FIRST GIVEAWAY FROM RONALDMOHONI.COM ayuh ramai-ramai join Giveaway yang baru dijalankan ni , syarat-syarat pun cukup simple hanya follow , tinggalkan komen pada entri - entri blog beliau
Hadiah yang menanti pemenang ialah
1. Wang tunai Rm10 untuk 3 pemenang (ditentukan oleh cabutan tiket nombor peserta)
3. Kupon Reload Rm5 untuk 2 pemenang (ditentukan oleh cabutan tiket nombor peserta)
2. Top Refferal Rm10 untuk 1 pemenang (ditentukan oleh sistem statistik blogger.com)
BLOG CIKCAPPUCCINOLATTE TERSENARAI DALAM BLOGLIST OTAI | Selamat pagi dan salam menjemput rezeki . Alhamdulillah dua tiga hari ini rezeki blog ada lagi. Menang bloglist dari blogger-blogger otai ini merupakan satu kegembiraan tapi . .tapi . . Bukan sahaja dari blogger- blogger otai dari rakan blogger lain pun itu satu kegembiraan bagi CCL
Awal Oktober hari tue CCL menang bloglist dari blogger otai . Yang masih belum lagi baca cerita tue boleh rujuk entri DI SINI , hari ni pula blog CCL terselit lagi dalam blogger otai hasil CCL join segmen INI . Dua- dua blogger otai sebab CCL selalu follow diorang ni walaupun kadang-kadang jadi silence readers .
Blogger otai mencari 30 blog yang aktif sahaja untuk dimasukkan dalam bloglist beliau . Baru kejap tadi CCL dah terjah senarai blog yang terpilih baru 27 blog yang terpilih . Maksudnya masih lagi berbaki tiga tempat kosong . Senarai blog yang terpilih boleh terjah SINI . Mungkin kalau ada yang nak join rasanya masih sempat lagi .Mana tahu kalau sambutan yang banyak blogger Hasrul Hassan akan lanjutkan 30 bloglist menjadi 40 bloglist . Kita mana tahu kan . Tahniah jugak pada blogger lain yang terpilih moga membawa kebaikkan kepada blog korang semua . Terima kasih blogger Hasrul Hassan memilih blog CCL. Bukan mudah untuk masuk dalam bloglist blogger otai blogger yang dah lama berpengaruh dalam dunia blog ni . Tapi alhamdulilkah terpikih juga.Syarat untuk masul bloglist estilah salah seorang blogger yang sentiasa update entri bligger yang aktif bukan blogger yang biarkan blog bersawang . Buat satu entri yang berceritakan mengenai blog sendiri dan blog otai tersebut dengan cara yang kreatif .
GIVEAWAY SUKA HATILAH BY EIN | Hai korang semua- semua yang baca entri ni , CCL nak ajak korang join satu GA ini . Sebab apa CCL ajak korang join ? Apa yang menarik tentang GA ini ? Haa , mai sini CCL nak cerita .
Rasanya kalau sebut Dexandra Perfume semua orang dah boleh terbayang rupa paras bauan perfume tersebutkan . Korang biasa pakai Dexandra perfume atau korang salah sorang pengguna Dexandra perfume ? haa korang wajib join GA ini sebabnya hanya seorang sahaja pemenang yang bakal dapat Dexandra perfume .
Ok , kalau macam CCL bukan pengguna Dexandra perfume, bukan sebab tak mampu nak membeli dengan harga RM60 kalau tak salah CCL , tapi disebabkan perfume CCL yang dah berbelas botol masih ada lagi yang berbeza bau wanginya . So CCL skip untuk membeli . Pakai bagi habis dulu perfume yang ada .elakkan pembaziran . So CCL join GA ini dengan harapan kalau ada rezeki untuk menang dapat la pakai Dexandra .
Korang yang nak join boleh klik banner diatas sebelum tarikh tutup 23 oktober 2017 . Jangan lepaskan peluang ..
Tag http://missobsesi.blogspot.my & http://www.sayidahnapisah.com
ok bila CCL masuk sahaja blog OM ni memang tak ada langsung masalah loading blog yang lambat , buka-buka terus je cepat , lepas tue takder pulak iklan - iklan yang mengganggu bila CCL nak baca entri
header
mungkin bagi CCL header penting juga bagi sesebuah blog , iyer la kalau kita masuk rumah orang mesti melalui pintu , macam tue jugak dengan blog sebelum nak baca entri mesti melaui header yang cun melecun gitu . apa pun header blog OM memang cantik . edit sendiri ker ?
sidebar blog
sidebar blog OM tak banyak , dia letak yang penting sahaja , tapi ini salah satu punca blog loadingnya cepat , cuma CCL suggestkan OM letakkan scroll bar untul bloglist & blog archive . nampak makin kemas di sisi sidebar
HOMEMADE GARLIC BUTTER SPREAD SUPER DUPER EASY JIMAT MASA DAN TENAGA | Kebiasaan bangun pagi menu breakfast yang sering CCL jamah adalah nasi lemak , kalau bangun on time . Kalau bangun tak on time terbabas sedikit minit dan saatnya alamatnya perut ni dijamu dengan roti , tak pun biskut. Tapi perut ni mengada sangat even breakfast ringan-ringan pukul 10 nanti confirm akan lapar lagi . Kalau breakfast makanan yang berat sikit cukup la tahannya sampai lunch . So breakfast pagi ni , macam biasa nasi wajib ada sebagai hidangan , tapi adik-adik pulak request nak makan roti sebelum berangkat pergi sekolah . So CCL terpaksa rushing sediakan menu-menu memandang awal jugak bangun hari ni .Selalu korang teringin nak makan roti bakar paling malas pun mesti letak marjerin tambah gula tak pun marjerin tambah kaya je kan? Tapi takkan tu je, kadang-kadang nak la juga tukar selera betul tak? Meh CCL nak share resepi sarapan ikut selera tekak omputih sikit. Boleh buat sekali banyak simpan dalam peti. Nak makan, sapu then bakar je. Memudahkan diri in future gitu.
BAHAN:
1/2 cawan butter
1 sudu teh serbuk bawang putih
1/4 sudu teh serbuk bawang merah
1/2 sudu teh serbuk parsley
1/2 sudu teh serbuk cili merah
Serbuk lada putih
Serbuk lada hitam
CARA-CARA:
1.Gaulkan semua bahan- bahan diatas 2.Sapu bahan - bahan tadi yang sudah siap digaul pada roti then bakar atau grill je atas pan. Kalau ada pembakar roti jenis kepit (sandwich toaster) lagi mudah. 3.Nak lagi sedap letak cheese ke telur ke diantara dua keping roti tu pehh terbaik! Selamat mencuba
MENANG RELOAD RM5 DALAM SEGMEN BLOGWALKING BERSAMA ATIAH Alhamdulillah syukur rezeki join dalam segmen INI ada jugak luck untuk menang, setiap kali join sebarang contest yang ada dalam blog bukan berharap untuk menang. Tapi ini dinamakan rezeki . Kecil atau besar menang hadiah tue anggap itu salah satu rezeki . Untuk hadiah yang CCL menang hasil join segmen yang dianjurkan oleh blogger Atiah adalah reload topup RM5 . Alhamdulillah terima kasih CCL ucapkan kerana anjurkan segmen ini . Terima kasih jugak mr.random yang memilih number CCL yang berada dalam senarai . Blogger Atiah pun dah selesai bagi no pin untuk CCL masukkan . Alhamdulillah CCL doakan supaya sentiasa dimurahkan rezeki .
RESEPI NASI GORENG UDANG KERING | Selamat pagi dan salam hujung minggu bersama keluarga tercinta. Hujung-hujung minggu macam ni la semua orang berpeluang bersarapan bersama - sama family tercinta. So apa menu sarapan pagi korang hari ni ? Tak payah serabutkan kepala fikir menu apa yang sesuai untuk sarapan pagi hari ni . CCL akan kongsi satu resepi untuk korang semua yang mampu tambat selera ahli keluarga . Nasi goreng udang kering.
Bahan-bahan
Udang kering
Cili kering
Bawang merah
Daun kucai
Minyak masak
Nasi putih
Garam / gula
Cara membuat
1.Rebuskan udang kering bersama cili kering. Itupun kalau korang rajin. Kalau tak rajin tak perlu rebus.
2.Gunakan lesung batu untuk tumbuk bawang merah, cili kering dan juga udang kering . Sebab itu CCL melakukan proses perebusan dulu, bila rebus Cili kering bersama udang kering senang untuk dihancurkan . Guna lesung batu itu satu kepuasan untuk memasak. Kalau malas boleh pakai blander
3.Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk halus ke dalam kuali. Kacau sama rata.
4.Setelah bahan yang ditumbuk dimasak garing,tapi jangan sampai hangit yer. Korang boleh masukkan nasi putih . Gaul nasi putih dan bahan-bahan tadi biar sama rata .
5.Masukkan daun kucai. Kalau nak masukkan sayur lain pun itu ikut citarasa korang . Gaul sama rata, jangan lupa masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Dah siap untuk dihidangkan .
Ada masa terluang lagi , sambil - sambil blogwalking sambil komen - mengomen blog kawan-kawan CCL nampak ramai yang dah join GA ini .. so CCL pun tak nak ketinggalan nak join GA tersebut . Hadiah pun berbaloi jugak dan syarat- syarat pun sangat mudah . Sis Sha jugak minta kongsikan lagu feveret . Jenuh jugak CCL fikirnya sebab banyak list yang tersenarai untuk favourite song ni . Tanpa buang masa CCL pun pilih favourite song top month . Kalau nak tahu lagu favourite korang boleh terjah ENTRI INI . Sambil-sambil boleh nyanyi hiburkan hati . CCL dah join . Korang bila lagi . Ayuh kita support contest blogger . Nak join tekan banner comel diatas
SUPPORT ME!! POKUCU CONTEST Hai uolls semua entri kali ini CCL nak ajak korang yang belum lagi join satu contest , contest yang diberi nama 'Support Me Pokucu Contest' .Contest hasil gabungan Blogger Sis Hawa & Blogger Pokucu . Hadiah yang menanti para pemenang korang boleh perati haa dalam banner kat atas tu , Syarat nak join contest ini sangat simple . kalau uolls tak percaya boleh terjah link contest ini http://www.sishawa.com/2017/09/support-me-contest.html . contest akan tamat pada 15 Oktober 2015 . jum la sama - sama memeriahkan industri blogger - blogger ,
apa yang menariknya blog Pokucu ?
1. Template blog Salah sebuah blog yang simple dan templatenya tersusun . sedap mata memandang bila masuk blog Pokucu ni haa , sesiapa yang makeover blog melalui Sis Hawa confirm design - design meletup kebaboom . Simple But Beautiful . 2. Loading Blog Proses loading blog ni bagi CCL amat penting bagi semua blog ,ialah pengunjung nak masuk ke blog kita , of course la diorang nak terjah entri - entri yang ada dalam blog , bayangkan kalau blog loadingnya lambat , tak ker bengang automatik keluar terus , tapi .. tapi blog Pokucu semestinya bebas dari proses loading lambat . 3. Pengisian Entri Dalam Blog Blog Pokucu boleh dikategorikan sebagai lifestyle blogger , travel blogger , food blogger , review blogger , photography blogger , berdasarkan yang tertera pada header blog Pokucu . Pengisian dalam blog Pokucu juga menarik untuk dibaca . overall CCL suka terjah blog Pokucu tanpa jemu , semoga Pokucu terus maju jaya dalam dunia blogging , tak lupa juga pada Sis Awa designer blogger yang cantik - cantik belako ..
CPUV NUFFNANG : EVERSOFT 100% ORGANIC TOMATO MICELLAR CLEANSING WATER | Hari ni terdetik rasa hati nak jenguk Mr.Nuffnang, sebab hari jenguk Mr.Nuffnang ni buat perangai ,websitenya jadi error . So hari Mr.Nuffnang kembali sihat siap selitkan satu iklan lagi di penghujung bulan september, walaupun sekarang dah masuk bulan Oktober . Iklan kali ni datangnya dari produk kecantikkan Eversoft . nampaknya iklan bukan sebarang iklan semestinya pihak Eversoft ada keluarkan produk baharu .
Pihak Eversoft telah mengeluarkan satu produk baharu yang diberi nama Eversoft tomato micellar cleansing water .Pembersih muka memang langkah yang paling penting untuk dapatkan kulit yang cantik bak telur rebus tanpa kulit . Apa yang menarik tentang Produk pembersihan ini menjadikan pembersihan lebih mudah dan menjimat masa dengan menggabungkan beberapa langkah ke dalam satu langkah
Sebagai pembersih berasaskan air, Eversoft tomato micellar cleansing water adalah lembut tetapi berkesan untuk menghapuskan solek dan jugak kekotoran pada kukit wajah . Ia juga diperkaya dengan ekstrak tomato organik yang dengan ciri-ciri anti-pengoksidaan untuk melawan radikal bebas akibat pendedahan UV dan pencemar serta menenangkan kulit dan menapis liang liang roma . Ia juga mengandungi asid bio-hyaluronic yang sesuai untk mengekalkan kelembapan kulit dan mencegah kehilangan air .eversoft tomato micellar cleansing water dapat menghapuskan solek dengan mudah .ia boleh megeluarkan kesan solekan muka dengan mudah .
Pihak eversoft yakin keberkesanan produk baru tersebut akan membuatkan ramai pengguna berpuas hati . Kalau korang berminat nak mencuba produk tersebut boleh dapatkan produk ini dalam harga RM22.90 di watson, guardin ataupun shopping mall berdekatan
HASRULHASSAN.COM: Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 | Hari ni settle urusan yang ada di office , sekarang mood nak blogwalking rakan-rakan blogger , tengah -tengah blogwalking CCL ternampak satu segmen yang tengah on going . Segmen ni jugak dianjurkan oleh blogger otai , blogger otai Hasrul Hassan , tujuannya nak cari bloglist untuk akhir tahun.so tanpa membuang masa , CCL terus joun . Kalau ada rezeki terselit lah blog CCL dalam blog Hasrul Hassan .
Apa yang menarik dalam blog " cikcappuccinolatte.blogspot.my "
CCL terjebak dalam dunia blogging sejak tahun 2010 . Pejam celik pejam celik mak oii lama bebenor dah rupanya . Apa yang menariknya di awal dalam dunia blogging nama asal blog ialah cyanxkamo.blogspot.com sengaja suka-suka CCL letak nama tue .tapi sekarang dah ada link blog yang baru nama yang baru Cikcappuccinolatte .Macam mana CCL boleh dapat nama Cikcappuccinolatte ni disebabkan CCL seorang penggemar minuman kopi terutama cappuccino,latte dan nescafe . Asal tiap-tiap hari mesti minum . So terhasil nama blog tersebut . Sepanjang dalam dunia blogging warna untuk tema blog tak ubah-ubah ke warna lain , still dengan pilihan soft pink walaupun tukar template . Apa isi yang ada dalam blog CCL . CCL dapat kategorikan blog CCL sebagai lifestyle blog, personal blog, review blog . Kadang-kadang semua cerita nak dikongsikan dalam blog ibarat diari online masa kini .
Macam mana CCL tahu kewujudan blogger Hasrul Hassan ?
Kalau sebut blogger Hasrul Hassan mungkin ramai yang kenal . CCL anggap blogger HH sebagai blogger otai ,CCL kenal blogger HH melalui dunia blogging. blogger HH ni seorang yang pakar seo kot , banyak tips-tips berguna yang dia tak kekok untuk share dengan blogger lain .CCL kadang-kadang terjah juga tips yang ada dalam blog HH ,selok belok tentang SEO , selok belok tentang nak jana pendapatan dari blog dan macam-macam lah . Kadang-kadang masuk entri bloggrr HH habis baca drop komen , kadang hanya mampu jadi silence readers . Terima kasih selalu kongsi ilmu yang berguna untuk blogger-blogger .
Tujuan berblogging
Macam CCL ceritakan di awalnya tadi , CCL mula terjebak dalam dunia blogging sejak tahun 2010 , mulanya hanya sekadar suka-suka sebabnya CCL selalu follow blog irine nadia, cik epal, hanis zalikha & yuyu zulaikha . Selalu baca journey-journey blogger tersebut .sampaikan satu hari terdetik rasa hati nak bina sebuah blog . Mula-mula sekadar tulis blog berdasarkan diari kehidupan harian . Semakin lama blog CCL semakin berkembang . Dulu blog tenggelam timbul, sekarang dah tahu cara berblogging dengan betul rasa macam seronok . Bila bosan CCL selalu baca balik post entri 2 3 tahun yang kadang seronok jugak tengok apa yang kita tulis balik tue . Dulu CCL tak sangka bina blog ini pun salah satu sumber pendapatan , tak rugi rasanya CCL join . Kalau ditanya adakah CCL akan berhenti menulis blog . CCL akan katakan tidak . Sebab CCL tak menyesal dengan dunia blog walaupun terpaksa bahagi masa dengan kerjaya.
Harapan apabila join segmen ini
Harapan yang pertama semestinya CCL harapkan blog CCL diterima dan dipilih dalam 30bloglist yang akan tersenarai nanti . Bukan senang nak masuk bloglist blogger otai . So kalau blog CCL terpilih untuk jadi 30 bloglist dalam blog HH mungkin sedikit sebanyak trafik blog akan tempis sedikit . Selain tue , CCL selalu support segmen -segmen yang rakan blogger anjurkan sedikit sebanyak dapat tambah kenalan blogger yang baru dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim .
PENANGAN KEK LAPIS SARAWAK BOLEH DIDAPATI DI UTARA SEMENANJUNG | Selamat petang semua , menu apa korang minum petang hari ini . CCL bermenukan satu mug nescafe yang memang menjadi feveret dan Kek Lapis Sarawak . Hahh baru lepas jamah kek perut pun dah kenyang baru boleh update entri dengan hati yang senang . Entri kali ni CCL nak kongsi dengan korang semua macam mana nak dapatkan Kek Lapis Sarawak .walaupun korang tak menetap di Negeri Sarawak , tak sempat nak pergi bercuti ke Negeri Sarawak macam CCL ni tapi korang dapat jugak merasa Kek Lapis Sarawak. Disebabkan CCL orang Perlis , negeri Utara Semenanjung dengan adanya Kek Lapis Sarawak yang boleh didapati di negeri Kedah lagi memudahkan CCL untuk merasa Kek Lapis Sarawak ni . Bestnya tak perlu pergi jauh-jauh ke Sarawak, tak perlu tempah tiket flight mahal-mahal pi Sarawak .Selalu kalau nak makan Kek Lapis Sarawak yang betul-betul original ni susah, kalau dapat makan pun CCL kirimkan pada kawan CCL itu pun kalau dia balik kampung di Sarawak . Kalau tak susah nak merasanya. Macam mana CCL boleh tahu pasal Kek Lapis Sarawak ni ? Masa tu tengah blogwalking blog Sis Gee ada satu entri ni tentang Kek Lapis Sarawak . Korang boleh baca kat SINI . Gara-gara entri Sis Gee tertarik betul untuk CCL terjah Fb page tersebut. MasyaAllah berpinau mata tengok flavour yang cantik dan menarik ni .tapi..tapi bukan CCL sorang saja yang jadi macam tue , mungkin blogger Sis Hawa pun turut alami kesan yang sama .hehe .CCL terus PM page tersebut bertanyakan tentang harga, kemudian owner tersebut Whatsapp CCL gambar-gambar Kek Lapis Sarawak beserta harga ,yang menariknya time tue owner page tengah adakan promosi FREE POSTAGE !! Rugi kalau tak beli time tue . Sekali CCL order 4 ketul lain-lain perisanya .
Petang Sabtu CCL menunggu ketibaan abang posmen untuk hantar Kek Lapis Sarawak ni , Blogger Sis Awa ada inform keknya dah sampai, CCL tengok jam sambil layan citer industan pulak petang Sabtu . OK jam menunjukkan 4.30 petang ,mungkin tak da harapan .tunggu je lah hari Isnin . Tiba-tiba tepat pukul 5 petang bunyi moto abang posmen beserta hon..wah sah-sah Kek Lapis Sarawak ni . CCL buka parcel, mula-mula risau jugak takut keadaan kek tak berapa baik.tapi bersangka baik . Alhamdulillah keadaan kek tersebut elok dan tak hancur . Memandangkan Kek Lapis Sarawak ni sangat murah seketul RM15 Sekali order 4 ketul , tengok tamak tak tamak . Tapi nasib baik kek-kek ni sedap dan lembut . Antara flavour yang CCL pilih antaranya kek lapis pelangi,kek lapis cappuccino,kek lapis chocolate nuttella, dan kek lapis crunch oreo .
Kalau ada bertanya kan feedback CCL mengenai Kek Lapis Sarawak . CCL akan cakap next time CCL akan repeat order lagi dengan flavour-flavour lain . Seriusy kek lapis sarawak ni memang sedap dan lembut . Korang yang banyak PM CCL bertanyakan tentang Kek Lapis Sarawak boleh la contact owner Kek Lapis Sarawak ni
BLOG CIKCAPPUCCINOLATTE MENANG BLOGLIST 3BULAN DARI BLOGGER MIALIANA | Jarang bebenor nak menang segmen ni . Tapi CCL sentiasa support segmen , giveaway , contest yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger . Bagi CCL kalau ada rezeki untuk menang ada la , kalau tak ada jangan patah semangat untuk join . Hari ni dah 1 Oktober 2017 , pejam celik pejam celik dan pun bulan Oktober cepat sungguh masa berlalu , harapan CCL untuk bulan Oktober ni nak jadikan bulan yang baik dari bulan sebelum-belumnya dan nak capai apa yang perlu yang masih lagi terkubur sebelum penutup tirai 2017 . So memandangkan dah pun masuk bulan Oktober,CCL dapat komen dari sis MiaLiana melalui entri segmen CCL join . Berbunyi 'tahniah' . Alhamdulillah blog cikcappuccinolatte terpilih as one other blog yang dianjurkan oleh sis Mialiana . Thank you sis Mialiana, pilih CCL sebagai pemenang untuk segmen kali ni melalui undian Mr.Random .
Bukan senang seseorang tue nak ambil blog kita untuk dijadikan bloglist , apatah lagi sebagai bloglist tetap , confirm korang semua sukakan bila baca blog-blog tetiba mata tertatap eh-eh ada blog kita dalam bloglist dia . Tapi CCL bersyukur walaupun jadi bloglist sis Mialiana selama tiga bulan ..At least ada juga. Terima kasih blogger-blogger yang masukkan blog CCL di bloglist korang mungkin ada yang tidak perasan ..tapi ada ker ? Hehhe .
1) Basuh dengan cucian tangan. Jangan gunakan berus atau mesin basuh. 2) Rendam seketika dengan sesdikit serbuk pencuci yang lembut. Jangan gunakan peluntur. Gosok-gosokkan saja dengan tangan secara lembut. Kemudian bilas dan sidai tudung. 3) Kalau boleh elak menggunakan softener sebab ia akan menyebabkan tudung tersebut lembik dan sukar untuk dibentuk. 4) Elakkan 'direct sunlight' supaya ia tahan lebih lama dan warnanya tidak pudar. 5) Untuk memastikan batu-batu kristal atau manik kekal melekat, gosok dari sebelah dalam tudung.Lapikkan dengan kain lain pada belakang tudung itu bagi mengelakkan gam batu-batu cair dan melekat pada seterika. 6) Simpan tudung dengan menggantung di tempat gantung tudung, atau mengikat di hujung tudung bawal di penyangkut baju. 7) Semasa memakai tudung, gunakan kerongsang yang mempunyai pin atau jarum yang masih tajam bagi mengelakkan tudung tersebut berlubang-lubang dan rosak, akibat tersangkut. Harap-harap tips penjagaan tudung ni dapat membantu korang semua dalam menjaga dan mengekalkan keanggunan tudung-tudung. Penjagaan tudung yang betul boleh buatkan tudung bawal anda tahan lebih lama dan tidak cepat rosak. Okay thats all , Kalau ada tips-tips lain, share lah dengan CCL .
DESIGN SENDIRI TSHIRT HANYA DI WEBSITE PRINTCIOUS.COM DAH SAMPAI | Hari isnin yang lalu, CCL ada uploadkan satu gambar di dalam laman sosial media facebook dan instagram CCL berkenaan satu parcel kiriman dari pihak printcious . Sesiapa yang menjadi rakan CCL di facebook mahupun follower CCL dalam instagram boleh tahu la apa pekembangannya . Acewahhh femes -femes gitu . Berangan kejap . Ok hari ini baru CCL ada masa lapang nak draft satu entri berkaitan parcel yang CCL terima. Hari tue abang posmen datang hantar parcel, tengok-tengok kirimannya dari Printcious.Wah senyum gembira tak terkata lah parcel yang ditunggu-tunggu selamat tiba . Al-kisahnya ini pertama kali CCL berurusan online shopping dengan laman web prìntcious . Berkat CCL menang satu contest, so CCL ada redeem barang dari pihak Printcious . Nak tahu CCL redeem apa guna voucher tue ?
Taraaa !!! Seperti gambar diatas, CCL redeem sehelai tshirt DIY berwarna putih . Cantik ke tidak ?? Kalau korang nak tahu printcious adalah salah satu website dimana korang boleh customized sendiri apa yang kita nak , ala-ala DIY gitu . Macam design baju CCL ni memang berkurun minggu jugak CCL fikirnya . Dah macam designer to be . Bukan senang nak jadi designer baju yang tak berpengalaman ni . Tapi CCL cuba, walaupun berminggu juga CCL fikir akhirnya CCL dapat hasilkan satu design yang bagi CCL nampak simple dan tak berserabut . Dah lama CCL nak hasilkan satu baju khas untuk diri CCL yang berkecimpung dalam bidang blogger ni walaupun sehelai alhamdulillah printcious.com dah memenuhi keinginan CCL , boleh DIY baju walaupun sehelai sahaja . Kalau korang nak banyak-banyak pasang pun boleh lagi pihak-pihak printcious suka . Disebabkan blog CCL bertemakan warna soft pink . So design pada baju ini pun CCL gabungkan tiga warna putih , hitam dan pink . Maka terhasilah seni kreativiti CCL atas tshirt tersebut . Bila dah sampai ke tangan CCL rasa macam nak letak dalam frame je, sayang pulak nak pakai . Ok . Kalau korang yang berminat nak DIY tshirt sendiri dengan design-design yang korang berkenan , korang boleh terjah https://www.printcious.com/my apa yang menariknya bila korang tempah tshirt ini melalui Printcious
1.Jenis baju , Saiz dan material
melalui website Printsious ini ada tiga kategori tshirt yang korang boleh pilih antaranya Contton Tshirt , Graphic Tee dan Graphic Tee khas untuk kanak - kanak.Macam pemilihan CCL tshirt di atas , CCL memilih tshirt Graphic Tee bersaiz XS , disebabkan tubuh badan CCL yang kecil ni haa , lebih selesa mengenakan saiz yang sesuai .Alhamdulillah saiz baju tidal terlalu besar dan tidak terlalu kecil bila disarungkan pada tubuh badan , Disebakan CCL memilih Graphic Tee , warna tshirt yang available hanya warna putih sahaja , tapi korang jangan risau , korang boleh memilih tshirt bewarna dengan material kain cotton . oh lupa pulak CCL nak nyatakan disini , pemilihan material kain unutk tshirt yang CCL tempah adalah polyster spandex . sedap dipakai tak panas .
2.Kualiti Printing .
Nampak tak logo dan words pada tshirt tu ? CCL yang customized sendiri ok . sengaja CCL design tshirt ini sebagai kenangan , Puas jugak CCL perah idea macam mana nak design tshirt seelok ini , eh elok ke ? cantik ke ? tapi semestinya sangat simple bukan . Simple But Beautiful . Semestnya CCL amat berpuas hati atas kualiti printing pada baju tersebut . Kualiti printingnya bukan biasa - biasa tapi luar bisa , nak tau luar biasanya macam mana jom terjah link ini https://www.printcious.com
3. Harga
Dari segi harga amat berpatutan dengan kualiti , disebabkan CCL pakai voucher yang diperoleh dari pihak printcious , so CCL hanya bayar baki yang berlebihan sahaja
CPUV NUFFNANG : TIGUAN SUSTENANCE & COSTA CRUISE Alhamdulillah di saat ramai blogger - blogger yang sudah pun pakai adsense , CCL masih kekal berkolaborasi dengan pihak nuffnang . percaya pada rezeki yang datang ada di mana - mana sahaja . percaya dengan rezeki kita dendgan orang lain takkan sama , ada yang lebih ada yang kurang . Allah akan bagi saat kita perlukan , bukan CCL tak pernah cuba apply adsense , pernah tanpa henti dan tanpa putus asa , adsense hanya melekat dengan blog CCL hanya untuk beberapa hari jerr uolss , sedih pun ada , tapi CCL takkan putus ada dalam bidang blogging , mungkin belum ada rezeki . mungkin akan datang . Alhamdulillah untuk bulan september ini nuffnang kasi iklan yang tak henti - henti , thank you pihak nuffnang . iklan yang terbaru menjinak - jinak di sidebar blog CCL ialah tiguan sustenance & costa cruise
apa itu Tiguan Sustenance ?
Rupanya Tiguan Sustenance ini adalah sebuah kereta keluaran volkwagen.Tiguan adalah titan dari segmen SUV padat. Tiguan menjual lebih daripada 2.8 juta unit di seluruh dunia dan 15,000 di Jepun sahaja sejak 2008 menjadikannya salah satu model Volkswagen yang paling berjaya . Apa yang mengagumkan tentang Tiguan baru adalah bahawa ia tidak boleh sudut serta BMW X1 atau kelihatan agak cantik seperti Mazda CX-5, tetapi ia mempunyai barangan di mana ia dianggap penting. Memilih reka bentuk dari Passat, terutamanya di sekitar jeriji dan lampu, luaran Tiguan adalah lebih kecil, tetapi masih kecil. sentuhan yang elegan dan halus ini adalah apa yang diperlukan untuk Tiguan generasi akan datang, yang menjadi pembawa standard kelas.Muka depan platform MQB VW Group bermakna Tiguan telah mengalami sedikit peningkatan pertumbuhan, walaupun lebih rendah dari sebelumnya, ada ruang kepala tambahan dan bilik kaki yang cukup untuk tiga orang dewasa di belakang. Manakala di dalam kereta mungkin uolls akan terkejut melihat bagaimana reka bentuk dan bahan yang serupa dengan Golf semasa, memandangkan Golf terbaru meraih anugerah Car World of the Year 2013, itu bukan perkara yang buruk. Malah reka bentuk dalaman, walaupun bergaya dan bersahaja seperti luaran, boleh dikatakan terbaik di dalam kelas. Ia mempunyai kemasan yang berkualiti tinggi, seperti yang anda tidak dapat mencari dalam membuat saingan.Sebagai peralatan standard, ia dilengkapi dengan skrin sentuh 6.3 inci, VW Car-Net App Connect untuk Android Auto dan Apple CarPlay keserasian, sambungan USB, dan Bluetooth. Di trim Wolfsburg, kelengkapan standard tambahan termasuk panorama yang indah dan tikar lantai yang unik. Gred Sukan, sebaliknya, dilengkapi dengan roda aloi 18 inci, penggantungan sukan, kawalan suhu dua zon, topi cermin sisi hitam, dan keliling sisi berwarna dan bumper belakang. Untuk korang yang baru ada palnning nak memiliki kereta baru , masih pening nak pilih kereta kesukaan uolls , jom kita terjah https://www.volkswagen.com.my/tiguan .
apa itu costa cruise ?
Costa Crociere S.p.A. atau yang biasa disebut dengan Costa Cruises adalah sebuah perusahaan yang mengoperasikan jaringan kapal pesiar. Kalau korang nak tahu kapal persiaran ni hampuir sama dengan hotelyang berukuran besar dengan kapasiti 1500 hingga 3600 penumpang , ada juga yang berukuran 450 hingga 1500 penumpang .
Kapal persiaran ni masing - masing ada perusahaan yang tersendiri . kebanyakkan kapal persiaran ini akan menonjolkan kemewahan atau luxury dari fasilities dan services yang disajikan perusahaan tersebut . Antara fasilities yang ada dalam kapal persiran tersebut ialah room dan restaurant ,Bagi uolls yang plan nak bercuti atas kapal persiaran , percutian atas laut , boleh terjah laman web http://www.costaasia.com
MIMPI SALAH SEORANG ANAK TAHFIZ IFTTIFAQIYAH SEBELUM MAUT DALAM KEBAKARAN Pada 14 september 2017 satu Malaysia dikejutkan debgan berita sedih pemergiaan anak-anak tahfiz.Kebakaran berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ifftifaqiyah di Jalan Keramat.Kebakaran yang berlaku pada pukul 5pagi berlaku dengan pantas sekali sehingga meragut nyawa anak-anak tahfiz dan tenaga pengajar.CCL ada tengok beberapa keping gambar mangsa dan juga tempat kejadian yang tular di media sosial.Allahu tak mampu diucap apa-apa kejadiannya tragis sangat sehingga menitis air mata,apa tah lagi keluarga mangsa yang terlibat.moga keluarga mangsa tabah dengan kejadian yang berlaku .
Hari ni CCL nak kongsikan satu rakaman video mimpi arwah anak tahfiz yang terlibat dalam kebakaran yang tak pernah kita ketahui .Video ini tersebar apabila salah sorang menghadiri salah satu ceramah dan beliau kongsi kisah yang berlaku oleh ayah kepada arwah tahfiz yang meninggal dunia
Kami menerima rakaman salah satu ceramah (tak pasti daripada mana, siapa ustaz dalam ceramah ini) dan beliau menceritakan kisah yang berlaku oleh ayah kepada arwah pelajar tahfiz yang meninggal dunia di dalam tragedi kebakaran baru-baru ini. Rakaman ini kami sedaya upaya untuk meletakkan subtitle bagi memudahkan anda ikuti rakaman audio ini.
Saya ada satu kisah. Baru dapat, masih panas. Kawan saya ustaz jugak Tahfiz jugak…Timbalan Mudir di Sri Iskandar. Jadi dia buat lawatan ke Tahfiz yang terbakar di Kuala Lumpur. Dia jumpa salah seorang bapa kepada anak yang mati terbakar. Pelajar ni umurnya 11 tahun, darjah 5…dia pergi jumpa ayah budak tu dan dia sembang-sembang .Ayah budak ni dia cerita, dia kata ustaz…ustaz nak tau tak apa yang berlaku sebelum hari kejadian ?
2 bulan berturut-turut sebelum hari terbakar tu, anak saya berkelakuan pelik. Apa yang pelik ? Dia kata setiap kali dia balik rumah (kadang2 dia balik sebab ayah dia ambik). Setiap kali dia balik rumah, dia cerita benda yang sama sahaja. Apa yang dia cerita ? Dia kata…(Dia panggil diri dia “adik” lah sebab dia kecik). Dia kata…
“Ayah, tadi dekat sekolah, adik tengah ngaji, tengah2 ngaji tu adik nampak ada orang melintas depan adik” “Adik tak tahu siapa. Dia pakai jubah putih. Adik pandang ke belakang yang lain, semua kawan2 adik ada dalam kelas” “Siapa yang kat luar ? Adik pun pergi nak tengok budak tu siapa. Rupa2nya dia tunggu kat luar. “Adik tengok2 rupanya sebijik macam adik ! Adik pun tanya dia awak ni siapa ? Kemudian budak yang dia nampak tu berkata “AKU ADALAH ENGKAU, ENGKAU ADALAH AKU” Budak kecik dia mana faham ! Lepas tu dia tanya “Nama awak siapa?” Nama sama ! Nama sama, jubah sama Muka semua sama…macam kembar” Dia kata kat ayah dia “Adik jumpa kembar adik, Sebijik macam adik” Ayah dia kata “Eeh, budak mana pulak ni. Budak kembar tu mana ? Ayah dia tanya. Tiba2 anak dia kata “Tu, sebelah ayah, dia tengah tengok ayah” Ayah dia tengok takda… Meremang bulu roma ayah dia kata…aaa…sudahlah…
Tak cukup dengan tu pulak, satu hari satu pagi dia bangun seronok sangat dan beria-ia nak cerita kat ayah dia. “Ayah3x ! Ayah tau tak malam tadi adik pergi mana ? Tak tahu, adik pergi mana tadi ? “Malam tadi adik naik ke langit ! (Ha sudah dah macam Israk Mikraj Pulak, kita dengar pun macam merepek). Tapi budak darjah 5, takkan pandai sangat nak bohong dan kalau dia bohong pulak, cerita tu sama setiap hari. Kalau bohong, boleh jadi hari ni cerita macam ni, esok mesti terpesong lain sikit cerita. Ini tak, tiap2 hari ceritanya adalah sama. Menunjukkan benda tu betul2 berlaku ! Ayah dia layan anak dia tanya… “Macamana adik naik ke langit ?” “Kembar adik tu ! Dia boleh terbang Dia ada sayap ! Dia pegang tangan adik dia bawak naik atas” “Adik nampak bumi, adik nampak bintang, adik nampak planet” (Dia kata. Ayah dia layan sambil bawak kereta layankan anak dia) Lepas tu yang keduanya, dia kata mimpi. Yang tadi tu betul2 dia cakap (Yang terbang ke langit).
“Ada satu hari tu adik mimpi, adik nampak ada 1 taman, dalam 1 taman tu ada dewan yang sangat besar” “Adik pun masuk dalam dewan. Takda siapa2, adik seorang je. Takda orang lain, kosong. Cuma… “Cuma ada gambar2 kat dinding dewan tu. Adik pun tengok gambar2 tu. Rupa2nya semua gambar yang terpapar kat dinding tu adalah wali2 Allah, Ulamak2. Ada nama siap kat bawah gambar tu. “Lepas tu dia tengok atas, ada lagi tingkat, sebab bangunan tu tinggi. Dia pun naik ketingkat yang atas. Apabila naik ke tingkat atas, adik nampak lagi banyak gambar. Gambar siapa pulak ayah dia tanya “Gambar2 para nabi. Adik dah tengok dah gambar Nabi Muhammad. Nabi Adam, Nabi Musa, Nabi Isa, nabi Ibrahim…semua adik nampak” Cuma 1 je takda gambar. Adik tengok frame tu kosong, takda gambar. Adik tengok nama bawah tu “NABI KHIDIR” Gambar Nabi Khidir tu takda. (Ni saya tak tambah sikit pun cerita ni, saya dapat sebijik2). Lepas tu dia nampak tingkat atas ada lagi…dia nak naik. Tapi apabila dia nak naik, jatuh. Naik, jatuh. Naik, jatuh. Akhirnya dia menangis. Pastu dia nak naik… bersungguh sangat nak naik tapi tak boleh naik. Akhirnya tiba2 keluar satu cahaya berwarna putih. Cahaya ni tiba2 bersuara : “Kenapa kamu nak naik?” Dia kata : “Aku nak tau apa yang ada kat atas sana”. Aku nak tengok sangat, teringin sangat…tolonglah bawak aku naik atas. Tiba2 cahaya ini pegang tangan dia tarik naik atas. LAJU, zus ! naik ke atas. Keadaan dia macam ada awan2 sikit. Dia tak nampak benda lain, dia hanya nampak taman hijau…lepas tu ada seorang budak yang putih mukanya…tengah kena gari. Tangan kena gari, kaki kena gari. Dia pun tengok je budak tu Lama2 dia tengok budak tu…tiba2 telinga dia hilang. Lepas tu mulut dia hilang. Lepas tu hidung hilang. Last sekali mata hilang. Lepas mata hilang, dengan badan2 semua sekali hilang. Yang tinggal gari itu sahaja. Lepas tu bila dia cerita kepada ayah dia, Ayah dia pun tanya ustaz2. Ustaz2 semua tak berani nak bagi komen. Ustaz kata Wallahua’lam, kami tak tahu. “Boleh jadi betul, boleh jadi mainan mimpi sahaja”. Sebab sebelum kejadian, mana nak tau, mana nak agak.
Kemudian 1 mimpi pulak, ini mimpi hari yang nak dekat sangat dengan hari tragedi. Lagi seminggu. Dia mimpi, dia dicampak di tengah2 padang pasir. Dia jatuh di situ… Lepas tu dia bangun. Dia toleh belakang Dia nampak ada 2 lembaga hitam tengah kejar dia. Lembaga hitam yang menakutkan. Akhirnya dia bangun, dia lari. Lari2…akhirnya dia terjatuh. Dia angkat kepala, dia nampak berdiri di depannya 6 orang pakai jubah warna putih, muka bercahaya. (Tak nampak mata, tak nampak hidung, tak nampak mulut) Kemudian dia mintak tolong, “Tolonglah saya…lembaga hitam nak kejar saya” Akhirnya 2 orang berjubah putih tu melawan lembaga hitam tu. Lagi 4 pegang tangannya bawa dia tu naik ke atas. Sehinggalah dia tersedar daripada tidurnya.
Itulah kali terakhir dia sembang dengan ayah dia. Lepas tu dia pergi ke sekolah…kemudian berlaku kebakaran
Apabila berlaku kebakaran, ayah dia ingat balik cerita anak dia, ayah dia tanya kepada ustaz2 Barulah ustaz2 ni faham apa tafsir mimpi ni. Rupa2nya…(Ini pandangan ulama’ ye, Tiada dalam Al-Quran ataupun Hadis) Tapi ustaz2 yang tafsir mimpi ni kata… Yang dia mimpi nampak dewan dan nampak gambar wali2, alim ulama2 berkemungkinan masa hari kebakaran wali2 dan ulama’ semua hadir. Sebab nak mengiringi roh2 mereka naik ke langit. Allahurabbi…Lepas tu bila dia naik atas pulak, ada gambar para nabi… Tak cukup dengan para wali Allah hadir, para nabi pun hadir… Lepas tu orang tanya ustaz, kenapa Nabi Khidir takda gambarnya ? Ustaz jawab berkemungkinan sebab Nabi Khidir masih lagi hidup. Nabi Khidir tidak wafat lagi. Jadi itu kemungkinan gambarnya tiada dalam frame. Kemudian dia naik atas dan nampak budak kena gari tu…ustaz ni kata, ITULAH DIA SEBENARNYA. Gari tu maksudnya dia tak boleh lari. Masa kebakaran tu dia tak dapat nak selamatkan diri. Sebab tu tangan dan kakinya kena gari…dan telinga hilang, itu nak cerita tentang saat kematian dia. Masa dia terbakar, telinga dia boleh dengar lagi. Lama2 Allah cabut pendengaran dia. Telinga dia dah tak boleh dengar… tinggal mulut sahaja. Dia jerit2… akhirnya Allah cabut pulak percakapan dia…mulut tak bersuara dah. Tinggal mata sahaja melilau nampak api…dan kemudian Allah tarik pulak hidung dia hingga dia tak boleh bau dah…dan last sekali Allah tarik mata dia… tak boleh nampak dah. Akhirnya Allah tarik badan2 dia…mati semua sekali Kemudian mimpi yang seterusnya dia nampak 6 orang jubah putih tu pulak, Ustaz ni tafsir…berkemungkinan 6 orang itu adalah sahabat yang mati bersama dia…kan ada gambar orang share, bertimbun2 bertindih2 orang mati…rupa2nya budak yang darjah 5 ni, mayatnya di bawah. 6 orang sahabat dia ni, tindih atas badan dia. Kerana apa ? kerana taknak budak darjah 5 ini kena api. Mereka sanggup berkorban, biar diorang kena api…budak ni tak kena. Rupanya waktu bomba keluarkan mayat, memang mayat budak ini tak kena api. Tak melecur. Melainkan sedikit sahaja terkena di bahagian jari…tapi badan dan tempat lain elok. Adapun sahabat2 dia yang lain habis jadi hitam. Hangus terbakar. Jadi berkemungkinan 6 orang jubah putih yang dia nampak, itulah kawan2 yang selamatkan dia…jadi berkemungkinan budak ni, budak yang paling disayangi dalam tahfiz tu. Mungkin sebab dia baik, jadi kawan2 pun sayang kat dia. Kawan2 jaga dia, kawan2 selamatkan dia. Itulah kisah disebalik kejadian… kematian pelajar2 tahfiz Kampung Keramat…
Dalam saat kawan saya tu tengah bersembang2 dengan Ayah dia, tiba2 telefon ayah dia berbunyi Ayah dia kata “Wartawan telefon” Tapi tak disebut daripada surat khabar mana atau berita tv mana…Dia buat loud speaker. Wartawan tu kata apa…”Encik, budak yang bunuh anak encik ni ada kat balai polis sekarang. Kalau encik nak jumpa, datanglah sini” Apa jawab ayah dia ? Ini ayah yang faham agama…faham Islam. Dia jawab : “Buat apa saya nak pergi jumpa budak tu ?” “Saya nak cium pipi dia ? Saya nak peluk dia ? Bukan boleh kembalikan pun anak saya” Biarlah dia… Biarlah undang2 yang menghukum dia. Tengok wartawan, dia main isu. Dia panggil orang ni supaya rasa panas, rasa bengang. Kalau orang tu jenis tak ngaji agama, jenis tak sabar, apa jadi pada ayah budak tu ? Dia straight bawak kereta laju pergi balai, sampai kat budak tu dia tumbuk budak tu, betul tak ? Dah anak dia mati ! Baru darjah 5 ! Takkan tak sayang ? Kalau mati sebab bencana insya-Allah hatinya lapang menerima. Tapi apabila tahu mati ni sebab orang pedajal, Allah…hati mana tak remuk?! HANCUR ! Walaupun tu bukan anak saya, tapi saya terasa, ish ! Kalau kena kat akulah, MAMPUS budak nih ! GERAM sungguh ! Dah anak kita, kita timang, kita sayang, nak dapat bukan senang ! Buat solat hajat “Ya Allah kurniakanlah aku anak” Bila dapat anak, senang2 orang bunuh anak kita. Allah… Dahlah kita hantar anak ke sekolah agama…kita harap dialah nanti yang boleh tolong doakan kita… tiba2 dia mati lebih awal. Allah…siapa tak kecewa, siapa tak rasa sedih…