Assalamualaikum dan salam sejahtera
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
REVIEW : DOVE MICELLAR SOOTHING SHOWER GEL Hai pembaca-pembaca blog CCL . Hari ni CCL nak kongsi dengan korang semua satu lagi produk Dove . Kalau hari tu CCL ada review syampoo iaitu " Dove Hyaluron Serum Purifying Syampoo " kalau korang belum lagi tahu apa kelebihannya korang boleh baca " di sini " . So satu lagi CCL akan review produk dari Dove iaitu Shower Gel .
![]() |
" Dove Micellar Soothing Shower Gel " . Korang jangan ingat miceller tue untuk remove makeup pulak taw , tapi ini salah satu produk shower gel . Hihii . Rutin harian korang tiap kali mandi pakai shower gel atau shower cream ?? Kalau ditanya CCL, CCL akan selang seli kan . Hari ni pakai shower gel , keesokkan pakai shower cream . So korang jom baca lagi apa yang menariknya "dove micellar shower gel " .
- PACKAGING DOVE MICELLAR SOOTHING SHOWER GEL
Dari segi packaging shower gel ni sangat best sebab hanya perlu pump sahaja ,tak perlu susah-susah nak buka penutup botol dan picit . Botol transparent sahaja, so senang la nak tengok isi di dalamnya ada banyak mana even penggunaan seharian kalau dah nak habis boleh stand by showe gel lagi . Kuantiti satu botol ni 500g . Besar tau botol . So boleh la tahan dalam 1 mahupun 2 bulan mengikut pengunaan masing-masing .
-TEKSTUR DOVE MICELLAR SOOTHING SHOWER GEL
Ok dari segi tekstur of course la berbentuk gel . Tekstur gel yang ringan dan lembut . Gel seakan-akan soft pink daripada haruman bunga teratai yang dapat mewangikan lagi seluruh badan .
-KELEBIHAN DOVE MICELLAR SOOTHING SHOWER GEL
-Tekstur gel yang ringan dan lembut.
-Mampu membersihkan kulit secara menyeluruh.
-Mampu menghidratkan kulit secara semulajadi.
-Mampu menyahtoksikkan kulit.
-menyegarkan kulit.
-sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif dan kulit kering .
-tidak mengandungi alkohol dan silicone serta 0% parabens .
-FEEDBACK SELEPAS MENGGUNAKAN DOVE MICELLAR SOOTHING SHOWER GEL
lepas mencuba Dove Miceller Soothing Shower Gel ni , apa yang boleh dikatakan memang best sangat-sangat . Bila apply pada seluruh badan , gosok biar berbuih then kalau korang nak buih bertambah banyak gosok guna sponge bersama gel mandian tadi ke suluruh tubuh badan memang rasa sangat-sangat shooting . Kulit rasa bersih dan segar . Dan yang paling best bau haruman lotus dalam gel mandian ni memang menyenangkan . Lepas mandi pun bau haruman lotus tu still melekat pada badan .
So korang di luar sana wajib cuba produk ini .boleh dapatkan di online store , drug store dan supermarket berdekatan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
KESEDAPAN "BLUEBERRY CREAM CHEESE PEI MCDONALDS" DIBUNGKUS DENGAN DUA ISI YANG SEDAP" McDonald's Malaysia nampaknya keluarkan pencuci mulut yang lazat! Blueberry Cream Cheese Pie . So korang penggemar pie semestinya sudah merasai " Blueberry Cream Cheese Pie" . Kalau belum cuba korang boleh dapatkannya di McDonald's cawangan berdekatan .
CCL sempat merasa pie ni . Walaupun wrapping " Apple Pie" tapi isi di dalamnya tetap "Blueberry Cream Cheese Pie" . Mungkin wrapping untuk blueberry dah habis . Tapi tak mengapalah janji dapat merasai keenakkan pie ni .
Apa yang menariknya tentang pie ni bila masuk ke dalam mulut rasa cruncy sangat dan cair di dalam mulut . Selain itu yang paling best adalah cara pai diisi, isinya tidak menyatu sama lain. Gabungan kelazatan buah blueberry bersama Cream Cheese sememangnya sangat padu hingga timbul rasa sedap agak yang sukar untuk digambarkan. Teksturnya yang lembut di dalam tetapi rangup di luar menjadikan pie ini semakin seronok untuk dinikmati.
Rasanya yang masam manis dan berlemak yang sememangnya menyelerakan. Blueberry Cream Cheese Pie ini menjanjikan rasa yang masam manis buah blueberry bersama rasa lemak cream cheese yang lengkap dan seimbang dalam sebiji pie ini. Warna Blueberry Cream Cheese Pie ini pula sememangnya akan menarik perhatian ramai orang, kerana apabila di gigit luaran pie tersebut, akan meleleh keluar warna putih dan ungu yang sebelah menyebelah. Sudah tentu bukan orang dewasa sahaja yang akan menikmati menu ini, tetapi kanak-kanak juga akan sukakannya.
Cuba korang bayangkan, walaupun blueberry dan cheese cream yang digunakan sebagai bahan utama, namun harga yang ditawarkan hanyalah sebanyak RM4.25 saja. Murah kan? Jangan terkejut kerana harga untuk sebiji Blueberry Cream Cheese Pie ini sememangnya murah dan berpatutan.
Jadi, tiada sebab untuk korang semua tidak membelinya dengan alasan yang harganya mahal dan sebagainya. Pie ini sememangnya memenuhi kehendak ramai peminat pie yang berada di luar sana. Dengan menggunakan blueberry sebagai bahan utama membuatkannya menjadi satu kolaborasi yang sangat mengagumkan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
VERN"S ADAKAN PROMOSI . 3 PASANG KASUT HANYA RM100 Korang perlukan kasut yang baru untuk melangkah lebih jauh ataupun dah lama tak membeli kasut baharu . Kalau macam tu korang jangan lepaskan peluang keemasan untuk dapatkan promosi kasut sempena dengan kedatangan 11.11 ni .Brand kasut " Vern's " menawarkan harga yang sangat berbaloi-baloi
Vern's shoes menawarkan kepada ‘kaki kasut’ promosi harga kasut paling ‘kaw-kaw’ setakat ini dan membawakan kepada korang jualan mega kasut dengan harga paling berjiwa rakyat, penuh dengan diskaun sana-sini, pakej pembelian teramat murah serta tidak masuk akal!
Kempen jualan promosi 3pasang dengan harga RM100 .. Ya hanya RM100 sahaja . Korang tak percaya jer ? Dengan RM100 korang boleh jimat berganda-ganda tau .
Menariknya dalam kempen jualan ini, promosi yang ditawarkan bukan sahaja berkonsepkan potongan harga, malah ia turut melibatkan beberapa kategori pilihan agar korang boleh membeli kasut idaman mengikut kemahuan sendiri.
Selain itu, kempen Vern's shoes ini turut memberi peluang kepada semua peringkat pelanggan, dari lelaki dan wanita dewasa sehinggalah ke kanak-kanak untuk merasai keselesaan apabila memakai kasut keluaran Vern's .
So alang-alang CCL dah lama tak merasa pakai kasut baru . So terus grab 3 pasang . Kualiti memang tiptop dan selesa sangat-sangat . Hanya RM100 sahaja . .Korang pilih sama ada nak beli sepasang atau berpasang-pasang . Tapi bagi CCL better beli 3 pasang lagi jimat tau .
So korang tunggu apa lagi, cepatlah lah serbu Vern's Shoes di cawangan yang berdekatan .tak pun korang boleh melalui online store .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
McFLURRY SEA SALT MASIN KE TIDAK ? Bagi korang kaki McDonalds , pastinya korang dah tahu menu terbaharu daripada McD yang kini berada di semua outlet makanan segera tersebut iaitu McFlurry Sea Salt. So korang peminat aiskrim mungkin takkan lepaskan peluang untuk merasai dan,mencuba menu terbaru ni " McFlurry Sea Salt "

CCL juga tidak ketinggalan untuk cuba Mcflurry Sea Salt ni . First impresion tengok iklan McD lalu lalang je gambar aiskrim ni terasa nak cuba .. Sebab apa ? First sebab namanya diberi McFlurry Sea Salt.Dengar Sea Salt of course terbayang-bayang rasa masin tu . So adakan rasa masin- masin seperti yang dibayangkan itu ada dalam aiskrim ni ?. Sedap tak sedap belakang kira lah kan .Janji dapat rasa .
Keduanya sebab apa CCL tertarik nak mencuba Mcflurry Sea Salt ni , keunikkan Aiskrim vanila dengan sisipan putaran warna biru, dihiasi dengan taburan sprinkles biru ungu yang berkilau. Emm, memang cantik dan sedap dimakan. Rasa manis bergabung dengan masin-masin. Awhhh, perfect . Bila dapat McFlurry Sea Salt ni CCL terus bayangkan Elsa . Tema sama je kan . Biru purple githu.
Feedback CCL setelah dua kali mencuba McFlurry Sea Salt . Alhamdulillah aiskrim ni boleh diterima tekak walaupun dah dua kali mencuba . Rasa aiskrim vanila bergabung dengan masin-masin manis gitu . Tapi lama-lama dah nak habis baru terasa sangat kemasinan tu . Taburan sprinkles biru unggu tue tak ada la masin sangat . But CCL rasa yang membuatkan ia sedikit masin ialah biru-biru yang diletakkan di bawah dan di tepi-tepi tu . Itu yang membuatkan rasa aiskrim. Tu sedikit masin .
So bagi korang yang sukakan hidangan pencuci mulut daripada McD ini bolehlah terjah dan mencuba keenakan ais krim vanila dengan sisipan putaran berwarna biru, ditambah lagi dengan taburan sprinkle biru dan ungu. Bagi yang dah cuba McFlurry Sea Salt ni boleh laa kongsi feedback korang .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
" KONGSI WAKTU REHAT BERSAMA KITKAT " , KITKAT BERI PENGHARGAAN KEPADA PETUGAS KESIHATAN KITKAT beri penghargaan kepada Petugas Kesihatan Kongsi “waktu rehat KITKAT” yang menyeronokkan kepada lebih 12,000 petugas barisan hadapan Bagi menghargai kegigihan dan kesungguhan barisan petugas barisan hadapan kita, KITKAT baru-baru ini telah menyumbangkan produk kepada lebih 12,000 pekerja penjagaan kesihatan di enam buah hospital di Lembah Klang.
KITKAT Break Bus telah menghantar sumbangan tersebut kepada pekerja penjagaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital KPJ Selangor, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Sungai Buloh. Ini termasuk pelbagai jenis produk KITKAT, seperti KITKAT Milk Chocolate dan KITKAT Senses.
Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Encik Juan Aranols, berkata,“Nestle Malaysia telah memberi sokongan terhadap usaha petugas barisan hadapan sepanjang pandemik ini, dan ingin terus menunjukkan penghargaan kami kepada pekerja penjagaan kesihatan kita yang terus memainkan peranan penting dalam perjuangan menentang Covid-19. Mereka telah menunjukkan dedikasi yang tidak terhingga dan kami berharap bahawa dengan cara ini, kami dapat sedikit sebanyak menyokong dan menggalakkan petugas barisan hadapan untuk terus bersemangat dalam menjalankan tugas mereka.”
Encik Frédéric Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Unit Perniagaan Konfeksi, Nestlé Malaysia, menjelaskan, “Kami sedar bahawa negara kita kini sedang berhadapan dengan waktu yang sukar, namun kami memahami akan pentingnya waktu rehat, terutamanya apabila menghadapi tekanan yang tinggi semasa berkerja, bagi tempoh waktu yang panjang. Kami harap sumbangan kecil daripada KITKAT akan membawa sedikit keceriaan kepada petugas barisan hadapan kita dan memberi mereka peluang untuk berehat seketika dalam perjuangan membendung penularan pandemik ini.”
Assalamualaikum & salam sejahtera
REVIEW : " DOVE HYALURON PURIFYING SERUM SHAMPOO " . SERUM HYALURON PERTAMA DALAM RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN RAMBUT Hyaluronic Acid bagus untuk rambut ? Kalau dulu Hyaluronic Acid hanya tertumpu untuk skincare, tapi sekarang tak lagi. kalau korang nak tahu Dove kini berjaya memperkenalkan kebaikan serum Hyaluron pertama dalam rangkaian produk penjagaan rambut. Syampu Dove Hyaluron Serum kini wajib menjadi pilihan sebagai produk paling ideal untuk memelihara kulit kepala dan juga rambut.
Antara fungsi Hyaluronic Acid
- melembapkan
- membantu penghasilan kolagen
- mengekalkan keanjalan
- meningkatkan pertumbuhan & mengembalikan ketebalan rambut
- rambut menjadi lebih kuat, bersinar dan kuat
Dove kini mengeluarkan syampu dengan formulasi dirumus khas dengan teknologi serum unik Hyaluron daripada Hyaluronic Acid. Syampu Dove Hyaluron Serum kini wajib menjadi pilihan sebagai produk paling ideal untuk memelihara kulit kepala dan juga rambut.
Kalau korang nak tahu bagi variasi Dove Hyaluron Serum Purifying, ia dirumus khas dengan kombinasi serum lutsinar Hyaluron + Hydro Complex yang berfungsi membersih secara lembut dan mendalam sambil meningkatkan serta mengunci kelembapan rambut. Ini membolehkan rambut korang terhidrat, sihat, lembut dan subur. Variasi ini sesuai untuk jenis rambut normal atau berminyak.
Syampu serum Hyaluron ni diperkuatkan dengan kekuatan HYALURON, ramuan penjagaan kulit maju, mengisi kelembapan. Syampu Pembersih Serum yang telus ini dengan HYALURON + Hydro complex membersihkan dan membersihkan rambut dan kulit kepala dengan lembut, menambah kelembapan dan keseimbangan rambut anda.
Bahan-bahan
Air, Sodium Laureth Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Sodium Benzoate, Gliserin, Sodium Chloride, Parfum, Polyquaternium-10, Sodium Hyaluronate, Citric Acid, PPG-9, Disodium EDTA, Benzophenone-4
Cara penggunaan .
Sapukan pada rambut yang basah sehingga naik buih dan bilaskan .
Feedback selepas menggunakan "Dove Hyaluron serum purifying"
CCL dah cuba guna syampu ni selama tiga kali . Hasilnya memang sangat best . Apa yang best tentang syampu ni ? Hahh selepas CCL guna, usap-usap syampu ke kepala sampai rata dan berbuih lepas bilas dengan air rambut jadi wangi dan lembut . Selepas rambut kering pun still rasa kelembutan dan lembut . Overall memang sesuai syampu ni sebab hasilkan kesan yang best .
Haa.. kalau korang nak cari produk penjagaan rambut yang benar-benar memahami keperluan rambut dan dalam masa yang sama memelihara kesihatan kulit kepala. CCL sarankan korang dapatkan rangkaian produk Dove Hyaluron Serum ni je!
Boleh je dapatkan di online store, drugstore dan supermarket yang berdekatan .
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
JOM DOUBLE CLEANSING MENGGUNAKAN OIL CLEANSER BY HAYA RAHIM . WANGI SEAKAN BUAH EPAL Pernah dengar tak pasal "double clensing", pastinya ramai yang dah tahu kan . Kalau yang tak tahu meh CCL kongsikan . Double cleansing ni salah satu langkah cuci muka sebanyak dua kali . Satu dengan "oil based product" and then satu lagi "water based product". Cuci muka dua kali ni lagi yakin bersih tu, daripada pakai wet tissue .
Dulu CCL takut juga nak pakai oil cleanser ni memandangkan skin CCL stage combination to oil . Takut nanti skin lagi bertambah berminyak . Orang cakap kalau tak cuba kita takkan tahu, so CCL cuba. First oil cleanser yang CCL cuba dari Ferrarossa . Kalau sesiapa belum baca boleh baca di sini . Oil Cleanser dia memang paduu weii . Lepas pakai oil cleanser kulit muka lagi bersih, serius tak tipu .
So hari tu ada join live MUA terkenal MUA Bellaz dan MUA Bella Park .Penangan live diorang laa CCL terjebak nak try oil cleanser yang baru memandangkan oil cleanser yang CCL tengah pakai sekarang ni dah nak habis . So kita cuba produk baru.
PACKAGING OIL CLEANSER BY HAYA RAHIM
Taraaa ! Ni haa Oil Cleanser by Haya Rahim, penangan tengok live MUA Bellaz & MUA Bella Park . Tengok dari segi packaging dia bertemankan Hijau. Cantik , Founder Haya Rahim suka warna hijau kot .Packaging dia sekali kotak . Botol oil cleanser jenis pump . Hahh best ! . Oil cleanser by Haya Rahim ni 30ML sahaja dengan harga RM39 . Harga mampu milik .
INGREDIENTS YANG TERDAPAT DALAM OIL CLEANSER BY HAYA RAHIM
1. Sweet almond oil
2. Carica papaya oil
3. Rosa carica (rosehip oil)
4. Mineral oil
5. Alovera oil
6. Calendula oil
7. Sunflower oil
KEISTIMEWAAN OIL CLEANSER BY HAYA RAHIM
1. Sebagai moisturiser boleh digunakan pada bibir.
2. kulit wajah nampak lebih glowing.
3. Memudarkan bekas jeragat dan jerawat.
4. Membaikpulih radang kemerahan kulit .
5. Kulit lebih anjal dan lembut .
6. Tidak mengeringkan kulit wajah.
7. Anti - aging.
8. Mencerahkan kulit
9. Mudah menanggalkan sisa mekap di muka .
CARA PENGGUNAAN OIL CLEANSER BY HAYA RAHIM
Berapa banyak korang perlu guna oil cleanser ni ? Hah tak banyak pun, kalau CCL pakai cukup la hanya 2 pump sahaja. Cukup untuk cover satu muka , ratakan gosok-gosok sikit InsyaAllah dah cukup . Lepas cuci guna oil cleanser boleh lap dengan tisu dan terus cuci muka dengan water based cleanser .
FEEDBACK LEPAS GUNA OIL CLEANSER HAYA RAHIM
First CCL dah bagitau terjebak untuk cuba oil cleanser by Haya Rahim ni sebabknya penangan tengok live MUA terkenal . Reviewnyaa oil cleanser ni bau wangi . Tertarik nak mencuba jugak . Sebab sebelum ni selalu pakai oil cleanser tak ada bau wangi . Lepas cuba oil cleanser by Haya Rahim ni seriusss bila dah apply kat muka .ratakan semua urut-urut bau wangi . Wanginya macam bau buah epal .wangi sangat-sangat . Setelah 2 minggu pakai oil cleanser setakat ni alhamdulillah tak ada kesan negative pada kulit muka . Muka rasa bersih sangat-sangat dan kulit muka rasa lembab dan lembut . Paling penting guna oil cleanser ni senang nak remove mekap-mekap .
Ohh lupa nak share Founder Haya Rahim bukan keluarkan oil cleanser je taw . Ada milk cleanser dan cool moisturiser jugak . But CCL baru cuba oil cleanser . Wangii sangat tau .
Nak dapatkan Skincare by Haya Rahim
Facebook :
https://www.facebook.com/haya.rahim.75
Instagram :
@haya_rahim
@hayabeautyhq
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
TARIKH PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK MASING-MASING Ramai yang mulai tertanya-tanya status pembayaran BPN 2.0 kerana pengguna BSN telah mulai menerima pembayaran bermula 19 Oktober lagi. Berikut adalah senarai tarikh pembayaran yang akan dibuat ke bank masing-masing (akaun bank yang korang daftarkan semasa memohon BPN 2.0):
Bank Simpanan Nasional
Tarikh: Bermula 19 Oktober 2020
Kategori: Bujang & Isi Rumah
Kawasan : Seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
CIMB
Tarikh: Bermula 26 Oktober 2020
Kategori: Bujang & Isi Rumah
Kawasan : Seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
Maybank
Tarikh: Bermula 26 Oktober 2020
Kategori: Bujang & Isi Rumah
Kawasan : Seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
Public Bank
Tarikh: Bermula 26 Oktober 2020
Kategori: Bujang & Isi Rumah
Kawasan : Seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
Bank Islam
Tarikh: Bermula 26 Oktober 2020
Kategori: Bujang & Isi Rumah
Kawasan : Seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
Pembayaran ini adalah merupakan Fasa 1. Fasa 2 akan dimulakan bayaran pada bulan Januari 2020.

