Assalamualaikum dan salam sejahtera .
RESEPI : DESSERT SAGU BERSAMA SUSU CAIR BERKRIM selalunya menu ni dipanggil sebagai "Sagu gula melaka " disebabkan bekalan untuk gula melaka memang tak ada di dapur ni .so CCL tukar kepada penggunaan susu cair dan susu pekat .
BAHAN-BAHAN
- Sagu
- Susu cair
- Susu pekat
- Daun pandan
- Pewarna
- Air
- Garam
- Rendamkan biji sagu dalam 15 minit.
- Masukkan sagu ke dalam air yang tengah mendidih. Kacau perlahan-lahan sehingga sagu berwarna putih tadi bertukar menjadi jernih . Boleh tambah air mengikut sukatan sagu.
- Kacau perlahan-lahan sagu sehingga sagu menjadi likat dan boleh masukkan sedikit pewarna
- Sagu yang siap dimasak hendaklah di ditapis untuk membuang lebihan kanji yang ada pada sagu,dan jiruskan sedikit air ke atas sagu yang di tapis. barulah nanti sagu nampak cantik,dan masukan ke dalam acuan dan disejukkan
- Masukkan susu cair dan susu pekat sedikit sahaja ,kacau sehingga sebati atas api yang perlahan.
- Masukkan secubit garam dan masukkan daun pandan untuk menaikkan lagi aroma .kacau sehingga mendidih.
- Susu tersebut boleh dibiarkan sejuk seketika barulah dihidangkan bersama sagu yang telah disejukkan tadi
Selamat mencuba .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI : NASI GORENG AYAM BERSAMA DAUN KUCAI
BAHAN-BAHAN
- Bawang merah
- Isi ayam
- Nasi putih
- Minyak
- Daun kucai
- Daun limau purut
- Pes cili boh
- Sos cili
- Kicap / kicap soya
- Gula/garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak, masukkan bawang bersama isi ayam dan masukkan sedikit pes cili boh bersama daun limau purut untuk naikkan aromanya.
2.masukkan nasi , kicap,sos cili , perisa tambahan serta sedikit lagi pes cili boh . Kacau rata.
3. Masukkan daun kucai dan kacau rata .
4.siap untuk dihidangkan .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, mudah juga rupanya resepi ni.bahan-bahan pun tak banyak .part yang paling mencabar ialah part kacau adunan tersebut di atas api . Memang tak boleh tinggal , kena start kacau sehinggalah adunan menjadi pekat.make sure keadaan api kena pelahan je tau .
So korang yang tak pernah mera kuih kasidah.boleh la follow resepi kat bawah yer .
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1 ulas bawang besar @ bawang merah
- Minyak
- Garam
Cara-cara
Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan bawang yang telah dihiris halus.
Bawang goreng yang sudah siap digoreng
Masukkan 2 cawan tepung, 3 cawan air, 1/2 cawan gula dan sedikit garam blend sehingga sebati . Selepas semuanya sebati tapis adunan tersebut supaya dapat asingkan adunan yang berketul-ketul
Masukkan adunan tersebut didalam kuali dengan api yang perlahan, kacau rata sehingga adunan tersebut nampak pekat macam dalam gambar.
Adunan yang telah siap dikacau sehingga pekat tadi dimasukkan ke dalam loyang .sebelum tu sapukan sedikit minyak kedalam loyang tersebut dan masukkan acuan tadi ke dalam loyang dan ratakan.sapukan sedikit minyak diatas kasidah dan taburkan bawang goreng di atasnya .
Biarkan kasidah sejuk barulah boleh dipotong supaya kasidah membentuk dengan elok .
Selamat mencuba !
Assalamualaikum dan salam sejahtera
SINOPSIS DRAMA AKASIA : IRONI KASIH Nantikan drama bersiri Ironi Kasih di slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Fauziah Ahmad Daud , Aqasha, Intan Najuwa, Intan Ladyana dan Fizz Fairuz. Drama terbitan Wira Nusa Production, arahan Nazir Jamaluddin. Bakal menemui penonton bermula 2 April 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3
JUDUL : IRONI KASIH
EPISOD : 15 episod
TAYANGAN : 2 hingga 22 April 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Mohd Shahremy Ikmal, Mama Bella
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
PRODUKSI : Wira Nusa Production Sdn Bhd
PELAKON : Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Fizz Fairuz, Isaac Iman, Ramona Zamzam, Afifah Nasir, Syafi Tee DFKL, Sarah Malisa DFKL, Ogy Ahmad Daud, Nazia Mustafa
TAYANGAN : 2 hingga 22 April 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Mohd Shahremy Ikmal, Mama Bella
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
PRODUKSI : Wira Nusa Production Sdn Bhd
PELAKON : Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Fizz Fairuz, Isaac Iman, Ramona Zamzam, Afifah Nasir, Syafi Tee DFKL, Sarah Malisa DFKL, Ogy Ahmad Daud, Nazia Mustafa
WATAK PELAKON
Intan Najuwa sebagai Kasih
Aqasha sebagai Johan
Intan Ladyana sebagai Emilia
Fizz Fairuz sebagai Noh
Isaac Iman sebagai Danish
Ramona Zamzam sebagai Suri Athirah
Afifah Nasir sebagai Maya
Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Salmah
Aqasha sebagai Johan
Intan Ladyana sebagai Emilia
Fizz Fairuz sebagai Noh
Isaac Iman sebagai Danish
Ramona Zamzam sebagai Suri Athirah
Afifah Nasir sebagai Maya
Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Salmah
SINOPSIS IRONI KASIH
Kasih yang pada awalnya bekerja sebagai pembantu pengurusan di firma arkitek milik Johan telah digaji untuk menjadi pengasuh kepada anak Johan dan Emilia. Kasih menjalankan tugasnya dengan baik, mereka menjadi semakin mesra. Emilia bukannya tidak sedar akan semua ini tetapi dia berfikiran terbuka. Namun hubungan di antara Johan dan Emilia mulai retak apabila Emilia sering meluangkan masa bersama rakan kongsinya, Noh. Johan yang merasa tercabar terus menceraikan Emilia. Rupa-rupanya Kasih amat gembira di atas penceraian. Apakah muslihat Kasih yang sebenarnya?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
LANGKAH PENEBUSAN DATA MUDAH ALIH PERCUMA SEPANJANG TEMPOH PKP
1. Maxis – Perlu Ditebus
Setiap Hari Penawaran data percuma ini tersedia untuk semua pelanggan pascabayar dan prabayar Maxis (kecuali pengguna MaxisONE). Penebusan perlu dibuat setiap hari dan hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang sahaja (penggunaan di luar waktu yang dinyatakan akan diambil kira daripada data sedia ada). Penebusan data boleh dibuat menerusi tiga aplikasi berbeza Maxis bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.
Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama –> pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi tab ‘Shop’
2. UMobile – Daftar & Terima Secara Automatik
UMobile menawarkan data percuma ini kepada semua pelanggan semua pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband (kecuali pengguna WeChat Go). Data ini tersedia untuk semua perkhidmatan Internet termasuk melayari web, penstrumab video serta perkhidmatan lain dan boleh digunakan untuk hotspot.
Sama seperti Maxis, data ini hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan penggunaan luar julat waktu ini akan diambil daripada pakej data langganan. Bagaimanapun, pelanggan perlu memastikan talian adalah aktif untuk penggunaan data percuma ini. Untuk makluman, penebusan hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan akan diterima secara automatik sehingga tempoh PKP tamat. Pengguna boleh menyemak baki kuota dengan mendail 1186# untuk prabayar atau 1187# untuk pascabayar. Untuk penebusan, sila dail :
*118*6*7# untuk pengguna prabayar
*118*7*6# untuk pengguna pascabayar
3. Celcom – Penebusan Tidak Diperlukan
Tidak seperti Maxis dan UMobile, pelanggan Celcom tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia akan tersedia secara automatik di dalam akaun setiap hari. Data internet ini juga hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan baki data yang tidak digunakan akan terhapus serta tidak boleh di bawa ke lain hari.
Penggunaan untuk hotspot juga dibenarkan untuk tawaran data percuma ini. Internet percuma hanya boleh digunakan untuk kegunaan domestik sahaja. Pelanggan boleh menyemak baki kuota data ini menerusi aplikasi Celcom Life atau mendail nombor di bawah,
*118*1*1*2# untuk pengguna prabayar
*118# untuk pengguna pascabayar
4. Digi – Internet dan Panggilan Percuma
Untuk memberikan lebih banyak fleksibiliti, semua pelanggan pascabayar dan broadband Digi akan menerima data Internet percuma sebanyak 1GB setiap hari. Malahan pemberian data percuma ini telah diumumkan oleh Digi lebih awal lagi (sejak 21 Mac) berbanding telko lain.
Data ini boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan penebusan boleh dibuat menerusi aplikasi MyDigi. Selain itu, mana – mana pelanggan prabayar Digi yang menambah nilai RM10 dan keatas layan menikmati Internet serta panggilan percuma seperti berikut :
Panggilan percuma selama 5 minit + 300MB Internet dengan tambah nilai RM10 hingga RM29.99. Sah selama 3 hari
Panggilan percuma selama 15 minit + 1GB internet dengan tambah nilai RM30 dan ke atas. Sah selama 7 hari.
Selain daripada itu, Digi turut memberikan akses percuma selama 1 bulan untuk pusat pembelajaran digital, jomstudi. Selain itu, pelanggan juga boleh membeli akses percuma 1 selama bulan untuk UPSR dan kurikulum SPM di Classroom dengan hanya RM1.
5. YooDo – Tiada Had Penggunaan
Penawaran YooDo nampaknya tampil lebih menarik berbanding yang lain apabila pengguna data percuma ini boleh digunakan tanpa had iaitu bila-bila masa sahaja sepanjang hari. Data percuma akan dikreditkan ke pelan anda bermula 30 Mac (hari ini) sehingga 14 April 2020 dan sila pastikan talian anda adalah aktif.
Data percuma ini akan ditambah pada baki data sedia ada – sebagai contoh, jika pelan pengguna mempunyai data sebanyak 15GB, ia akan memaparkan‘16GB daripada 15GB’ sejurus menerima data 1GB tersebut. Menariknya lagi, data yang tidak habis digunakan akan dikumpul sehingga pelan anda luput/diperbaharui.
6. Unifi Mobile – Pas Hotspot 999GB
Berita baik lagi! Unifi Mobile kini menawarkan pas hotspot 999GB LTE secara percuma dan penawaran ini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Ia tersedia untuk semua pengguna unifi Mobile Postpaid (unifi Mobile 99, webe RM79 & unifi Mobile Pek Jasa ) dan unifi Mobile Biz Postpaid (unifi Mobile Biz 99 & unifi Mobile Biz 79).
Pengguna tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia diaktifkan secara automatik. Untuk langganan baru, pas ini akan tersedia dalam akaun selepas sehari pengaktifan. Manakala, pelanggan sedia ada pula, ia akan ditunjukkan dalam akaun terkini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
LANGKAH PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI MELALUI i-AKAUN Untuk makluman korang, sistem bagi Permohonan Pengeluaran i-Lestari melalui i-Akaun telah dibuka.. So korang boleh login ke i-Akaun korang dan isi borang kat situ.. Laman web: www.kwsp.gov.my
Hanya 24 step sahaja dah settle . Tapi make sure number telefon untuk TAC sudah dikemaskini
Number TAC boleh dikemaskini dengan 2 kaedah
1. Kiosk KWSP yang beroperasi di bank-bank terpilih.
2. Melalui email
Langkah-langkah .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
DUDUK RUMAH, SHOPEE HANTAR Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April. Dalam tempoh ini, para pembeli masih boleh mendapatkan barangan penting mereka di Shopee, dan dihantar terus ke rumah melalui kempen 4.4 Shopee Brands Festival dari sekarang hingga 4 April.
Platform membeli-belah atas talian itu bekerjasama rapat dengan rakan kongsi, peruncit dan pembekal seperti FreshTap, Vinda, PetPet, Pediasure, Friso, dan Enfagrow serta Tefal, Watsons, Arctic Hunter, Photobook Malaysia, Unilever, HomeHuk, L'Oréal, realme, P&G dan Reckitt Benckiser untuk meningkatkan bekalan dan memberi pengguna pengalaman membeli-belah atas talian tanpa bimbang.
Kempen ini turut menampilkan koleksi produk khas "Stay Home Essentials" atau “Keperluan Ketika Duduk Di Rumah” yang menawarkan barangan runcit segar dan beku, bahan masakan, minuman, makanan ringan dan bijirin, susu formula, lampin, barangan penjagaan dan mandian bayi, mainan, produk penjagaan diri, keperluan rumah, makanan haiwan peliharaan dan peralatan kerja dari rumah.
Bagi korang yang memerlukan suntikan semangat, korang berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai hingga RM444,000 hanya dengan bermain permainan Shopee yang menarik - Shopee Flip & Match, Shopee Lucky Bag, Shopee Throw dan One or Not.
Tandakan kalendar korang untuk dua tarikh ini - 27 Mac dan 4 April, kerana Shopee akan menawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM8 antara 12 pagi dan 2 pagi, dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM16 untuk waktu lain sepanjang hari. Nikmati juga tawaran RM0.44 dan RM4 yang tiada tandingan semasa Jualan Kilat Shocking Sale dan diskaun hingga 80%.
Korang tak nak ketinggalan dengan 4.4 Shopee Brands Festival, jadi layarilah https://shopee.com.my/44
Assalamualaikum dan salam sejahtera
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang dapat membantu semua lapisan rakyat di negara Malaysia yang ketika ini dilanda wabak covid-19
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada
- RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.
- RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.
Bantuan Prihatin nasional untuk golongan M40
- RM1600 meliputi 4 juta isi rumah dengan gaji bawah 4000. Pembayaran RM1000 pada April 2020 dan RM600 pada Mei 2020
- RM1000 kepada isi rumah berpendapatan RM4000-RM800 . Pembayaran RM500 pada April 2020 dan RM500 pada Mei 2020
- RM800 untuk individu bujang berumur 21tahun ke atas dengan gaji RM2000 kebawah. Pembayaran RM500 pada April 2020 dan RM300 pada Mei 2020
- RM500 untuk individu bujang dengan gaji RM2000-RM4000 . Pembayaran RM250 pada April 2020 dan pada Mei 2020
Senarai bantuan COVID-19 untuk rakyat
- Penangguhan bayaran balik MARA, PTPTN, dan pinjaman bank
- Diskaun bil elektrik selama 6bulan
- Pengeluaran KWSP akaun 2 sebanyak RM500
- Bantuan khas PERKESO sebanyak RM600
- Bantuan khas agensi pengurusan bencana
- Bantuan JKM dipercepatkan
- Bantuan zakat negeri
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
SEGMEN BLOGLIST 2020 BY IBUCIDA
Tekan link kat banner untuk join
Syarat
- Follow blog Ibucida
- Update entri mengenai segmen ini
- Drop url peserta di kotak komen
Syarat pun mudah kan ..ayuhh join .
Tarikh tamat segmen ini pada 31MAC 2020
Assalamualaikum
KES KEMATIAN KE-23 COVID-19 DICATATKAN DI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN BAINUN , IPOH PERAK Kes kematian ke-23 merupakan kes ke-1840, lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik. Pesakit ini meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Bainun Ipoh, Perak 25MAC pada pukul 12.37 tengah hari .
Kes beliau masih dalam siasatan sekiranya mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster COVID19.
Assalamualaikum
KES KEMATIAN KE-22 COVID-19 DI HOSPITAL ENCHE BESAR HAJJAH KALSOM, JOHOR Kes kematian ke-22 merupakan kes ke-1797, lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik.
Beliau menghadiri perhimpunan di Seri Petaling dan mempunyai kontak rapat dengan kes positif covid-19
Assalamualaikum
KES KEMATIAN KE-21 DI ALOR SETAR, KEDAH Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 21 orang setakat ini.
![]() |
Kes kematian ke-21 (kes ke-1588) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
Beliau telah mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020. Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 4 pagi.
QOUTES
New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .
ABOUT ME

FOLLOWERS
JOURNALIST
-
▼
2026
(84)
-
▼
Mac
(30)
- Biskut Raya 2026 | Tart Nenas
- Tembikai Rose Sparkling | Khairul Aming
- Biskut Raya 2026 | Samperit Susu
- Biskut Raya 2026 | Chocolate Cornflakes Chruncy
- Semaian Biji Benih Tembikai Susu
- Moreh Satay Lepas Jalan Bazar
- Biskut Raya 2026 | Biskut Makmur
- Jus Tembikai Oren | Khairul Aming
- Udang Masak Tempoyak Petai| Khairul Aming
- Biskut Raya 2026 | Biskut Mazola Kacang Peas
- Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
- Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Na...
- Wordless Wednesday | Backdrop Raya
- 10 Mac 2026 | 2 Tahun Tanpa Raut Wajah Susuk Bada...
- Rupa Puding Karamel , Menjadi Ke Tidak ?
- Spaghetti Bolognese | Khairul Aming
- Pretzels | Khairul Aming
- Bumi Perlis Hujan
- Chocolate Mousse | Khairul Aming
- Misi Pencarian Serbuk Kacang Hijau & Kacang Badam ...
- Udang Masak Tempoyak Petai | Khairul Aming
- Tauhu Sumbat Crispy | Khairul Aming
- Shopee Live 1 Pagi, Tercheckout Tumbler ZUS Coffee...
- Wordless Wednesday | Gerhana Bulan 13 Ramadan 1447H
- Siakap Stim Bersantan | Khairul Aming
- Juara Ruang Komen Februari 2026 : Blogger Roziah @...
- Aiskrim Goreng | Khairul Aming
- Mineral Bubble 0² & Collagen Plus Bird Nest
- Gulai Ayam Padang | Khairul Aming
- Hadiah Screenshot Pageview Blog Kak Cie Dah Sampai!
-
▼
Mac
(30)





















































