BEKALAN OKSIGEN MAMPU BERTAHAN 72JAM SAHAJA. APA NASIB KRU KAPAL SELAM KRI NANGGALA 402 YANG HILANG DI DASAR LAUT ?

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


KAPAL SELAM NANGALA 402, INFO KAPAL SELAM NANGALA 402, KAPAL SELAM PERANG, KAPAL SERAM NANGALA 402 HILANG, KRU KAPAL SELAM NANGALA 402, NANGALA 402, KAPAL SELAM NANGALA 402 HILANG DARI RADAR, GAMBAR KAPAL SELAM NANGALA 402


BEKALAN OKSIGEN MAMPU BERTAHAN 72JAM SAHAJA. APA NASIB KRU KAPAL SELAM KRI NANGGALA 402 YANG HILANG DI DASAR LAUT ? Dah lebih 24 jam hilang. Sebuah kapal selam jenis KRI Nanggala 402 milik Tentera Laut (Navy), Tentera Nasional Indonesia (TNI) masih lagi hilang dan belum dijumpai. Ada 53 orang kru dalam kapal selam. Moga mereka semua selamat. 


Sebelum hilang, kapal selam itu dikatakan menjalani latihan tembakan torpedo di perairan Bali. Ada yang mengatakan kapal selam itu tenggelam pada dasar lautan melebihi 700 meter. Kedalaman itu sudah melebihi kapasiti dan keupayaan kapal selam tersebut untuk menyelam.


KAPAL SELAM NANGALA 402, INFO KAPAL SELAM NANGALA 402, KAPAL SELAM PERANG, KAPAL SERAM NANGALA 402 HILANG, KRU KAPAL SELAM NANGALA 402, NANGALA 402, KAPAL SELAM NANGALA 402 HILANG DARI RADAR, GAMBAR KAPAL SELAM NANGALA 402


Laporan berita BBC melaporkan hanya ada baki 72 jam bekalan oksigen. Kapal selam itu perlu dijumpai secepat mungkin. 6 kapal perang termasuklah dari Malaysia dan Singapura sedang membantu mencari sekarang. Ada tumpahan minyak dikesan pada satu permukaan lautan. Pencarian cuba dibuat di kawasan tersebut namun tidak berjaya setakat ini. Kawasan tumpahan minyak tersebut adalah terlalu dalam. Usaha mencari masih belum berhasil.


Setakat ini, belum dijumpai lagi kapal selam KRI Nanggala 402. Nasib kesemua 53 orang kru masih menjadi tanda tanya.


Teruskan berdoa! 



CERITA RAMADHAN : ALHAMDULILLAH DAPAT BERKUMPUL BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


CERITA RAMADHAN : ALHAMDULILLAH DAPAT BERKUMPUL BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA  Hari ini Ramadhan ke 10 jatuh pada tarikh 22 April 2021 . Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan ini kali pertama dalam tahun ini dapat berbuka puasa dengan semua family , tak ketinggalan jugak Ramadhan ke-10 ini juga kali pertama CCL berpeluang iftar bersama suami . Memandang masing-masing PJJ , tetapi alhamdulillah ada juga ruang dan waktu untuk berbuka sekali . 


Tak ketinggalan jugak hari ini tokwan dan juga mak menakan pun datang ke rumah untuk berbuka sekali beramai-ramai . Tahun-tahun sebelum ni ada jugak memori berbuka puasa bersama-sama family , termasuk arwah tok ketika arwah masih ada . .memndangkan tahun lepas 2020 memang tak berkesempatan nak berbuka puasa bersama sebab masing-masing tak boleh rentas negeri disebabkan lockdown Covid-19 . Tetapi pada tahun ni alhamdulillah, syukur dapat berkumpul sama-sama menjamu selera juadah berbuka walaupun tanpa arwah tok . Rindu tetap ada . Dah berap bulan tak balik ziarah kubur arwah tok . Rindu sangat . Kenangan yang tak boleh dilupakan . 




Menu yang simple juga untuk berbuka hari ni . Ada yang masak dan ada juga yang beli di bazar Ramadhan . 

  •  Ikan terubuk bakar
  • Ikan gerut masak 3 rasa
  • Pajeri buah janguih
  • Air asam perut
  • Kerabu jantung pisang 
  • Kurma telur 
  • Sambal ikan
  • Sayur campur
  • Kurma
  • Murtabak
  • Kuih muih 

Alhamdulillah rezeki Allah Taala bagi cukup untuk CCL sekeluarga . 


Alhamdulillah 

ALHAMDULILLAH DATO SERI SITI NURHALIZA SELAMAT MELAHIRKAN BAYI LELAKI .

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


ALHAMDULILLAH DATO SERI SITI NURHALIZA SELAMAT MELAHIRKAN BAYI LELAKI . Pagi 7 Ramadhan ni , Dato Seri Siti Nurhaliza , serta suaminya Dato Seri Khalid dan tak ketinggalan juga team Siti Nurhaliza Production menkongsikan berita gembira di laman sosial media . Apa yang gembiranya ? Dato Seri Siti Nurhaliza sudah selamat melahirkan anak . Bertambah lagi ahli dalam keluarga diorang kan . Aafiyah pun dah jadi kakak . 


BAYI LELAKI DATO SITI NURHALIZA, GAMBAR BAYI LELAKI DATO SITI NURHALIZA , NAMA BAYI LELAKI DATO SITI NURHALIZA , BIODATA DATO SITI NURHALIZA, AAFIYAH JADI KAKAK, DATO SITI NURHALIZA BERSALIN KALI KEDUA, SITI NURHALIZA BERSALIN,


Dato Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.48kilogram pada 19April 2021 di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21pagi . Bayi lelaki yang sihat seberat 3.48 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan . 


Alhamdulillah bayi serta Dato Seri Siti Nurhaliza berada dalam keadaan sihat . Tahniah CCL ucapkan untuk keluarga mereka. 

PADLOCK PAGAR BERKARAT DAN SUSAH NAK BUKA ? INI PENYELESAIANYA GUNA BAHAN TERBUANG SAHAJA

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


TIPS, TIPS ATASI PADLOCK BERKARAT, PADLOCK BERKARAT , WD40, ATASI PADLOCK BERKARAT


PADLOCK PAGAR BERKARAT DAN SUSAH NAK BUKA ? INI PENYELESAIANYA GUNA BAHAN TERBUANG SAHAJA  Padlock berkarat ? Alamak susah la nak lock lepas ni . Hurmm hangpa mesti ada masalah macam ni kan . Terutamanya padlock pagar di rumah hangpa yang asyik berkarat . Dah berapa lama berkarat tu ? Mesti sisah nak lock kan . Kalau dah berkarat mesti hangpa akan tukar baru , tak ke membazir je kan . 


CCL nak share satu tips dengan hangpa . Lepas ni hangpa dah tak layah susah-susah beli baru padlock pagar tu . Atasi padlock dari berkarat hanya mengunakan bahan terbuang sahaja iaitu botol mineral . 



Padlock berkarat, mesti susah nak buka kan . Sakit mata pulak tengok padlock berkarat macam ni . 



Ini salah satu penyelesaiannya, Guna sahaja botol mineral yang terpakai , potong seperti contoh gambar di atas .


Kemudian sarungkan botol mineral yang sudah dipotong mengikut saiz padlock seperti dalam gambar . So padlock tak terdedah kepada air hujan yang boleh menyebabkan padlock cepat berkarat.  Nak lagi tahan lama spraykan padlock dengan WD40 . 

Itu sedikit sebanyak tips yang CCL dapat kongsikan dengan hangpa . Selamat mencuba 










CERITA RAMADAN : BAZAR RAMADAN DALAM NORMA BARU

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera .



RAMADHAN, RAMADHAN 1442H,CERITA RAMADHAN 1442H,


CERITA RAMADAN : BAZAR RAMADAN DALAM NORMA BARU  Tahun kedua sambut bulan Ramadan dalam keadaan Malaysia dalam pandemik covid-19 . Kalau tahun lepas memang tiada sebarang anjuran bazar Ramadan di seluruh negeri , tapi pada tahun ini alhamdulillah bazar Ramadhan dijalan sepertia biasa tetapi dalam norma baharu demi memastikan rantaian covid-19 dapat diputuskan . 


Hari ini CCL berpeluang kunjung salah satu bazar Ramadan yang diaadakan di negeri Perlis ini . Sampai di tapak bazar Ramadhan pada jam 4.30 petang . Suasana bazar dipenuhi orang ramai , serta peniaga-peniaga juga sudah mula berniaga . Tidak terkecuali jugak ramai yang mula beratur mengikut SOP yang ditetapkan . 


Had pengunjung di dalam kawasan bazar Ramadan seramai 200 orang dalam satu masa . Dengan adanya beberaa orang anggota RELA dan anggota Polis keadaan bazar teratur dan tidak sesak dengan pengunjung . Pengunjung yang mengunjungi bazar Ramadan perlu beratur mengikut giliran dengan jarak yang ditetapkan, scan code mysejahtera, check suhu , memakai pelitup muka dan jaga jarak 1m . Ini adalah salah satu perkara asa yang hangpa perlu patuhi


Sama-samalah kita semua jaga diri daripada munculnya kluster bazar . 

CERITA RAMADHAN : RM10 CUKUP UNTUK 3 MENU BERBUKA PUASA ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera


CERITA RAMADHAN : RM10 CUKUP UNTUK 3 MENU BERBUKA PUASA ? Tak hairanlah setiap kali bulan Ramadhan, bazar Ramadhan tumbuh bagai cendawan dan lebih menariknya di situlah tempat reunion makanan-makanan. Kenapa CCL gelar tempat reunion makanan-makanan ? Hah di Bazar Ramadhan lah kita akan boleh lihat pelbagai jenis makanan yang susah nak jumpa tapi bila jejak kaki di bazar , segala makanan ada . Menyelerakan tengok semua makanan dan minuman.


Tapi kebanyakan dari kita membeli kerana nafsu. Mana tak nya , tengok kiri makanan sedap , tengok makanan pun makanan sedap sehingga confius nak makan apa, sehinggalah ada yang membuat keputusan untuk beli sahaja juadah yang diingini . Maka berlakulah pembaziran . 




Memandangkan hari first Ramadhan berbuka puasa dengan officemate . So buat keputusan untuk jejak kaki ke bazar Ramadhan dengan niat membeli makanan hanya berbekalkan RM10 . Jadilah RM10 untuk sorang makan je kan .. CCL berbelanja RM10 dan dapat tiga menu sahaja. Iyalah ekonomi sekarang tak macam zaman dulu-dulu .. Zaman dulu RM10 mampu bertahan berhari-hari dan dapat beli barang dengan kuantiti yang banyak . Zaman sekarang RM10 hanya sehari. 


Menu apa yang CCL dapat berbekalkan RM10 ? CCL dapat beli nasi kerabu , cappuccino ice dan kuih lapis sebagai pemanis mulut. Alhamdulillah sebelum melangkah ke tapak bazar Ramadhan dah niat dalam hati nak berbelanja RM10 sahaja. Alhamdulillah. Syukur atas rezeki Allah Taala . Walaupun tak banyak tapi dah rasa cukup tanpa sebarang pembaziran . Lepas ni boleh latih diri untuk berbelanja ala kadar . 




SALAM RAMADHAN 1442H

 

Assalamualaikum dan salam Sejahtera .


SALAM RAMADHAN, RAMADHAN 1442H, UCAPAN SALAM RAMADHAN , RAMADHAN ALMUBARAK


SALAM RAMADHAN 1442H Alhamdulillah tahun ini Allah masih pinjamkan nyawa untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan .Syukur yang tak terhingga . Seperti biasa sambutan ramadhan kali ini  masih lagi dikelilingi dengan orang-orang yang tersayang terutamanya keluarga sendiri , dan lagi bertambah tahun ini sambut ramadhan bersama suami . Memandang CCL masih lagi bekerja shift, seperti biasa tahun ini juga Ramadhan pertama berbuka puasa bersama rakan-rakan sekerja di tempat kerja . Begitu juga, lepas kahwin memandangkan CCL dan suami masih lagi PJJ tak berpeluang juga berbuka puasa Ramadhan 1 bersama-sama . InsyaAllah akan ada hari yang boleh berbuka bersama-sama keluarga dan suami . 


Ramadhan 1442H norma baru, kalau tahun lepas tiada sebarang bazar Ramadhan yang beroperasi , tapi pada tahun ini alhamdulillah rata-rata negeri sudah dibenarkan pengoperasian bazar Ramadhan mengikut SOP yang ditetapkan kecuali negeri Kelantan kerana kes Covid-19 masih naik . Rindu tak rindu nak pergi bazar Ramadhan ? Sememangnya mesti rindu, rindu nak melihat pelbagai juadah berbuka . Semoga kita samacsama dapat patuhi SOP di mana-mana sahaja . 


Di kesempatan Ramadhan pertama untuk tahun ini , CCL ingin memohon maaf andai terkasar bahasa, terkomen yang tak kena . Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun yang lepas . Semoga tahun ini kita sama-sama dapat tingkatkan amal ibadat . Aamiin..aamiin . 



Selamat berpuasa my followers . 

SHOPEEPAY FOR A DONUT HUNT

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera



SHOPEEPAY FOR A DONUT HUNT Donuts and coffee - the essential breakfast, tea or even snack on the go which is stereotypically American due to television. If you’re hunting for an evening snack or looking for a sweet treat for iftar, come join us in the urban jungle on the hunt for donut bargains using mobile wallet, ShopeePay.


Malaysians can now enjoy these sugary treats with promotions featuring brands like Krispy Kreme, Big Apple Donuts and J. Co Donuts.


Krispy Kreme




Krispy Kreme relaunched their Nutella filled ring donuts due to popular demand, and recently opened a branch in Bangsar South. 


Add on an Iced Hazelnut Latte to chill out on the hot afternoons - for a minimum spend of RM10, earn RM4 cashback when using ShopeePay.


Big Apple Donuts




Not to be outdone, Big Apple Donuts is opening a branch at Bandar Mahkota Cheras, and is also offering Nutella filled treats with their Stella Nutella and Captain Nuts donuts. 


Earn yourself RM3 cashback with a minimum spend of RM15 - we recommend the box of 4 for sharing - or maybe stress eating, we won’t judge.



J. Co Donuts


While the other two go nuts, J. Co decides to spill the tea - literally. Visit your nearest branch and try out their recently introduced Houjicha lattes, frappes and, of course, the donut - which is selling like hot cakes. 


Use ShopeePay and earn RM4 cashback when you spend a minimum of RM10 at your nearest J. Co branch. Or, buy a ShopeePay Voucher for 5 sen on your Shopee app, and claim a 40 percent cashback of up to RM4 at your nearest outlet, exclusively when you pay with ShopeePay.



GIVEAWAY SAMPUL RAYA HIPSTER

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


GIVEAWAY SAMPUL RAYA HIPSTER




syarat mudah


1. Buat satu entry bertajuk : Giveaway  Sampul Raya Hipster

2. Letakkan banner dan backlink kan kepada link entry ini

3. Publish entry dan letakkan link penyertaaan blog dalam entry ini


Hadiah untuk pemenang Giveaway Sampul Raya Hipster

Hadiah pertama
50 pcs Sampul duit raya hipster


Hadiah kedua
40 pcs sampul duit raya hipster

Hadiah ketiga
30 pcs sampul duit raya hipster


Giveaway bermula hari ni 5 April 2021 sehingga 12 April 2021.


Nak join ? Tekan banner kat atas 

SINOPSIS DRAMA TAK SEMPURNA MENCINTAIMU

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera .


DRAMA, INFO, SINOPSIS DRAMA, TAK SEMPURNA MENCINTAIMU, SINOPSIS NOVEL TAK SEMPURNA MENCINTAIMU, FULL EPISOD DRAMA TAK SEMPURNA MENCINTAIMU, PELAKON DRAMA TAK SEMPURNA MENCINTAIMU


SINOPSIS DRAMA TAK SEMPURNA MENCINTAIMU Cerita ini merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama, "Tak Sempurna Mencintaimu" karya Rehan Makhtar yang diterbitkan pada tahun 2018. Selepas kejayaan antara novel best seller ketika itu, dan kini diangkat ke kaca TV pula. Antara pelakon hebat yang terlibat dalam drama ini seperti Redza Rosli, Intan Najuwa, Fendy Bakry, Rita Nadira dan ramai lagi.


BARISAN PELAKON

Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Redza Rosli, Intan Najuwa, Fendy Bakry dan Rita Nadira. Ianya dibantu oleh Dato’ Tamimi Siregar, Wan Maimunah, Nafiez Zaidi, Aniq Suhair, Azza Elite, Ali Reza, Shah Khan, Scha Elinnea, Naim Shamshol dan ramai lagi.



WATAK

Redza Rosli sebagai MUSTAQIM

Intan Najuwa sebagai SIRATUL

Fendy Bakry sebagai EPUL

Rita Nadira sebagai MELISSA

Nafiez Zaidi sebagai FIQRI

Aniq Suhair sebagai SAFWAN

Azza Elite sebagai KAK SITI

Ali Reza sebagai KYLE

Shah Khan sebagai KUCA

Scha Elinnea sebagai MAWARDAH

Naim Shamshol sebagai RUDY






SINOPSIS

Drama Tak Sempurna Mencintaimu mengisahkan tentang Mustaqim dan Siratul yang masing-masing menjaga diri antara satu sama lain,  dan sama-sama membentuk diri kearah kebaikan. Mustaqim berpewatakan seorang yang agak nakal dan panas baran manakala Siratul pula seorang yang penyabar, tabah dan lurus. Siratul bekerja keras demi mencari rezeki tanpa bergantung pada sesiapa pun. 


Pertemuan Mustaqim dan Siratul pada awalnya penuh dengan amarah tetapi akhirnya jatuh cinta.

Kisahnya bermula apabila adik Siratul telah melanggar motor kesayangan Mustaqim menyebabkan dia marah dan dengan lantang menghina gadis itu. Tapi walaupun dalam keadaan marah dia mengikuti Sidratul, menggantikan perbelanjaan motor yang telah hancur dan rosak dan menghantar gadis itu pulang ke rumah dengan selamat. 


Mengenali Siratul membuatkan Mustaqim mula merasa tenang setelah 10 tahun hatinya terluka akibat pengkhianatan yang dilakukan  oleh Melisa. Melisa merupakan seorang gadis yang amat menyukainya tetapi cinta itu tidak dibalas oleh Mustaqim. Lantas untuk membalas dendam Melisa berkahwin dengan ayah Mustaqim. Difitnahnya Mustaqim sehingga ayahnya menghalau keluar dari rumah dan dia tidak pernah pulang lagi selama 10 tahun.


Dengan adanya Siratul, hati yang beku itu perlahan-lahan cuba melupakan kesilapannya semalam. Tanpa sedar, cinta mula berputik antara mereka. Namun, cinta mana yang tidak diuji? Hadirnya Melisa tanpa diduga, membuatkan kisah cinta mereka benar-benar dipukul badai.


Adakah Siratul dan Mustaqim dapat bersatu pada pengakhirannya? Dapatkah Mustaqim memaafkan dan kembali semula pada ayahnya? Jangan lupa menonton drama ini sehingga penghujung episod . 



CADBURY ZIP : LEBIH BANYAK COKLAT DAN WAFER YANG LEBIH DENGAN CADBURY

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


COLLABORATION,BLOGGER REVIEW, CADBURY MALAYSIA, CADBURY WAFER ZIP CHOCOLATE, CADBURY CHOCOLATE, WAFER CADBURY


CADBURY ZIP : LEBIH BANYAK COKLAT DAN WAFER YANG LEBIH DENGAN CADBURY Cadbury Malaysia, di bawah syarikat makanan global MondelÄ“z International, telah melancarkan Cadbury Zip serba baru. Makanan ringan yang menggembirakan ini disertakan dengan resipi baru yang enak dan lazat sebagai sebahagian daripada strategi jenama untuk memperbaiki barisan produk mereka. Oleh kerana rakyat Malaysia tinggal di rumah hampir sepanjang hari kerana keadaan semasa, wafer bar coklat ini dapat dinikmati oleh semua orang dalam keluarga, digunakan dalam resipi pencuci mulut atau bahkan dijadikan makanan ringan waktu teh yang sesuai untuk dinikmati bersama rakan melalui Zoom to Zip melalui detik-detik membosankan. Jadi apa yang berbeza dengan Cadbury Zip baru ini berbanding pendahulunya?




COLLABORATION,BLOGGER REVIEW, CADBURY MALAYSIA, CADBURY WAFER ZIP CHOCOLATE, CADBURY CHOCOLATE, WAFER CADBURY

Asas coklat yang asli kini digantikan dengan Cadbury Dairy Milk yang lembut & berkrim di Malaysia. Ia juga ditingkatkan dengan 20% lebih banyak coklat daripada sebelumnya kerana resipi baru memastikan setiap gigitan dipenuhi dengan kebaikan coklat. Tidak berhenti di situ, Cadbury juga mengembangkan resipi untuk memastikan wafernya sentiasa renyah untuk menjamin kepuasan yang memuaskan yang melengkapkan coklat dengan sempurna dalam setiap gigitan. Cadbury Zip serba baru hadir dalam saiz pek yang disegarkan dengan ‘Z’ merah mencolok yang disimbah ke atas pembungkusan ungu ikonik.





Ia boleh didapati di Shopee dengan harga RM1.00 untuk Cadbury ZIP Trial Pack, RM1.90 untuk Cadbury ZIP Big Singles, RM 4.70 untuk Cadbury ZIP Value Multipack dan RM9.90 untuk Cadbury ZIP Sharebag. Shopee telah melihat permintaan makanan ringan yang semakin meningkat di platformnya, dengan setengah juta makanan ringan termasuk coklat dan biskut dibeli antara 11 dan 15 Januari 2021 ketika Perintah Kawalan Pergerakan kedua (MCO 2.0) diumumkan.



COLLABORATION,BLOGGER REVIEW, CADBURY MALAYSIA, CADBURY WAFER ZIP CHOCOLATE, CADBURY CHOCOLATE, WAFER CADBURY


Sebagai perayaan bar wafer coklat baru ini, para pencinta coklat akan mendapat sampel percuma Cadbury Zip dengan sebarang pembelian dari kedai rasmi Mondelēz International di Shopee mulai sekarang sementara stok masih ada. Sampel ini juga dilengkapi dengan kod QR di mana pengguna dapat menebus baucar untuk mendapatkan potongan harga untuk pembelian Cadbury Zip mereka yang seterusnya. Menambah kegembiraan, Chipsmore membawa kembali kempen Chipsmore x Monopoly di Shopee. Peminat Chipsmore akan membawa pulang cawan cantik dari sekarang hingga 21 Mac dan beg tangan percuma dari 22 Mac hingga 18 April dengan pembelian mana-mana pek Chipsmore yang terpilih.


Hadiah percuma ini boleh didapati secara eksklusif di Shopee. Tertakluk kepada terma dan syarat. Nikmati persembahan Cadbury yang lazat dan produk makanan ringan yang lazat dari Mondelēz International


dont forget to pay with ShopeePay for smoother checkouts

https://shopee.com.my/mondelezcadburyofficial.





POPCORN AOLLA : BERTIH JAGUNG YANG DISALUTI DENGAN KARAMEL



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


POPCORN AOLLA : BERTIH JAGUNG YANG DISALUTI DENGAN KARAMEL Bertih jagung ataupun popcorn biasanya menu kudapan wajib semasa menonton wayang ataupun menonton televisyen . Bertih jagung adalah biji jagung yang mengembang dari isinya dan meletup apabila dipanaskan . So apabila bertih jagung dipanaskan akan terhasil tekanan dari dalam isi bertih jagung tersebut dan akan didengari  letupan kecil seperti "popp" . 


Sebut pasal popcorn ni , memang mustahil unuk kita makan waktu Perintah Kawalan Peegerakan (PKP) memandangkan pawangan di rata-rata negeri tidak dibenarkan beroperasi . Tapi tidak menghalang penggemar-penggemar popcorn untuk jamah sebagai kudapan sambil menonton drama ataupun filem di kaca televisyen bersama keluarga . 



FOOD REVIEW , FOOD BLOGGER , POPCORN AOLLA , BERTIH JAGUNG, POPCORN AOLLA CARAMEL, BERTIH JAGUNG GORENG, BERTIH JAGUNG CARAMEL , CARA MEMBUAT BERTIH JAGUNG, RESEPI POPCORN CARAMEL, POPCORN AOLLA CARAMEL

Hari ni CCL nak share dengan hangpa semua kudapan- kudapan boleh jamah bersama keluarga . Popcorn Aolla iaitu keluaran Aolla Food Industries Sdn Bhd . Popcorn Aolla ini bukanlah popcorn biasa, ianya popcorn yang disaluti oleh karamel . So bagi hangpa yang gemarkan rasa-rasa karamel , boleh cuba kudapan popcorn Aolla . 



FOOD REVIEW , FOOD BLOGGER , POPCORN AOLLA , BERTIH JAGUNG, POPCORN AOLLA CARAMEL, BERTIH JAGUNG GORENG, BERTIH JAGUNG CARAMEL , CARA MEMBUAT BERTIH JAGUNG, RESEPI POPCORN CARAMEL, POPCORN AOLLA CARAMEL


Bahan-bahan yang terkandung dalam Popcorn Aolla 

  • Bertih jagung 

  • Karamel 

  • Premium south american mushroom



FOOD REVIEW , FOOD BLOGGER , POPCORN AOLLA , BERTIH JAGUNG, POPCORN AOLLA CARAMEL, BERTIH JAGUNG GORENG, BERTIH JAGUNG CARAMEL , CARA MEMBUAT BERTIH JAGUNG, RESEPI POPCORN CARAMEL, POPCORN AOLLA CARAMEL


Antara sebab Popcorn Aolla wajib menjadi pilihan seisi keluarga 


  • Dari segi packaging menggunakan dua jenis penutup kedap udara bagi mengekalkan kerangupan popcorn untuk jangka masa selama 6bulan . 

  • Saiz balang popcorn Aolla yang ideal dan sesuai dinikmati seisi keluarga dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja .

  • Popcorn disaluti oleh limpahan cairan karamel . Rasa lemak masin manis . Sedap 




Nak merasai kelazatan Popcorn Aolla ? 

Boleh layari maklumat di bawah 





Terima kasih Aolla, bagi CCL merasai kerangupan dan kesedapan popcorn Aolla yang disaluti karamel . Rugi kalau,tak cuba tau . 



MENIKMATI UBI KAYU REBUS DIMAKAN BERSAMA NYIOR DAN GULA MERAH DI WARUNG TEPI SAWAH, BINTONG PERLIS

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


MENIKMATI UBI KAYU REBUS DIMAKAN BERSAMA NYIOR DAN GULA MERAH DI WARUNG TEPI SAWAH, BINTONG PERLIS  Jarang-jarang sekali CCL,nak jelajah warung-warung untuk sarapan pagi . Selalunya beli bungkus kalau rajin sikit memasak lah kat dapur tu . Untuk lagi yang cerah di Perlis pada hari ni , CCL  nak kongsi dengan hangpa semua satu menu yang boleh dikatakan menu tradisi nenek moyang dahulu kala . Ubi kayu rebus . 


Zaman nenek moyang kita dulu menu ni memang popular lah sebagai salah satu makanan ruji harian diorang bagi masyarakat kampung dan petani . Bagi zaman sekarang ni menu ni bagi CCL dianggap salah satu "menu rare @ menu lagend" . Kalau dulu di kampung-kampung banyak ditanam ubi-ubi kayu , sekarang susah nak nampak pokok ubi kayu . Kalau nak beli harganya memang mahal sikit . 


Teringat dulu arwah tok yang ajar makan ubi kayu yang direbus di makan bersama nyior/kelapa parut dan gula/gula merah . Memang sedap sangat . Sekarang susah nak jumpa menu ni . Tapi di Perlis ni ada salah satu warung yang menyediakan juadah-juadah menu lagend antaranya lempeng kelapa , ubi kayu rebus , putu mayang dan banyak lagi lah . 




Disebabkan lama tak makan ubi rebus ni , so CCL memilih menu ini untuk sarapan pagi . Yang bestnya apabila hidangan yang dipesan dah sampai ke meja , boleh nampak ubi rebus tu panas-panas berasap. Baru sedap dimakan . 


So bagi hangpa yang singgah ke negeri Perlis , nak merasai menu-menu lagend ni boleh waze Warung Tepi Sawah , Bintong Perlis . Suasananya tepi jalan, pemandangan tepi sawah padi , ada rooftop untuk menjamah sarapan pagi sambil cuci mata dengan pemandangan sekitar warung tersebut . Jangam lupa singgah  .


Location : Warung Tepi Sawah, Bintong Perlis

3 LANGKAH MUDAH DAFTAR SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 MELALUI APPS MYSEJAHTERA

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.


3 LANGKAH MUDAH DAFTAR SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 MELALUI APPS MYSEJAHTERA Ramai yang dah tahu vaksin Covid-19 telah pun mendarat di Malaysia pada 21 Februari lepas dan pemberian vaksin ini akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia mengikut fasa.

Oleh itu, bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 ialah dengan mengemaskini aplikasi MySejahtera.


INFO , CARA DAFTAR SUNTIKAN VAKSIN COVID-19, DAFTAR SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 MELALUI APPS MY SEJAHTERA , CARA MUDAH DAFTAR SUNTIKAN VAKSIN COVID-19, KESAN SUNTIKAN VAKSIN COVID-19,


1.Pengguna perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera. Setelah itu, pengguna perlu pilih ‘Covid-19 vaccination’ seperti yang tertera pada gambar.


INFO , CARA DAFTAR SUNTIKAN VAKSIN COVID-19, DAFTAR SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 MELALUI APPS MY SEJAHTERA , CARA MUDAH DAFTAR SUNTIKAN VAKSIN COVID-19, KESAN SUNTIKAN VAKSIN COVID-19,




2. Pengguna perlu tekan pada bahagian atas sesuai dengan nama yang didaftarkan di aplikasi MySejahtera. Semak data-anda, pastikan ianya betul dan sahkan.



INFO , CARA DAFTAR SUNTIKAN VAKSIN COVID-19, DAFTAR SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 MELALUI APPS MY SEJAHTERA , CARA MUDAH DAFTAR SUNTIKAN VAKSIN COVID-19, KESAN SUNTIKAN VAKSIN COVID-19,

INFO , CARA DAFTAR SUNTIKAN VAKSIN COVID-19, DAFTAR SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 MELALUI APPS MY SEJAHTERA , CARA MUDAH DAFTAR SUNTIKAN VAKSIN COVID-19, KESAN SUNTIKAN VAKSIN COVID-19,


3.Setelah membuat pengesahan, pengguna perlu menekan ‘next’ untuk menjawab beberapa soalan yang dikemukakan di dalam aplikasi berkenaan


Kesemua pengguna smartphone tak kira iOS mahupun android boleh membuat pendaftaran melalui aplikasi ini.


Selamat mencuba!

VAKSIN PERTAMA COVID-19 PFIZER BIONTECH TELAH TIBA DI MALAYSIA

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


VAKSIN PERTAMA COVID-19 PFIZER BIONTECH TELAH TIBA DI MALAYSIA  perjalanan vaksin kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH604 pada jam 10.00 pagi hari ini, dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd. (MASKargo). 


Perjalanan vaksin ini dari kilang Pfizer di Belgium telah diuruskan oleh Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global. Vaksin ini berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia. 


Vaksin ini (312,390 dos) diterbangkan dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 330-300. 


INFO, INFO SEMASA, VAKSIN COVID-19, KETIBAAN VAKSIN COVID-19 DI MALAYSIA, VAKSIN COVID-19 PFIZER BIONTECH, NAMA VAKSIN COVID-19, VAKSIN COVID-19 DI MALAYSIA, PERJALANAN VAKSIN COVID-19 KE MALAYSIA


KETIBAAN VAKSIN DI MALAYSIA 

Setibanya di Malaysia, pengedaran vaksin dikendalikan oleh DHL Express, yang juga merupakan ejen yang telah dilantik untuk pengedaran vaksin Pfizer-BioNTech di peringkat global. 


YB Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr Adham Baba, YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan YB Menteri  Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Dato Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan pegawai-pegawai tertinggi dari KKM, MOSTI dan MOT hadir sama menyambut ketibaan pertama vaksin Pfizer-BioNTech ini.


MENGENAI VAKSIN COVID-19 YANG DIPEROLEHI MALAYSIA 

Vaksin Pfizer-BioNTech adalah vaksin pertama yang telah memperolehi kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan NPRA pada 8 Januari 2021 lalu. 

Sehingga Februari 2021, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin COVID-19. 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewakili kerajaan telah memeterai perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd pada 11 Januari yang lalu untuk pembelian vaksin ini, setelah memulakan perbincangan pada penghujung tahun 2020. 


FASA PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN DAN KUMPULAN SASAR 


Malaysia akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaanpada 24 Februari 2021 (Rabu ini). Program ini akan bermula dengan suntikan sulung yang akan diterima oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bersama petugas barisan hadapan. 


Ada tiga peringkat Program Imunisasi: 

Fasa 1 (Februari – April 2021): petugas barisan hadapan; 

Fasa 2 (April – Ogos 2021):warga emas berumur 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi; dan 

Fasa 3 (Mei 2021 – Februari 2022): penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas.