusi UpacaraSebaik sahaja Baginda berada di pintu masuk utama Balairong Seri, Nobat akan dimainkan. Nobat merupakan orkestra Diraja bagi Majlis adat istiadat istana. Antara alat-alat muzik yang digunakan dalam Nobat Diraja terdiri daripada enam jenis iaitu Serunai, Nafiri, Gendang Ibu, Gendang Anak dan Gong
Baginda YDPA serta Raja Permaisuri Agong akan berjalan masuk ke Balairong Seri, diikuti dengan pemegang Regalia Diraja seperti Cokmar, Cogan Alam, Cogan Agama dan lain lagi .Setelah mendapat perkenan Tuanku, Datuk Paduka Maharaja Lela (DPML) akan mengundur dan mengumumkan secara rasminya bermula Upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Selepas pengumuman tersebut, Datuk Paduka Maharaja Lela akan mengadap dan memohon izin Yang di-Pertuan Agong untuk membawa Alat Kebesaran lain bagi Istiadat Pertabalan ke Balairong Seri.
Antara Alat Kebesaran yang digunakan semasa upacara pertabalan adalah:
1) Al-Quran
2) Keris Kerajaan (Keris Panjang Diraja)
3) Watikah Pengisytiharan
4) Watikah Ikrar (Perlantikan)
DPML kemudian akan meminta kebenaran Baginda YDPA untuk membawa “Regalia” Diraja yang lain untuk pemasangan.
Setelah diperkenankan, DPI akan mengetuai rombongan kedua yang kali ini membawa Quran, Keris Kerajaan, Watikah Pengisytiharan & Watikah Perlantikan.
Pada ketika ini kumpulan Nobat akan memainkan lagu “Menjunjung Duli” dah Al-Quran akan diberikan kepada Baginda YDPA.
Baginda akan seterusnya mencukup Al-Quran tersebut. Ini simbolik melambangkan peranan YDPA sebagai Ketua Agama Islam Malaysia .Datuk Paduka Maharaja Lela seterusnya akan menjemput YAB Perdana Menteri untuk membacakan Watikah Pengisytiharan.
Upacara seterusnya adalah penyerahan Keris Kerajaan kepada Baginda YDPA. Penyerahan ini juga akan dilakukan oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, dimana beliau akan menerima dulang daripada Datuk Penghulu Istiadat, melutut dan mempersembahkan Keris.Baginda YDPA akan menerima Keris itu, kemudian mencabutnya dari sarung dan mengucupnya. Selepas mencium Keris tersebut, Yang Dipertuan Agong akan diberi Watikah Perlantikan oleh Datuk Paduka Maharaja Lela melalui Datuk Penghulu Istiadat (DPI), dan kemudian akan membacanya dengan kuat. Para hadirin di Istana akan berdiri tegak sebagai tanda hormat.
Setelah YDPA selesai membacanya, watikah tersebut akan diberikan kepada Datuk Paduka Maharaja Lela & seterusnya kepada Datuk Istiadat, untuk diletakkan kembali atas Dulang Emas
Datuk Paduka Maharaja Lela kemudian akan mengetuai Hadirin Istana dalam melaungkan “Daulat Tuanku!” x3
Ini akan kemudian diikuti dengan Lagu Negaraku yang akan dimainkan oleh orkestra Angkatan Tentera Malaysia yang diiringi dengan salut pistol 21 das untuk menghormati pertabalan YDPA yang baharu. Selepas Lagu Kebangsaan berkumandang di Istana, ucapan tahniah akan dibacakan oleh YAB Perdana Menteri.
Ucapan PM ini selalunya mengandungi janji kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Institusi Diraja bagi pihak Rakyat Malaysia .Selepas ucapan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong pula akan memberikan Titah Ucapan pertamanya dari Takhta kepada seluruh negara di Ruang Takhta, yang menggariskan prospek dan impiannya dalam masa pemerintahanya sebagai ketua negara Malaysia.Selepas Titah Ucapan Baginda, Pegawai Agama Istana Negara akan membaca Doa Selamat, untuk meminta Allah SWT merahmati pemerintahan YDPA baharu serta negara
Bagi menutup majlis, Datuk Paduka Maharaja Lela akan memohon perkenan YDPA untuk mengemukakan bahawa upacara Istiadat Pertabalan telah selamat disempurnakan. Selepas Baginda memperkenan, Datuk Paduka Maharaja Lela akan mengumumkannya.Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan menuruni singgahsana dan meninggalkan Balairong Seri. Nobat pada waktu ini akan memainkan lagu “Raja Berangkat”
7 Ulasan
TQ DPT INFO DI SINI
BalasPadamPanjang lebar info pasal pertabalan.. Dapat info ni dari mana?
BalasPadamAssalamualaikum..
BalasPadamSalam ukwah dari saya untuk anda..
saya sudah follow anda
Jom follow blog https://www.iyaseo.id/
Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..ya
keindahan adat istiadat yang menjadi lambang kedaulatan Raja-raja Melayu yang harus di pertahankan.. penuh kesopanan dan kesusilaan..
BalasPadamNice info.
BalasPadamaida tonton majlis pertabalan ari tu :)
BalasPadammenarik.
bukan nyer selalu kan dpt tgk.
Nice post cikcappuccinolatte. Jemput singgah blog baru ema @ ematunz.blogspot.com
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan