Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA COURTS 2019 : JIMAT RAYA SEMPURNA RIA Tahun ni konvoi Raya nak terjah rumah Ahmad Jimat. Jom tengok gelagat keluarga Ahmad Jimat - Ros Boros, Salleh Pemilih, Emma Jenama dan Cakar.
"Jimat jimat, jimat jimat di Courts,
Senang senang, senang senang di Courts,
Jimat jimat, semuanya ada di Courts,
Jimat Raya Sempurna di Courts
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA UMOBILE 2019 : #UCUBATRY RAYA LUAR BIASA TENGKOLOK RAYASongkok dah biasa dipakai di Hari Raya. Tahun ni, apa kata kita tampil dengan kelainan sikit buat si jejaka. #UCubaTry lahh up kan balik memakai tengkolok. Confirm segak dan kemas dipandang si gadis.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
IKLAN RAYA SUN LIFE 2019 : KETUPAT LEJENSiapa yang lejen menganyam ketupat? Memang terbaik la iklan dari SunLife ni. Ketupat Lejen dari Nenek Lejen lebih Lejen dari Mobile Legend
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA KOSMO 2019 : SURAT KHABAR RAYA Tahun ini genap 15 tahun akhbar Kosmo! mewarnai dunia anda, pelbagai suka duka dan pengiktirafan telah dilalui bersama.
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA PUSAT PAKAIAN HARI-HARI 2019 : DUGAAN RAYA Dah cantik pakai baju raya serba baru, juadah raya pun sudah dihidang tapi ada je yang tak kena. Kadang-kadang apa yang kita rancang jadi sebaliknya. Itulah dugaan raya namanya.
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA ALHA ALFA 2019 : ABANG BERHARAP Sebuah harapan yang disimpan oleh seorang abang di hari raya. Satu cerita yang di olah ringkas dan membawa mesej yang baik kepada penonton
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA FASHIONVALET 2019 : JALAN RAYAFashionValet membuat kelainan untuk iklan hari raya 2019 dengan menggunakan pendekatan interaktif yang kreatif! Penonton diberi arahan untuk memilih jalan cerita sendiri! Macam siri Black Mirror: Bandersnatchpun ade juga. Tapi bagi CCL , FashionValet berani membuat kelainan! Ada siapa yang dah test sehingga habis?
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA SINAR TV & GM KLANG 2019Ada sedikit persamaan dengan iklan Thailand. Intipatinya mengenai client yang cerewet dan mahukan semuanya perfect. Tidak mengapa. Raya tetap raya, GM klang sudahpun menyiapkan iklan raya paling rare. Nake tahu apa yang rare? Tontonlah!
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA USIM 2019 ; SUPRISE RAYA Berkisahkan tentang seorang mahasiswa membahagikan masa antara persiapan raya bersama keluarga dan persiapan menghadapi peperiksaan.. dan yang paling penting “Setinggi manapun cita-cita kita, takkan tercapai tanpa restu mereka"
Dihasilkan oleh Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) USIM dengan kolaborasi bersama mahasiswa USIM (StraComm Clique). Maka terhasilkan "Surprise Raya"...nak tahu apa yang surprise tu...jom saksikan!
"Kalau kita 'uzur' pada 10 terakhir Ramadhan, apa yang kita boleh buat untuk mendapatkan Lailatul Qadar?"
Jangan risau wahai golongan wanita.
Walaupun korang tak dapat puasa, solat dan membaca Al-Quran pada 10 akhir Ramadhan, masih banyak amal kebaikan yang boleh dimanfaatkan. 1. Menyediakan makanan berbuka.
Boleh sediakan untuk sesiapa sahaja. Masak dan sediakan untuk ahli keluarga sendiri pun dah dapat pahala orang yang berpuasa dah.
Kalau tak sempat masak. Boleh beli sahaja. Berikan untuk orang lain berbuka puasa. 2. Menyediakan makanan sahur.
Selain mendapat pahala memberi makan orang lain, ia juga memberi peluang untuk turut menghidupkan waktu sahur dengan qiyamullail.Qiyamullail tak semestinya solat. Boleh dalam bentuk zikir, istighfar dan doa. Doa banyak-banyak, waktu mustajab ni. 3. Menjauhi larangan agama.
Jangan kerana tidak puasa, terus lalui hari 10 terakhir Ramadhan dengan perkara yang lalai dan sia-sia.Manfaatkan masa dengan kebaikan. Jaga mata, jaga telinga, jaga mulut dan jaga anggota badan daripada perkara yang dilarang. 4. Banyakkan berdoa dan berzikir.
Sepanjang bulan Ramadhan adalah waktu mustajab berdoa.Lebih-lebih ketika waktu berbuka, waktu bersahur dan 1/3 malam. Sambil-sambil tolong siapkan makanan tu, banyakkan berdoa 5. Mengingatkan ahli keluarga kepada kebaikan.
Ingatkan ahli keluarga yang lelaki supaya solat fardhu dan solat terawih berjemaah di masjid.
Jika ada ahli keluarga dalam kalangan anak kecil, tolong jagakan. Mudahkan ahli-ahli keluarga lain untuk beribadat. 6. Menyibukkan diri menuntut ilmu.
Manfaatkan masa dengan menghadiri majlis ilmu, mendengar ceramah agama, membaca buku ilmiah, mendengar bacaaan Al-Quran, membaca tafsir Al-Quran dan sebagainya.
Yang penting, dapat menambahkan amal kebajikan dan manfaat buat diri. 7. Banyakkan bersedekah dan derma.
Nabi swt sendiri menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan. Rebutkan pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadhan dengan bersedekah.
Lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadhan. Perbanyakkan sedekah Kepada kaum Hawa, masih terbuka luas peluang untuk merebut pahala ibadat 10 malam terakhir Ramadhan.
Keep it up
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA ADABI 2019 : PAK DUAN & CALON MENANTUKita akan buat apa saja untuk menang hati mak mertua ye dok, tak kisah lah kalau ada mesin masa sekalipun kita balun aje sampailah mak mertua kita suka. Tapi kan sampai mana aje limitasi mesin masa yang boleh si Kassim Jumaat nih gunakan? kalau korang dapat putarkan Masa, apa yang korang akan buat? jom kita tengok iklan raya dari Adabi nih .
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA MR.DIY 2019 : TETAMU VVVVIP HAJI BAKHUL Hmmm siapa sebenarnya tetamu VVVVIP Haji Bakhul nih? Saksikan jugak dilema Lebu & Lebi menguruskan Rumah Terbuka Raya Haji Bakhul tahun ni…hihi!
Hmmm who is actually Hajj Bakhul's VVVVIP guest? Watch Lebu & Lebi dilemma in managing Haji Bakhul Open House this year ... hihi!
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA SYUKOR KERBAU 2019 : RAYA DI HUJUNG TANDUKFilem pendek raya yang mengisahkan tentang hubungan akrab adik dan abangnya.
Kemunculan pertama Syukor Khamis dalam layar lakonan.
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA MISMIS 2019 : ALONG NAK BALIK RAYA Kesian Pakcik ni beli barang pakai duit syiling jer nasib baik ada seorang gadis yang baik sudi membantu bayarkan. Berkat sedekah gadis ini dapat ganjaran yang lebih besar.
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA RHB GROUP 2019 : KETEPIKAN SEGALA PERBEZAAN Seorang guru yang amanah dan jujur dalam tugasnya akan memberikan sepenuh tenaga dan usaha bagi membantu anak didiknya cemelang dalam pelajaran. So korang pernah dengar cerita tak pasal guru berbangsa melayu membantu anak muridnya yang berbangsa cina untuk lebih percaya diri? RHB membawakan iklan raya yang unik dengan membawakan kisah mereka ke dalam iklan. Tonton sampai habis tau!
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA AKPK 2019 : PROJEK AZIM DAN ADIK Bagus betul Azim dan adiknya sanggup cari jalan macam mana nak kutip hutang dari orang kampung yang berhutang kat kedai runcit milik bapa mereka. Macam-macam cara dorang buat tapi cara terakhir tu memang win. Tak sangka akak wongshu wongshu pun berhutang kat kedai runcit ni.Yang nak mintak hutang dengan member tu boleh ler cuba cara adik2 ni hehehe.
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA FLIPPER 2019 : SELAMAT HARI RAYA Kenangan zaman kanak-kanak yang tak pernah mereka lupakan. Kalau nak tahu apa aktiviti diorang waktu kecik-kecik dulu, tengokla iklan raya Flipper ni sampai habis!
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA GOODDAY 2019 : MAMAT TRENDING KEEP IT REALHah! dia buat lagi! Pendekatan yang tranding serta viral memang sinonim dengan kita. Semua nak viral. Semua nak tranding. Masing-masing mahu jadi yang pertama! So nak share dengan korang apa erti tranding bersama Goodday. Selamat menonton.
Perjalanan balik kampung Pak Cik Muhammad dan Mak Cik Azizah bertambah rumit apabila mereka tersedar bahawa beg kuih raya Mak Cik Azizah telah hilang. Dimanakah agaknya beg kuih tersebut? Saksikan kisah ini dalam Trilogi Kuih Raya: Cerita Pak Cik dan Mak Cik.
Dapatkah Aidil mencari Pak Cik dan Mak Cik untuk memulangkan beg kuih raya mereka?
Ikuti pencarian Aidil dalam Trilogi Kuih Raya: Cerita Aidil
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA TNB 2019 : KONVOI EPIK FANTASTIKPengalaman balik ke kampung yang menjadi sebahagian tradisi Aidilfitri setiap tahun menjadi idea utama iklan raya Tenaga Nasional Berhad (TNB), kali ini. Tahun ini, TNB memaparkan iklan raya mengetengahkan tradisi kunjung-mengunjungi pada musim perayaan bertajuk ‘Konvoi Epik Fantastik" “Iklan raya kali ini memaparkan unsur kekeluargaan seperti tolak ansur, hormat-menghormati, kesefahaman dan keikhlasan dalam mengukuhkan hubungan silaturahim, seterusnya menjadikan ia lebih erat dan bermakna."
Konvoi Epik Fantastik yang memaparkan pengalaman dan tradisi sambutan hari raya seorang gadis bandar, Nabila yang berkonvoi ke 10 rumah adik-beradik datuknya.Sepanjang perjalanan itu, terdapat pelbagai babak menyentuh perasaan dan mencuit hati bagi memastikan tradisi kunjung-mengunjungi diterapkan dalam masyarakat.
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA WATSONS 2019 : ADA HATI RAYA MENJADI-JADI Nak dekat musim raya inilah banyak iklan-iklan raya yang win anda akan tonton. Demi menyambut mood raya yang berlegar-legar di kalangan Umat Islam, Watsons turut mengeluarkan iklan raya.Menariknya, kali ini Watsons menampilkan Ayda Jebat sebagai watak utama dalam iklan raya Watsons iaitu ' ada hati raya menjadi-jadi' Kalau korang tengok iklan raya Watsons ini,CCL percaya ramai yang kuat berangan seperti Ayda Jebat dalam video ini kan.
Dah nasib! Nak balik raya tertinggal bas pulak dekat R&R. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) juga tidak ketinggalan menerbitkan iklan khas sempena sambutan hari Raya Aidilfitri tahun ini.Memilih tema kekeluargaan, PLUS menampilkan iklan menggunakan konsep filem sesawang bertajuk Tumpang yang memaparkan perjalanan pulang ke kampung seorang pemuda, Amir yang terpaksa menumpang lori Pak Man setelah tertinggal bas.
Tanpa menggunakan nama besar dalam bidang lakonan, iklan tersebut berjaya menyentuh jiwa dengan mesej mendalam tentang kepentingan menghargai kehadiran keluarga ketika sambutan perayaan utama umat Islam di negara ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA TM UNIFI 2019 : LEMAN LEBIH IS LEBIH OVER This is Raya ,kali ni Unifi menampilkan watak Leman Lebih .Leman nakkan yang lebih dan terbaik untuk keluarganya pada hari Raya . Apa yang lebih ? Jom tengok iklan ini
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA PETRONAS 2019 : RENDANG SORAYA Kisah Rendang Suraya. Tengok Sampai Abis Mesti Sebak. Air tangan ibu tiada tandingannya, mampukah Suraya menandingi keistimewaan resepi rendang tradisi ibunya. Jom kita tengok iklan dari Petronas ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA ASTRO 2019: RAYA KUASA 7Acap kali tibanya Hari Raya, Astro pasti tampil dengan temanya tersendiri. Evolusi tema Aidilfitri ini dapat dilihat dari era Eratkan Jalinan, Kosong-kosong, Meriah Bersama dan diteruskan dengan Sempurna Seadanya bagi tahun ini. Di sebalik prosa puitis ‘Sempurna Seadanya’, terselit makna yang sungguh mendalam iaitu cinta tak mengenal sesiapa dan kasih sayang mengatasi segalanya. Bukan kebendaan yang dicari, namun kehadiran kita yang dinantikan oleh keluarga pada Aidilfitri ini. Tahun ini, Raya Kuasa 7 tampil untuk meneruskan tradisi iklan Raya Astro - padat dengan hiburan, nasihat dan kejutan.
Iklan ini mengisahkan keluarga Apai, yang mana setiap daripada mereka ingin menunjukkan kehebatan masing-masing semasa Hari Raya. Namun, mereka terlupa, kuasa sebenar bukanlah pada barangan yang mereka pakai, namun pada kebersamaan ketika beraya. Menariknya, iklan ini menampilkan hero Gaya Ori sekali lagi - Wak Nik dan cameo istimewa daripada Tok Wan, yang tidak asing lagi dalam dunia Astro.
Assalamualaikum dan salam sejahtera . IKLAN RAYA JAKEL 2019 : RAGAM ISTERI BERAYA Iklan raya dari Jakel kali ni menampilkan ragam isteri beraya . Siapa yang nak tahu macam mana nak tackle suami untuk shopping raya, boleh sangat tiru si Suraya ni.
New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .
ABOUT ME
Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com