RESEPI DIY LIP SCRUB


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 



RESEPI DIY LIP SCRUB | Masalah bibir pecah pecah mesti membuat korang risau . Tak kiralah sama ada kaum perempuan mahupun lelaki . Tidak hanya bibir menjadi terlihat kasar, bibir pecah-pecah pun mampu membuat lipstik atau pemulas bibir tidak teraplikasi dengan baik dan merata. So, bagaimana sebenarnya langkah yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah bibir pecah-pecah?

Jom kita Atasi bibir pecah dengan Lip Scrub yang korang boleh buat sendiri, guna bahan dekat dapur rumah korang jer. Yang penting bahan tersebut sah sah selamat.


RESEPI DIY LIP SCRUB,DIY LIP SCRUB,SKRUB BIBIR,TIPS ATASI BIBIR PECAH,TIPS KECANTIKKAN,ATASI BIBIR MENGGELUPAS, CARA MEMBUAT SKRUB BIBIR,


Antara 3 bahan yang diperlukan untuk buat sendiri lips scrub adalah :

> Gula Puteh atau Gula Perang
> Madu
> Coconut Oil atau Olive Oil



Cara membuat :

1. Campurkan 1 sudu madu, 2 sudu gula dengan beberapa titis minyak kelapa. Gaul bagi sekata.

2. Kemudian korang sapu pada bibir dan tunggu selama kurang lebih 15 minit kemudian gosok gosok sikit bagi kulit bibir yang menggelupas tertanggal keluar.Kemudian bilas dengan air hingga bersih.

Dengan DIY Lip Scrub boleh buang sel kulit mati yang menggelupas kat bibir. Insha Allah bibir korang kembali lembap dan tidak kering merekah lagi.
Bila bibir dah cun, haa melaramlah korang sepuas puasnya dengan lipstik kala merah jamboo.Madu dan minyak kelapa merupakan bahan alami yang sangat berkesan sekali untuk melembabkan kulit dan bibir.

Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. perkongsian menarik
    boleh dicuba nih

    BalasPadam
  2. nanti nak cubalah..tq for info

    BalasPadam
  3. takut nak buat sebab nanti semut hurung :P

    BalasPadam
  4. senang je tapi hmmm tak rajin nak buat sendiri..hihi

    BalasPadam
  5. Bahan2 pun mudah nak daapat.. Insyaallah kalau ke pasar dan teringat boleh la beli bhn ni dan buat

    BalasPadam
  6. Wahh tips yang bermanfaat buat mereka yang sedang mengalami bibir pecah/merekah ni.. buat sendiri macam ni, tak perlu dah beli produk yang dijual di luar kan..

    BalasPadam
  7. Bibir tak rasa melekit ke , banyak gula ada ni manis2

    BalasPadam
  8. Wahh.. Xtau plak gula perang boleh juga.. Sllu guna madu & coconut oil je.. Bolehla nk try care ni plak.. Tq share :)

    BalasPadam
  9. yeah...sgt best..da pernah cuba da..

    BalasPadam
  10. wah terima kasih atas perkogsian sis

    BalasPadam
  11. mesti terbaek produk ni..

    BalasPadam
  12. Husband selalu ada masalah bibir pecah, nak kata kurang minum air, banyak je dia minum. selalu dia letak balm. nanti nak cuba la diy lip scrub. mana taw okay dengan dia. hehehe

    BalasPadam
  13. Pertama kali nampak cara mcm ni..tapi nad jenis tak rajin nak buat..hehhe

    BalasPadam
  14. Mudahnya nak buat lips scrub rupanya.

    BalasPadam
  15. Wahh nice. Bole cuba diy kat rumah jeala cemni. Nak beli kadang kadang macam mahal je rasaa.

    BalasPadam
  16. yeah ! boleh try :D

    https://jajastollymolly.blogspot.my

    BalasPadam
  17. Dila first time tahu pasal benda ni... inshaAllah nanti akan try sebab bahan mudah untuk dapatkan

    BalasPadam
  18. tak pernah buat lip scrub lagi.. tengok orang buat macam best je.. bibir nampak segar je kan lepas scrub

    BalasPadam
  19. sadly im not that rajin hahaha. but hiii jemput la join n meriahkan segmen GA ray kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    BalasPadam
  20. bahan2 yg senang nak dpt.. nnti boleh try! tq ccl

    BalasPadam
  21. Menariknya resipi nie, guna dari sumber alami.. Terima kasih CCL kerana sudi berkongsi..

    BalasPadam
  22. good sharing..cikyan nak try nnt...yabedabedu..

    BalasPadam
  23. Buh olive oil je pun dah ok..or butter ke.. tp kalau butter rasa sedap pulak.hahah...kak perut yg kenyang.. hehe

    BalasPadam
  24. balik ni nak try buatlah! semua bahan ada kat rumah

    BalasPadam
  25. Tips yang sangat ohsem.. mudah pula tu..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan