Assalamualaikum & Salam Sejahtera
RESEPI KERABU SOTONG ALA THAI Entri kali ini amat sesuai pada pengemar-pengemar kerabu ..Memandangkan hari ini CCL bercuti, Ini dia CCL nak kongsikan dengan korang resepi kerabu sotong ala Thai yang sangat mudah disediakan dan sedap dimakan. Hanya perlu campak campak dan siap untuk dihidang.Resepi yang CCL kongsikan ini sesuai dimakan 5-6 orang bagi setiap hidangan.
Baiklah, bahan bahan yang diperlukan ialah:
Bahan A
- 500 gram Sotong yang direbus
- Sebiji Bawang besar
- 1/2 batang Bunga kantan
- Daun ketumbar
- 1 batang Serai
- 7 biji Cili padi merah
- Sebiji Tomato
- 1/2 batang Karot
Bahan B
- Sos sotong
- Air limau
- Garam
- Gula
- Pak Aji(Jika perlu)
Cara penyediaan:
Potong semua bahan apa seperti ini .cantikkan cara CCL potong ? Heheh..tipsnya pisau mestilah tajam.Jadi rajin-rajinlah korang semua asah pisau tue dekat dapur.Tapi jangan sampai terhiris jari .
Baiklah,bila dah siap potong semua , campurkan semua bahan A & bahan B ke dalam satu bekas dan gaulkan bersama. Maaflah CCL terlupak nak ambil gambar semasa proses campak mencampak ni. Masukkan 2 sudu teh gula, 1/2 sudu teh sos sotong atau lebih dikenali kicap sotong dan sedikit air limau. Gaul sehingga sebati ,pastikan ada rasa manis,masam,pedas yang seimbang dan cukup sedap.Namun terpulang kalau korang mahu mengubah citarasa tersendiri korang hanya perlu bermain dengan bahan B sahaja.Lidah orang tak sama..bukan ?
Dah siap, beginilah rupa kerabu sotong ala thai .sangat sedap dimakan bersama nasi putih dan sedap juga dimakan begitu sahaja.
Selamat mencuba
13 Ulasan
Sedapnyaaa.. Makan kat kedai tak puas sebab sotong sikit sangat..
BalasPadamAlahai sedapnyaaaaa...nak jugak la buat kerabu sotong....
BalasPadamSedapnya kerabu sotong
BalasPadammasakkan yang simple dan mudah..
BalasPadamAdududud...kecur air liur. Yang masam and pedas-pedas ni.
BalasPadamdapnyaaa! husna mmg penggemar semua jenis kerabu termasuklah nasi kerabu.. hahahaha..
BalasPadamSedap nanti boleh cuba tapi kita xleh makan alergik
BalasPadamsedapnya.. rasa nak try buat laa hehehe tp sotong tukar udang ke daging ke .. aumm
BalasPadamUishhhh tergugat diet, nak try laa
BalasPadamsedapnyaaa awak.. fevret sy la ni segala jenis kerabu..tp satu ja sy tak boleh letak dlm kerabu atau apa2 masakan.. daun ketumbar! hehe. sbb x makan dan bau dia..
BalasPadamOMG!! Sedapnyaaa. Ena dah la suka kerabu2 ni. Sebab banyak sayur. Ni rasa nak buat ni. Aumnomnomnom
BalasPadamPehh...sedapnya....kecur air liur
BalasPadamPehh...sedapnya....kecur air liur
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan