Makan Tengahari Masak Lemak Cili Api di Warung Salai Port Dickson

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Makan Tengahari Masak Lemak Cili Api di Warung Salai Port Dickson Datang ke Negeri Sembilan ni tak sah laa kalau hangpa tak rasa masak lemak cili api  . Masak lemak cili api antara salah satu menu utama yang terkenal di negeri ini. So why not kita cuba makanan popular dah alang-alang ke negeri orang ni kan . Lepas selesai CCL check in hotel Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson , terus keluar untuk mengisi perut yang lapar . Sebenarnya dalam perjalanan menuju ke Hotel Avillion Admiral Cove ,Port Dickson ni CCL liar mata juga tengok sana sini, bukan tengok benda pelik-pelik tau , tercari-cari kedai makan yang berdekatan . Hangpa tau lah kan bila dah lapar ni memang tak nak laa cari tempat makan jauh-jauh . Makan masa dan bertambah lapar lagi .


Tempat makan best di port dickson, masak lemak cili api port sickson, warung salai port dickson, review warung salai port dickson ,

On the way ke hotel CCL terpandang satu restoran hitam kuning ni yang diberi nama Restoran Warung Salai . Dalam kepala memang terbayang akan ada menu masak lemak . So CCL decide untuk makan disitu . 



Restoran Warung Salai , Port Dickson Negeri Sembilan 


Tempat makan best di port dickson, masak lemak cili api port sickson, warung salai port dickson, review warung salai port dickson ,

Setibanya di restoran tersebut, customer tak ramai biasa lah sudah petang . Kami berdua barulah nak lunch . Setelah diberi menu sorang satu CCL memilih untuk order daging salai masak lemak cili api, set nasi putih dan teh o ais . Manakala suami CCL memilih menu itik salai masak lemak cili api, set nasi putih bersama teh o ais . Set nasi tersebut hadir bersama  nasi putih , ulam, sambal belacan dan juga telur masin . Gandingan yang mantap.


Tempat makan best di port dickson, masak lemak cili api port sickson, warung salai port dickson, review warung salai port dickson ,

Tempat makan best di port dickson, masak lemak cili api port sickson, warung salai port dickson, review warung salai port dickson ,

Sebenarnya di Warung Salai ni, kalau hangpa bukan penggemar masak lemak cili api, hangpa boleh cuba menu lain . Jangan sangkakan restoran ni mampu hidang masak lemak jer tau . Menu-menu lain seperti ikan bakar , aneka sup, aneka asam pedas turut disediakan . 



Daging Salai Masak Lemak Cili Api Sedap, Tapi .. !


Tempat makan best di port dickson, masak lemak cili api port sickson, warung salai port dickson, review warung salai port dickson ,

Apabila makanan dah terhidang di depan mata, so tunggu apa lagi bagi kamera dulu lah makan means snap beberapa keping gambar dulu then barulah bismillah dan makan . Tekstur kuah masak lemak cili api tidak terlalu pekat dan tidak terlalu caor . Just nice rasa pedas-pedas, manis masin pendek kata memang kena dengan citarasa tekak CCL ni . Memang sedap .. Untuk hangpa yang tak makan pedas jangan risau  masak lemak ni tak adalah pedas sangat . Cuma pedas hujung-hujung lidah ke . Dalam masak lemak cili api ni hadir dengan beberapa keping daging, ada pucuk ubi dan juga sepotong mangga muda . 


Satu portion yang diletakkan dalam kuali kecil  ni cukup untuk seorang atau dua orang makan. Memang berbaloi . Kepingan daging salai yang dipotong pun besar-besar belaka , tapi yang amat CCL kecewa sedikit sahaja daging salai tersebut agak liat sedikit . Mungkin rezeki CCL dapat daging salai yang liat . Jenuh juga laa nak leraikan isi daging tersebut . Last-last makan terus je .Gabungan pucuk ubi yang dimasak bersama masak lemak ni pun cukup sedap . CCL suka . 


Harga Daging Salai Yang Berpatutan 

Harga pun berpatutan dengan menu yang disediakan . Semuanya sedap-sedap ..cuma dari tekstur daging perlu improve lagi . 


Nak datang lagi ke Warung Salai Port Dickson

Next time kalau datang ke Negeri sembilan CCL nak cuba masakan asam pedas . Oh rupanya Restoran Warung Salai ni memang menjadi pilihan ramai sehinggakan artis-artis pun turut singgah ke restoran ni . No wonder lah restoran ni sentiasa ada pengunjung yang datang  . Staff-staff di situ pun memang sangat friendly . Memandangkan time kami berdua sampai tue keadaan restoran lenggah, suami minta tolong salah sorang staff di situ untuk ambilkan gambar kami berdua untuk kenang-kenangan . 


Tempat makan best di port dickson, masak lemak cili api port sickson, warung salai port dickson, review warung salai port dickson ,


Tempat makan best di Port Dickson Untuk korang yang datang ke Negeri Sembilan terutamanya ke Port Dickson recommended sangat untuk hangpa singgah ke Restoran Warung Salai 


Waktu operasi 

Warung Salai, Taman Mewah 71000 Port Dickson Negeri Sembilan 

Dibuka pada setiap hari

11 pagi - 7 petang


Sarapan Pagi di Hotel Avillion Admiral Cove , Port Dickson Negeri Sembilan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sarapan Pagi di Hotel Avillion Admiral Cove , Port Dickson Negeri Sembilan  Entri lepas CCL ada review bilik penginapan di hotel ini . Hangpa yang terlepas pandang belum baca entri tersebut boleh baca di Percutian Di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson Negeri Sembilan , mana tahu kan lepas baca entri ni ada plan nak bercuti ke sana boleh prepare apa yang patut .


Sarapan pagi di Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson, Sarapan pagi di Port Dickson,  Buffet sarapan pagi Hotel Port Dickson
Memandangkan bilik penginapan tersebut termasuk pakej sekali sarapan pagi untuk dua orang . So why not untuk cuba .. Breakfast disini bermula jam 7 pagi hingga 10.30 pagi . CCL dan suami turun untuk sarapan pagi dalam jam 9.30 pagi . Masa ni tak ramai guest, hanya ada beberapa meja, mungkin ada yang dah turun awal pagi . 

Menu sarapan pagi yang disediakan pada hari tersebut adalah mee goreng, nasi lemak boleh prefer nak makan dengan rendang ayam atau pun sambal bilis . Ada roti putih, crossaint, cereal, bubur nasi, salad, buah, omelette,  serta minuman panas dan minuman sejuk . Semua makanan disini sedap dan boleh diterima tekak . 


Sarapan pagi di Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson, Sarapan pagi di Port Dickson,  Buffet sarapan pagi Hotel Port Dickson

Tips nak merasa semua menu yang dihidangkan adalah dengan mengambil portion yang sedikit untuk setiap menu hidangan, confirm korang takkan membazir dan dapat merasa semua menu . Dalam gambar itu baru sekali ambil, tak boleh nak ambil semua menu tak cukup ruangan untuk diletakkan . Round kedua makan salad dan omelette . Semua sedap-sedap .Oh ! Untuk ruangan sarapan pagi ni hangpa boleh pilih sama ada nak menikmati sarapan pagi di dalam coffe house sambil menikmati alunan lagu-lagu yang mendayu mahupun menikmati sarapan pagi di outdoor sambil mencuci mata dengan permandangan laut yang terbentang luas . Disebabkan pagi tersebut hujan rintik, decide untuk sarapan pagi di indoor jer, kang tengah- tengah makan hujan turun lebat satu hal nak kena pindah semua makanan ke dalam , lagi pun kat luar banyak juga burung-burung berterbangan , risau si burung meninggalkan najis atas makanan . 

Ok dah selesai untuk kenyangkan perut . Nantikan entri seterusnya CCL nak kongsi dengan hangpa serba sedikit permandangan di sekitar luar bangunan hotel . 



Percutian Di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson Negeri Sembilan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Percutian Di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson Negeri Sembilan Seminggu sebelum cuti sekolah menjelma , CCL pergi jalan-jalan ke negeri orang . Memang tiap kali nak pergi bercuti ke mana - mana destinasi selalu elakkan musim cuti sekolah sebab tak nak sangkut jem . Buang masa atas jalan raya . So decide untuk pergi bercuti lebih awal sebelum cuti sekolah bermula . Destinasi kali ini adalah ke Port Dickson,Negeri Sembilan . Pertengahan bulan hari tu memang dah plan nak jejak kaki ke Negeri Sembilan , tetapi akan atas faktor-faktor yang tidak boleh dielakkan so postpone ke bulan Lapan

Bertolak dari perlis jam 10 pagi dan selamat tiba ke Port Dickson, Negeri Sembilan pada pukul 5 petang. Alhamdulillah sepanjang perjalanan memang sangat-sangat dipermudahkan dan tidak sesak.Perjalanan ke destinasi penginapan pun memang sangat mudah untuk dicari .



Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson


Travel negeri sembilan, top 3 hotel di port dickson, best hotel in port dickson negeri sembilan, review hotel avillion admiral cove port dickson,

Semasa perjalanan ke sana sempat buat research hotel melalui Agoda.com , untuk memilih hotel yang menarik dan kena dengan budget . Antara top 3 hotel di Port Dickson yang tertera dalam laman Agoda.com ialah Avillion Port Dickson, Avillion Admiral Cove Hotel & Pacific Regency Beach Resort. Suami memilih Avillion Admiral Cove Hotel, Port Dickson Negeri Sembilan yang kena pada budget percutian pada kali ini . Dan hotel ni juga memang salah satu travel list CCL kalau berkesempatan jejak kaki ke Port Dickson . Alhamdulillah suami bawa ke sini juga .



Kawasan Parking Kereta Yang Sangat Mudah .

Seusai tiba di perkarangan Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson, Negeri Sembilan , melihat reka bentuk bangunan hotel dari sudut luar memang sangat cantik, sambil-sambil suami cari tempat parking kereta untuk memudahkan proses check-in hotel dan memudahkan untuk loaded beg dan luggage  . Terdapat 3 bahagian kawasan parking kereta iaitu bahagian atas bertentangan dengan pintu masuk lobby hotel, parking basement dan juga parking outdoor . Memandangkan kami berdua pergi pada weekday, so kawasan parking kereta memang banyak yang kosong .boleh pilih nak parking di mana-mana bahagian yang penting free .



Proses Check-in Di Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Check in time starting 3PM . Memandangkan CCL dan suami sampai jam 5PM, terus ke kaunter untuk proses check-in tanpa menunggu apa-apa . Proses check in sangat mudah dan cepat . Hanya perlu sediakan IC untuk staff isikan detail yang lengkap dan pelanggan hanya perlu isikan nombor plat kenderaan dan tandatangan sahaja . Berkaitan dengan deposit, semasa CCL check-in disini tidak dikenakan sebarang deposit apa-apa . Selesai urusan check-in .



Memilih Executive Studio Room



Travel negeri sembilan, top 3 hotel di port dickson, best hotel in port dickson negeri sembilan, review hotel avillion admiral cove port dickson,

Berangkatlah kami berdua ke bilik . Dapat bilik tingkat 7 .Kami berdua memilih bilik Executive Studio Room untuk penginapan 2hari 1 malam di sini. Harga booking melalui Agoda.com dapat RM3** termasuk tax dan harga bilik ini dah termasuk pakej breakfast untuk dua orang . Keluasan untuk Executive Studio Room ini adalah 48m² / 517 ft²  hadir dengan 1 katil king dan terdapat 1 sofa bed . Nama ja Sofa bed tapi dah macam katil supersingle . Keluasan bilik memang luas dan paling penting bersih dan selesa. Sesuai untuk family yang ramai . 


Travel negeri sembilan, top 3 hotel di port dickson, best hotel in port dickson negeri sembilan, review hotel avillion admiral cove port dickson,



Paling best dapat pulak bilik yang sangat strategik, boleh nampak seaview . Disebalik langsir nampak pemandangan indah yang menenangkan dan sejuk mata memang , terus hilang rasa letih .



Ammenities Yang Ada Dalam Bilik Ini 


Travel negeri sembilan, top 3 hotel di port dickson, best hotel in port dickson negeri sembilan, review hotel avillion admiral cove port dickson,

Dalam bilik ada satu televisyen LCD.  Channel televisyen pun berfungsi dengan elok . Coverage Wifi pun sangat kuat . Amenities lain yang terdapat dalam bili ini adalah kettle, peti sejuk, mug dua biji dan set 3in1 . Ada sinki jugak . Tak payah masuk dalam toilet untuk cuci mug mahupun nak isi air dalam kettle . Sangat memudahkan .


Dalam wardrobe pulak  tersedia hair dryer, iron, iron board, laundary bag, seliper dan peti besi untuk korang simpan barang berharga .


Penunjuk arah kiblat pun turut ada, cuma sejadah kena bawa sendiri .



Bilik Air Yang Bersih Dan Luas


Travel negeri sembilan, top 3 hotel di port dickson, best hotel in port dickson negeri sembilan, review hotel avillion admiral cove port dickson,

Di ruangan bilik air juga luas, tapi tak ada bath tub yang paling penting lengkap dengan amenities seperti tuala mandi,  sabun, shower gel, body lotion, body shower, syampu, ubat gigi, berus gigi, shower cap, sikat, cotton bud dan sanitary pad . Semua amenities tersebut diberikan serba 2 set . 


Eh ! Panjang lebar pulak cerita percutian kali ini , Apa-apa pun stay vacation dua hari 1 malam dengan memilih Executive Studio Room sebagai penginapan adalah amat-amat selesa, Hanya satu sahaja kekurangan pada bilik ini adalah semua lampu yang ada dalam bilik serta toilet menggunakan warm light . So untuk hangpa yang suka makeup of course laa memang tak suka dengan 'warm light' ni kan . Susah nak makeup . Tapi ini adalah kekurangan kecil . Overall semuanya ok . Kalau pihak pengurusan hotel dapat tukar lampu toilet & lampu bahagian wardrobe yang ada cermin besar tue dengan lampu 'white light' lagi cantik . Senang untuk para wanita nak bersolek .


Sekian review bilik penginapan di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson Negeri Sembilan .. 

Nantikan part 2 dan part 3 mengenai percutian best disini . Memang kalau pergi sehari tak sempat nak jelajah Port Dickson . 





La Cremeria Hazelnut


Assalamualaikum dan Salam sejahtera 

 
La Cremeria Hazelnut, aiskrim la Cremeria Hazelnut, Nestle Malaysia, review aiskrim la Cremeria Hazelnut, Harga aiskrim la Cremeria Hazelnut

Lepas balik kerja tadi, singgah pasaraya untuk beli barang-barang dapur, sambil lalu tepi peti aiskrim apa lagi belek-belek peti aiskrim ni nampak  aiskrim La Cremeria Hazelnut yang baru ni . Tanpa fikir panjang terus beli . 

La Cremeria Hazelnut, aiskrim la Cremeria Hazelnut, Nestle Malaysia, review aiskrim la Cremeria Hazelnut, Harga aiskrim la Cremeria Hazelnut

Perisa baru ni  perisa hazelnut tau ! Aiskrim gabungan perisa vanilla bersama coklat dengan salutan coklat kacang hazelnut . Hazelnut spread paling sedap dan rasa yang sangat premium. 

Sapa yang suka perisa ni confirm love . Jarang la aiskrim Dari La Cremeria ni tak sedap . Setakat Ni semua sedap ! Boleh beli lagi pasni . 

Fungsi Setiap Bentuk Beauty Blender

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera 


Tips cantik, barang makeup, sponge beauty blender, jenis Dan bentuk sponge beauty blender

Fungsi Setiap Bentuk Beauty Blender
Harini CCL nak share tentang jenis beauty blender dan kegunaan masing-masing . Pasti ada yang keliru kan sebab bentuk beauty blender ni berbeza-beza . So korang kena la pilih sesuai dengan makeup sendiri . Haa, jangan keliru tau.


Pear shaped


Tips cantik, barang makeup, sponge beauty blender, jenis Dan bentuk sponge beauty blender
bahagian atas yang runcing untuk contour wajah, khususnya di bahagian rahang dan tulang pipi supaya nampak lebih cengkung dan tirus . Bahagian bawah tu korang boleh pakai untuk blendkan foundation dan permukaan wajah yang besar tau .dekat tengah tu dia melekuk sikit supaya dapat pegang dengan baik 



Rain drop shaped 


Tips cantik, barang makeup, sponge beauty blender, jenis Dan bentuk sponge beauty blender
Ni beauty blender pertama yang ada . Bahagian runcing tersebut sengaja dibuat untuk meratakan makeup yang belum rata macam smaller areas seperti tepi hidung dan mata. Bahagian mata korang boleh guna untuk blendkan foundation dan untuk pressed powder / loose powder supaya terblend dengan lebih sempurna.



Oval Shaped


Tips cantik, barang makeup, sponge beauty blender, jenis Dan bentuk sponge beauty blender
walaupun berbentuk oval tapi ada satu bahagian hujung yang runcing untuk korang blend small areas seperti hidung dan mata . Fungsinya sama je mata rain drop cuma bahagian bawah flat sedikit supaya senang nak blend bahagian pipi dan dahi .


Jadi tu perbezaan antara semua beauty blender dekat atas . Harap posting ni buat korang lebih faham dan tak keliru nak pilih yang mana satu.