Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI : POPIA CARBONARA | Selalu dengar resepi spaghetti carbonara , petang ni CCL kongsi dengan korang menu baru iaitu popia carbonara . Korang pernah buat ? Pernah rasa ? Ok kalau tak pernah jom follow resepi di bawah
-isi ayam (dipotong kecil) (nak guna aym -cincang pun boleh)
bahan untuk inti:
-crab stick (hiris bulat)
-cendawan butang (dicincang)
-capsicum(dipotong dadu kecil)
-sayuran (carrot, baby corn, sengkuang) -ni optional. boleh guna ikut suka.
-black pepper
-tepung gandum
-susu (pakai fullcream. kalau pakai susu cair pun ok)
-cheese slice 3 keping (x kisah ape brand. nak lebih rasa cheese boleh juga potong n letak masa kita gulung. lagi sedap)
-chicken stock
-bawang merah*
-bawang putih*
-halia* (* bahan ni dicincang halus)
-minyak sedikit
-butter
-garam n perasa jika perlu
cara-cara :
1. panaskan minyak dan butter. letak minyak sikit sebab takut butter hangus.
2. kemudian tumis halia, bawang putih dan bawang merah.
3. Apabila bawang dah layu sikit, masukkan isi ayam dan cendawan. masak sekejap. masukkan juga chicken stock.
4. kemudian letak tepung dalam 3 sudu. tujuan pakai tepung utk pekatkan kuah.
5. kemudian masukkan susu. tambah air sikit dalam setengah cawan.
6. bila kuah dah agak pekat sikit, masukkan sayur sayuran termasuk capsicum.
7. masak sekejap. letak black pepper, garam n perasa.
8. sebelum tutup api baru masukkan crab stick.tujuan masukkn lambat sbb tak nak dia hancur sebab lama masak.
9. akhir sekali gulung mcm biasa..
api jangan kecil sangatt sebab kalau lama dia akan keluar inti dan bocor. minyak pun kotor.
tips masa goreng:

