Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, mudah juga rupanya resepi ni.bahan-bahan pun tak banyak .part yang paling mencabar ialah part kacau adunan tersebut di atas api . Memang tak boleh tinggal , kena start kacau sehinggalah adunan menjadi pekat.make sure keadaan api kena pelahan je tau .
So korang yang tak pernah mera kuih kasidah.boleh la follow resepi kat bawah yer .
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1 ulas bawang besar @ bawang merah
- Minyak
- Garam
Cara-cara
Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan bawang yang telah dihiris halus.
Bawang goreng yang sudah siap digoreng
Masukkan 2 cawan tepung, 3 cawan air, 1/2 cawan gula dan sedikit garam blend sehingga sebati . Selepas semuanya sebati tapis adunan tersebut supaya dapat asingkan adunan yang berketul-ketul
Masukkan adunan tersebut didalam kuali dengan api yang perlahan, kacau rata sehingga adunan tersebut nampak pekat macam dalam gambar.
Adunan yang telah siap dikacau sehingga pekat tadi dimasukkan ke dalam loyang .sebelum tu sapukan sedikit minyak kedalam loyang tersebut dan masukkan acuan tadi ke dalam loyang dan ratakan.sapukan sedikit minyak diatas kasidah dan taburkan bawang goreng di atasnya .
Biarkan kasidah sejuk barulah boleh dipotong supaya kasidah membentuk dengan elok .
Selamat mencuba !





