Menambah kebimbangan pelakon berasal dari Yong Peng, Johor ini, apabila memikirkan masa singkat yang diperuntukkan untuk menghafal gerak tari.
“Saya bersama-sama Kilafairy, Nabila Huda, Adira dan Asmidar akan membawakan imej Wonder Girls pada malam itu. Saya tiada masalah untuk menyanyi, malah lirik lagu pun sudah dihafal. Cuma yang membimbangkan adalah untuk mengingati gerak tari. Apabila memikirkan masa yang semakin suntuk, saya jadi tidak tentu arah.
“Bayangkan kami cuma ada dua hari saja untuk berlatih dengan pereka tari kerana masing-masing sibuk. Lagipun, saya bukannya pandai menari. Walaupun pernah menari dalam filem Aku Ada Kau Ada, tetapi perasaannya tidak sama.
“Dalam filem kita boleh perbaiki langkah tarian jika berlaku kesilapan, tetapi persembahan pada ABPBH disiarkan secara langsung. Bila diingatkan kembali, memang kecut perut dibuatnya. Selama ini manalah saya pernah menyanyi dan menari serentak di dalam sebuah majlis besar seperti ini?” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Pesta Berlian Habib 2013 di Mid Valley, Kuala Lumpur.
Fadzil sering menemani
Pada pertemuan dengannya kelmarin, HIP turut mengorek gosip cinta Yana bersama adik pelakon dan pengarah, Farid Kamil, yang kembali diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Pada siri jelajah ABPBH di Johor Bahru, baru-baru ini, Fadzil dilihat setia menemani Yana sehingga majlis berakhir. Malah dia turut berada di samping sekumpulan peminat wanita ini.
Saat nama Fadzil terpacul dari mulut, Yana memberikan reaksi longlai. Menjawab pertanyaan dengan hilai tawa, ujarnya, kalau boleh dia enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungannya dengan Fadzil kerana ia bukan lagi isu baru.
“Saya enggan komen lagi kerana tidak mahu memainkan perasaan orang, mahupun ahli keluarga mereka. Pada siri jelajah tempoh hari, kami bukannya pergi berdua, tetapi turut disertai dua rakan lain. Tetapi yang peliknya orang tak perasan pula rakan saya yang lain.
“Lagipun, bukan baru kini Fadzil menemani saya. Sejak dulu lagi dia sudah mengikut saya seandainya ada waktu terluang. Kami rapat kerana abangnya.
“Sejak di universiti lagi saya lebih selesa berkawan dengan lelaki dan perangai itu terbawa-bawa hingga kini. Saya tidak selesa keluar sendirian, sebab itu jika ke mana-mana saya akan mengajak rakan menemani.
“Saya tidak kisah dengan cerita khabar angin. Bagi saya itulah lumrah dunia seni. Jika saya takut digosip, tentunya saya tidak akan meminta Fadzil menghantar saya ke mana-mana. Lagipun saya melihat gosip ini sebagai peluang untuk mengetengahkan namanya yang kini mula berjinak-jinak dalam penulisan skrip serta lakonan,” katanya yang menggayakan set berlian bernilai lebih RM900,000 pada majlis terbabit.
1 Ulasan
like brother like brother :P hahahahaha . hensem :)
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan