Dalam pada menanggung perit kematian Suhaila, suaminya berdepan dengan masalah yang tak disangka-sangka apabila mayat isterinya kembali ke rumah pada salah satu malam tahlilnya.Sumpah keturunan Yang tiada penghujung menyebabkan arwah Suhaila balik pada malam tahlilnya . Ada yang tengok ke telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik tadi? Seram ke geram? Diinspirasikan dari kisah sebenar yang berlaku pada tahun 90an di sebuah perkampungan kecil di Pahang. Tidak disebutkan di mana dan nama keluarga sebenar demi menjaga aib mereka. Cerita tentang sebuah keluarga yang ada sumpahan 7 keturunan, dilarang berkahwin dengan orang luar yang tiada ikatan keluarga. Namun pada tahun 90an yang dah moden, sumpahan itu tidak lagi dihirau. Suhailah yang bekerja di KL bertemu jodohnya dan mereka berkahwin. Takdirnya beliau meninggal awal. Tiba tiba pada malam tahlilnya, mayat Suhailah jatuh gedebam dari atas loteng rumah jatuh pas pas depan suaminya. Suaminya hendaklah memikul semula Suhailah ke kuburan dengan memikul belakang mayat di atas belakangnya. Mayat itu dikatakan ringan seperti kapas. Kendatipun.. bila dah jadi telefilem, pastinya ada olahan yang membuatkan ceritanya seram. Sama ada, wujud atau tidak hal hal mistik saat mayat dipikul ke kuburan, hanya Allah dan keluarga serta pihak produksi sahaja yang tahu...
Assalamualaikum dan salam sejahtera RESEPI : SPAGHETTI SALMON Bahan-bahannya: 2 keping salmon, 1 paket spageti, 10 ulas bawang putih dihancur kasar, 1 biji bawang besar Holland, 1 biji capsicum, suka hati warna apa, 3-5 ekor udang / sotong suka hati nak letak seafood apa, 3 biji limau nipis, 1 cekak bayam, 1 bahagian brokoli, 1 biji tomato, 2 sudu besar butter, 3 susu minyak zaiton, 3 sudu besar serbuk lada hitam, 1 sudu besar serbuk oregano, 1 sudu besar serbuk mix herbs, 2-3 sudu kecil garam.
Cara-caranya 1. Mula-mula griskan loyang dengan sedikit minyak masak. Panaskan oven ke 200 darjah sehingga 10 minit . 2. Masukkan 2biji bawang putih, 1 sudu kecil minyak zaiton,1 sudu besar serbuk lada hitam serta perahan air limau nipis kacau rata dan gaulkan pada ikan salmon. 3. Susun ikan salmon yang sudah siap digaul ke dalam loyang .bakar dalam oven selama 20 minit dengan suhu api bawah 200. 4. Panaskan kuali, masukkan minyak zaiton, tumiskan bawang putih sehingga naik bau .masukkan bawang besar, capcisum,tomato, brokoli hijau,masukkan butter dan kacau rata . 5. Masukkan seafood yang korang pilih, serbuk oregano,mix herbs,serbuk lada hitam,dan garam gaul sama rata. 6. Masukkan sedikit perahan limau dan spaghetti yang telah direbus gaul sama rata dan masukkan bayam. 7. Ikan salmon yang siap dibakar dalam oven tadi dipecah-pecahkan isinya menggunakan garfu dan masukkan terus ke dalam spaghetti dan kacau sehingga sebati. Siap !
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
DRAMA AKASIA : LELAKIMU YANG DULU l Drama adaptasi dari penulis novel terus mendominasi jiwa penonton televisyen . Usaha mengangkat karya bermutu penulis tempatan ke layar kaca tetap diteruskan lagi menerusi drama terbaru " LELAKIMU YANG DULU " yang bakal disiarkan di kaca tv menerusi slot akasia . Hasil penulisan jalan cerita oleh Farah Darianna
SINOPSIS LELAKIMU YANG DULU
Mengisahkan tentang Hazrul dan Daliya yang terpisah apabila Hazrul dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan merogol. Daliya yang terluka membawa diri bersama kandungan yang dirahsiakan daripada Hazrul.
Setelah dua tahun berpisah, Hazrul menemui Daliya dan mendapat tahu tentang kewujudan zuriatnya bersama si isteri. Lantas rancangan diatur untuk mendapatkan zuriatnya, Heidi Isyraf dan mahukan Daliya kembali padanya. Disamping itu, Nazli yang setia disisi Daliya juga menyimpan perasaan cinta terhadap Daliya.
PELAKON
Mengandingkan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai tunjang utama drama ini serta dibarisi prlakon-pelakon Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Syafnida Shuhaimi, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Jalaludin Hassan, Dian P.Ramlee, Rosnah Johari, Hamidah Wahab, Arryyan Petra.
WATAK PELAKON
Sharnaaz Ahmad sebagai Hazrul
Nelydia Senrose sebagai Daliya
Redza Rosli sebagai Nazli
Reen Rahim sebagai Faiqa
Nadia Brian sebagai Zana
Ungku Hariz sebagai Idlan
Azizah Mahzan sebagai Ibu Maryam
Drama inspirasi novel lelakimu yang dulu karya Farah Darianna merupakan terbitan dari pengarah Eoon Shuhaini produksi Mache All Star United Sdn Bhd bakal ditayangkan menerusi slot akasia . Drama ini bakal ditayangkan sebanyak 28 episod bermula 19 September 2019
BAHAN BAHAN 1 mangkuk besar nasi 1 tin kecil sardin, ambil isinya dan lenyekkan 1 biji telur 2 sudu kicap manis 1 sudu minyak bijan, skip jika tak suka garam dan secukup rasa daun bawang Bahan Tumbuk: cili, pedas ikut suka 2 bawang merah 2 bawang putih CARA MEMBUAT 1.Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan telur, kacau rata. Masukkan isi ikan sardin, kacau rata sekejap. 2.Masukkan nasi, kicap manis, minyak bijan, garam dan megi sedap rasa. Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya. Siap.
Kredit resepi dari Kuali Helina
Assalamualaikum dan salam sejahtera. TERIMA SMS DARI MYSALAM Bagi yang mendapat mesej dari mySalam dan bertanyakan tentang hal ini, ada sedikit perkongsian tentang mySalam yang korang boleh kongsi bersama keluarga dan rakan - rakan. Mesti ramai yang dapat msg MySalam ni kan. Ni nak share sikit kat sini .
Apa itu MY SALAM? mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu di dalam kumpulan berpendapatan rendah B40 melalui Tabung Amanah mySalam. Siapa yang layak menyertai skim MY SALAM? Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 yang layak berumur di antara 18 hingga 55 dan pasangan mereka akan dimasukkan ke dalam mySalam. Perlukah berdaftar untuk sertai MY SALAM? Tidak perlu mendaftar. Sekiranya anda adalah penerima BSH dan berumur di antara 18 - 55 tahun, anda akan didaftarkan secara automatik. Sekiranya anda penerima BSH dan berumur di antara 18-55tahun, tetapi tidak tersenarai di dalam skim ini, apa yang perlu anda buat? Dan, jika anda mahu menyemak samada anda tersenarai di dalam skim ini, di mana perlu anda rujuk? Anda boleh hantar e-mel ke --> info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut. Berikan nama penuh dan No Kad Pengenalan anda dan pasangan. Apa kelebihan skim MY SALAM ini? Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali secara apabila didiagnos salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal. (Senarai 36 penyakit kritikal itu anda boleh rujuk di mana-mana Hospital kerajaan atau di laman web http://www.mysalam.com.my ) Pendapatan gentian elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan. Bagaimanakah caranya untuk menuntut faedah dari skim ini? Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat. Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan: i. Tuntutan penyakit kritikal Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan) Langkah 2: Klik 'Muat turun Borang' dan muat turun borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor', berdasarkan jenis penyakit kritikal Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor' Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Penyakit Kritikal'. Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg a) Borang Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang) Langkah 6: Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan. ii. Tuntutan hospitalisasi Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan) Langkah 2: Klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Hospitalisasi'. Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg a) Salinan Nota Discaj b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang) Langkah 4: Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan. Sekiranya anda berumur lebih dari 55 tahun, apakah faedah lain yang anda perolehi? Korang boleh mendapat bantuan kesihatan daripada skim Peka B40 yang merangkumi penerima BSH berumur 50 tahun ke atas. Sila rujuk laman web http://www.pekab40.com.my Terlalu banyak dasar kerajaan kini yang memberi fokus kepada kebajikan rakyat tidak diketahui umum. Justeru itu, sebarkan seluas mungkin. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab pemimpin-pemimpin tempatan untuk menyebarkan maklumat ini. Media perdana juga harus lebih aktif di dalam menyampaikan info-info sebegini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
APA SEBENARNYA YANG DILAKUKAN SEMASA PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG ? Mesti korang semua tengah seronok sebab hari ni cuti umum kan sempena Hari Pertabalan Agong ? Tapi pernah tak terlintas dalam fikiran, apa sebenarnya yang dilakukan semasa Pertabalan Yang Dipertuan Agong? Hari ini kita akan kupas secara mendalam bagaimana proses Pertabalan Yang Dipertuan Agong itu berlaku. YDPA - Yang Dipertuan Agong DPML - Datuk Paduka Maharaja Lela DPI - Datuk Penghulu Istiadat
Istiadat Pertabalan YDPA selalunya akan diadakan beberapa bulan selepas pemilihan YDPA yang baharu oleh Majlis Raja-Raja. Pertabalan ini hanya bersifat “ceremonial” sahaja kerana YDPA yang baru dipilih itu akan terus berkhidmat sebaik sahaja Baginda mengangkat sumpah jawatan
Istiadat pertabalan ini merupakan gabungan “hybrid” daripada upacara2 yang terdapat di negeri-negeri diraja Malaysia. Semua dari upacara negeri-negeri ini (Kecuali negeri Johor) mempunyai satu persamaan: Mereka tidak menggunakan mahkota, tetapi menggunakan Tengkolok Diraja.
Tepat 10 pagi pada hari Pertabalan, Baginda YDPA bersama Raja Permaisuri akan memasuki Balairong Seri, Istana Negara, diumumkan oleh Pengerusi UpacaraSebaik sahaja Baginda berada di pintu masuk utama Balairong Seri, Nobat akan dimainkan. Nobat merupakan orkestra Diraja bagi Majlis adat istiadat istana. Antara alat-alat muzik yang digunakan dalam Nobat Diraja terdiri daripada enam jenis iaitu Serunai, Nafiri, Gendang Ibu, Gendang Anak dan Gong
Baginda YDPA serta Raja Permaisuri Agong akan berjalan masuk ke Balairong Seri, diikuti dengan pemegang Regalia Diraja seperti Cokmar, Cogan Alam, Cogan Agama dan lain lagi .Setelah mendapat perkenan Tuanku, Datuk Paduka Maharaja Lela (DPML) akan mengundur dan mengumumkan secara rasminya bermula Upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Selepas pengumuman tersebut, Datuk Paduka Maharaja Lela akan mengadap dan memohon izin Yang di-Pertuan Agong untuk membawa Alat Kebesaran lain bagi Istiadat Pertabalan ke Balairong Seri. Antara Alat Kebesaran yang digunakan semasa upacara pertabalan adalah:
1) Al-Quran 2) Keris Kerajaan (Keris Panjang Diraja) 3) Watikah Pengisytiharan 4) Watikah Ikrar (Perlantikan) DPML kemudian akan meminta kebenaran Baginda YDPA untuk membawa “Regalia” Diraja yang lain untuk pemasangan. Setelah diperkenankan, DPI akan mengetuai rombongan kedua yang kali ini membawa Quran, Keris Kerajaan, Watikah Pengisytiharan & Watikah Perlantikan. Pada ketika ini kumpulan Nobat akan memainkan lagu “Menjunjung Duli” dah Al-Quran akan diberikan kepada Baginda YDPA. Baginda akan seterusnya mencukup Al-Quran tersebut. Ini simbolik melambangkan peranan YDPA sebagai Ketua Agama Islam Malaysia .Datuk Paduka Maharaja Lela seterusnya akan menjemput YAB Perdana Menteri untuk membacakan Watikah Pengisytiharan.
Upacara seterusnya adalah penyerahan Keris Kerajaan kepada Baginda YDPA. Penyerahan ini juga akan dilakukan oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, dimana beliau akan menerima dulang daripada Datuk Penghulu Istiadat, melutut dan mempersembahkan Keris.Baginda YDPA akan menerima Keris itu, kemudian mencabutnya dari sarung dan mengucupnya. Selepas mencium Keris tersebut, Yang Dipertuan Agong akan diberi Watikah Perlantikan oleh Datuk Paduka Maharaja Lela melalui Datuk Penghulu Istiadat (DPI), dan kemudian akan membacanya dengan kuat. Para hadirin di Istana akan berdiri tegak sebagai tanda hormat. Setelah YDPA selesai membacanya, watikah tersebut akan diberikan kepada Datuk Paduka Maharaja Lela & seterusnya kepada Datuk Istiadat, untuk diletakkan kembali atas Dulang Emas
Datuk Paduka Maharaja Lela kemudian akan mengetuai Hadirin Istana dalam melaungkan “Daulat Tuanku!” x3 Ini akan kemudian diikuti dengan Lagu Negaraku yang akan dimainkan oleh orkestra Angkatan Tentera Malaysia yang diiringi dengan salut pistol 21 das untuk menghormati pertabalan YDPA yang baharu. Selepas Lagu Kebangsaan berkumandang di Istana, ucapan tahniah akan dibacakan oleh YAB Perdana Menteri. Ucapan PM ini selalunya mengandungi janji kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Institusi Diraja bagi pihak Rakyat Malaysia .Selepas ucapan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong pula akan memberikan Titah Ucapan pertamanya dari Takhta kepada seluruh negara di Ruang Takhta, yang menggariskan prospek dan impiannya dalam masa pemerintahanya sebagai ketua negara Malaysia.Selepas Titah Ucapan Baginda, Pegawai Agama Istana Negara akan membaca Doa Selamat, untuk meminta Allah SWT merahmati pemerintahan YDPA baharu serta negara Bagi menutup majlis, Datuk Paduka Maharaja Lela akan memohon perkenan YDPA untuk mengemukakan bahawa upacara Istiadat Pertabalan telah selamat disempurnakan. Selepas Baginda memperkenan, Datuk Paduka Maharaja Lela akan mengumumkannya.Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan menuruni singgahsana dan meninggalkan Balairong Seri. Nobat pada waktu ini akan memainkan lagu “Raja Berangkat”
Assalamualaikum dan salam sejahtera. TUDUNG YANG SELALU MENJADIKAN MOOD PEREMPUAN SWING-SWINGKalau pasal tudung, jangan main-main dengan perempuan. Satu hari mood boleh spoil gara-gara tak puas hati. lagi sedih bila lelaki yang akan kena tempiasnya. Tak semena-mena muncung panjang sedepa. Kadang, pelik juga orang lelaki dengan mood perempuan ni.
Tapi, jangan risau. CCL nak share kan dekat korang tentang masalah-masalah tudung yang selalunya boleh buat mood perempuan swing.
1. Tudung konyok
Dah iron cantik-cantik, tapi bila nak pakai tiba-tiba dah kedut seribu. Siapa tak hangin kan? Tudung akan jadi lebih susah nak dibentuk dan yang pastinya dah tak cun la kalau tudung berkedut.Lepas tu mula cakap perempuan ni siap,berjam-jam . Heheh .
2. Susah nak bentuk
Masalah ni untuk perempuan yang pakai tudung bawal biasanya. Bila awning tudung tak terletak cantik dan berkedut-kedut. Arghhhh stresnya rasa macam nak marah semua orang!.Korang pernah alami tak ? Semestinya pernah bukan termasuklah CCL juga. Tapi sekarang rata-rata ada jual "spray pengeras tudung" function dia untuk awning terbentuk dengan elok .
3. Tudung comot
Paling pantang bila makan makanan yang berkuah dan terkena pulak dekat tudung. Lagi-lagi makanan yang berminyak. Eee.. comotnya tak sukaaaaaa! . Kalau warna tudung tu sedikit gelap CCL tak kisahlah . Sebab takde nak nampak sangat kesan tepercik kuah laksa,mee kari bagai tue . Yang kisahnya kalau pakai tudung warna-warna nude . Alahaiiii ...
4. Tudung bau asap
Keluar je dari pasar malam, mula la tudung tu ada bau ayam bakar, roti john atau cempedak goreng. Pernah rasa macam ni? Sakit hatikan..So CCL nak tanya ada tak yang jual tudung anti asap .hahaha .
5. Kain tudung licin
Material licin seperti satin bukan semua orang boleh ‘carry’ tau. Tapi sebab nak nampak cantik, CCL tetap cuba.tapi koleksi tusung jenis sarin ni tak berapa banyak CCL ada . Tak sampai 5 helai pun .Cuma tu la, bila pakai tudung satin ni sikit-sikit nak jatuh, susah nak bentuk, time suap makan ke mulut tudung mula kedepan . Alahaiii stresss uols . hmm boleh bikin mood swing jugak tu.
So, lepas ni kalau tiba-tiba gf/bini korang buat ‘muka’ tu, faham-faham je la mungkin ini puncanya .
Assalamualaikum dan salam sejahtera DOMINO'S PIZZA MEMPERKENALKAN PEMEGANG KAD EKSPRESS PENJIMATAN SEHINGGA 50% Berpegang teguh kepada slogan, It’s All About You, Domino’s Pizza memperkenalkan Kad Ekspres berwajah baharu pada harga yang amat menakjubkan! Kad Ekspres Fasa 2 yang berwajah baru ini telah dilanjutkan tarikh luputnya yang kini sah sehingga 31 Julai 2020, bukan 31 Disember 2019. Kad ini boleh didapati dengan potongan harga 50% untuk tempoh terhad sahaja, di mana pelanggan boleh membeli Kad Ekspres pada harga RM30 dan bukan RM60. Manakala, pemegang Kad Ekspres sedia ada juga boleh memperbaharui kad mereka pada hanya RM15, bukan RM30.
Dengan Kad Ekspres Domino’s Fasa 2 ini, peminat piza boleh mendapat pelbagai tawaran VIP di Domino’s sepanjang tahun! Manfaat VIP termasuk tawaran beli 1 percuma 1 piza, beli 1 percuma 1 sajian sampingan terpilih, tawaran istimewa sempena hari lahir, dan tawaran bulanan eksklusif khusus untuk pemegang Kad Ekspres. Untuk tawaran masa terhad bulan ini, tawaran Beli 1 Percuma 1 Piza juga boleh didapati untuk penghantaran, bermula dari 1 Julai hingga 31 Julai 2019. Di samping itu, pelanggan Kad Ekspres berpeluang membeli piza a la carte dengan potongan harga sebanyak 50% untuk piza saiz Regular, Large dan Xtra Large, tertakluk kepada terma dan syarat. Sebaik sahaja Kad Ekspres diaktifkan dalam talian, pelanggan akan menerima 1 e-Kupon Piza saiz Regular scara percuma, bernilai RM29.90. Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Di Domino’s, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dalam operasi kami dan kami berhasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang bermakna kepada pelanggan kami. Selaras dengan itu, kami dengan sukacitanya melancarkan Fasa 2 Kad Ekspres kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami kerana sokongan dan kesetiaan mereka yang berterusan kepada Domino’s Pizza. Kami benar-benar berharap rakyat Malaysia akan merebut peluang ini untuk menikmati piza kegemaran mereka bersama keluarga dan kawan-kawan. Seperti biasa, kami amat komited untuk memberikan nilai yang sebaik mungkin kepada pelanggan setia kami, di samping terus menawarkan produk baharu dan menarik.” Untuk merebut tawaran hebat ini, pelanggan boleh membeli atau memperbaharui Kad Ekspres mereka di mana-mana cawangan Domino’s, menghubungi talian Domino’s di 1-300-888-333, atau mengunjungi laman web Domino’s, sehingga 30 Julai 2019. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kad Ekspres Domino’s Pizza Malaysia dan juga promosi lain yang diadakan sekarang, sila ke laman web kami di http://www.dominos.com.my/.
Assalamualaikum dan salam sejahtera RESEPI : KUIH KETAYAP PELANGI INTI KELAPA Wow! Just as tasty as the traditional kuih ketayap, but better! Cantik kan? Kuih Ketayap Pelangi ni .nampak menarik bukan , tapi inti didalamnya tetap sama .
Bahan 2 cawan tepung gandum 1 sudu besar tepung ubi 1 biji telur 2 sudu besar minyak masak 2 1/2 cawan air Secubit garam Pewarna ikut suka Cara-cara 1) Blend semua bahan hingga sebati
2) Panaskan kuali non stick (api perlahan) sapu nipis minyak. Asingkan adunan warna pelangi. Boleh tuang adunan warna dalam piping bag atau botol kecil yg bermuncung. Picit,tekan untuk buat jalur/belang mengikut kreativiti sendiri.
3) Ambil sesenduk adunan tuang atas belang yg kita buat tadi (buat ni kena cepat ye)..lenggangkan kuali bagi rata adunan 4) Boleh angkat isi inti kelapa, gulung sedikit lipat kiri & kanan.gulung semua .Siap Boleh dihidang Inti Kelapa Kelapa parut separuh 1/2 cawan gula merah Sedikit gula pasir Secubit garam Sedikit air 1 sudu tepung ubi 1-2 helai daun pandan Cara-cara Masak gula sampai larut, masukkan kelapa parut,garam,tepung gandum/tepung ubi .biar kering sikit.. Siap
Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI : AYAM MASAK BERLADADisebabkan dah jemu ayam masak merah, ayam masak sambal, ayam masak kicap terhasil la ayam masak berlada campak campak .sedap terangkat pedasnya makan dengan nasi panas panas ni sedap . BAHAN-BAHAN - Ayam - Sos tiram - Serai (bahan di bawah semuanya dihiris dicincang halus) - Bawang putih 1 labu kecil - Cili api 4-5 tangkai - Cili masak merah 2-3 tangkai - Halia 1 inci CARA-CARA 1. Gorengkan ayam macam biasa gaul dengan kunyit garam, goreng medium ya jangan terlampau masak 2. Panaskan api, tumiskan bahan bahan yang dihiriskan halus tadi bila dah naik bau terus masukkan serai sebatang ya ketuk dulu tau 3. Masukkan sos tiram 1 sudu tumis bersama bahan tadi 4. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng awal tadi. Simple mudah
Assalamualaikum dan salam sejahtera PANDUAN CARA SEMAK BIL TNB ONLINE MELALUI myTNB APPSMemandangkan ramai yang merungut bil TNB melambung naik beberapa hari ini, berikut kami kongsikan cara semak bil TNB online melalui myTNB App.
TNB dalam satu kenyataan media menjelaskan jumlah bil TNB yang perlu dibayar adalah mengikut bacaan meter.
Sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari, maka TNB akan menggunakan pengiraan secara purata berdasarkan bilangan hari pembilan.
Sebagai contoh, tempoh pembilan 35 hari, faktor prorata dikira 35 hari daripada 30 hari bersamaan dengan 1.1667 menjadikan jumlah unit digunakan ialah 452 per kilowatt jam (kWh).
Berdasarkan kepada pengiraan prorata ini, pengguna dapat menikmati 233 kWh (unit) pada kadar terendah iaitu RM0.218 berbanding dengan 200 unit yang diluluskan untuk tempoh sebulan.
CARA SEMAK BIL TNB ONLINE
Bagi anda yang risaukan kenaikan bil TNB ini, anda boleh semak bil elektrik anda secara online melalui applikasi myTNB.
Walaupun rumah sewa, anda masih boleh gunakan applikasi ini dengan syarat anda dapatkan IC pemilik rumah terlebih dahulu untuk pengesahan.
Semoga perkongsian ini memudahkan kerja-kerja pembayaran bil elektrik anda.
Dan diharapkan syarikat bekalan air turut menyediakan applikasi seperti ini bagi memudahkan pengguna merekodkan segala bil dari semasa ke semasa.
Assalamualaikum dan salam sejahtera TIPS : HILANGKAN BAU DALAM BALANG KUIH RAYA Menjelang musim perayaan yang bakal tiba, para ibu merupakan antara yang paling sibuk menyediakan persiapan dan kelengkapan untuk perayaan. Ianya termasuklah penyediaan balang kuih raya. Balang kuih raya yang disimpan berbulan-bulan boleh menyebabkan bau yang kurang enak.
Tips hilangkan bau dalam balang kuih raya 1. Basuh dan keringkan balang 2. Masukkan beberapa ketul arang ke dalam barang. Kemudian, tutup balang dan biarkan selama 2 atau 3 jam. 3. Bersihkan semula balang. 4. Jika masih berbau, tutup semula balang bersama arang tadi dan biarkan untuk beberapa jam berikutnya. Selamat mencuba!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA AINAA BEAUTY 2019 : IMPIAN AIDILFITRI CCL rasa, ianya macam telefilem pulak. Panjang ni! Siapa yang tak kenal dengan pelakon air mata Malaysia, Wan Maimunah. Tampil dengan watak seorang ibu yang selalu menyokong impian anak perempuannya namun sesuatu yang tidak enak terjadi kepada anaknya. Siapa nak tonton iklan raya 2019 yang sedikit panjang, boleh la tonton. Tak panjang manapun. 10:40 minit je.
New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .
ABOUT ME
Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com