PERISTIWA DAN AMALAN DI BULAN REJAB

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 



PERISTIWA DAN AMALAN DI BULAN REJAB Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh dalam tahun Hijrah dan memiliki keutamaan yang penting dalam Islam. Bulan ini juga dipanggil sebagai bulan Mikraj kerana pada bulan ini terdapat peristiwa Israk dan Mikraj. Oleh itu, agama Islam menuntut umatnya untuk menghidupkan bulan ini dengan amalan-amalan ibadat. Bulan Rejab juga antara bulan yang dimuliakan oleh Islam dengan amalan sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan. 


Keistimewaan bulan Rejab


Salah satu daripada keistimewaan bulan Rejab ialah bulan ini merupakan salah satu daripada bulan Haram dalam Islam. Bulan Haram bermaksud bulan Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan Rejab. Bulan ini dihormati dalam agama Nabi Ibrahim A.S dan orang Arab amat memuliakan bulan ini dengan tidak dibenarkan untuk berperang dalam bulan ini.



INFO, BULAN REJAB, DOA BULAN REJAB, PERISTIWA BULAN REJAB, AMALAN DI BULAN REJAB, KEISTIMEWAAN BULAN REJAB, PAHALA DI BULAN REJAB


Masyarakat Arab sangat memuliakan bulan haram sekalipun dalam kehidupan mereka dipenuhi dengan kebodohan dalam penyembahan berhala. Mereka juga melarang sama sekali daripada berperang dalam bulan tersebut. 


Tatkala Islam datang, Islam masih lagi memuliakan bulan Haram dengan diberikan pahala yang besar bagi orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat, tetapi Islam memansuhkan peperangan dalam bulan ini melalui firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 9.


Bulan Rejab juga merupakan bulan yang diiktiraf oleh Allah sebagai bulan Allah


Peristiwa bulan Rejab


Banyak peristiwa penting di bulan Rejab yang berlaku dalam sejarah antaranya:


(1) Peristiwa Isra’ Mikraj.


Peristiwa agung 27 Rejab iaitu Baginda Rasulullah S.A.W telah diperjalankan oleh Allah dari Makkah ke Baitul Maqdis di waktu malam dan ketika itu juga sekali lagi dibelahnya dada Baginda Rasul S.A.W. Kemudian diangkatnya Baginda Rasul ke langit bertemu Allah, dan Allah telah memerintahkan kewajipan ibadah solat 5 waktu kepada umat Baginda Rasul.


(2) Penghijrahan pertama ke Habsyah.


Akibat ditekan oleh Musyrikin Makkah, para Sahabat mengadu kepada Baginda Rasulullah S.A.W, lalu Baginda Rasul menyarankan umat Islam berhijrah buat kali pertama ke Wilayah Habsyah walaupun Raja Habsyah ketika itu bukanlah seorang Muslim, namun Raja Habsyah seorang yang baik dan menjamin keselamatan orang Islam.


(3) Peperangan Tabuk.


Berlaku pada tahun 9 Hijrah, dan tiada pertempuran apabila tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan serta kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi sebarang kesukaran, menempuh musim panas, terik, serta lokasi Tabuk yang sangat jauh (di antara Hijjaz dan Syam).


(4) Imam Syafie meninggal dunia.


Beliau merupakan salah seorang dari empat imam mazhab besar dalam dunia feqah dan pengasas kepada Mazhab Syafie. Beliau berasal dari Gaza dan dilahirkan juga pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan tahun pemergian Imam Abu Hanifah.


(5) Pembebasan kedua Baitul Maqdis.


Tentera Islam yang dipimpin oleh Solahuddin Al-Ayubi telah Berjaya menawan kembali Baitul Maqdis kali kedua (583 Hijrah) menewaskan tentera Salib yang menjajah kawasan tersebut selepas pembukaan pertama oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A.



Amalan sunnah di bulan Rejab


keutamaan bulan Rejab, ianya terdapat beberapa amalan yang dituntut untuk dilakukan pada bulan Rejab ini. Ringkasnya, terdapat beberapa amalan sunat yang dituntut untuk diperbanyakkan pada bulan Rejab ini, iaitu menghidupkan dengan Qiamullail seperti solat sunnah, membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, berselawat ke atas Nabi S.A.W, dan berdoa. Manakala siang hari bulan Rejab pula dituntut untuk berpuasa dan bersedekah. Pada asasnya semua amalan ini boleh dihidupkan di sepanjang bulan Rejab.


Seseorang boleh mengamalkan kesemua amalan ini dan tidak menentukan bahawa mesti dilakukan pada bulan Rejab dan apa yang lebih penting amalan tersebut semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Bagi tujuan mengamalkan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya meningkatkan amal soleh dan sebagai bekalan menuju Allah S.W.T.

UDANG MASAK KARI HIJAU BERSAMA KENTANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera



RESEPI, PES KARI HIJAU , PES KARI HIJAU AYAM BRAND , AYAM BRAND MALAYSIA , UDANG MASAK KARI HIJAU , UDANG MASAK KARI HIJAU BERSAMA KENTANG


UDANG MASAK KARI HIJAU BERSAMA KENTANG Nak masak dengan mudah tanpa perlu sediakan banyak bahan-bahan , tanpa perlu potong-potong bahan . Nak masak tapi sangat - sangat rushing kejar masa ke sana ke sini ? Jangan risau Ayam Brand telah mengeluarkan satu produk terbaru iaitu pes masakan . Dengan adanya pes masakan ini semua kerja menjadi mudah dan dapat selesaikan masalah di atas dengan cepat . 



RESEPI, PES KARI HIJAU , PES KARI HIJAU AYAM BRAND , AYAM BRAND MALAYSIA , UDANG MASAK KARI HIJAU , UDANG MASAK KARI HIJAU BERSAMA KENTANG


CCL dah cuba pes kari hijau keluaran ayam brand ini . Memang best sebab jimat masa dan tak perlu potong apa-apa bahan . Nampak tekstur pes kari hijau yang telah dikisar halus korang hanya perlu tumis sampai naik bau sahaja . So apa menu yang CCL dah cuba dengan menggunakan pes kari hijau ayam brand ini 



Udang masak kari hijau bersama kentang .


RESEPI, PES KARI HIJAU , PES KARI HIJAU AYAM BRAND , AYAM BRAND MALAYSIA , UDANG MASAK KARI HIJAU , UDANG MASAK KARI HIJAU BERSAMA KENTANG


Bahan-bahan

-udang

-pes kari hijau ayam brand

-kentang

-air

-santan

-minyak masak

-gula/garam


Cara membuat

1.Tumiskan pes kari hijau sehingga naik bau .

2.masukkan air dan masukkan kentang, masak sehingga ubi kentang empuk .

3.Masukkan udang ke dalam bahan yang telah ditumis tadi .

4.Masukkan santan untuk menaikkan lagi rasa pes kari hijau tersebut dan letakkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa masing-masing . 


Siap untuk dihidangkan . Pelbagai menu yang korang boleh olah menggunakan pes kari hijau . 



LAUTAN POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


LAUTAN POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI Beberapa minggu lalu viral satu lokasi pemandangan yang sangat cantik terletak di Sungai Petani, Kedah . Memang sudah menjadi kebiasaan ramai setiap kali terdapat satu destinasi baru yang cantik, semua orang akan berpusu-pusu sehingga tidak mahu melepaskan peluang ingin ke sana.


TRAVEL , LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , LOJI KUMBAHAN JALAN BAKAR SAMPAH PADANG NAHU , POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI KEDAH , GAMBAR POKOK KELADI BUNTING


Siapa sangka sebuah loji kumbahan yang terletak di Sungai Petani, Kedah boleh berubah menjadi begitu cantik apabila ia dihiasi dengan  pokok keladi bunting yang sedang berbunga kembang sekaligus menarik perhatian orang awam termasuk CCL . 


Bila tengok semua gambar-gambar yang instagramable shot di loji kumbahan tersebut , hati terus meronta-ronta nak pergi sana. Memandangkan jarak dari Perlis ke Sungai Petani tidaklah mengambil masa terlalu lama, so weekend lepas CCL ajak suami ke Sungai Petani . Ramai yang cakap loji kumbahan ni sangat busuk , so nak tahu tahap kebusukkan loji tersebut sekaligus nak bergambar di tepi loji yang tasik ni , gagahkan juga ajak encik suami untuk ke sini . 


Sampai di loji kumbahan ini juga sudah jam menghampiri 5.30 petang . Keadaan cuaca juga amat mendung , syukur juga tak hujan , kalau tidak memang tidak berpeluang lah nak bergambar di sini . Orang Sungai Petani semestinya tahu kewujudan loji kumbahan ni , kalau korang yang travel dan nak singgah ke sini korang boleh sahaja waze " Texas Chicken Sungai Petani" . Ianya terletak betul-betul berhadapan Texas Chicken Sungai Petani .



TRAVEL , LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , LOJI KUMBAHAN JALAN BAKAR SAMPAH PADANG NAHU , POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI KEDAH , GAMBAR POKOK KELADI BUNTING


Sewaktu , CCL sampai sana , ada juga orang yang sedang bergambar di loji tersebut , mujur tak ramai dapat juga CCL dan suami menyelit di setiap sudut untuk mencari angle yang cantik . Memang banyak komen di media sosial mengatakan kawasan itu berbau busuk . Busuknya sampai melekat ke baju . .betul ke ?  Apabila CCL sendiri yang jejak kaki ke sana , barulah tahu keadaan yang sebenarnya . Bau loji kumbahan ini tidaklah sebusuk sampai tidak boleh bernyawa, bau tu kadang-kadang lalu sepintas lalu dibawa angin . 

Demi mendapatkan gambar yang cantik , ala-ala tengah bercuti di oversea , ku gagahkan juga . 



TRAVEL , LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , LOJI KUMBAHAN JALAN BAKAR SAMPAH PADANG NAHU , POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI KEDAH , GAMBAR POKOK KELADI BUNTING


Disebabkan keadaan cuaca yang mendung , hasil tangkapan  gambar lautan pokok keladi bunting tidak menghasilkan warna ungu , sebaliknya warna putih ,bunga pokok keladi bunting tidak sebegitu kembang sebab datang pun dah petang kan  tetapi ia tetap nampak menarik untuk dipandang. 



TRAVEL , LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , LOJI KUMBAHAN JALAN BAKAR SAMPAH PADANG NAHU , POKOK KELADI BUNTING DI LOJI KUMBAHAN SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI SUNGAI PETANI , TEMPAT VIRAL DI KEDAH , GAMBAR POKOK KELADI BUNTING


Memang banyak komen di media sosial mengatakan kawasan itu berbau busuk

Ada yang cakap sebenarnya loji kumbahan ini bukanlah loji najis , sebaliknya loji kumbahan sisa-sisa kilang yang disalahgunakan . Tempat itu sebenarnya adalah sebuah tasik semula jadi yang telah disalah guna sebagai lokasi pembuangan sisa-sisa kilang berhampiran. Apa-apa pun loji ini tetap nampak menarik untuk dipandang kerana ia ditumbuhi dengan pokok keladi bunting



Lokasi : Loji kumbahan , Jalan bakar sampah Padang Nahu (berhadapan Texas Chicken Sungai Petani)




SINGKIRKAN BLACKHEAD & WHITEHEAD DI SEKITAR HIDUNG DENGAN BABY BRIGHT GUDETAMA EGG WHITE PEEL OFF MASK


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 



BEAUTY , GUDETAMA , BABY BRIGHT GUDETAMA, BABY BRIGHT GUDETAMA EGG WHITE EEL OFF MASK , BLACKHEAD, WHITEHEAD, TIPS KECANTIKKAN , TIPS HILANGKAN WHITEHEAD



SINGKIRKAN BLACKHEAD & WHITEHEAD DI SEKITAR HIDUNG DENGAN BABY BRIGHT GUDETAMA EGG WHITE PEEL OFF MASK Siapa sini ada masalah blackhead dan whitehead yang terkumpul pada hidung , tambah lagi-lagi di tepi-tepi hidung  .bila tengok segala blackhead dan whitehead menapak je kat hidung tu rasa geram je nak picit-picit sampai keluar . Tapi kalau terlalu picit takut pulak nanti akan bagi kesan pada kulit , kulit akan melecet . So dengan adanya satu produk Baby Bright Gudetama Egg White Peel Off Mask 

memang sangat - sangat berkesan untuk atasi masalah tersebut , tak perlu korang nak picit-picit lagi .Ia  mempunyai 2 bahan berkuasa daripada Kuning Telur dan Putih untuk memberikan penyingkiran sempurna kekotoran dan sisa berminyak.



Bahan utama dalam Baby Bright Gudetama Egg White Peel Off Mask 


BEAUTY , GUDETAMA , BABY BRIGHT GUDETAMA, BABY BRIGHT GUDETAMA EGG WHITE EEL OFF MASK , BLACKHEAD, WHITEHEAD, TIPS KECANTIKKAN , TIPS HILANGKAN WHITEHEAD


-Ekstrak kuning telur

-Ekstrak albumin

-Vitamin C

-Witch Hazel 

-Hyaluronic Acid 

-Ekstrak lendiran siput



Fungsi utama Baby Bright Gudetama Egg White Peel Off Mask 


BEAUTY , GUDETAMA , BABY BRIGHT GUDETAMA, BABY BRIGHT GUDETAMA EGG WHITE EEL OFF MASK , BLACKHEAD, WHITEHEAD, TIPS KECANTIKKAN , TIPS HILANGKAN WHITEHEAD

-menyingkirkan kotoran dan sisa minyak  yang terkumpul dalam liang pori

-mengecilkan liang-liang pori 

-mengekalkan kelembapan kulit 

-menghilangkan blackhead dan whitehead 




Cara penggunaan Baby Bright Gudetama Egg White Peel Off Mask 


BEAUTY , GUDETAMA , BABY BRIGHT GUDETAMA, BABY BRIGHT GUDETAMA EGG WHITE EEL OFF MASK , BLACKHEAD, WHITEHEAD, TIPS KECANTIKKAN , TIPS HILANGKAN WHITEHEAD

Basahkan disekitar kawasan hidung , dan tampalkan egg white peel off mask  . Biarkan selama 15 minit, kemudian boleh tanggalkan secara perlahan-lahan , time tu korang boleh nampak seberapa banyak blackhead ataupun whitehead yang terkumpul di sekitar hidung .



Kesan selepas penggunaan Baby Bright Gudetama Egg White Peel Off Mask 


BEAUTY , GUDETAMA , BABY BRIGHT GUDETAMA, BABY BRIGHT GUDETAMA EGG WHITE EEL OFF MASK , BLACKHEAD, WHITEHEAD, TIPS KECANTIKKAN , TIPS HILANGKAN WHITEHEAD

Seminggu dua kali wajib tampal peel off mask pada hidung, whitehead pada hidung dan ditepi-tepi hidung tidak la terlalu banyak. Tetapi disebabkan pemakaian mekap pada setiap hati wajib cuci muka sebersihnya . Kalau tak cuci dengan bersih maka segala kekotoran akan berkampung di liang liang pori dan akan menyebabkan pori tersumbat sekaligus akan menyebabkan punca utama kepada blackhead dan whitehead. Memang best guna peel off mask dari gudetama ni , kesannya sangat kuat untuk menarik segala sisa kotoran yang ada pada liang pori . Sekaligus dapat membersihkan liang pori . 



KEDUTAN & EYEBAG MAKIN HILANG SELEPAS MEMAKAI BABY BRIGHT GUDETAMA EYE MASK PATCH


Assalamualaikum dan salam sejahtera



BEAUTY, GUDETAMA , BABY BRIGHT GUDETAMA EYE MASK PATCH, EYE MASK PATCH , SKINCARE GUDETAMA, TIPS KECANTIKKAN ,cara hilangkan lingkaran gelap bawah mata, DARK CIRCLE, EYEBAG, HILANGKAN EYEBAG

KEDUTAN & EYEBAG MAKIN HILANG SELEPAS MEMAKAI BABY BRIGHT GUDETAMA EYE MASK PATCH Bagi wanita yang telah meningkat usia , kedutan bawah mata adalah salah satu penuaan yang sering untuk dielakkan . Terdapat pelbagai tips untuk memastikan  bahagian bawah mata nampak lebih tegang tanpa kedutan halus .Baby bright Gudetama eye mask patch salah satu produk yang dapat menangani masalah kedutan bawah mata sekaligus dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata . 



Bahan yang terkandung dalam Baby Bright Gudetama  Eye Mask Patch



BEAUTY, GUDETAMA , BABY BRIGHT GUDETAMA EYE MASK PATCH, EYE MASK PATCH , SKINCARE GUDETAMA, TIPS KECANTIKKAN ,cara hilangkan lingkaran gelap bawah mata, DARK CIRCLE, EYEBAG, HILANGKAN EYEBAG

-Ekstrak kuning telur

-Ekstrak Albumin

-Vitamin C

-Ceramide

-Hyaluronic Acid

-Ekstrak lendiran siput



Fungsi utama Baby Bright Gudetama  Eye Mask Patch


BEAUTY, GUDETAMA , BABY BRIGHT GUDETAMA EYE MASK PATCH, EYE MASK PATCH , SKINCARE GUDETAMA, TIPS KECANTIKKAN ,cara hilangkan lingkaran gelap bawah mata, DARK CIRCLE, EYEBAG, HILANGKAN EYEBAG

-menghilang kedutan halus

-menghilangkan lingkaran gelap bawah mata

-menghilangkan eyebag

-memberikan kelembapan bahagian bawah mata



Cara penggunaan Baby Bright Gudetama  Eye Mask Patch


Selepas membersih muka, sapukan eye mask patch pada kedua-dua bawah mata dan biarkan selama 15-20 minit. Kemudian, buka topeng tanpa dibilas.



Kesan selepas penggunaan Baby Bright Gudetama Eye Mask Patch 



BEAUTY, GUDETAMA , BABY BRIGHT GUDETAMA EYE MASK PATCH, EYE MASK PATCH , SKINCARE GUDETAMA, TIPS KECANTIKKAN ,cara hilangkan lingkaran gelap bawah mata, DARK CIRCLE, EYEBAG, HILANGKAN EYEBAG

Nak hilangkan  kesan kedutan bawah mata , lingkaran gelap bawah mata , hilangkan eyebag memang perkara yang sangat susah . Dah macam-macam tips sudah di cuba , tetapi selepas menggunakan produk dari Gudetama iaitu eye mask patch memang sangat berkesan . Eyebag pada mata semakin berkurang manakala kedutan bawah mata juga semakin pulih cumanya perlu memakai dengan konsisten . 



Untuk korang yang nak cuba produk ini boleh dapatkan di drugstore yang berdekatan . 





KERABU SOTONG ALA THAI


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


KERABU SOTONG ALA THAI Bila bercerita tentang makanan Thailand sudah semestinya terliur melihat setiap hidangan yang diorang olahkan . Yang penting semestinya halal untuk umat islam .baru-baru ini terlalu lalang di wall facebook CCL resepi " kerabu sotong ala thai " .  Bila dah research resepi menu ini , nampak mudah sahaja , segala bahan-bahan dan cara penyediaan tidak merumitkan . So ayuh pergi beli bahan-bahan . 



RESEPI , RESEPI ANEKA KERABU , KERABU SOTONG , KERABU SOTONG ALA THAI , RESEPI KERABU SOTONG ALA THAI , KERABU SOTONG THAI ,


Bahan-bahan resepi kerabu sotong ala Thai

-Sotong

-Daun ketumbar

-Sos ikan

-Gula 

-Garam

-Cili padi

-Bawang putih 

-Lobak merah 

-Limau nipis

-Serai


Cara penyediaan kerabu sotong ala Thai


  1. Rebus sotong dalam air panas yang mendidih.

  2. Potongkan semua bahan-bahan

  3. Gaulkan semua bahan-bahan tersebut bersama sotong dan tambahkan sedikit garam , gula serta perahan air limau nipis  .


MENANG REBET MAXIS RM300 JARINGAN PRIHATIN DARI SCAMMER 017-7967358

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


MENANG REBET MAXIS RM300 JARINGAN PRIHATIN DARI SCAMMER 017-7967358 Salam tahun 2022 , ni juga merupakan entri pertama blog untuk tahun 2022 . belum terlambat untuk CCL ucapkan Selamat Tahun Baru 2022 untuk pembaca setia mahupun pengunjung blog CCL . 


Awal pagi tadi CCL dikejutkan dengan satu panggilan dari Scammer . Bak kata , cari rezeki di awal pagi  ni saat yang sangat penuh  berkat . waktu pagi juga la waktu afdhal  di mana rezeki  sedang berkeliaran  dari rumah ke rumah untuk mencari pemilikNya  . tapi pastikan cari rezeki yang halal untuk diri dan juga ahli keluarga . 


SCAMMER , PANGGILAN SCAMMER , TERIMA PANGGILAN SCAMMER , PANGGILAN SCAMMER MAXIS


Pepagi lagi dah terima call dari scammer . Katanya si scamner ni call dari pihak Maxis Centre . , memandangkan number telefon CCL ni sudah pun lama berkhidmat dengan Maxis . So si Scammer Maxis ni pun berbesar hati nak rewardskan CCL dengan rebet Jaringan Prihatin RM300 sempena hari ulang tahun Maxis . CCL pun layan je agend si  scammer ni , sempat juga tanya "why  you call i pakai fone number biasa , call pula melalui whatsapp , kenapa you tak call pakai hotline number sahaja ? " si scammer pun jawab "hotline terlalu sibuk sekarang dengan beratusan panggilan masuk dan panggilan keluar" . Hahaha CCL tergelak dengan jawapan si Scammer . 


Berbalik kepada cerita tadi . Si scammer pun explain mengenai rebet RM300 , boleh claim melalui prepaid/postpaid mahupun cash money . CCL pun bagi jawapan "ok i nak cash money la , tapi kalau cash money i kena bagi you akaun number lah yer ?? Si scammer pun jawab xperlu . You just bagi no TAC yang dihantar melalui mesej" . Dalam beberapa saat macam tu si scammer minta CCL check ada terima tak NO TAC . CCL pun segera check dan memang betul terima NO TAC . CCL kembali tanya pada si scammer , "kalau i bagi you no TAC ni memang safety ke ?? " Si scammer pun yakinkan aku bahawa ianya memang safety . CCl dari tadi memang tak sedap hati , tapi CCL layankan aje agenda dia . 


Bagi NO TAC pada scammer ? memang tidak laa . Cari masalah lah kalau bagi . Kang lesap duit dalam bank kan ..


SCAMMER , PANGGILAN SCAMMER , TERIMA PANGGILAN SCAMMER , PANGGILAN SCAMMER MAXIS


CCL pun minta si scammer tu tunggu sekejap untuk perbualan , sebab si scammer call time CCL tengah bekerja . CCL  cakap tengah ada kerja , dia sanggup tak nak matikan perbualan . Segera CCL buka akaun CIMB CLICK  dan amaun yang ada dalam akaun tersebut tak ada la banyak hanya ada RM121.** macam itu aje . CIMB bank ini guna untuk shopping barangan online sahaja . So CCL  segerakan transfer RM100  ke akaun bank yang lain . So bakinya hanya tinggal RM21 sahaja . So boleh rasa selamat sedikit duit CCL . 


Sambung perbualan tadi bersama si scammer, dia masih yakinkan CCL bahawa dia bukan scammer .walaupun CCL tidak sesekali terpedaya . CCL pun cakap "kalau betul you nak bagi rebet RM300 you boleh sahaja masukkan terus ke postpaid" segera so scammer putar cerita katanya xboleh . Ehh awal-awal tadi kau cakap boleh pilih postpaid/prepaid dan cash money " . Hahahah . CCL pun cakap "xapa lah kalau macam tu , nanti CCL pergi Maxis Centre berdekatan untuk claim rebet ni "


Hebatnya si Scammer ni , dia boleh tahu CCL tengah online akaun CIMB  dan dia tahu CCL baru sahaja money out RM100 . Dashyat kerja diorang !!! Jadi takut pulak nak isi duit dalam CIMB BANK ni banyak-banyak untuk online shopping . Rasa macam dah tak safety . 


SCAMMER , PANGGILAN SCAMMER , TERIMA PANGGILAN SCAMMER , PANGGILAN SCAMMER MAXIS

Akhirnyaa si scammer tidak berjaya tarik duit selepas dia tengok ada transaksi money out dalam akaun CCL . Huhhh . Minta suami detectkan number si scammer , ianya memang betul-betul scammer . Dah ramai yang report number beliau . 


Hati-hati korang  . 

HADA LABO H.A SUPREME VITA BOOSTER SERUM

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



BEAUTY , REVIEW , HADA LABO , HADA LABO SUPREME VITA BOOSTER SERUM , SERUM HADA LABO , REVIEW SERUM HADA LABO SUPREME VITA BOOSTER SERUM , KECANTIKKAN , HADA LABO MALAYSIA , SKINCARE HADA LABO , JENIS SERUM HADA LABO


HADA LABO H.A SUPREME VITA BOOSTER SERUM Formulasi suntikan pemutihan dalam serum baharu Hada Labo , kulit cerah dan berseri tanpa bintik hitam . Kebanyakan daripada kita sering risau apabila mengalami masalah kulit  kusam dan bintik hitam pada wajah . Sebenarnya tak susah nak memiliki kulit yang sihat berseri bak kulit telur. yang penting perlukan penjagaan wajah yang secukupnya . Hada Labo H.A Supreme Vita Booster Serum  baharu ini ada segala yang korang perlukan untuk memiliki kulit wajah yang cantik tanpa sebarang cela . 



Fungsi utama Hada Labo H.A Supreme Vita Booster Serum



BEAUTY , REVIEW , HADA LABO , HADA LABO SUPREME VITA BOOSTER SERUM , SERUM HADA LABO , REVIEW SERUM HADA LABO SUPREME VITA BOOSTER SERUM , KECANTIKKAN , HADA LABO MALAYSIA , SKINCARE HADA LABO , JENIS SERUM HADA LABO


Hada Labo H.A Supreme Vita Booster Serum merupakan serum yang mengandungi formula suntikan pemutihan  serta mengandungi 5% Niacinamide , vitamin B12 dan 4 jenis Hyaluronic Acid yg dapat mencerahkan kulit wajah 


Serum ini juga akan meresap jauh ke dalam lapisan dermis 1.5mm supaya ia dapat memberi kesan yang cepat pada kulit wajah .Hada Labo Supreme HA Vita Brightening Booster Serum juga mampu bantu mencerahkan kulit wajah yang kusam serta mengurangkan bintik hitam dan kulit kusam sebanyak 48% tau!



Bahan kandungan Hada Labo H.A Supreme Vita Booster Serum



BEAUTY , REVIEW , HADA LABO , HADA LABO SUPREME VITA BOOSTER SERUM , SERUM HADA LABO , REVIEW SERUM HADA LABO SUPREME VITA BOOSTER SERUM , KECANTIKKAN , HADA LABO MALAYSIA , SKINCARE HADA LABO , JENIS SERUM HADA LABO


Water (Aqua),  Glycereth-26, Glycerin, Niacinamide, Propanediol, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Diglycerin, Panthenol, Polyglycerin-3, Acrylates/C-19-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Tromethamine, Betaine, Xanthan Gum, Ethylhexylglycerin, Adenosine, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Hydroxypropyltrimonium Hyaluronate, Hyaluronic Acid, Hippophae Rhamnoides Fruit Extract, Rosa Canina Fruit Extract, Disodium Phosphate, Maltodextrin, Caprylic/Capric Triglyceride, Sodium Phosphate, Saccharideisomerate, Glyceryl Caprylate, Myrciaria Dubia Fruit Extract, Sodium Hyaluronate, Algae Extract Sodium Citrate, Brassica Rapa (Turnip) Leaf Extract, Citric Acid, Cyanocobalamin



BEAUTY , REVIEW , HADA LABO , HADA LABO SUPREME VITA BOOSTER SERUM , SERUM HADA LABO , REVIEW SERUM HADA LABO SUPREME VITA BOOSTER SERUM , KECANTIKKAN , HADA LABO MALAYSIA , SKINCARE HADA LABO , JENIS SERUM HADA LABO


5% niacinamide

Mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat sebanyak 48%


4X hyaluronic acid

4 jenis hyaluronic acid dapat menembusi lapisan kulit secara mendalam untuk mengunci, menambah dan memulihkan kelembapan untuk kulit yang lembap dengan sempurna


B Vitamin

Vitamin B12 dan B5 mencerahkan dan meratakan tona kulit


Penghidratan yang mendalam

Menembus jauh ke dalam lapisan dalam kulit untuk memastikan ia terhidrat dengan baik


Tekstur Hada Labo H.A Supreme Vita Booster Serum 


BEAUTY , REVIEW , HADA LABO , HADA LABO SUPREME VITA BOOSTER SERUM , SERUM HADA LABO , REVIEW SERUM HADA LABO SUPREME VITA BOOSTER SERUM , KECANTIKKAN , HADA LABO MALAYSIA , SKINCARE HADA LABO , JENIS SERUM HADA LABO

Tekstur serum yang sangat lightweight . 
Paling penting bebas :-

-paraben 

-wangian

-alkohol

-pewarna

-mineral oil 

-Mit

-silicone 

-dlglycol



Kesan selepas penggunaan Hada Labo H.A Supreme Vita Booster Serum 



BEAUTY , REVIEW , HADA LABO , HADA LABO SUPREME VITA BOOSTER SERUM , SERUM HADA LABO , REVIEW SERUM HADA LABO SUPREME VITA BOOSTER SERUM , KECANTIKKAN , HADA LABO MALAYSIA , SKINCARE HADA LABO , JENIS SERUM HADA LABO


Terima kasih Hada Labo kerana mengeluarkan satu lagi essence serum Hada Labo Booster Vita C Serum  . Selama 2 minggu konsisten dengan memakai serum ini hasilnya kulit wajah nampak sedikit cerah dan kulit wajah tidak lagi nampak terlalu kusam seperti sebelumnya . Dengan texture serum yang lightweight , ringan apabila disapu pada kulit wajah ia secara automatik sangat mudah menyerap dengan pantas ke dalam kulit wajah tanpa rasa melekit . Kulit wajah juga nampak glowing dan rasa lembab selepas pemakaian serum ini .Serum ini juga amat sesuai untuk semua kulit terutamanya korang mempunyai kulit wajah yang kusam .


Dengan adanya kandungan  5% niacinamide, vitamin B12 ,  dan 4 jenis Hyaluronic Acid yang dapat memberikan kecerahan pada kulit wajah,menghilangkan parut jerawat, mengatasi masalah kulit kusam , dan memberikan kelembapan yg sepenuhnya pada kulit wajah .


Korang yang nak cuba booster serum dari Hada Labo ini boleh la membuat pembelian melalui website Hada Labo https://hadalabo.com.my/collection/ha-supreme ataupun di drugstore yang berdekatan