Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bye Bye June Yang Sangat Padat Dengan Kerja Pejam celik , pejam celik hari raya dah nak tiba . Tiap waktu tiap detik pastinya amat berharga . Bersama - sama keluarga tercinta dan juga sanak saudara . Eh ternyanyi serangkap lagu si Iman Troye pulak .. Tapi tak salah juga kan ., beberapa hari je lagi kan kita semua nak menyambut hari raya Aidiladha . Ok tak lupa juga pejam celik , pejam celik kita semua dah genap separuh tahun 2022 . Dah masuk bulan Julai pun . Rasa sekejap masa berlalu pergi .
Bulan lepas memang jadual kerja amat-amat padat . Setiap hari boleh dikatakan ada event . Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi tak boleh merungut . Memang mencapai target sales untuk bulan ni , tapi itu la terpaksa juga korbankan masa . Kadang sampai tak cukup rehat . Memang orang cakap kerja biar berpada-pada . Tapi itulah hakikatnya kena habiskan kerja untuk elakkan timbunan kerja hari ke hari lagi bertambah .
So disebabkan itu juga , CCL tak sempat nak ziarah blog rakan-rakan lain . Entri blog untuk bulan June pun update sedikit sahaja . Sempat menaip mana yang mampu . Sebenarnya banyak entri yang belum dipublishkan . Doakan CCL mampu keluarkan satu entri blog untuk setiap hari .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia Melalui MyEzyCover Hari ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri melancarkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia yang diberi nama myezycover.com untuk penjawat awam.
MyEzyCover.com akan memberi manfaat kepada 1.6 juta penjawat awam dan memudahkan urusan memperbaharui insurans kenderaan dengan boleh membuat bayaran secara ansuran sehingga 10 bulan . MyEzyCover.com tawar pelbagai manfaat untuk lindungi kenderaan daripada kemalangan, bencana alam termasuk banjir, tanah runtuh.Selain itu , ia program ini juga berlandaskan konsep patuh syariah Qardhul Hasan, iaitu pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba.
Penjawat awam tetap dan bertaraf kontrak, layak memohon skim Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia dengan syarat, nisbah hutang tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah pendapatan bulanan.
Program insurans ini pertama kali dilaksanakan untuk penjawat awam secara digital dalam talian dan boleh diperoleh dalam tempoh lima minit. Kerajaan telah rangka pelbagai program, inisiatif untuk penjawat awam yang berdepan dengan cabaran kelangsungan hidup pasca pandemik.
Berikut tiga langkah mudah untuk memperbaharui insurans kenderaan melalui https://myezycover.com.my
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Drama Tarik Aku Ke Syurga l TV3 Terbitan Creative Skill Solution diinspirasikan dari novel Tarik Daku Ke Syurga karya Haitun Kamarazaman. Menampilkan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam sebagai pelakon utama. Drama rantaian 28 episod ini diarahkan oleh Malek Rahman bakal menemui penonton di slot Samarinda TV3 bermula 23 Jun 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan ia turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama selepas siaran di TV3.
Drama Tarik Aku Ke Syurga
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 23 Jun 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQiyi
Idea & Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Malek Rahman
Produksi: Creative Skill Solution Sdn Bhd
Watak Pelakon Drama Tarik Aku Ke Syurga
Zul Ariffin sebagai Zamri
Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia
Keith Foo sebagai Shawn
Lisdawati sebagai Hajah Raudah
Izzendra sebagai Natasha
Khairil Anwar Aman sebagai Haji Murad
Aleeza Kasim sebagai Datin Maria
Esma Daniel sebagai Dato Azman
Zila Bakarin sebagai Hajah Jamilah
Mahmud Alibashah sebagai Haji Nizam
Hafreez Adam sebagai Kashaf
Nada Nursyuhada sebagai Che Pah
Afzan A.Rahman sebagai Doktor Bakri
Idzham Ismail sebagai Dahlan
Ayra Messi sebagai Julia
Nabil Aqil sebagai Aidil
Khafizah Hanafie sebagai Puan Zaimah
Zizi Hazirah sebagai Rahila
Sean Lee sebagai Dr Chin
Lagu Tema (OST) Drama Tarik Aku Ke Syurga
-Bukti Cinta - Wanie Ooi
-Kekasih - Aiman Sidek, Aniq Muhai, Alif Azhari
-Teristimewa - Aiman Sidek
Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga
Zamri (Zul Ariffin) ialah seorang perunding hartanah yang berjaya dan sudah memiliki syarikat perunding hartanah di Kuala Lumpur pada usia muda. Zamri ialah anak tunggal kepada Haji Murad dan Hajah Raudhah. Sebagai anak tunggal, Haji Murad dan Hajah Raudhah sangat menitik-beratkan pendidikan agama dalam hidup Zamri dari kecil. Malahan, Hajah Raudhah merupakan penceramah bebas yang sangat berpengaruh.
Sayangnya, Zamri yang dilihat sebagai anak baik di depan mata orang tuanya, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat di Kuala Lumpur. Zamri terdedah dengan dunia hidup berpeleseran, hanyut dengan bisikan dan hasutan syaitan. Akhirnya, tembelang Zamri pecah apabila ibunya, Hajah Raudhah terjumpa gambar-gambarnya ketika bersosial di kelab malam.
Hajah Raudhah memberikan dua pilihan kepada Zamri, sama ada menikahi gadis pilihan ibunya ataupun disingkirkan dari terus menjadi anaknya. Walaupun tidak rela, Zamri menikahi Zara (Nelissa Nizam) kerana ingin mendapatkan kemaafan daripada orang tuanya. Malangnya bagi Zara, satu persatu rahsia gelap Zamri terbuka kepadanya selepas bergelar isteri. Bersediakah mereka berhadapan dengan pelbagai dugaan itu?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hada Labo Premium Whitening UV Moist Sunscreen SPF50 PA+++ Hada Labo Premium Whitening UV Sunscreen adalah pilihan tepat dalam menyelesaikan semua jenis masalah kulit muka seperti kulit kering , sensitif dan alergik . Sapa tak nak kulit cantik kan , so pilih la Hada Labo sebagai produk penjagaan kulit korang kerana ianya adalah produk penjagaan kulit dari negara Jepun yang diiktiraf antarabangsa .
Hada Labo Premium Whitening UV Sunscreen
pastinya korang akan jatuh cinta dengan sunscreen ini kerana ia bukan sahaja membersihkan dan menghidrat malah ia juga mampu menjadikan kulit lebih lembut dan halus
Kebaikkan Hada Labo Premium Whitening UV Sunscreen
-sejenis chemical sunscreen
-perlindungan UVA/UVB yang mencukupi
-mempunyai Vitamin C mencerahkan kulit
-mengandungi bahan pelembap
-Tekstur sunscreen yang ringan dan tidak melekit
-bebas alkohol
-sesui untuk semua jenis kulit terutama korang yang mempunyai kulit kering
Baca ini juga : Hada Labo H.A Supreme Vita Booster Serum
Isi kandungan Hada Labo Premium Whitening UV Sunscreen
Water , Ethylhexyl Methoxycinnamate , Dimethicone , Phenylbenzimidazole Sulfonic Acid , Glycerin , Ethylhexyl Salicylate , Diethylhexyl Carbonate, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Polyglycerin-6 , Bis-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, Ethylhexyl Triazone , Silica, Arachidyl Alcohol , Polysorbate 60, Phenoxyethanol, Sodium Hydroxide, Sodium Citrate , Behenyl Alcohol , Xanthan Gurn , Aracidyl Glucoside, Dimethiconol , Cellulose , Tremella Fuciformis Polysaccharide , Hectorite, Citrus Aurantium Bergamia fruit oil , Ethylhexylglycerin, Disodium EDTA, Trehalose , Urea, Serine , Pentylene, Glycol , Pullulan , Disodium Phosphate , Sodium Acetylated Hyaluronate , Potassium Phosphate , Nephelium Longana Seed Extract , Polyquaternium-51 , Tremella Fuciformis Extract , Resveratrol
Fungsi Hada Labo Premium Whitening UV Sunscreen
1.Perlindungan UV
Ia memiliki SPF50+++ untuk memberikan perlindungan spektrum luas dari sinar UVA / UVB
2.Resveratrol & Vitamin C
Kesan pencerahan Vitamin C & resveratrol yang tinggi untuk mencerahkan dan meratakan tone warna kulit
3.Asid Hyaluronic
Menberikan kesan penghidratan kulit yang tahan lama dengan Super asid hyaluronic untuk menghidrat kulit secara lebih mendalam untuk penghidratan lebih lama .
Cara penggunaan Hada Labo Premium Whitening UV Sunscreen
-boleh digunakan 2 kali dalam sekali
-guna selepas memakai pelembap, sapu secara merata pada kulit . Sunscreen ini juga boleh dijadikan sebagai makep base
Tekstur Hada Labo Premium Whitening UV Sunscreen yang ringan
Sunscreen ini memberikan tekstur ringan dan tidak melekit . Mudah digunakan pada kulit wajah . Sangat mudah untuk diblend rata dan paling penting tidak meninggalkan tompok putih (white cast) pada kulit .
Bagi korang yang inginkan kulit yang lembap dan cerah . Hada Labo Premium Whitening UV Sunscreen adalah rangkaian produk sunsreen yang patut korang cuba . . Produk ini bukan sahaja untuk kaum perempuan mahupun kaum lelaki juga boleh memakai sunscreen tersebut .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
VANZO Memperkenalkan Rangkaian Wangian Kereta Baharu Khusus Buat Lelaki Dan Wanita Pewangi kereta antara aksesori kereta yang penting bagi mengelakkan bau tidak menyenangkan. Lebih-lebih lagi, kalau pemilik kereta suka simpan kasut mahupun makan di dalam kereta. Selain kebersihan luar kereta yang perlu sentiasa berkilat dan ruang dalam yang tidak tersisa sebarang sampah, bau dalam kereta yang wangi adalah satu perkara yang sangat penting. Betul kan?
Kewujudan pewangi VANZO memberi pilihan yang lebih sihat dan selamat kepada pengguna kerana ia menggunakan bahan mentah yang berasaskan dari kilang Jepun yang mempunyai pengalaman sebanyak 125 tahun, iaitu OGAWA dan TAIYO.
Memberi wangian dan turut membasmi kuman sehingga 99%
Cara pewangi VANZO menghapuskan bau yang tidak menyenangkan adalah mengguna pakai teknologi canggih Odour Emulsion Filtering Technology (OEF) dari Jepun. Teknologi OEF dapat menghapuskan bau hapak dahulu dan mengeluarkan wangian kemudian.
VANZO Pewangi kesihatan No 1 Malaysia yang ada sijil SGS
Korang juga tidak perlu risau kerana pewangi VANZO selamat untuk digunakan kerana bau dari yang tidak membahayakan kesihatan .produk VANZO telah mendapat pengiktirafan Sijil Antarabangsa SGS dan mendapat pengesahan bebas dari bahan kimia bahaya.
Produk wangian dengan bahan kimia bahaya seperti formaldehyde, toluene dan benzene boleh memberi kesan sampingan seperti pening, loya atau pedih apabila menghidu. Dengan ciri-ciri ini, pewangi VANZO berjaya menjadi Pewangi Kereta Kesihatan Era Baru dan selamat untuk diguna.
Pewangi kereta khas buat lelaki dan wanita
Kini, VANZO memperkenalkan siri pewangi kereta terbaru dengan penampilan mewah iaitu siri gentleman khusus buat lelaki dan goddess untuk wanita.Lebih menarik, pewangi ini diperbuat daripada kulit PU buatan tangan sebagai penutup dan kaca pada bahagian botol.
2 jenis bauan siri gentleman & goddess
VANZO didatangkan dalam dua jenis bauan untuk korang pilih. Mana satu yang best? Apa yang kami boleh katakan, kedua-duanya wangi dan mempunyai keunikan tersendiri. Korang cubalah kedua-duanya. Serius puas hati!
Bau wangian siri gentleman atau Black Code memiliki bau campuran sitrus dan kayu yang segar seumpama daya tarikan lelaki kacak.
Manakala bau wangian siri goddess atau White Musk & Rose memiliki bau gabungan kasturi dan bunga ros yang lembut dan segar.
Wangian siri baru juga dimodulasi sebanyak 132 kali sehingga jadi wangian istimewa dan setiap botol mempunyai isipadu 70ml yang dapat tahan sehingga 60 hari penggunaan.
Dah tergoda dengan VANZO? Korang juga boleh check it out melalui
Facebook : Vanzo Malaysia
Instagram : Vanzo_official
Website : http://www.vanzo.asia/
Hidup lebih sihat dengan Vanzo Duo Series. Jom dapatkannya di pasaran sekarang!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Live Streaming Malaysia vs Bangladesh 14 June 2022 Live Streaming Malaysia vs Bangladesh Kelayakan Piala Asia 14 Jun 2022. Saksikan perlawanan menarik antara Harimau Malaya menentang Bangladesh dalam aksi ketiga peringkat E dalam Kelayakan Piala Asia 2023. Perlawanan ini dijangka akan berlangsung pada hari Selasa, 14 Jun 2022 jam 9 malam waktu Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dalam perlawanan ini, ketua jurulatih Malaysia Kim Pan-Gon akan menampilkan barisan pemain terkuat termasuk pemain naturalisasi. Berikut adalah siaran langsung Malaysia vs Bangladesh Kelayakan Piala Asia 2023.
Keputusan Malaysia vs Bangladesh Kelayakan Piala Asia 14 Jun 2022
MALAYSIA 4 vs BANGLADESH 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Drama " Histeria The Series " 2022 Episod 1 - Episod 8 ASTRO Originals bakal menampilkan sebuah drama siri premium yang mengisahkan misteri pelajar sekolah yang diganggu dengan misteri kematian pelajar 10 tahun lalu, iaitu, Histeria The Series.Drama siri premium ini merupakan kesinambungan daripada filem seram pecah panggung tahun 2008, Histeria lakonan Liyana Jasymay, Scha Al-Yahya, Yana Samsudin, Ady Putra dan diarahkan oleh pemenang Best Asean Feature Award di Bangkok International Film, James Lee.
Histeria The Series
Episod: 8
Tarikh Tayangan: 6 Jun 2022
Waktu Siaran: Isnin, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Citra, Astro GO atau On Demand
Pengarah: James Lee
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd
Produksi: Infinitus Gold Sdn Bhd
Pelakon: Mia Sara, Amelia Christie, Serra Kamal, Sharifah Aryana, Liyana Jasmay, Namron, Ziha Salleh, Ziana Zain, Farah Ahmad, Tony Eusoff, Rawaida Jimi, Mathni Razak, Rosdeen Suboh, Fimie Don, Riesha Aslan, Rawaida Jimi, Tisya Ong, Alvy Joanna, Aznie Azmi
Watak Pelakon Histeria The Series
Mia Sara sebagai Alia
Amelia Christie sebagai Puteri
Serra Kamal sebagai Zee
Sharifah Aryana sebagai Diana
Liyana Jasmay sebagai Murni
Namron sebagai Inspektor Ismail
Ziha Salleh sebagai Dr. Aishah
Ziana Zain sebagai Puan Nora
Sinopsis Drama " Histeria The Series"
Histeria The Series mengisahkan tentang pelajar remaja di sebuah sekolah berasrama mula dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku 10 tahun lalu di sekolah mereka. Satu per satu insiden dan perkara ngeri berlaku.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Drama TV3 : Bisik - Bisik Gelora Drama adaptasi novel ‘Bisik-Bisik Gelora’ karya Fauziah Ashari akan mengisi slot Akasia TV3 bermula 21 Mei 2022. Drama bersiri 35 episod ini diarahkan oleh Riza Baharudin, menggandingkan Redza Rosli dan Raysha Rizrose sebagai pelakon utama.
Drama Bisik-Bisik Gelora
Episod: 35
Tarikh Tayangan: 21 Mei 2022
Waktu Siaran: Isnin-Ahad, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Penulis Novel: Fauziah Ashari
Penulis Skrip: Intan Zarina Mohd Yasin
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Ruminah Sidek, Mark Adam, Afifah Nasir, Kodi Rasheed, Shakilla Khoriri, Edika Yusof, Damia Qaissarah
Watak Pelakon Drama Bisik-Bisik Gelora
Redza Rosli sebagai Jad Izzuddin
Raysha Rizrose sebagai Banin Arumi
Gambit Saifullah sebagai Fakhri
Hafidz Roshdi sebagai Wari
Ruminah Sidek sebagai Nek Muya
Afifah Nasir sebagai Nada
Kodi Rasheed sebagai Yahya
Shakilla Khoriri sebagai Juni
Sinopsis Drama Bisik-Bisik Gelora
Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.
Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.
Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.Takdir Allah, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Drama TV3 : Sempurna Mencintaimu Telefilem ini diinspirasikan daripada watak-watak daripada novel Tak Sempurna Mencintaimu karya Rehan Mokhtar.Saksikan telefilem Sempurna Mencintaimu yang akan menemui penonton pada hari Khamis, 12 Mei 2022 pada pukul 10.00 malam di TV3 dan tonton secara online di www.tonton.com.my
Tayangan : Telefilem di TV3
Waktu : 12 Mei 2022 (Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Pengarah : Emi Suffian
Penulis Skrip : Marr Mohamad
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.
Pelakon Drama Sempurna Mencintaimu
Antara pelakon atau artis yang membintangi telefilem ini ialah Redza Rosli, Intan Najuwa, Afifah Nasir, Aniq Suhair, Mustaqim Bahadon, Fendi Seman, Seniwati Mak Jah, Shah Khan dan ramai lagi.
Sinopsis Drama Sempurna Mencintaimu
Telefilem Sempurna Mencintaimu mengisahkan tentang Mustaqim dan Sirat yang telah memulakan hidup baharu dengan keterujaan untuk menyambut cahaya mata pertama mereka.
Selepas melahirkan anak sulung mereka, Taqim mengupah seorang wanita untuk menjaga mereka.
Di setiap indah pasti ada peritnya, di akhirnya sempurna. Namun, benarkan cinta mereka sempurna untuk selamanya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Aidilfitri 2022 : Raya Yang Paling Kalut Selepas 2 Tahun pandemik Covid-19 Walaupun sudah masuk minggu kedua bulan Syawal , masih belum terlambat untuk CCL ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri . Ampun Maaf dipinta dari segi percakapan dan juga dari segi penulisan yang menguris hati mana-mana pihak. Selepas 2 tahun kita semua tidak berasa nikmatnya menyambut Syawal seperti sedia kala , alhamdulillah tahun ini kita semua diberi peluang untuk sama-sama raikan Aidilfitri yang penuh bermakna disamping orang tersayang . Walaupun raya tahun ni betul-betul kalut , betul-betul panik sehinggakan kelam-kabut dibuatnya selepas mendengar pengumuman mengenai tarikh Satu Syawal .
Malam raya masih di tempat kerja ??
Penghujung Ramadan CCL dan team office sempat juga luangkan masa berkumpul berbuka puasa sekali ..selepas berbuka dan selesaikan apa yang patut . Tiba-tiba kecoh esok raya..esok raya..esok raya .. Fuhh biar betul ? Nak kepastian yang lebih lagi dengar annoucmenent dari penyimpan mohor-mohor besar tentang raya mengatakan esok raya .. Alamak esok raya !! Memang kelam kabut dibuatnya .. Sepatutnya raya tahun ni dah plan untuk beraya dengan keluarga suami . Alih-alih malam raya pun masih bekerja .. Baju-baju pun belum packaging lagi ..nampak gaya terpaksa raya di Perlis juga .
Antara moment-moment indah panik raya 2022
-persiapan raya memang kelam kabut, malam raya masih lagi sibuk bekerja .
-baju raya baru masih terendam dalam baldi bersama air sabun , malam raya baru basuh dan pagi raya baru seterika baju .
-angan-angan nak lukis inai tidak menjadi.
-malam raya baru kalut isi duit raya ke dalam sampul raya .
-malam raya baru isi biskut raya ke dalam balang
-malam raya ayah sempat beli daging .
-petang sebelum raya sempat buka daun palas, tapi tak sempat nak buat ketupat serta rendang .
-pagi raya bersilat kat dapur tolong mak masak apa yang patut .
-petang raya kalut packing baju balik Kulim .
-petang raya last minit untuk outdoor photoshoot raya.
Walaupun semuanya kalut raya , alhamdulillah tetap beraya dengan ahli keluarga . Tahun ni , tahun pertama juga beraya tanpa arwah tokwan .
Al-fatihah untuk arwah tokwan . Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat rakan-rakan

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte