KERABU SOTONG ALA THAI



Assalamualaikum & Salam Sejahtera 


RESEPI KERABU SOTONG ALA THAI  Entri kali ini amat sesuai pada pengemar-pengemar kerabu ..Memandangkan hari ini CCL bercuti, Ini dia CCL nak kongsikan dengan korang resepi kerabu sotong ala Thai yang sangat mudah disediakan dan sedap dimakan. Hanya perlu campak campak dan siap untuk dihidang.Resepi yang CCL kongsikan ini sesuai dimakan 5-6 orang bagi setiap hidangan.

Baiklah, bahan bahan yang diperlukan ialah:

Bahan A
- 500 gram Sotong yang direbus
- Sebiji Bawang besar
- 1/2 batang Bunga kantan
- Daun ketumbar
- 1 batang Serai
- 7 biji Cili padi merah
- Sebiji Tomato
- 1/2 batang Karot

Bahan B
- Sos sotong
- Air limau
- Garam
- Gula
- Pak Aji(Jika perlu)



Cara penyediaan:



resepi kerabu , resepi kerabu sotong , resepi kerabu sotong ala thai , resepi aneka jenis kerabu,kerabu sotong sedap

Potong semua bahan apa seperti ini .cantikkan cara CCL  potong ? Heheh..tipsnya pisau mestilah tajam.Jadi rajin-rajinlah korang semua asah pisau tue dekat dapur.Tapi jangan sampai terhiris jari .




resepi kerabu , resepi kerabu sotong , resepi kerabu sotong ala thai , resepi aneka jenis kerabu,kerabu sotong sedap

Baiklah,bila dah siap potong semua , campurkan semua bahan A & bahan B ke dalam satu bekas dan gaulkan bersama. Maaflah CCL terlupak nak ambil gambar semasa proses campak mencampak ni. Masukkan 2 sudu teh gula, 1/2 sudu teh sos sotong atau lebih dikenali kicap sotong dan sedikit air limau. Gaul sehingga sebati ,pastikan ada rasa manis,masam,pedas yang seimbang dan cukup sedap.Namun terpulang kalau korang mahu mengubah citarasa tersendiri korang hanya perlu bermain dengan bahan B sahaja.Lidah orang tak sama..bukan ?




resepi kerabu , resepi kerabu sotong , resepi kerabu sotong ala thai , resepi aneka jenis kerabu,kerabu sotong sedap

Dah siap, beginilah rupa kerabu sotong ala thai .sangat sedap dimakan bersama nasi putih dan sedap juga dimakan begitu sahaja.


Selamat mencuba

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Sedapnyaaa.. Makan kat kedai tak puas sebab sotong sikit sangat..

    BalasPadam
  2. Alahai sedapnyaaaaa...nak jugak la buat kerabu sotong....

    BalasPadam
  3. masakkan yang simple dan mudah..

    BalasPadam
  4. Adududud...kecur air liur. Yang masam and pedas-pedas ni.

    BalasPadam
  5. Sedapnya.... InsyaAllah boleh cuba resepi ni....

    BalasPadam
  6. dapnyaaa! husna mmg penggemar semua jenis kerabu termasuklah nasi kerabu.. hahahaha..

    BalasPadam
  7. Sedap nanti boleh cuba tapi kita xleh makan alergik

    BalasPadam
  8. sedapnya.. rasa nak try buat laa hehehe tp sotong tukar udang ke daging ke .. aumm

    BalasPadam
  9. Uishhhh tergugat diet, nak try laa

    BalasPadam
  10. sedapnyaaa awak.. fevret sy la ni segala jenis kerabu..tp satu ja sy tak boleh letak dlm kerabu atau apa2 masakan.. daun ketumbar! hehe. sbb x makan dan bau dia..

    BalasPadam
  11. OMG!! Sedapnyaaa. Ena dah la suka kerabu2 ni. Sebab banyak sayur. Ni rasa nak buat ni. Aumnomnomnom

    BalasPadam
  12. Pehh...sedapnya....kecur air liur

    BalasPadam
  13. Pehh...sedapnya....kecur air liur

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan