KUALA LUMPUR, 27 JUN 2013: Pelakon, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryyl Benjamin Ibrahim yang sebelum ini pernah dicekup berkaitan kes dadah, sekali lagi ditahan polis di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa atas kesalahan yang sama, semalam.
Benjy, 35, kali ini ditahan selepas ujian air kencing yang dilakukan ke atasnya mendapati dia positif mengambil dadah jenis methamphetamine atau syabu.
Menerusi laporan Utusan Malaysia hari ini, pelakon itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi di kondominiumnya oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya yang melakukan serbuan di rumah tersebut.
Ketika serbuan dilakukan, dia berada dalam rumah itu seorang diri. Namun, pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan tidak menemui sebarang dadah.
Dia kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk ujian saringan air kencing dan hasil ujian mendapati pelakon itu dapati positif mengambil dadah.
Sebelum ini, anak kepada aktres Azean Irdawaty ini pernah ditahan pada Mac 2010 dan ketika itu penahannya mencetuskan kegemparan selepas polis turut menemui makmal memproses dadah di lokasi dia ditahan di pinggir ibu negara.
Ketika dibicarakan di mahkamah, pelakon berbakat itu dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, namun didapati bersalah memiliki dadah dan dikenakan denda RM5,000. Dia dibebaskan selepas membayar denda itu.
3 Ulasan
TAK SERIK2 DIA NI..MAYB SBB DH ADDICT KOT..HUHU
BalasPadamxserik2 lagi benjy nie..huhu
BalasPadamtak kesian ke kat mak dia tengah sakit ,,,, ishh
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan