RESEPI : POPIA CARBONARA



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

RESEPI ,RESEPI POPIA CARBONARA,POPIA CARBONARA ,CARBONARA, POPIA,KULIT POPIA , JENIS POPIA ,RESEPI MASAKAN


RESEPI : POPIA CARBONARA  | Selalu dengar resepi spaghetti carbonara , petang ni CCL kongsi dengan korang menu baru iaitu popia carbonara .  Korang pernah buat ? Pernah rasa ? Ok kalau tak pernah jom follow resepi di bawah


bahan untuk inti:
-isi ayam (dipotong kecil) (nak guna aym -cincang pun boleh)
-crab stick (hiris bulat)
-cendawan butang (dicincang)
-capsicum(dipotong dadu kecil)
-sayuran (carrot, baby corn, sengkuang) -ni optional. boleh guna ikut suka.
-black pepper
-tepung gandum
-susu (pakai fullcream. kalau pakai susu cair pun ok)
-cheese slice 3 keping (x kisah ape brand. nak lebih rasa cheese boleh juga potong n letak masa kita gulung. lagi sedap)
-chicken stock
-bawang merah*
-bawang putih*
-halia* (* bahan ni dicincang halus)
-minyak sedikit
-butter
-garam n perasa jika perlu


cara-cara : 
1. panaskan minyak dan butter. letak minyak sikit sebab takut butter hangus.

2. kemudian tumis halia, bawang putih dan bawang merah.

3. Apabila bawang dah layu sikit, masukkan isi ayam dan cendawan. masak sekejap. masukkan juga chicken stock.

4. kemudian letak tepung dalam 3 sudu. tujuan pakai tepung utk pekatkan kuah.

5. kemudian masukkan susu. tambah air sikit dalam setengah cawan.

6. bila kuah dah agak pekat sikit,  masukkan sayur sayuran termasuk capsicum.

7. masak sekejap. letak black pepper,  garam n perasa.

8. sebelum tutup api baru masukkan crab stick.tujuan masukkn lambat sbb tak nak dia hancur sebab lama masak.

9. akhir sekali gulung mcm biasa..


tips masa goreng:
api jangan kecil sangatt sebab kalau lama dia akan keluar inti dan bocor. minyak pun kotor.


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Nampak macam sedap jea..nak kena bagitau chef dapur nie..😁

    BalasPadam
  2. Wahh baru tau popia pon ada carbonara ye. Tak pnah try lg mcm ni. Nnt blh la cikyan cuba. Mcm sedap. Sbb cikyan minat carbonara pon.

    BalasPadam
  3. perghhhh
    serius mesti sedap gila nih
    adoiiii lapar jadinya

    BalasPadam
  4. Wah.. nampak menarik ni

    BalasPadam
  5. thank you for the recipe~~

    BalasPadam
  6. Salam singgah dari 'FHA SELEMAK SANTAN'
    Nampak menyelerakan
    Boleh cuba nanti........

    BalasPadam
  7. nampak sedap ni, kalau makan petang petang pulak kan

    BalasPadam
  8. nampak sedap ni.boleh la cuba weekend ni ;)

    BalasPadam
  9. resipi menarik.... jangan kata pernah rasa, jumpa pun x pernah lagi inti carbonara ni

    BalasPadam
  10. MashaALLAH...sedapppppp tengok! Lama x makan popia..rasa nak mencarik gak ni....
    Hi CCL, nona nak jemput join giveaway..sudi sudi lah ya..hehe~ rezeki takkan larik..gitu
    http://nonasani.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html

    BalasPadam
  11. Sedapnya la nengok gambar tu..

    BalasPadam
  12. lama da simpan resepi ni, CCL. Tapi buat nyer nan hado! ha ha ha

    BalasPadam
  13. seriously? wow. kena cuba ni hehehe. share lagi ccl resepi bernas 💕💕😍

    BalasPadam
  14. done follow #2152. popia ni suami baru buatkan baru ni

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan