AISKRIM KELAPA HAMPIR CAIR DALAM TEMPURUNG


Assalamualaikum dan salam sejahtera 



AISKRIM KELAPA HAMPIR CAIR DALAM TEMPURUNG Selamat petang korang semua, cuaca tempat korang kat sana macam mana ya ? Panas terik ? Mendung ? Hujan ? Kalau kat peqelih ni panas terik . Bila dah panas terik ni mula laa dahaga bermacam jenis air berais . Tak kisahlah ais kacang, ais kepal, dessert sejuk-sejuk yang penting dapat menghilangkan haus dahaga . Biasa laa panas-panas terik ni kena banyakkan minum air masak . 


Actually petang terik-terik ni, gagahkan diri untuk keluar topup barang dapur serba sedikit . Biasa la hujung-hujung minggu ni banyak pulak orang . On the way nak balik mata terpandang pulak ke "aiskrim kelapa" . Lama pulak tak makan, so singgah bagi rezeki dekat akak ni sikit . 


Biasanya kalau nak makan aiskrim dalam kelapa ni selalu masuk Hatyai laa . Disana boleh dikatakan syurga makanan . Semuanya sedap-sedap . Sekarang disebabkan pandemik Covid-19 tak boleh berjalan ke mana-mana . Even teringin nak makan masakan apa pun kena effort masak sendiri takpun beli kedai . Tapi kalau rasa tak sama tak puas juga nak makan .. Mujur kat Perlis ada juga kiosk menjual Aiskrim kelapa .


AISKRIM KELAPA, AISKRIM, FOODHUNTER, FOOD,FOOD BLOGGER, FOOD REVIEW , AISKRIM DALAM TEMPURUNG


Aiskrim kelapa dapat sekali dengan buah kelapa ?

Ya . Aiskrim bersama sebiji kelapa . Memang sedap dalam aiskrim bukan hanya ada aiskrim semata-mata , tapi ada juga bahan-bahan yang lain seperti pulut hijau , jagung, buah kana, jagung, nata de coco, pearl dan taburan kacang . Memang sedap sangat . Aiskrim yang diletakkan dalam tempurung bukan semata-mata aiskrim vanilla tau , tapi dapat rasa aiskrim vanilla gabungan dengan aiskrim kelapa, . Isi kelapa pun ada jugak tau . Memang berpuas hati laa makan aiskrim kelapa ni . Harga pun tak mahal . Hanya RM6 sahaja murahkan ? . Sesekali kalau dah teringin boleh cuba lagi memang highly recommended sangat-sangat . Cukup rasa . 


Tapi itu laa, sementara nak sampai rumah , cair lah sedikit aiskrim tu . Mujur jarak kiosk aiskrim kelapa dengan rumah ni tak jauh mana, kalau tidak sampai-sampai je terus cair semua tak nampak bayang aiskrim itu lagi kan . 


Alhamdulillah dapat merasa aiskrim kelapa.



LIRIK LAGU " THANK YOU ALLAH" NYANYIAN DATIN ALYAH feat CAT FARISH & USTAZ HARIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


LIRIK LAGU " THANK YOU ALLAH" NYANYIAN DATIN ALYAH feat CAT FARISH & USTAZ HARIS Lagu "Thank you Allah" merupakan sebuah lagu yang menggabungkan 3 figura berbeza citarasa dengan nyanyian Datin Alyahdan diiringi oleh Cat Farishserta Ustaz HarisBersama mereka, Ikhwan Fatanna dan Omar K telah memberikan hasil karyaan mereka untuk lagu tersebut.


LIRIK LAGU THANK YOU ALLAH, LIRIK LAGU THANK YOU ALLAH NYANYIAN ALYAH FEAT CAT FARISH, LAGU THANK YOU ALLAH DATIN ALYAH , LAGU THANK YOU ALLAH NYANYIAN ALYAH , SENARAI LAGU TERBARU 2021, LIRIK LAGU 2021


“Thank You Allah” adalah single edaran Warner Music Malaysia khas untuk kita menunjukkan tanda penghargaan kepada Allah yang menjaga dan menghindari kita daripada pandemic COVID-19.Datin Alyah menunjukkan tanda kesyukuran bersama artis-artis yang mendapat rezeki secara berterusan.


 Sesungguhnya Diri Ini Tanpa Kehadiran Mu Ya  Rabb
 Seperti Jiwa Yang Tiada Cahaya
 Hamba Perlukan Naungan Mu
 Kasih Sayang Mu Bantuan
 Dalam Setiap Gerak-Geriku
 Kaulah Yang Terpaling Penting Buat Ku Ya Allah
 Thank You Thank You For All The Uprightness

Di Perjalananku Sering Saja Aku Tersungkur
Pilu Rasa Dibelenggu
Di Waktu Senangku Tak Pernah Sekali Bersyukur
Semuanya Jadi Debu

Tidakkah Aku Melihat
Cinta Mu Yang Penuh Nikmat

Thank You Allah
For Every Single Beat Of My Heart
Even Though When Life Is So Hard
You’re By My Side

Kerna Allah Segala-Galanya Baik Ku
Sebenar-Benarnya Dari Mu
Thank You Allah

Celahan Rinduku
Ku Temui Rasa Cintaku
Cahaya Mu Yang Melindung

Beratnya Dibahu
Memikul Dosaku Yang Lalu
Keampunan Mu Tak Berhujung

Tidakkah Aku Melihat
Cinta Mu Yang Penuh Nikmat

Thank You Allah
For Every Single Beat Of My Heart
Even Though When Life Is So Hard
You’re By My Side

Kerna Allah Segala-Galanya Baik Ku
Sebenar-Benarnya Dari Mu
Thank You Allah

Dalam Gelap Adanya Cahaya
Ada Hitam Ada Pemutihnya
Jiwa Kelam Dalam Gembira
Bila Hati Adanya Dia

Lumrah Manusia Leka Menggapai Mimpi
Meniti Duniawi Agar Berdiri Tinggi
Liat Hati Tunduk Ke Bumi
Dah Gayat Nanti Baru Tercari-cari

Walau Terpesong Jauh
Walau Imannya Rapuh
Inshaallah Sahabatku
Taubat Mu Tak Pernah Kan Lusuh

Tidakkah Aku Melihat
Cinta Mu Yang Penuh Nikmat

Thank You Allah
For Every Single Beat Of My Heart
Even Though When Life Is So Hard
You’re By My Side

Kerna Allah Segala-Galanya Baik Ku
Sebenar-Benarnya Dari Mu
Thank You Allah

Kerna Allah Segala-Galanya Baik Ku
Sebenar-Benarnya Dari Mu
You’re By My Side

Kerna Allah Segala-Galanya Baik Ku
Sebenar-Benarnya Dari Mu
Thank You Allah



"MOKTAN ASAM BOI TANPA BIJI" BARULAH RANCAK NAK MAKAN

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


"MOKTAN ASAM BOI TANPA BIJI" BARULAH RANCAK NAK MAKAN Sekarang ni buah kayu. Di dusun , di tepi-tepi jalan banyak yang terjual . Ia buah kayu ni kategori buah-buahan tempatan seperti buah manggis, rambutan, cempedak, durian dan banyak lagi laa . Selalu kalau nak makan buah manggis dan rambutan ni jarang nak dibeli . Memang dusun kat kampung banyak pokok . Hasil pokok yang berbuah lebat tu boleh makan . Petang kelmarin mak saudara CCL hulurkan satu beg plastik buah rambutan . Kalau kat utaqa ni buah rambutan dipanggil "Moktan". Nak tahu apa yang terjadi pada buah rambutan tu ?


RESEPI, RAMBUTAN ASAM BOI, MOKTAN ASAM BOI, BUAH RAMBUTAN, BUAH MOKTAN, CARA PANTAS BUANG BIJI RAMBUTAN, TIPS BUANG BIJI RAMBUTAN


Memang habit CCL dari dulu suka kupaskan kulit buah rambutan masukkan dalam tupperware dan simpan dalam peti sejuk , biar sejuk lagi sedap lagi fresh nak makan . Tapi pagi tadi terlebih rajin pulak . CCL asingkan biji rambutan dan isi, taburkan serbuk asam boi dan letak lah dua atau tiga biji cabai ke dalam isi rambutan . Gaul-gaul sama rata . Memang sedap dimakan . Kecur air liur . 


Mudah ke nak asingkan biji rambutan tu ?

Ya sangat-sangat mudah . Biji rambutan tu tak ada keras sangat . Lepas korang kupas dia punya kulit, korang boleh belahkan rambutan kepada dua bahagian then just cungkil je biji tu dengan pisau . Memang mudah ditanggalkan . 

Lepas ni , korang boleh cuba 



LAFAZ NIAT PUASA HARI ARAFAH HARI KE-9 DALAM BULAN ZULHIJJAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera .


LAFAZ NIAT PUASA HARI ARAFAH HARI KE-9 DALAM BULAN ZULHIJJAH Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar. 

 

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a, Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka baginda bersabda : 

“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (HR Muslim) 


INFO,INFO AGAMA, NIAT PUASA ARAFAH, HARI ARAFAH, LAFAZ NIAT PUASA ARAFAH, AMALAN HARI ARAFAH, KELEBIHAN HARI ARAFAH, APA ITU HARI ARAFAH


LAFAZ NIAT PUASA HARI ARAFAH

 

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلِّهِ تَعَالَى 

 

Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala.




AMALAN PADA HARI ARAFAH


Hari ni selepas masuk waktu Maghrib dah masuk hari 9 Zulhijjah 1442H / 19 Julai 2021 .


1. Puasa hari Arafah ( jom esok kita semua berpuasa nak )

- akan diampuni dosanya setahun yg lalu dan setahun akan datang .


2. Perbanyakkan berzikir - 1000x


لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ

يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ


3. Perbanyakkan baca surah Al - Ikhlas 1000x dimulai dgn Bismillahirrahmanirrahim

-manfaatnya adalah apa sahaja yg kita minta , kita Doa . In Shaa Allah esok hari Allah akan perkenankan .


4. Perbanyakkan berSedekah . ALLAH akan limpahkan rezeki kita .

- sebab esok 9 Zulhijjah hari Arafah sebelum kita menyambut hari Raya Aidiladha .


Semoga menjadi manfaat buat kita semua .


RESEPI : SAMBAL HIJAU PETAI IKAN BILIS CAMPAK-CAMPAK AJE

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


RESEPI : SAMBAL HIJAU PETAI IKAN BILIS CAMPAK-CAMPAK AJE Petang tadi bersiar-siar ambil angin di tepi rumah, tiba-tiba terpandang pokok petai yang berbuah . Apa lagi CCL mula terjah pokok petai tersebut . Pokok petai tersebut ialah kepunyaan tokwan CCL , berbuah tak banyak kali ini , untuk makan sikit-sikit sudah cukup . CCL ambil beberapa papan petai . Isi petai ada yang kecil ada yang besar . CCL perisi (buang kulit) petai lalu teringat nak cuba resepi sambal hijau petai ikan bilis . Selalu buat sambal petai biasa . Kali ini tak salah cuba menu baru . 



RESEPI, SAMBAL HIJAU PETAI IKAN BILIS, RESEPI SAMBAL HIJAU PETAI IKAN BILIS, CARA MUDAH MEMBUAT SAMBAL HIJAU PETAI IKAN BILIS, SAMBAL PETAI HIJAU IKAN BILIS SEDAP



Bahan-bahan yang dikisar 

-bawang merah

-bawang putih

-belacan

-kunyit hidup


Bahan-bahan lain 

-petai 

-ikan bilis (digoreng rangup)

-belacan

-gula 

-garam

-asam keping

-sos tiram 

-minyak masak 



Cara penyediaan 


1.Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama asam keping , gula , garam dan sedikit sos tiram . Tumis sehingga pecah minyak .


2.Masukkan petai dan juga ikan bilis, gaul sehingga sebati . Siap untuk dihidangkan .



Dapat ni tak ada lauk lain pun tak apa dah .Sambal  hijau petai ikan bilis pedas makan dengan nasi putih . 


Selamat mencuba .



Tips : Walaupun bau petai membuatkan sesetengah individu kurang selesa, namun tiada siapa dapat menafikan khasiat petai. Kalau korang kurang selesa dengan bau petai, selepas makan petai, minum kopi tanpa gula ia dapat membantu mengurangkan bau petai.




TONTON EPISOD PENUH DRAMA SUARA HATI GANDINGAN SYAFIQ KYLE DAN HANNA AQEELA DI ASTRO PRIMA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


TONTON EPISOD PENUH DRAMA SUARA HATI GANDINGAN SYAFIQ KYLE DAN HANNA AQEELA DI ASTRO PRIMA Suara Hati ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Emi Suffian terbitan Global Film Station Sdn Bhd.Drama ini turut dibintangi oleh Hanna Aqeela, Syafiq Kyle , Aidil Aziz , Zera Hariz , dan ramai lagi. Siri ini diadaptasi dari novel tajuk yang sama karya Anis Ayuni .Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara Astro Prima bermula 19 Julai 2021 .Suara Hati bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di saluran Astro Prima (105).


JUDUL : SUARA HATI

EPISOD : 13

TARIKH TAYANGAN : 19 Julai 2021

WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6.00 petang

SIARAN TV : Slot Tiara Astro Prima

PENULIS SKRIP : Farah Alya As’ari 

PENULIS NOVEL : Anis Ayuni

PENGARAH : Emy Suffian (Pyan Screw)

PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd

PELAKON : Hanna Aqeela, Syafiq Kyle, Aidil Aziz, Fazlina Ahmad Daud, Dato Seri Rezza Shah, Liza Rafar, Afzan A Rahman, Zera Hariz, Qistina Khaled, Syahir Shafein, Farah Zainuddin Jaber Mistah



DRAMA SUARA HATI ASTRO PRIMA, SINOPSIS DRAMA SUARA HATI, TONTON EPISOD PENUH DRAMA SUARA HATI, TONTON ONLINE DRAMA SUARA HATI, SUARA HATI SLOT TIARA


WATAK PELAKON DALAM DRAMA SUARA HATI

Syafiq Kyle sebagai Harris

Hanna Aqeela sebagai Hani

Aidil Aziz sebagai Naim

Zera Hariz sebagai Suraya

Afzan A Rahman sebagai Amir

Qistina Khaled sebagai Sarah

Syahir Shafein sebagai Ramzi

Liza Rafar sebagai Sha

Fazlina Ahmad Daud sebagai Khaty

Shah Rezza sebagai Jo



LAGU TEMA (OST) DRAMA SUARA HATI

Lagu: Biar Aku Simpan

Artis: Bimasakti feat Oktovia Manrose

Komposer: Jim Bimasakti

Lirik: Harris Yusof



DRAMA SUARA HATI ASTRO PRIMA, SINOPSIS DRAMA SUARA HATI, TONTON EPISOD PENUH DRAMA SUARA HATI, TONTON ONLINE DRAMA SUARA HATI, SUARA HATI SLOT TIARA

SINOPSIS DRAMA SUARA HATI

Mengisahkan Hani, seorang pelajar universiti bercinta dengan Harris yang juga aktif dalam aktiviti sukan. Hani kemudian diperkenalkan ibu bapanya dengan Naim, seorang pensyarah sambilan di universitinya. Hani dan Naim mula mesra apabila Naim mula menolong Hani untuk projek universiti Hani. Tetapi Hani hanya menganggap Amirul Naim hanyalah kawan biasa kerana Hani tahu, Naim dalam ada cita-cita untuk melamar teman wanitanya sebagai isteri.


Kebahagian Hani dengan Harris tidak berpanjangan apabila Harris dengan tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita, dan terus membuatkan Hani kecewa. Hani yang kesedihan kerana kecewa dengan Harris, kemudian mula membuka pintu hatinya kepada Naim, yang juga baru gagal dalam percintaan.


Harris muncul semula, tetapi sudah terlewat kerana Hani sudah pun menerima cinta Naim. Perkahwinan Hani dan Naim bahagia untuk beberapa ketika, namun tragedi yang menimpa perkahwinan Hani dan Naim telah mula mematahkan semangat Hani untuk terus hidup. Di saat itu, Harris tiba-tiba muncul semula di dalam hidup Hani.

LAFAZ NIAT PUASA HARI TARWIYAH DI HARI KE-8 BULAN ZULHIJJAH

 Lafaz Niat Puasa Hari Tarwiyah


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


LAFAZ NIAT PUASA HARI TARWIYAH DI HARI KE-8 BULAN ZULHIJJAH  Esok merupakan hari kelapan Zulhijjah dan dinamakan hari Tarwiyah. Hari Tarwiyah ini mempunyai dua maksud menurut Imam Ibn Qudamah iaitu hari di mana para jemaah haji mempersiapkan bekalan air sebelum menuju ke Arafah dan yang kedua adalah hari di mana Nabi Ibrahim AS mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. 


INFO, INFO AGAMA, LAFAZ NIAT PUASA TARWIYAH, NIAT PUASA HARI TARWIYAH, HARI TARWIYAH, 10 KELEBIHAN DALAM BULAN ZULHIJJAH, KELEBIHAN PUASA HARI TARWIYAH, PUASA TARWIYAH,


Ayuh kita gandakan amalan di sepuluh Awal Zulhijjah ini dengan melaksanakan amal-amal soleh antaranya berpuasa.

RESEPI : AGAR-AGAR SAGU PELANGI SEMUDAH 6 BAHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera 



RESEPI : AGAR-AGAR SAGU PELANGI SEMUDAH 6 BAHAN Dua tiga hari lepas ada ternampak resepi dari page "Buat Orang Lapo" . Kalau korang masih lagi tak tahu page "Buat Orang Lapo" ini adalah salah satu page yang berkongsikan segala pelbagai macam jenis makanan . So CCL tertarik dengan dessert yang dikongsikan oleh admin page "Buat Orang Lapo



resepi,TIPS LAPISAN AGAR-AGAR,RESEPI AGAR-AGAR SAGU PELANGI,RESEPI AGAR-AGAR MUDAH DAN SEDAP,CARA MUDAH MEMBUAT AGAR-AGAR SAGU PELANGI,AGAR-AGAR SAGU PELANGI,TIPS MEMASAK,tips,


Hari ni saya dah berjaya cuba resepi dari page "Buat Orang Lapor" . Bila dah berjaya buat of course la CCL nak kongsi dengan korang followers blogger CCL . Resepi yang cukup simple .CCL nak ajak korang  buat resepi "Agar-agar sagu pelangi semudah 6 bahan". Agar-agar ni sangat sedap dan lembut. Cara membuatnya sama seperti buat agar-agar biasa cuma ada tambahan sagu kat dalam agar-agar ni. Agar-agar ni boleh dimakan macam tu je ataupun dimakan dengan susu cair dan juga air gula.



Bahan-Bahan

Air secukupnya

-1 paket Sagu

-Pewarna Makanan

-3 cawan (750 ml) Air

-10 gm (1 paket kecil) Serbuk Agar-Agar

-¾ cawan (150 gm) Gula

-1 cawan (250 ml) Susu Cair



Cara membuat 

-rebus sagu sampai mendidih sehingga sagu hilang mata putih dan menjadi transparent (jernih)


-selepas sagu betul-betul kembang korang boleh tapiskan sagu dan lalukan sagu bawah air paip untuk buang segala kanji yang ada pada sagu , supaya sagu akan nampak berbiji-biji .


-sambil tu korang boleh masak agar agar sehingga mendidih dan masukkan susu cair, gula dan esen vanila. Untuk esen vanilla ini terpulang pada korang sama ada nak letak ataupun tan nak letak . 


-asingkan sagu dalam beberapa bekas untuk dimasukkan pewarna .kemudian masukkan agar-agar yang siap mendidih tadi ke dalam sagu yang sudah dicampurkan pewarna dan gaul . Tuangkan dalam acuan . CCL hanya asingkan tiga bekas untuk tiga pewarna sahaja .


-biarkan lapisan pertama supaya sejuk sedikit untuk dilapiskan dengan lapisan yang seterusnya . 


-masukkan dalam peti sejuk dan siap untuk dihidangkan . 



Tips : CCL akan toreskan agar-agar yang sedikit beku dengan pisau sebelum nak masukkan lapisan kedua supaya lapisan pertama dan juga lapisan ledua bercantum dengan rata . Ini juga tips yang CCL dapat dari admin "Buat Orang Lapo"


SHOPEE : SKOR PENJIMATAN MAKSIMUM DI "SHOPEE 8.8 FESTIVAL BRAND"

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



SHOPEE : SKOR PENJIMATAN MAKSIMUM DI "SHOPEE 8.8 FESTIVAL BRAND" Ketika rakyat Malaysia terus mencari jalan untuk menambah Ringgit mereka, Shopee membiarkan anda melakukan beberapa rahsia rahsia untuk mencuri tawaran terbaik dengan baucar Festival Shopee 8.8 Brands ini. Promosi menjadi lebih baik apabila anda mendaftar keahlian percuma mereka!





1.Shopee Mall Brand Memberships : 

Keahlian Jenama Shopee Mall yang baru dilancarkan adalah program kesetiaan di mana jenama di Shopee Mall dapat menyesuaikan program keahlian mereka sendiri untuk memberi penghargaan kepada pelanggan setia mereka dengan hadiah alu-aluan, tahap keahlian dan mata setia jenama. Pembeli yang mendaftar keahlian ini dapat memperoleh ganjaran eksklusif dari jenama kegemaran mereka, memperoleh mata dan menebus produk dan baucar eksklusif. Voucher Keahlian Jenama Shopee Mall juga boleh ditumpuk dengan baucar Shopee yang lain untuk penjimatan selanjutnya. Anda boleh melihat mikrosit untuk Keahlian Jenama Shopee Mall di sini: https://shopee.com.my/m/shopee-mall-brand-membership



INFO, SHOPEE,cara membeli barangan dalam shopee.my, SHOPEE 8.8, SHOPEE DISKAUN BERGANDA,daftar shopee.my,KEKURANGAN SISTEM BARU SHOPEE,KELEBIHAN SISTEM BARU SHOPEE,

2.Shopee Mart: 

Portal dalam aplikasi ini menawarkan pelbagai produk dari bahan makanan, keperluan isi rumah, serta produk kesihatan dan kecantikan dari pelbagai jenama. Ahli Shopee Mart berhak mendapat rebat dan baucar penghantaran percuma yang disegarkan setiap hari Sabtu, serta harga eksklusif untuk pelbagai barang. Ahli juga akan mendapat mata untuk pembelian mereka yang boleh digunakan untuk menebus hadiah percuma. Untuk memohon keahlian Shopee Mart, lawati laman web mereka di sini: https://shopee.com.my/shopee_mart.



INFO, SHOPEE,cara membeli barangan dalam shopee.my, SHOPEE 8.8, SHOPEE DISKAUN BERGANDA,daftar shopee.my,KEKURANGAN SISTEM BARU SHOPEE,KELEBIHAN SISTEM BARU SHOPEE,


3.Shopee Mum's Club: 

Kelab induk e-dagang pertama yang ditubuhkan pada tahun 2019 menyediakan kumpulan sokongan maya untuk ibu bapa sepanjang perjalanan keibubapaan mereka dengan menawarkan pelbagai produk penjagaan bayi, sebagai tambahan kepada faedah eksklusif ahli seperti baucar cashback Shopee Coins, baucar jenama dan harga ahli khas dari pelbagai jenama bayi. Untuk menjadi sebahagian daripada Shopee Mum's Club, lihat https://shopee.com.my/m/mums-club.



INFO, SHOPEE,cara membeli barangan dalam shopee.my, SHOPEE 8.8, SHOPEE DISKAUN BERGANDA,daftar shopee.my,KEKURANGAN SISTEM BARU SHOPEE,KELEBIHAN SISTEM BARU SHOPEE,


4. Shop Malaysia: 

Sebagai sebahagian daripada kerjasama Shopee dengan agensi kerajaan tempatan, kementerian dan kerajaan negeri, portal dalam aplikasi Shop Malaysia yang menampilkan Jalur Gemilang di laman utama dilancarkan pada tahun 2020. Portal dalam aplikasi ini menempatkan produk dan perkhidmatan oleh penjual dan perniagaan agar pembeli mudah membeli barang keluaran tempatan seperti keropok lekor, durian, kek lapis, pelbagai jenis sambal dan banyak lagi. Untuk mendorong rakyat Malaysia membeli dari penjual tempatan ini, Shopee memberikan potongan harga mingguan khas, wang tunai Shopee Coins dan baucar penghantaran percuma yang boleh dituntut di sini: https://shopee.com.my/m/shop-malaysia.



INFO, SHOPEE,cara membeli barangan dalam shopee.my, SHOPEE 8.8, SHOPEE DISKAUN BERGANDA,daftar shopee.my,KEKURANGAN SISTEM BARU SHOPEE,KELEBIHAN SISTEM BARU SHOPEE,


5.Shopee Men Sale :

 Dengan tawaran yang tidak dapat ditolak, portal dalam aplikasi Shopee Men's Sale menyenaraikan peningkatan almari pakaian dan alat pada nilai terbaik untuk wang. Dengan Jaminan Harga Terendah Shopee, rakyat Malaysia dijamin mendapat gajet, peralatan sukan, peralatan rumah dan banyak lagi dengan harga terendah dalam talian ketika memilih barang dengan tag 'Harga Terendah Dijamin' Sekiranya terbukti sebaliknya, pengguna yang membeli item dengan tag ‘Dijamin Harga Terendah’ yang berjaya mendapatkan tawaran yang lebih murah akan dikembalikan 120% dari perbezaan harga dalam bentuk Shopee Coins oleh Shopee. Voucher penghantaran percuma dan baucar Cashback 20% Coins diperbaharui setiap hari Isnin. Shopee juga telah menyediakan baucar penghantaran percuma dan baucar diskaun RM15 eksklusif untuk pengguna baru. Jangan ketinggalan dan temui tawaran menarik di https://shopee.com.my/m/mens-sale.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai terma dan syarat ‘Dijamin Harga Terendah’, kunjungi https://shopee.com.my/events3/code/2962801403/


INFO, SHOPEE,cara membeli barangan dalam shopee.my, SHOPEE 8.8, SHOPEE DISKAUN BERGANDA,daftar shopee.my,KEKURANGAN SISTEM BARU SHOPEE,KELEBIHAN SISTEM BARU SHOPEE,

6. Dear Near Me :

Dilancarkan pada April 2021, ciri dalam talian ke luar talian (O2O) ini oleh dompet mudah alih Shopee, ShopeePay, 'Deals Near Me' menggunakan perkhidmatan berdasarkan lokasi untuk membantu pengguna menemui Baucar ShopeePay oleh peniaga berdekatan yang merangkumi runcit, kafe , restoran, dan perkhidmatan. Melalui ciri ini, pengguna dapat menikmati pulangan tunai yang menarik di kedai pilihan mereka. Cukup beli Voucher ShopeePay kedai di aplikasi Shopee dengan harga serendah 1 sen, gunakan voucher ketika membayar dengan ShopeePay di kedai yang mengambil bahagian untuk menikmati pembayaran balik. Untuk melihat tawaran ini, pergi ke halaman utama Shopee di aplikasi dan cari portal dalam aplikasi 'Deals Near Me'. 


Dari 20 Julai hingga 8 Ogos, pembeli Malaysia dapat menjangkakan tawaran yang lebih besar semasa Festival Merek Shopee 8.8. Pengguna Shopee boleh menantikan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum yang rendah sebanyak RM8, potongan 88% setiap hari dan tawaran berjenama RM8. Ini adalah peluang seumur hidup bagi rakyat Malaysia untuk mendapatkan barang berjenama 100% asli pada harga terendah. Terdapat juga sehingga 38 juta Koin Shopee untuk disambar dengan Hadiah Shopee dengan bermain Shopee Farm, Spin & Win, Shopee Bubble, Shopee Candy dan banyak lagi. 


Nantikan Jam Misi Gaji selama Jualan Gaji 25 Julai, serta Festival Jenama 8.8 untuk penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM0 dari penjual terpilih, Tawaran Waktu Terhad, slot Penjualan Mengejutkan untuk tawaran berjenama RM8 dan Sorotan Jenama Harian. Lihat lebih banyak tawaran dan promosi semasa Pesta Jenama Shopee 8.8 di https://shopee.com.my/m/8-8.







REVIEW TAHAN CONQUER MULTIPURPOSE SLING BAG DARI PTT OUTDOOR


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


REVIEW TAHAN CONQUER MULTIPURPOSE SLING BAG DARI PTT OUTDOOR Siapa sini penggemar sling bag , ala beg silang yang hanya ada satu strap tu . Beg silang selalunya dibawa dan digunakan oleh kalangan remaja kerana bentuk yang ‘simple’ dan tidak keterlaluan. Walaupun ianya agak ringkas namun masih mampu menampakkan gaya yang elegan dan menarik untuk si pemakai. Boleh dikatakan wanita yang menyukai beg silang ini adalah seorang yang moden dan ringkas. Korang yang selalu pergi mana-mana dengan mengayakan sling bag, hari ni CCL nak bawa korang shopping di PTT Outdoor . Rambang mata nak pilih sling bag yang murah dan cantik di website PTT Outdoor dengan harga serendah RM100. Harga mampu milik , kualiti of course laa terbaik . 



CIRI -CIRI TAHAN CONQUER MULTPURPOSE SLING BAG PTT OUTDOOR 


REVIEW, PTT OUTDOOR,APA ITU PTT OUTDOOR, SLING BAG PTT OUTDOOR, TAHAN CONQUER MULTIPLEPOSE SLING BAG, TAHAN CONQUER SLING BAG, SLING BAG WATERPROOF, SLING BAG KALIS AIR, JENIS SLING BAG, CARA MENGAYAKAN SLING BAG,


Material 

Dari segi material Tahan Conquer Sling Bag ini sangat berpuas hati sebabnya ia salah satu sling bag yang kalis air , so tak payah risau even korang tengah mengalas sling bag sambil menunggang motosikal tiba-tiba hujan kan .. Material dari oxford dan polyester memang kalis air so barang-barang korang yang ada dalam sling bag akan terselamat dari terkena basahan air.


Warna 

Untuk sling bag ini terdiri dari 2 warna yang berbeza . Kedua-duanya merupakan warna gelap iaitu warna blue black dan warna army green . So CCL memilih warna  blue black boleh match dengan semua warna baju .


Saiz 

Dari segi saiz sling bag ini amat-amat selesa . Tahan Conquer Sling Bag ni  berdimensi 


Tinggi 20cm x panjang 27cm x lebar 8cm 


Tidak kecil dan tidak besar  . Sesuai untuk digalas di bahu kiri atau kanan serta mampu digayakan dengan pelbagai gaya . 



Compartment

Dari segi compartment pulak memang sangat berpuas hati , sebab ia terdiri dari beberapa compartment . 



REVIEW, PTT OUTDOOR,APA ITU PTT OUTDOOR, SLING BAG PTT OUTDOOR, TAHAN CONQUER MULTIPLEPOSE SLING BAG, TAHAN CONQUER SLING BAG, SLING BAG WATERPROOF, SLING BAG KALIS AIR, JENIS SLING BAG, CARA MENGAYAKAN SLING BAG,

Compartment utama ada 3 bahagian iaitu:

-Large capacity bag space 

-Built in pocket 

-Back pocket



Saiz compartment ini mampu muat buku ataupun tab. Setiap compartment berzip, zip yang digunakan sangat berkualiti dan daripada metal yang tegap.


REVIEW, PTT OUTDOOR,APA ITU PTT OUTDOOR, SLING BAG PTT OUTDOOR, TAHAN CONQUER MULTIPLEPOSE SLING BAG, TAHAN CONQUER SLING BAG, SLING BAG WATERPROOF, SLING BAG KALIS AIR, JENIS SLING BAG, CARA MENGAYAKAN SLING BAG,



Front pocket

Sling bag ini juga terdiri daripada compartment yang kecil yang mampu menyimpan handphone,pen,wallet dan sebagainya. Bahagian dalam compartment terdiri dari dua poket kecil dan pada bahagian depan juga terdiri daripada 2 poket kecil yang mempunyai velcro strap salah satu ciri keselamatan yang boleh mengelakkan barangan mudah terjatuh atau tercicir.


REVIEW, PTT OUTDOOR,APA ITU PTT OUTDOOR, SLING BAG PTT OUTDOOR, TAHAN CONQUER MULTIPLEPOSE SLING BAG, TAHAN CONQUER SLING BAG, SLING BAG WATERPROOF, SLING BAG KALIS AIR, JENIS SLING BAG, CARA MENGAYAKAN SLING BAG,


Strap tali 

Kalau beli sling bag of course laa penting untuk korang memilih tahap panjang pendek tali sling bag tersebut barulah selesa dipakai, tapi korang jangan risau, strap tali untuk sling bag ini boleh adjust berdasarkan keselesaan korang .


TAHAN CONQUER MULTIPURPOSE SLING BAG BOLEH DIGAYAKAN DENGAN PELBAGAI GAYA


REVIEW, PTT OUTDOOR,APA ITU PTT OUTDOOR, SLING BAG PTT OUTDOOR, TAHAN CONQUER MULTIPLEPOSE SLING BAG, TAHAN CONQUER SLING BAG, SLING BAG WATERPROOF, SLING BAG KALIS AIR, JENIS SLING BAG, CARA MENGAYAKAN SLING BAG,


kebiasaanya sling bag ini akan digayakan  secara melintang ke kiri atau ke kanan atau sebaliknya . Tetapi boleh juga digayakan dengan satu sisi sahaja  contohnya boleh disandang ke sebelah kiri atau sebelah kanan . Sling bag juga kebiasaannya digunakan melintang ke dada


Beg silang memang tengah trend sekarang ni. Walaupun nampak ringkas, aura orang yang pakai beg silang ni memang lain macam sikit. Biasanya yang jenis pakai beg silang ini ada jenis yang berfikir ke depan, moden dan sangat detail dengan apa yang dia lakukan.


TAHAN CONQUER Reka bentuk serbaguna Reka bentuk yang sangat sederhana namun boleh menjadi gaya untuk kebanyakan majlis.



MENGENAI PTT OUTDOOR 



Di PTT Outdoor kita bukan sahaja boleh dapatkan pelbagai produk untuk aktiviti luar seperti barang perkhemahan, berbasikal, larian, melancong dan pelbagai lagi. Lebih kurang 700 pilihan barangan yang ditawarkan. Banyak bukan!! Barang yang ditawarkan memang kualiti premium tetapi harganya sangat berpatutan.


LAMAN SOSIAL MEDIA PTT OUTDOOR


Jika kalian berminat ingin dapatkan produk ini. Boleh ke media social PTT Outdoor. Dan untuk membeli boleh ke website rasmi mereka seperti tertera di bawah :- 



Facebook :

https://m.facebook.com/pttoutdoor/


Instagram :

https://www.instagram.com/pttoutdoor/


Twitter : 

https://mobile.twitter.com/ptt_outdoor


Youtube :

https://m.youtube.com/channel/UCMvOu1NZ_1YUqH3PuDy2TSg?sub_confirmation=1