Dazrin berjanji ingin menghadiahkan telefon bimbit kepada Hairul sekiranya mereka memenangi pertandingan tersebut.
"Hadiah ini merupakan janji saya kepada Hairul jika kami berjaya membawa pulang hadiah utama.
"Alhamdulillah kami berjaya. Saat ini kami masih tidak percaya bahawa kami adalah juara Fear Factor musim pertama," kata Dazrin.
Setelah berjaya mengharungi segala rintangan dalam pertandingan itu, Dazrin mendedahkan mereka tiada mempunyai sebarang strategi.
"Kami main rempuh sahaja tanpa memikirkan apa cabaran yang perlu dilakukan.
"Selalunya saya lebih fokus pada tugasan lebih ringan berbanding Hairul, bukan kerana memilih tetapi dia lebih sesuai dengan cabaran lasak," kata Dazrin yang mengakui dia fobia terhadap ular.
Gandingan mantap dua pelakon kacak, Hairul Azreen dan Dazrin Kamarudin ternyata membuahkan hasil apabila mereka dinobatkan sebagai juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama.
Setelah berhadapan dengan 26 cabaran lasak yang berbeza dan perubahan cuaca di Cape Town, Africa selama 13 minggu, mereka akhirnya berjaya membawa wang tunai RM220,000 dengan menewaskan 14 pasangan selebriti lain.
Dalam episod terakhir, tiga pasangan selebriti lain yang turut mara ke peringkat akhir iaitu Hafizul dan Hefny, Dafi Ismail dan Zoey Rahman serta Elfira Loy dan Ajak Shiro.
1 Ulasan
a'ah . kan handphone hairul hilang . hmm . hehehe
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan