SEGMEN TOP BLOGLIST HASLINA OGOS 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera

SEGMEN TOP BLOGLIST HASLINA OGOS 2017




Syarat-syarat Mudah.

1. Follow blog saya Haslina Kasbulah 
    Follow Google+: Haslina 
    Follow Insta: PuanKuci 


2.- Buat satu entri di blog anda bertajuk
     'Segmen Top Bloglist Haslina:August 2017'.

3- Letak banner segmen dan link kan ke blog ni.

4- Komen link entri penyertaan di bawah.


Pemenang segmen ini 

Jumlah pemenang TOP BLOGLIST AUGUST 
   akan ditentukan berdasarkan penyertaan yang ada.. 

Khidmat random.org akan digunakan sekali lagi.

 Surprise kepada Dua blog bertuah untuk di review. 
  (Pilihan random.org)


Tarikh segmen berlangsung

31/07/2017 - 6/08/2017


Cara nak sertai segmen ini 

1. Klik SINI
2.klik banner di atas . 





7 JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBADANAN TAIPING PERAK (2017)



Assalamualaikum dan salam sejahtera


7 JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBADANAN TAIPING PERAK (2017) Berita baik untuk rakyat negeri Perak yang sedang mencari kerja, kat sini CCL nak kongsikan 7 jawatan kosong yang menanti korang semua. Iklan permohonan bukan hanya terbuka untuk rakyat perak aje.. korang yang tinggal luar dati negeri perak ni boleh apply. Sekarang lorong-lorong kerja kerajaan ni susah nak dapat. So kalau ternampak satu info pasal kerja ini tak salah untuk cuba apply.


Jawatan kosong 2017,jawatan kosong majlis perbadanan perak,kerja kosong 2017,senarai jawatan kosong 2017


Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Taiping
Permohonan secara atas talian boleh terjah link di bawah

https://egerbang.perak.gov.my/


Tarikh Tutup: 15 Ogos 2017

Antara 7 jawatan kosong yang masih menanti.
1. Penolong Pegawai Pertanian - G29
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran (Lelaki) - U29
3. Penolong Akauntan - W29
4. Pembantu Kesihatan Awam (Lelaki) - U19
5. Pembantu Kemahiran (Lelaki) - H19
6. Penjaga Jentera Elektrik (Lelaki) - J19
7. Pemandu Kenderaan (Lelaki) - H11


Tips
7 CARA MENJAWAB SOALAN TEMUDUGA DALAM BAHASA INGGERIS

7 CARA MENJAWAB SOALAN TEMUDUGA DALAM BAHASA INGGERIS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cara menjawab soalan temuduga dalam bahasa inggeris,tips temuduga dalam bahasa inggeris,tips menghadapi temuduga,kerja kosong,cara lulus temuduga,


7 CARA MENJAWAB SOALAN TEMUDUGA DALAM BAHASA INGGERIS


1. Why do you want to work in this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?)

JAWAPAN SALAH:
“Because I like to work here. I like this job. I love this industry”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision.


2. Tell us about yourself/ Introduce yourself (Perkenalkan diri anda)

JAWAPAN YANG SALAH:
“My name is Carla. I was born in 22 September 1989 in Sarawak. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before.”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“My name is Carla and I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business”


3. What did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)

JAWAPAN SALAH:
“I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was nightmare”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 
“I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.”


4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)

JAWAPAN SALAH:
“Relaxing in Maldives” atau “Being a boss in this company”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field


5. What’s your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?)

JAWAPAN YANG SALAH:
“I tend to put things to the very last minute.”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time”


6. What salary are you looking for?

JAWAPAN YANG SALAH:
“I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience”


7. Why should I hire you?

JAWAPAN YANG SALAH:
“Because I’m the best candidate” atau “Because you’re hiring”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges.”

PERINGATAN
●Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan.
● Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda.


HOMEMADE AISKRIM ALA-ALA BASKIN ROBBIN SEMUDAHNYA,HANYA GUNA TIGA BAHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera

HOMEMADE AISKRIM BASKIN ROBBIN SEMUDAHNYA,HANYA GUNA TIGA BAHAN Pernah viral satu ketika dahulu di laman sosial media tentang cara membuat aiskrim yang menggunakan bahan -bahan yang mudah .Time tue memang CCL tak terjebak untuk buat . Rasa malas jugak .Tapi hari ini bila tengok bahan-bahan kat dapur  terus mengingatkan CCL pada aiskrim viral satu ketika dulu (viral sangatkan) .Memandangkan panas-panas tengahari ni tekak kalau kena aiskrim memang sedap, lagi pun dah lama CCL tak merasa aiskrim . Oleh itu CCL yakinkan diri untuk homemade aiskrim .Dalam hati berdoa mudah-mudahan menjadilah . Kalau tidak rugilah bahan-bahan. Bukan apa first time mencuba tak tahu menjadi atau tidak .

Walaupun CCL masih ingat bahan-bahan dan cara membuat, tapi CCL tetap juga search google untuk tambah ilmu..mana tahu  diorang ada masukkan bahan-bahan tambahan untuk menyedapkan lagi ais krim tersebut. Dibawah CCL sertakan resepi homemade aiskrim ala-ala baskin robbin

Bahan
■ 1 tin susu cair
■ ovalate
■ milo

Cara membuat 
masukkan satu tin susu cair bersama beberapa sudu besar serbuk milo . Serbuk milo tue agak-agak dan ikut citarasa koranglah nak letak banyak mana kan . Tapi jangan terlali banyak nanti manis.

combinekan susu bersama serbuk milo tadi .korang boleh gunakan mix ataupun blender kat umah ker . Cara CCL ,CCL  hanya masukkan bahan tersebuk kedalan blender memudahkan kerja .Blend sampai sebati .

Masukkan satu sudu besar ovalate ke dalam bahan yang telah diblender tadi.Blend sehingga sebati dalam 15 minit,make sure blender tue on off sekejap takut panas nanti. 

blend sehingga jadi creamy dan kembang . Korang boleh masukkan ke dalam bekas dan simpan seeloknya satu hari dalam peti sejuk 


Homemade aiskrim,homemade aiskrim ala-ala baskin robbin,aiskrim baskin robbin,aiskrim coklat chip,resepi aiskrim,cara mudah buat aiskrim,buat aiskrim sendiri,tiga bahan untuk buat aiskrim,gambar aiskrim,,aiskrim buatan sendiri,aiskrin tengah viral,aiskrim viral


Taraaa..dah siap pun aiskrim ala-ala baskin robbin yang di homemadekan  oleh CCL . Aiskrim ni CCL korang boleh pelbagai perisa mengikut citarasa .Dan CCL  letakkan chocolate chip sebagai tambahan.

So bila dah masukkan ke dalam peti ais rasa tak sabar pulak nak rasanya.Dalam fikiran terfikit-fikir pulak " eh - eh  betul ke pakai 3 bahann ni akan jadi aiskrim ala-ala baskin robbin" . Selalunya CCL tahu buat aiskrim Malaysia aje . Selepas seharian dikurungnya dalam peti ais tiba masa untuk makan ..first rasa creamy dan memang menjadi.. Alhamdulillah percubaan pertaa berjaya juga tanpa merugikan bahan di dapur . Lepas ni boleh homemade perisa baru . Korang kalau tengah ada mood rajin tue meh kita cuba resepi ini . Simple sangat . Selamat mencuba ! 









PAKAI PERFUME TAPI BADAN MASIH BERBAU TENGIK LAGI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


tips menggunakan perfume secara betul , tips memakai perfume , perfume yang boleh hilangkan bau badan , tips hilang bau badan


PAKAI PERFUME TAPI BADAN MASIH BERBAU TENGIK LAGI  Kenapa selepas pakai perfume pun badan kita masih berbau tengik? Bahkan lebih teruk baunya. Ada banyak kemungkinan, dik. Pertama, sebab kita tak pakai deodoran. Bulu ketiak yang dibiar subur tanpa diberi baja dan racun yang sewajarnya boleh mengundang bau yang kurang enak. Pergi tebas dan sapukan deodoran. Insya Allah akan selesai masalah.

Kedua, boleh jadi juga badan kita jenis kuat berpeluh. Makan ABC berpeluh, main FB dalam ofis pun berpeluh. Berpeluh pula macam baru lepas merentas desa. Air peluh ini tak semuanya busuk dan memualkan. Ada yang akan jadi sedap apabila bercampur dengan perfume. Ada juga yang tidak.

Okay. Apabila dua faktor ini bergabung, maka ia akan menghasilkan bauan yang kurang enak. Dan, dalam banyak keadaan kita biasanya tidak menyedari bauan ini ada.Memakai perfume dalam keadaan ini ibarat seperti kau menutup bangkai gajah. Jadi, sebelum memakai perfume, pastikan tubuh badan dalam keadaan bersih terlebih dahulu.

KERABU SOTONG ALA THAI



Assalamualaikum & Salam Sejahtera 


RESEPI KERABU SOTONG ALA THAI  Entri kali ini amat sesuai pada pengemar-pengemar kerabu ..Memandangkan hari ini CCL bercuti, Ini dia CCL nak kongsikan dengan korang resepi kerabu sotong ala Thai yang sangat mudah disediakan dan sedap dimakan. Hanya perlu campak campak dan siap untuk dihidang.Resepi yang CCL kongsikan ini sesuai dimakan 5-6 orang bagi setiap hidangan.

Baiklah, bahan bahan yang diperlukan ialah:

Bahan A
- 500 gram Sotong yang direbus
- Sebiji Bawang besar
- 1/2 batang Bunga kantan
- Daun ketumbar
- 1 batang Serai
- 7 biji Cili padi merah
- Sebiji Tomato
- 1/2 batang Karot

Bahan B
- Sos sotong
- Air limau
- Garam
- Gula
- Pak Aji(Jika perlu)



Cara penyediaan:



resepi kerabu , resepi kerabu sotong , resepi kerabu sotong ala thai , resepi aneka jenis kerabu,kerabu sotong sedap

Potong semua bahan apa seperti ini .cantikkan cara CCL  potong ? Heheh..tipsnya pisau mestilah tajam.Jadi rajin-rajinlah korang semua asah pisau tue dekat dapur.Tapi jangan sampai terhiris jari .




resepi kerabu , resepi kerabu sotong , resepi kerabu sotong ala thai , resepi aneka jenis kerabu,kerabu sotong sedap

Baiklah,bila dah siap potong semua , campurkan semua bahan A & bahan B ke dalam satu bekas dan gaulkan bersama. Maaflah CCL terlupak nak ambil gambar semasa proses campak mencampak ni. Masukkan 2 sudu teh gula, 1/2 sudu teh sos sotong atau lebih dikenali kicap sotong dan sedikit air limau. Gaul sehingga sebati ,pastikan ada rasa manis,masam,pedas yang seimbang dan cukup sedap.Namun terpulang kalau korang mahu mengubah citarasa tersendiri korang hanya perlu bermain dengan bahan B sahaja.Lidah orang tak sama..bukan ?




resepi kerabu , resepi kerabu sotong , resepi kerabu sotong ala thai , resepi aneka jenis kerabu,kerabu sotong sedap

Dah siap, beginilah rupa kerabu sotong ala thai .sangat sedap dimakan bersama nasi putih dan sedap juga dimakan begitu sahaja.


Selamat mencuba

BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN BILA KITA PERHATI DARI CARA MEMBELI MAKANAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera

BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN BILA KITA PERHATI DARI CARA MEMBELI MAKANANBanyak bezanya lelaki dan perempuan.Tak payah pergi jauh.  Kita perhati cara beli makanan kat kafe pun dah begitu banyak perbezaan yang dapat dikesan.

Sifat lelaki, sifat perempuan, beza sifat lelaki dan perempuan,cerewetnya perempuan, kenapa perempuan cerewet


1. Pinggan/bekas yang dipilih.

Orang lelaki akan ambil je pinggan yang paling mudah dia capai dan terus menuju ke tempat nasi.

Orang perempuan biasanya dia takkan ambil pinggan yang atas sekali sebab pekedai biasanya akan letak kain lap pinggan kat situ. (Walhal dia lap juga pinggan tu dengan kain tu karang).
Lepas dia ambil pinggan,  dia akan angkat pinggan tu tinggi sikit dan tengok kot pinggan tu ada sompek ke, ada bintik bintik hitam ke, ada kesan minyak ke. Selagi tak keluar bunyi menciutkan,  dia akan terus memilih pinggan. Sedangkan pada ketika tu maybe lelaki yang ambil pinggan sebelah dia tadi tu dah masuk suapan ke lapan.


2. Kepayahan menyukat nasi di perut sendiri.

Orang lelaki dia nampak je senduk,  dia tekan je ke kedalaman maksimum yang senduk tu boleh capai,  kaut dan lepuk dalam pinggan. Settle.

Orang perempuan dia akan ambil nasi setengah senduk dulu. Lepas tu dia renung. Rasa macam tak cukup. Dia ambil lagi suku senduk. Eh macam banyak pulak, dia buang satu perlima senduk. Amazingnya,  lepas dia habis makan kau tengok tetap tak habis jugak nasi tu.


3. Membuat keputusan apa lauk yang nak dimakan.

Orang lelaki dia ambik lauk yang dia rasa berkenan walaupun dia belum habis pusing tengok semua lauk. Pada dia ok dah tu.

Orang perempuan pusingan pertama dia akan tengok dulu semua lauk yang ada. Pusingan kedua dia akan berhenti di sesetengah stesen lauk, ambil senduk dan usik usik sikit lauk tu. Letak semula. Sambung lagi pusingan ketiga. Kira biasanya 7 pusingan lah baru lengkap semua lauk dia. Kalau boleh dapat haji,  hajah dah semua orang perempuan ni


4. Kebolehan mencari gali.

Orang lelaki kalau dia makan nasi goreng, dia cedok je nasi tu tanpa peduli ada haiwan atau tumbuhan apa dalam nasi tu.

Orang perempuan, dia akan kuis kuis dulu nasi tu. Kalau dia suka makan kobis,  dia akan kumpul semua kobis yang dia boleh kesan. Kalau fish cake, senipis nipis fish cake dia akan cungkil jugak. Dia hanya akan stop bila ada orang lain yang nak ambil nasi goreng tu jugak.
Silap haribulan dia stop sekejap, bagi laluan kat orang tu, lepas tu dia sambung semula!


5. Cari tempat duduk.

Orang lelaki dia akan cari tempat yang dekat dengan tempat makanan, easy access nak masuk.

Orang perempuan dia akan tengok siling, ada kipas ke tak. Dia akan tengok kerusi, ada sisa makanan ke tak. Dia akan tengok meja, ada tahi burung ke tak. Dia akan tengok lantai, ada air tumpah ke tak. Hmmmm...

Haaa...Itu baru bab nak makan tau.Belum bab pilih baju.Pilih kuih raya.Pilih lapik meja.Dia boleh keluarkan 1001 justifikasi kenapa itu perlu, kenapa ini menjadi pilihan, kenapa itu jangan, kenapa ini bersesuaian

Uniknya kan jadi perempuan.Kecerewetan dia tu membuatkan dia dipilih allah untuk mengandungkan, melahirkan,  membesarkan dan mendidik anak anak.
Bila dia cerewet, bila dia teliti, maka dia akan pilih apa yang terbaik untuk suami dan anak anaknya.
Tak susah pun nak hidup dengan orang perempuan ni.Dia hanya perlu jumpa dengan 'right man' yang boleh faham dan beri laluan kepada kecerewetan dia je.


SEGMEN BLOGLIST OGOS


Assalamualaikum dan salam sejahtera

SEGMEN BLOGLIST OGOS

cara blogwalking, cara letak bloglist, tutorial bloglist, trafik dari bloglist



Syarat-syarat
● follow blog owner segmen
●buatkan satu entri tentang segmen


Pemenang
●10 blog dipilih melalui random


Cara join 
● klik  banner 





HIDUP KITA TERPULANG PADA KITA BAGAIMANA MENGISI HIDUP SEBAIKNYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


perjalanan hidup hamba Allah, perjalanan hidup setiap manusia, tips kehidupan . kehidupan lampau,


HIDUP KITA TERPULANG PADA KITA BAGAIMANA MENGISI HIDUP SEBAIKNYA Benda ini tidak akan selesai. Dan tidak akan pernah selesai. Makan untuk hidup. Atau hidup untuk makan. Bekerja untuk hidup. Atau hidup untuk bekerja. Duit untuk hidup. Atau hidup untuk duit.
Tidur untuk hidup. Atau hidup untuk tidur.

Tapi yang pasti, tatkala malam kita akan rasa mengantuk. Dan kita pun rasa untuk tidur. Sejenak kita berfikir, tentang tidur kita. Esok kita bangun bagaimana? Untuk apa? Kenapa? Bagaimana? Bangun mencari makan, bekerja, cari duit, dan balik tidur. Rutinnya begitu.

Hidup ini akan kosong jika sekadar itu tujuan hidup kita. Kita perlu mengisi hidup ini sebaiknya. Ada satu bekas yang kosong. Di luar sana ada bermacam-macam benda. Terpulang kepada kita untuk mengisi bekas itu dengan apa. Sesuatu yang hanya bermanfaat untuk diri kita cuma, atau untuk sekalian makhluk penghuni dunia.

Hidup ini penuh dengan nasihat-nasihat berguna. Isilah bekas-bekas itu dengan nasihat. Semoga ia menjadi bekal bermanfaat. perjalanan ini terlalu singkat. Untuk kita menolak nasihat bermanfaat. Tapi perjalanan semakin jauh, untuk kita berhati rapuh.

NEW BLOGLIST BY NIEZA (5OGOS2017)



Assalamualaikum dan salam sejahtera

NEW BLOGLIST BY NIEZA (5OGOS2017)

Pentingnya bloglist,tips dari  bloglist,cara tarik trafik blog, cara mudah naikkan trafik blog,

Segmen bloglist lagi , meh ramai-ramai join mana tahu kalau join untungnya tersenarai dalam bloglist blogger nieza . Klik SINI atau banner di atas . 
Segmen bakal berakhir pada 5 ogos 2017 




CHOCOLATE FAN GIVEAWAY BY SII NURUL



Assalamualaikum dan salam sejahtera

CHOCOLATE FAN GIVEAWAY BY SII NURUL

Segmen,giveaway,contest blogger,coklat percuma,cara blogwalking,cara mudah dapat trafik blog,cara mudah


Selamat petang semua , kelapangan hari ini CCL nak join satu giveaway dari blogger sii nurul . Attention to pengemar-pengemar coklat korang wajib tau join GA ni sebabnya hadiah yang bakal menanti pemenang berupa coklat feroro rocher, cadbury & hershery.hah ..semestinya ketiga-tiga coklat ni coklat kegeran CCL . So apa tunggu lagi jom ramai-ramai meriahkan GA ini Klik sini atau pada banner

PUDING CHEESE


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Puding,resepi puding,resepi aneka puding,puding cheese,resepi cheese, blog resepi,blog mesra seo,gambar puding cheese,puding berlapis cheese


PUDING CHEESE


Bahan bahan:

13gm serbuk Agar-Agar
1 liter air
120g gula
3 biji telur
120-150g biskut cheese - blend halus
1 sb tepung kastad
400ml susu cair/susu segar
200gm susu pekat
50gm mentega



Cara cara:

1.Masak serbuk agar agar dengan air sehingga hancur. Kacau selalu. Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.

2.Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tepung kastad. Kemudian masukkan susu dan kacau sebati.

3.Tuangkan ke dalam adunan agar agar tadi dan tutup api apabila mendidih. Akhir sekali, masukkan mentega sehingga sebati.

4.Tuang ke dalam acuan dan biarkan sejuk di suhu bilik. Sejukkan sebelum di hidangkan.


LAPAN KETUL DONUT DUNKIN BERHARGA RM2


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Donut,resepi donut, donut viral, resepi donut dunkin, donut dunkin murah,blog resepi , donu salut coklat, donut cornflakes, donut gebu, tips donut gebu


LAPAN KETUL DONUT DUNKIN BERHARGA RM2 Salam Jumaat semuanya . Disebabkan hari ni CCL tak bekerja dah start bercuii selama 2 minggu,so habiskan sisa - sisa cuti yang ada dengan sebaik yang mungkin . Pagi hari ni CCL jamah sarapan pagi menunya ialah donut . Selalunya menu pagi hari wajib nasi.tak kiralah nasi lemak mahupun nasi goreng . 

Pagi tadi CCL  gigih singgah satu kedai di tepi jalan mencari pulut ayam , dan terbeli pulak donut . Agak lama jugak CCL tak makan donut . CCL  beli lapan ketul donut dengan harga RM2 .hah banyak kan murah pulak tue .harga tue dah harga standard sekarang di mana-mana gerai yang jual . So donut yang CCL  belikan itu hanyalah donut biasa yang disaluti gula aising . 

Selesai makan pulut ayam , CCL  jamah dua ketul donut .. Alhamdulillah kenyang perut ni . Berbakikan lagi enam ketul donut yang bersalut gula aising ini , mula dapat idea untuk nak makeup sikit donut ni bagi cantik ala-ala donut dunkin . 

CCL  mula selongkar peti ais mencari coklat masakan , masih ada saki baki coklat tue yang CCL simpan . CCL  mula leburkan coklat masakan dalam boiled water . .selesai semua CCL  celupkan donut yang disaluti gula aising, tapi kini dah disaluti dengan coklat . Selepas disaluti coklat CCL makeoverkan sikit mula letakkan coklat tabur warna-warni dan satu lagi CCL just letakkan kepingan cornflakes . Dah siap.sekali pandang macam donut dunkin kan . Hehe .. sekarang perut dah kenyang . Menu ni CCL boleh sambung makan petang nanti . 


MASUK HARI KEDUA DAN KETIGA SUSU SEGAR KURMA TERUS BERTUKAR RASA . KENAPA ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Susu segar kurma, susu segar , sususegar farm fresh , kurma farm fresh, agent susu segar kurma, harga susu segar kurma, dimana jual susu segar kurma,minuman berkhasiat, review minuman,

MASUK HARI KEDUA DAN KETIGA SUSU SEGAR KURMA TERUS BERTUKAR RASA . KENAPA ?  Hai uolss ,Salam pagi Khamis yer, pada yang bekerja selamat bekerja CCL  ucapkan . Amboii dah macam DJ radio pulak rasanya kan . Okay uolls seperti tajuk yang CCL create diatas . Pagi ni CCL nak review satu produk minuman susu segar, seperti gambar diatas ' susu segar '  yang pernah viral satu ketika dahulu . CCL pasti ada pembaca dah pernah minum minuman tersebut . 

Al-kisahnya  susu segar kurma ni memang susah dapat, memang limited sangat-sangat. Sewaktu minuman berkhasiat ni tengah top di laman-laman sosial media, CCL pun berkeinginan untuk merasa perisa kurma ni . .Puas CCL terjah di pasaraya terkemuka, malangnya stok tak banyak ,yang tinggal hanya perisa lain . Okay nak dijadikan cerita si wife kepada kawan CCL ni sedang pregnant dan mengidam pulak nak minum susu segar kurma ni . Kawan CCL pun minta tolong CCL carikan untuk wife dia, CCL ham situasinya nak cari minuman ni bukan mudah . Kadang itu nasib sahaja, so CCL mula research  susu segar kurma ini ., mana tahu ada delivery or agent2 untuk farm fresh ni , boleh la CCL merasa sekali . Research sana-sini melalui laman sosial facebook .,alhamdulillah terjumpa jugak CCL dengan seorang agent farm fresh ni,segera CCL call bertanyakan stok masih ada atau tidak .Alhamdulillah mungkin berkat CCL nak tolong wife kawan CCL yang sedang pregnant Allah permudahkan segalanya. Selesai order 3 botol , agent tersebut akan delivery kat tempat kerja CCL .

Sebotol susu fresh kurma ini CCL beli berharga RM8 . Order 3 botol untuk kawan CCL dua botol dan CCL hanya mencuba sebotol sahaja,biasalah percubaan pertama kena sebotol dulu .Kalau sedap baru boleh repeat .Susu segar kurma dah bertukar tangan..

Apa komen CCL bila CCL  rasa susu segar kurma ni ? Adakah sedap ? Ok ini bagi citarasa CCL lah . First time CCL minum tak sampai setengah botol . Ok first rasanya bagi CCL memang ok , tak manis memang kena dengan tekak ni, selebihnya CCL simpan dalam peti sejuk . Keesokkan paginya  CCL bangun lepas je sarapan pagi , CCL cuba minum susu segar kurma yang selebihnya . Apa yang CCL rasa lepas minum , hahhh rasanya sedikit pahit , tak seperti mula-mula CCL minum . Ok fikirnya memang rasanya sebegitu kot !! .semalam sebelum nak tidur CCL minum lagi yang selebihnya sebab tak nak simpan lama-lama biasa la susu segar ni tak tahan sangat even kita letak dalam peti sejuk . Ok CCL  minum seteguk..apa yang dirasanya memang lagi pahit dari semalam . Tekak CCL mula tak boleh terima rasa tersebut , semakin hari rasanya semakin pahit entah apa yang tak kena.

CCL cuba tengok expired date pada botol mana tahu expirednya hampir-hampirkan . Malangnya expired date lambat lagi . So CCL putuskan untuk buang aje yang selebihnya . Bila CCL kongsi cerita ini dengan kawan CCL , kawan CCL pun turut mengalami nasib yang sama .. fresh farm milk ni bila dah buka kena habiskan . Kalau disimpan 2 3  hari hasilnya tak sedap . 

So disini CCL boleh cakapkan kali pertama CCL minum susu segar kurma dan kali terakhir CCL akan rasa susu segar kurma ini . Seperti yang CCL cakapkan citarasa lidah manusia ini masing-masing lain rasanya . Ada yang suka , ada yang boleh terima dan ada yang tak suka dan tak boleh terima . Itulah serba sedikit review tentang susu segar kurma ini ikhlas dari hati . 

Uolls yang pernah minum susu segar kurma ini ,boleh la share apa rasanya lepas korang minum .sedap or tak sedap ? 


10 RAHSIA CANTIK DARI THAILAND, WAJIB BACA PETUA NO. 7, 8 DAN 9 UNTUK CERAH & LICINKAN KULIT!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


 10 RAHSIA CANTIK DARI THAILAND,tips kecantikkan , 10 rahsia kecantikkan dari thailand , masker muka , detox,minyak urut , rawatan haba , masker kunyit , scrub kunyit , lidah buaya , masker betik
10 RAHSIA CANTIK DARI THAILAND, WAJIB BACA PETUA NO. 7, 8 DAN 9 UNTUK CERAH & LICINKAN KULIT! Thailand sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat resam dan menjadi tumpuan pelancong kerana terkenal dengan kecantikan pulaunya.Bukan pulau sahaja yang cantik, malah kecantikan wanita Thailand juga dikagumi semua. Daripada petua kekal awet muda agar tidak dimamah usia hinggalah cantik luar dan dalamnya, wanita Thailand ada rahsia dan ritual cantik mereka.


1. Makanan yang kaya dengan herba dan rempah-ratus
Herba dan rempah-ratus mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman. Maka, tidak pelik kebanyakan masakan Thai menggunakan herba dan rempah-ratus dalam setiap menu.Antara herba dan rempah-ratus yang sering digunakan seperti kunyit, serai, asam jawa, rempah kari, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, daun kesum dan daun pudina.Herba dan rempah-ratus berkesan untuk kesihatan dalaman kerana ia melancarkan peredaran darah, melawaskan sistem pencernaan dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh.Selain itu, bahan-bahan ini juga merupakan sumber semula jadi pelbagai vitamin seperti vitamin A dan C yang baik untuk kecantikan kulit dan rambut.That's why CCL suka masakan Thailand. Sangat- sangat suka!

2. Minuman Ala ‘Detox’
Minuman ala ‘detox’ pula cukup sinonim dalam kalangan wanita Thai. Selain menghilangkan dahaga, ia juga berfungsi menyingkirkan toksik dan lelemak daripada badan. Salah satu jus ‘detox’ yang terkenal dalam kalangan masyarakat Thai ialah jus serai.Jus ini adalah campuran serai dan limau nipis. Untuk membuang lemak dan angin dalam badan, ambil tiga batang serai dan rebus bersama dua cawan air. Biarkan ia mendidih sehingga tinggal satu cawan air. Kemudian, minumlah semasa masih panas. Amalkannya selalu agar badan terasa lebih ringan.

3. Amalan Berurut
Amalan berurut juga menjadi simbolik kepada negara gajah putih ini. Golongan wanita di sana lebih senang menjadikan amalan berurut sebagai rutin kecantikan mereka.Ini kerana berurut dapat melancarkan peredaran darah, merehatkan badan dan mampu menenangkan fikiran.
Jom buat sendiri minyak urut!
Minyak kelapa (dibuat menggunakan santan daripada sebijik kelapa yang dimasak sehingga menjadi minyak)
3 camca besar halba
4cm halia
4cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Kemudian, masak bersama halba dan minyak sehingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama. Sapukan minyak ini pada seluruh tubuh ketika kamu berurut.

4. Santan Kelapa
Satu lagi rahsia cantik wanita Thai adalah rambut mereka yang sihat, hitam dan lebat. Ini kerana mereka lebih selesa menggunakan sumber asli untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik secara semula jadi.Caranya mudah saja, lembapkan rambut dengan santan pekat selama 30 minit, kemudian bilas. Hasilnya, rambut kelihatan hitam, bersinar dan lebat.

5. Limau Nipis
Limau nipis juga banyak digunakan dalam masakan dan minuman Thai. Kaya dengan kandungan vitamin C, limau nipis juga berupaya mengharumkan rambut.Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris, kemudian gosokkan ke seluruh kulit kepala. Biarkan beberapa minit, selepas itu cuci sehingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh meredakan pening dan menyejukkan kepala.

6. Rawatan Haba
Rawatan haba pula menjadi satu kemestian bagi kebanyakan wanita Thai. Amalan seperti bertungku menggunakan herba, stim wajah, sauna dan penggunaan batu sungai yang dipanaskan menjadi sebahagian daripada ritual cantik untuk memiliki tubuh yang langsing.Amalan ini juga dipercayai dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah, memecahkan lemak, menaikkan seri wajah serta menyingkirkan toksik melalui peluh. Tubuh terasa lebih ringan dan segar jika amalan rawatan haba dilakukan secara teratur.

7. Kunyit
Jika wanita India menggunakan kunyit untuk menyerikan wajah, begitu juga dengan wanita Thai.Kunyit sering digunakan dalam penghasilan produk kecantikan seperti skrub dan sabun di Thailand. Sifat kunyit yang mengandungi antiseptik berupaya menghilangkan jerawat malah membantu mencerahkan kulit.Berikut adalah ritual cantik wanita Thai untuk melicinkan kulit wajah menggunakan kunyit:Ambil 1cm kunyit hidup, setengah camca asam jawa dan bedak sejuk. Campurkan semua bahan dan sapukan pada wajah setiap hari sebelum tidur. Insyaallah kulit wajah lebih licin.

8. Lulur atau scrub
Satu lagi kemestian dalam ritual cantik wanita Thai adalah amalan berlulur. Mereka melakukannya untuk memiliki kulit yang licin dan lembut.Selain kunyit, wanita Thai juga menggunakan beras, bunga-bungaan, halia, asam jawa serta buah-buahan sebagai bahan lulur.
Antara kelebihan scrub badan adalah:
Kulit tubuh lebih halus.
Kulit lebih cerah dan gebu.
Menanggalkan sel-sel kulit mati.
Memudar dan menghilangkankesan parut.
Melancarkan peredaran darah.

9. Lidah Buaya
Tidak lengkap ritual wanita Thai tanpa menggunakan daun lidah buaya. Khasiat gel daripada daunnya berkesan menghilangkan jerawat.Maka tidak hairanlah mengapa daun lidah buaya sering digunakan dalam penghasilan produk kecantikan.gel lidah buaya juga sesuai untuk menegangkan kulit wajah yang kendur sekali gus mengurangkan kedutan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembap untuk kecantikan.

10. Masker Betik
Wanita Thai gemar menggunakan masker betik kerana ia kaya dengan Vitamin A yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru. Betik adalah sumber antipenuaan serta bahan pencerahan semula jadi yang dapat merawat kulit kendur.Campurkan tiga camca besar betik masak yang dikisar, 1/3 cawan oat dan satu camca besar madu. Sapu pada muka dan biarkan selama lima hingga 10 minit kemudian bilas dengan air suam. Insya Allah kulit wajah beransur tegang.

Selamat Mencuba 

JANGAN TERLALU FOKUS PADA KESALAHAN TAPI KENANGKAN JUGA KEBAIKKAN MEREKA


Assalamualaikum dan salam sejahtera


http://cikcappuccinolatte.blogspot.my


JANGAN TERLALU FOKUS PADA KESALAHAN TAPI KENANGKAN JUGA KEBAIKKAN MEREKA Pernah tak ada yang berbuat salah pada awak? Pernah tak rasa dalam hati untuk marah dan tidak mahukan kesalahan mereka?Mesti pernah kan? Sebenarnya punca hati tidak bahagia ialah terlalu mudah marah dan berdendam dengan orang. Dan ia juga antara penyebab kenapa manusia suka bergaduh.

Jadi untuk elak daripada sakit hati kerana kesalahan orang, apa kata awak fikirkan kebaikan yang mereka pernah lakukan. Dan jangan lupa, kita juga pernah melakukan kesalahan. Jangan nak berlagak suci. Hihi.

Point CCL ialah, maafkan mereka. Tidak rugipun kalau awak maafkan, dan yang paling best, awak akan bina hubungan yang baik dengan orang lain. Awak maafkan orang, orang akan maafkan awak.

Jadi CCL nak minta maaf kepada semua yang kenal CCL. CCL tahu kadang-kadang bukan baik sangat. CCL pun ada buat silap.



SEGMEN BLOGWALKING RAYA MIALIANA.COM


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Segmen,giveawy, tips mudah berblogwalking, tips tambah follower , tips tambah trafik blog, cara mudah dapat follower
Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com bermula pada hari ini, 9 Julai 2017, iaitu tepat jam 5.00 petang sehingga 11.59 malam 19 Julai 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.comAdd To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com
  3. Masukkan banner di atas.
  4. Backlink kan ke entri ini.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.

5 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan menerima duit raya RM10.00 setiap seorang dari Mia. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31  julai 2017 ..

Tekan banner 


MINI GIVEAWAY BY #JMBELOG #2


Assalamualaikum dan salam sejahtera .

MINI GIVEAWAY BY #JMBELOG #2


Segmen,mini giveaway,topup percuma,cara mudah blogwalking,tips tingkatkan trafik blog, tips murah rezeki


Nak topup percuma ? Jom join mini giveaway dari JMBELOG . Ada rezeki dapat lerr memenangi dalam GA ni .. tekan SINI atau banner di atas 


KALAU TAK BOLEH UBAH SITUASI, UBAHLAH PERSEPSI PEMIKIRAN KITA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...


ayat pembakar semangat, cara mudah selesai masalah, Kehidupan, liffe qoutes, mencari ketenangan, tips kehidupan, ubah pemikiran diri sendiri, ubah persepsi diri,



KALAU TAK BOLEH UBAH SITUASI, UBAHLAH PERSEPSI PEMIKIRAN KITA Hidup kita ni, kalau nak mudah tenang, jangan asyik rasa tak puas hati dengan orang.Belajar rasa tak puas hati dengan diri sendiri. Belajar marah diri sendiri. Belajar garang dan bertegas dengan diri sendiri.

Kawan, kalau kita salahkan orang, masalah akan makin panjang. Mulalah kita nak berlagak mangsa. Mulalah rasa nak minta simpati sesiapa. Nak suruh orang ni percaya. Nak suruh orang itu percaya. Nak suruh mereka sokong kita. Alahai.. Cerita seinci jadi sedepa!

Sungguh. Perangai tak puas hati dengan orang akan melahirkan banyak sifat mazmumah. Tanpa sedar, kita merungut dengan takdir Allah. Lepas tu, mengumpat orang. Lepas tu, lancarkan perang. Hal kecil pun boleh jadi besar.

Tapi kalau kita pandang masalah tu datang dari sisi kita sendiri, ianya akan jadi lebih mudah. Kita akan banyakkan muhasabah. Kenapa aku buat macam tu? Tak boleh ke aku jadi lebih baik dari itu? Tak boleh ke aku sabar lagi?

Kawan, kalau kita nak bahagia, jangan fokus pada masalah. Fokus pada penyelesaian.Carilah seboleh mungkin cara untuk tidak memanjangkan krisis yang ada. Kalau dengan meletakkan beban kesilapan itu di bahu sendiri boleh membantu situasi jadi lebih baik, mengapa tidak?

Manusia ni, sifatnya sangat defensif. Jarang kita nak hebahkan aib kita, keburukan kita. Jadi, kalau kita pilih untuk memandang kesilapan tu ada pada kita, maka kita akan tutup masalah tu segera.

Habis cerita! Kesimpulannya.. kalau tak boleh ubah situasi, ubahlah persepsi pemikiran kita sendiri. Tambah baik diri kita sendiri. Ia jauh lebih mudah dan menguntungkan!

MINI GIVEAWAY : DUIT RAYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Segmen,giveaway, blog mesra seo,ips dapat seo,cara mudah blogwalking

MINI GIVEAWAY : DUIT RAYA  Duit raya !! Duit raya lagi !! Ayuh join segmen ini 2pemenang bertuah akan dapat duit raya ..first place rm30 , second place rm20 . Harap-harap rezeki CCL nak menang duit raya dalam giveaway ini . Doa - doa yer .. pada yang nak join sila tekan SINI 


SAYA NAK DUIT RAYA BY OPZZPINKY


Assalamualaikum dan salam sejahtera .



Segmen, giveaway, segmen blogger, nak dapat duit raya, blog mesra seo,tips dapat seo dengan mudah


Salam aidilfitri semuanya. Korang masih dalam mood berhari raya lagi ? Masih ada lagi jemputan-jemputan ke rumah terbuka Aidilfitri tambah-tambah hujung minggu inikan . Semoga perjalanan korang ke destinasi selamat sampai dan selamat pulang seadanya . Malas nak membebel panjang-panjang .  Hari ini CCL luangkan masa sedikit untuk join segala segmen-segmen yang blogger anjurkan . Untuk korang yang inginkan duit raya,al maklumlah besar-besar nih kan duit raya kurang pulak . Meh kita sama-sama join mana tahu ada rezeki korangkan .. blogger opzzpinky mencari seramai 25 pemenang .. tunggu apa lagi ayuh join .. klik SINI atau banner yang comel kat atas tue .. 
Segmen ini bakal melabuhkan tirai pada 22 Julai 2017 . Jangan lepaskan peluang ini !! 

LEBUHRAYA CHANGLUN - KUALA PERLIS BUKANLAH "HIGHWAY" TAPI "EXPRESSWAY"


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

highway exprss, Lebuhraya changlun kuala perlis, negeri bebas tol, perlis indera kayangan,


LEBUHRAYA CHANGLUN - KUALA PERLIS BUKANLAH "HIGHWAY" Di negeri Perlis Indera Kayangan salah satu negeri yang bebas dari Plaza Tol . Bagi korang yang pernah jejak kaki ke negeri perlis ni,Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis. Ia bukanlah "Highway" yang sebenar. Ia hanyalah jalan biasa satu hala dua lorong. Dengan jalan yang beralun, tiada plaza tol atau hentian sebelah. Jalan ini wujud bagi mempercepatkan pengguna jalanraya untuk ke Changlun dan memasuki Lebuhraya PLUS. Atau dalam ertikata lain, jalan ini boleh disebut sebagai "Expressway".

Paling utama, had laju jalan ini hanyalah 90km/j. Bukannya 110km/j seperti di Lebuhraya.Dengan jalan yang tak begitu sempurna, eloklah kita patuhi had laju yang telah ditetapkan. Ditambah pula kiri dan kanan ada laluan jalan kampung kenderaan keluar dan masuk. Risiko tinggi berlaku kemalangan tanpa diduga.Kurangkan risiko. Patuhi had laju. Sememangnya malang tidak berbau. Sekurang-kurangnya kita lebih berhati-hati.

Selamat memandu. Pandu cermat jiwa selamat.