Assalamualaikum dan hai semua!
Astro Ria | Drama Suamiku Anak Mak
Buat peminat drama Melayu, ada satu lagi drama baru yang mengisi slot MegaDrama di Astro Ria. Kali ini, drama berjudul Suamiku Anak Mak yang merupakan adaptasi daripada novel popular karya Hash Aulia.. Adakah bakal ada kisah lucu, konflik rumah tangga ataupun drama perebutan kasih sayang antara isteri dan ibu? Apa pun, kena tunggu dan tonton sendiri nanti.
Drama Suamiku Anak Mak
- Episod: 24 episod
- Tarikh tayangan: 26 Oktober 2026
- Hari: Isnin hingga Khamis
- Waktu: 10.00 malam
- Saluran: Astro Ria 104
- Platform penstriman: Astro GO dan sooka
- Pengarah: Nur Ain Sharif
- Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon Drama Suamiku Anak Mak
- Keith Foo sebagai Haris
- Emma Maembong sebagai Zaraa
- Dian P. Ramlee sebagai Mak Leha
- Izzue Islam sebagai Ashraf
- Ady Mohammad sebagai Kimi
- Farah Nadiah sebagai Elly
- Elisa Chew sebagai Hani
- Zulkifli Ismail sebagai Pak Leman
- Raja Azmi sebagai Rokiah
- Nadya Syahera sebagai Lina
- Mejelyna sebagai Alya
Sinopsis Drama Suamiku Anak Mak
Drama Suamiku Anak Mak mengisahkan tentang Zaraa (Emma Maembong) yang mendirikan rumah tangga dengan Haris (Keith Foo) atas dasar cinta. Seperti pasangan lain, Zaraa juga mengimpikan sebuah kehidupan berkeluarga yang bahagia bersama suami tercinta.
Namun, selepas berkahwin barulah Zaraa mengenali sisi sebenar Haris yang rupa-rupanya seorang anak mak! Segala urusan rumah tangga mereka sering dicampuri oleh ibu Haris, Mak Leha (Dian P. Ramlee) yang sentiasa menjadi keutamaan suaminya.
Keadaan mula menjadi rumit apabila Haris gagal berlaku adil dalam membahagikan kasih sayang dan tanggungjawab antara ibu dan isteri. Lebih mencabar apabila timbul pula syarat supaya mereka tinggal sebumbung bersama Mak Leha.
Dalam keadaan begini, Zaraa terpaksa berdepan dengan pelbagai ujian dan pengorbanan yang seakan-akan tidak pernah dihargai. Sampai satu tahap, Zaraa perlu membuat keputusan besar. Adakah dia akan terus mempertahankan cinta dan rumah tangganya, ataupun memilih untuk menjaga maruah serta kebahagiaan dirinya sendiri?
Menarik juga jalan cerita drama ni. Isu suami terlalu mengutamakan ibu sehingga mengabaikan perasaan isteri pastinya dekat dengan realiti kehidupan sesetengah pasangan. Apapun, sama-sama kita nantikan bagaimana konflik Haris, Zaraa dan Mak Leha bakal diselesaikan sepanjang 24 episod nanti.































