Drama Viu | The Hidden Hand ( Dia Perempuan Sialan)

 Assalamualaikum dan hai semua 

Drama Viu | The Hidden Hand ( Dia Perempuan Sialan) Uguyss ada drama baru dekat Viu .. nampak macam menarik untuk masuk dalam watchlist CCL. Kali ni genre seram + misteri + dendam pula. Tajuknya The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan).. Drama ni mula ditayangkan pada 18 September 2026 sebanyak 12 episod. 


Platform viu, drama viu, drama the hidden hand, drama dia perempuan sialan, tonton online drama the hidden hand, sinopsis drama the hidden hand

Pelakon Drama The Hidden Hand ( Dia Perempuan Sialan)

Antara pelakon yang membintangi drama ni ialah Meerqeen sebagai Syawal, Caitlin Halderman sebagai Riska, Hannah Delisha sebagai Nerina dan Umie Aida sebagai Puan Sri Asyikin.. Turut membintangi drama ni ialah Farah Ahmad, Amerul Affendi, Nadya Syahera, Nadia Aqilah, Ismail Yaacob, Ruminah Sidek dan Fiza Tijani.


Platform viu, drama viu, drama the hidden hand, drama dia perempuan sialan, tonton online drama the hidden hand, sinopsis drama the hidden hand

Sinopsis Drama The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)

Drama ni mengisahkan tentang Riska, seorang wanita yang menyimpan dendam terhadap sebuah keluarga kerana didakwa menjadi punca kehancuran hidup ibunya.. Disebabkan nak melaksanakan rancangan balas dendam, Riska menyusup masuk ke dalam keluarga tersebut dengan menyamar sebagai pembantu rumah.

Pada awalnya semuanya nampak macam satu rancangan yang sudah disusun dengan kemas. Tapi bila Riska mula mengenali keluarga tersebut dengan lebih dekat, perasaan dia sendiri mula bercampur-baur..Ada rasa kesian, ada konflik dalam diri dan pada masa yang sama niat asal untuk membalas dendam masih belum hilang.

Yang buatkan cerita ni semakin seram, Riska turut menggunakan ilmu hitam untuk membantu melancarkan rancangan dendamnya.. Tapi biasalah kan… bila dah mula bermain dengan benda-benda macam ni, lain pula jadinya.. Entiti yang dipanggil itu seolah-olah tidak mahu melepaskan sesiapa dengan mudah.

Jadi persoalannya, mampukah Riska menyelesaikan rancangan dendamnya? Atau akhirnya dia sendiri yang akan terperangkap dengan kuasa gelap yang dipanggil?

Kalau uguys memang peminat drama seram yang ada elemen dendam, rahsia keluarga, ilmu hitam dan misteri, boleh masukkan drama ni dalam watchlist.. Uguys ada yang dah mula tengok The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)? Best tak?


0 Comments

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan