Assalamualaikum dan salam sejahtera.
SINOPSIS DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU ADAPTASI DARI NOVEL MR.HOT GUY Isnin bersamaan 30 Oktober merupakan episod terakhir untuk Titian Cinta slot Drama Akasia . so next day drama baru bakal menggantikan Titian Cinta tersebut . Ok lepas nih dah tak dapat tengok Umayr Haris & Aisy berlakon kan . Drama baru yang bakal mengantikan Titian Cinta tersebut juga salah satu drama yang diadaptasikan dari novel yang berjudul ' Mr Hot Guy ' karya Danisya Rahmat . tapi drama tersebut ditukarkan tajuk kepada 'Lelaki Itu Pemilik Hatiku. Ermm , sedap sikit tajuk ni . ok drama Lelaki itu pemilik hatiku ini yang diterbitkan oleh A.Aidaproduction dan sutradara Zul Huzaimy akan bersiaran pada hari Selasa bersamaan 31 0ktober 2017 selama 32 episod . So kalau jalan ceritani best jangan lupa follow sampai habis .

Antara pelakon - pelakon yang menjayakan drama 'lelaki ini pemilik hatiku ' Raja Afiq yang memegang watak sebagai Luqman Hakimi , Puteri Aishah sebagai Nurin Kamila . Syazuwan Hassan membawa watak Aiman , Julia Farhana Marin sebagai Adrea dan Natasha Mahyan sebagai Yani . Ini merupakan barisan peneraju utama dalam drama ini , nak tahu lebih lanjut sape lagi yang berlakon jangan lepaskan setiap episod satu sehingga episod 32 drama ni .
sinopsis drama lelaki ini pemilik hatiku
Kisah Luqman Hakimi, anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila.
Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya.
Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea. Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.
Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.
Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula. Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya? sama - sama kita menonton drama Lelaki Ini Pemilik Hatiku
Lagu OST drama lelaki ini pemilik hatiku