REVIEW : ANTIOXIDANT SERUM BY SANNY & JOLEEN LIFESTYLE


Assalamualaikum dan salam sejahtera

REVIEW : ANTIOXIDANT SERUM BY SANNY & JOLEEN LIFESTYLE  Apabila usia meningkat, kita semua dinasihatkan untuk pakai serum, umur berapa digalakkan pakai serum ? Umur paling tepat digalakkan pakai serum adalah 25 tahun ke atas, umur ini adalah disarankan wajib pakai serum kerana tanda-tanda penuaan, seperti kedutan, garis-garis halus , jeragat dan kurang kelembapan. serum yang dikatakan bertindak lagi hebat daripada krim pelembap. Tapi itulah apa sebenarnya fungsi serum kepada kecantikkan kulit ?


antioxidant serum, antioxidant serum by sanny & joleen lifestyle, cara pakai serum, REVIEW, tips kecantikkan, tips memakai serum, Tips memilih serum,


Kali ni CCL nak review satu Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle . Serum biasanya hadir dalam bentuk cecair yang bertekstur ringan dan bebas minyak. Ia juga dipanggil sebagai eliksir, walaupun sering dibotolkan dalam sebuah botol kecil tetapi serum ni mengandungi sejumlah bahan aktif yang terbaik untuk kulit wajah. Serum biasanya memiliki konsentrasi tinggi bahan aktif seperti asid amonia, antioksidan vitamin, pencerah kulit , hidrasi atau eksfoliasi.

Semua keperluan serum untuk mengekalkan kecantikkan terdapat dalam serum termasuk vitamin dan antioksidan yang berfungsi menembusi masuk ke dasar kulit lebih jauh , pantas ,mudah berbanding dengan cecair pelembap biasa. Kuasa serum meresap jauh ke dasar kulit melalui molekul zatnya yang merupakan partikel kecil dan bekerja jauh lebih tinggi sebanyak 10 kali ganda berbanding krim wajah biasa.


antioxidant serum, antioxidant serum by sanny & joleen lifestyle, cara pakai serum, REVIEW, tips kecantikkan, tips memakai serum, Tips memilih serum,


Antioxidant Serum by Sanny & Joleen Lifestyle mengandungi Vitamin E, tocotrienol , tokoferol, vitamin B5, vitamin B3, candulia oil dan olive oil . Tocotrienol terbukti lebih kuat antioksidant berbanding vitamin E , manakala tokoferol pula adalah sumber dari kelapa sawit yang dapat melindungi cahaya matahari, radiasi dan ozon ultraviolet. Formula khas yang ada pada Antioxidant Serum by Sanny & Joleen Lifestyle ini mampu membantu memperlahankan proses penuaan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit dengan merangsang sintesis kolagen kulit .


KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM ANTIOXIDANT SERUM



antioxidant serum, antioxidant serum by sanny & joleen lifestyle, cara pakai serum, REVIEW, tips kecantikkan, tips memakai serum, Tips memilih serum,



  • aqua
  • Niacinamide
  • Glycerin
  • Trehalose
  • Citrus reticulata peel extract
  • Yeast beta glucan
  • Sodium acrylates copolymer
  • Sorbitan caprylate
  • Panthenol
  • Lecithin
  • Tocotrienols
  • Calendula seed oil
  • Olive fruit oil
  • Propanediol
  • Benzoic acid
  • Tetrasodium glutamate diacetate3


ANTIOXIDANT SERUM BEBAS DARI KANDUNGAN BERBAHAYA


antioxidant serum, antioxidant serum by sanny & joleen lifestyle, cara pakai serum, REVIEW, tips kecantikkan, tips memakai serum, Tips memilih serum,

  • tiada natrium laureth sulfate
  • Tiada derivatif haiwan
  • Tiada minyak mineral
  • Paraben
  • Tiada detergent harsh
  • Bebas dari alkohol
  • Tiada EDTA
  • tiada warna buatan
  • Tiada propylene glycol
  • Tiada warna sintetik


ANTIOXIDANT SERUM MEMBANTU DARI SEGI

  • Mengurangkan bintik-bintik hitam
  • Mengurangkan jeragat
  • Menghilangkan jerawat
  • Menghilangkan parut pada wajah
  • Menghilangkan kesan sinaran matahari pada kulit wajah
  • Mengurangkan strech mark
  • Melicinkan dan mencerahkan kulit wajah
  • Mengecilkan saiz pori kulit
  • Membaiki tekstur kulit lebih sihat
  • Membaiki tona kulit lebih sekata


TEKSTUR ANTIOXIDANT SERUM


antioxidant serum, antioxidant serum by sanny & joleen lifestyle, cara pakai serum, REVIEW, tips kecantikkan, tips memakai serum, Tips memilih serum,

  • tekstur serum ini berwarna putih kelabu seperti cloudy colour serum ini sangat high-concetrated dengan sedikit bahan yang ringan (mild)
  • Mempunyai bau yg mild tidak menusuk hidung
  • Sesuai untuk semua jenis kulit wajah
  • Tidak berminyak dan tidak melekit
  • Mudah kering dan meresap ke dalam kulit wajah
  • Menjadikan kulit wajaj lembap.
  • Dihasilkan dari bahan semula jadi dan selamat untuk digunakan


CARA PENGGUNAAN 

  • titiskan beberapa titik serum pada kulit wajah, ratakan dap dap pada wajah .


DARI SEGI PEMBUNGKUSAN ANTIOXIDANT SERUM


antioxidant serum, antioxidant serum by sanny & joleen lifestyle, cara pakai serum, REVIEW, tips kecantikkan, tips memakai serum, Tips memilih serum,

  • Dipacking dalam pek pembungkusan yang ringkas berwarna putih
  • Produk ini juga lebih fokus terhadap kandungan di dalam serum tersebut berbanding pembungkusan.
  • Antioxidan serum ini terdapat dua pilihan dari segi kuantiti iaitu antioxidant serum 10ML berharga RM49.00 manakala 30ML berharga RM97


KEBERKESANAN ANTIOXIDANT SERUM TERHADAP PENGGUNA .



antioxidant serum, antioxidant serum by sanny & joleen lifestyle, cara pakai serum, REVIEW, tips kecantikkan, tips memakai serum, Tips memilih serum,

First time CCL mencuba Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle . Alhamdulillah selama 3 minggu CCL konsisten pakai serum ni 2 kali dalam sehari pada waktu pagi dan juga malam selepas rutin mencuci muka ada juga kesan pada kulit wajah CCL . Salah satunya , jerawat di pipi kiri kanan semakin mengecut dan parut-parut jerawat lama semakin lama semakin pudar . Agak-agaknya kalau CCL terus konsisten lagi serum ni kulit mula CCL akan bersih tanpa sebarang cela seperti jerawat dan parut jerawat degil . Penggunaan yang mudah cukup hanya 4 titisan serum ni pada dahi, dagu dan pipi kiri kanan, sapukan sama rata . Ingat teknik nak ratakan serum juga penting bagi serum meresap ke dalam kulit . Baca sini TIPS PEMAKAIAN SERUM  & TIPS KEBAIKKAN SERUM PADA KULIT WAJAH. Penggunaan dengan kuantiti yang banyak sebenarnya tak efektif untuk serum cukup la sekadar beberapa titis di dap dapkan saja pada kulit muka. 

Antioxidant serum ni juga sesuai untuk semua jenis kulit, kalau korang tanya CCL skin jenis apa, ok skin CCL jenis combination to oil , so bila apply serum ni pada kulit wajah tak da rasa berminyak or rasa melekit lekit . Tesktur serum ni memang sangat ringan dan paling best mudah meresap ke dalam kulit wajah . Kulit akan rasa lembap selepas penggunaan Antioxidant Serum ini . 

Korang jangan was-was untuk menggunakan produk ini yang semestinya memdapat kelulusan dari pihak KKM.Selain itu kandungan yang ada pada serum ini juga terdiri daripada bahan semulajadi dan selamat untuk digunakan





Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website: https://sannyjoleen.com/
Lokasi Stokis: https://sannyjoleen.com/stores/
FB: https://www.facebook.com/sannyjoleen/
IG: https://www.instagram.com/sannyjoleen/?hl=en 


GIVEAWAY RAMADHAN/SYAWAL 2019 BY SHA MOHAMED



assalamualaikum dan salam sejahtera 




klik banner untuk join 


Syaratnya sangat mudah:-
1. Follow blog kasihkuamani
2. Follow Instagram Sha @kasih_shadz
3. Buat satu entry dengan tajuk "Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed".
4. Bubuh benner diatas dan backlink ke entry ini.
5. Jangan lupa bubuh link entry di komen.

Hadiahnya:-
Buku Kumpulan Cerpen Tunjukkan Aku Arah Kiblat oleh Maria Kajiwa untuk 8 orang pemenang

Tempoh Giveaway 29.04.2019 hingga 10.05.2019..
Pengumuman pemenang pada 10.05.2019..

Makluman
Pemilihan pemenang menggunakan Random.org
Penghantaran hadiah menggunakan FlexiPrepaid (tempoh masa adalah seperti pos biasa)

CARA BARU UNTUK MOHON TUKAR ALAMAT PADA KAD PENGENALAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Info,kad pengenalan rakyat malaysia,kad pengenalan hilang,cara tukar kad pengenalan baru,cara tukar alamat baru di kad pengenalan

CARA BARU UNTUK MOHON TUKAR ALAMAT PADA KAD PENGENALAN Jika korang ingin memohon pertukaran alamat pada kad pengenalan, bermula 2 Mei 2019 ini korang perlu sertakan beberapa dokumen penting ini. Langkah ini adalah kerana bagi mengelakkan masalah maklumat tidak sahih pada kad pengenalan. Sebelum ini terdapat 50 hingga 100 orang yang menggunakan alamat yang sama bagi mendapatkan IC.

Mengapa Perlu Tukar IC?

Mengikut Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001), setiap orang yang memiliki kad pengenalan dan bertukar kediaman serta tingga selama lebih 90 hari, hendaklah membuat penukaran alamat kad pengenalan.

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Pemohon dikehendaki hadir di mana-mana kaunter JPN.
  2. Sila dapatkan Borang Pertukaran Alamat di kaunter JPN dan isi dengan lengkap.
  3. Alamat mestilah menggunakan alamat tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat kerja, pejabat, organinasi datau P.O Box adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Dokumen yang diperlukan ketika permohonan adalah seperti:

  1. Dokumen asal pemohon (kad pengenalan)
  2. Dokumen sokongan seperti bil utiliti, cukai pintu.
  3. Sekiranya tidak boleh mengemukakan dokumen sokongan, surat pengesahan daripada penghulu, ketua kampung, tuan rumah, majikan perlu dibawa bersama.

Bayaran yang diperlukan

  1. RM10 bagi pengeluaran kad pengenalan baru untuk warganegara.
  2. Kemaskini bagi warganegara tanpa pengeluaran kad baru: RM2
  3. Untuk warganegara, kad baru RM40, dan penukaran alamat tanpa kad baru RM2.


Sumber: JPN

HANSAEGEE NATURE : REVIEW ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

HANSAEGEE NATURE : REVIEW ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER  Sekarang ni dah terlampau banyak pilihan produk kecantikkan yang terdapat di pasaran Malaysia termasuklah produk kecantikkan dari negara luar seperti Korea. Pastinya korang yang inginkan kulit yang licin dan bersih bak artis-artis korea tak salah kalau korang ingin membeli produk dari Korea yang sememangnya terbaik untuk korang lebih-lebih lagi harganya yang berpatutan dan berkesan . 

REVIEW, REVIEW PRODUCT, PAID REVIEW, GIFT REVIEW, NATURE SKINCARE PRODUCT, ALOE AC BUBBLE CLEANSER, HANSAEGEENATURE, SKINCARE KOREAN, TIPS KECANTIKKAN

Hari ni CCL nak review produk kecantikkan dari Korea . Pernah dengar Hansaegee Nature ? Haa.. Kalau korang nak tahu Hansaegee Nature ni adalah salah satu syarikat produk kecantikkan dari Korea, Hansaegee Nature adalah satu jenama yang sedang bertapak di Malaysia lebih 6 tahun dan kesemua produknya original dari Korea dengan menggunakan bahan-bahan yang tinggi kualitinya ,salah satu skincare yang tengah CCL gunakan sekarang ialah " Aloe AC Bubble Cleanser" 


REVIEW, REVIEW PRODUCT, PAID REVIEW, GIFT REVIEW, NATURE SKINCARE PRODUCT, ALOE AC BUBBLE CLEANSER, HANSAEGEENATURE, SKINCARE KOREAN, TIPS KECANTIKKAN

Aloe Ac Bubble Cleanser ni merupakan salah satu pencuci mula yang baru iaitu bubble cleanser. Bubble Cleanser merupakan jenis cleansing foam. Kalau korang nak tahu ni first time CCL menggunakan pencuci muka berbentuk cleansing foam . Untuk pengetahuan korang cleansing foam ni selalunya digunakan untuk deep cleansing terutama untuk kulit yang berminyak, senang berjerawat atau sering terdedah dengan persekitaran kotor.

REVIEW ALOE AC BUBBLE CLEANSER

REVIEW, REVIEW PRODUCT, PAID REVIEW, GIFT REVIEW, NATURE SKINCARE PRODUCT, ALOE AC BUBBLE CLEANSER, HANSAEGEENATURE, SKINCARE KOREAN, TIPS KECANTIKKAN

Memandangkan skin CCL sekarang jenis combination to oil dan ada 4 5 ketul jerawat sedang bertenggek di skin CCL so CCL dah cuba Aloe AC Bubble Cleanser ni untuk keberkesanan produk tersebut. Setelah hampir sebulan menggunakan produk ni, fall in love sangat- sangat sebabnya cleanser ni amat sesuai dengan skin CCL . Rata-rata ada yang sebut cleansing jenis foam ni akan mengeringkan kulit muka kita, tapi tidak sama sekali sebabnya Aloe AC Bubble Cleanser amat sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak mengeringkan wajah . Selain itu jerawat pada mula CCL pun semakin mengecut dan semakin hilang . Kulit muka tidak kusam dan tidak berminyak seperti biasa . Selepas cuci muka kulit muka rasa lembut dan bersih sangat - sangat .

REVIEW, REVIEW PRODUCT, PAID REVIEW, GIFT REVIEW, NATURE SKINCARE PRODUCT, ALOE AC BUBBLE CLEANSER, HANSAEGEENATURE, SKINCARE KOREAN, TIPS KECANTIKKAN

This is my current cleanser for my AM routine,pakai jenis foam cleansing ni baru lah semangat pepagi nak cuci muka
Part yang paling best cleanser ni merupakan mousse type liquid foam cleanser.Dia didatangkan dgn botol jenis pump yang akan produce a light air bubble foam yg sangat soft & tick.suka sebab macam marshmallow ,macam awan, 

Eh geramm ! Bila apply kat muka rasa mcam buat parti buih kat muka sendiri . Lepas cuci skin rasa bersih & soft.


KEISTIMEWAAN ALOE AC BUBBLE CLEANSER


REVIEW, REVIEW PRODUCT, PAID REVIEW, GIFT REVIEW, NATURE SKINCARE PRODUCT, ALOE AC BUBBLE CLEANSER, HANSAEGEENATURE, SKINCARE KOREAN, TIPS KECANTIKKAN

  • mengatasi dan memulihkan masalah jerawat
  • Membersihkan liang pori
  • Mengawal minyak berlebihan
  • Melembapkan kulit
  • Sangat sesuai untuk kulit yang bermasalah seperti kulit kering,berminyak,sensitid,kulit kusam
  • Membantu mengeluarkan sebum minyak berlebihan dari kulit muka
  • Membersihkan wajah dengan kemewahan buih pembersih


KANDUNGAN UTAMA ALOE AC BUBBLE CLEANSER

REVIEW, REVIEW PRODUCT, PAID REVIEW, GIFT REVIEW, NATURE SKINCARE PRODUCT, ALOE AC BUBBLE CLEANSER, HANSAEGEENATURE, SKINCARE KOREAN, TIPS KECANTIKKAN

1. Aloevera Barbadensis leaf
  • melembapkan kulit
  • Anti keradangan kulit
  • Merawat jerawat
  • membersihkan pori-pori muka

2. Tea Tree Leaf Oil
  • Mengawal minyak berlebihan kulit muka
  • Anti fungus
  • Melicinkan kulit
  • Memberi kelembutan pada kulig
  • Mengurangkan infeksi kulit


CARA PENGGUNAAN ALOE AC BUBBLE CLEANSER


REVIEW, REVIEW PRODUCT, PAID REVIEW, GIFT REVIEW, NATURE SKINCARE PRODUCT, ALOE AC BUBBLE CLEANSER, HANSAEGEENATURE, SKINCARE KOREAN, TIPS KECANTIKKAN

1. Bersihkan muka dan tapak tangan
2. Picitkan Aloe Ac Bubble Cleanser pump beberapa kali sehingga keluar buih
3. Ratakan pada seluruh wajah dan urut perlahan-lahan selama beberapa minit
4. Buih akan menjadi semakin banyak pada kulit yang basah
5. Bilas wajah dan kulit wajah korang akan jadi bersih dan lembap


Untuk korang nak mencuba produk Aloe AC bubble cleanser boleh rujuk maklumat dibawah . 





VANITY MIRROR GUNA BARANG KEDAI ECO RM2 JE JIMAT!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera 




VANITY MIRROR , APA ITU VANITY MIRROR , CARA MUDAH MEMBUAT VANITY MIRROR , DIY VANITY MIRROR , DIY VANITY MIRROR MENGGUNAKAN BARANGAN ECO RM2 , CARA MEMBELI VANITY MIRROR MURAH , DESIGN VANITY MIRROR , VANITY MIRROR CANTIK


VANITY MIRROR GUNA BARANG KEDAI ECO RM2 JE JIMAT!!! Cermin solek berlampu atau ‘vanity mirror’ kini semakin popular di kalangan peminat deko, terutamanya tentulah perempuan.
Tapi bila tengok harganya yang dijual di kedai perabot, masing-masing terus simpankan niat untuk beli. Yalah, takut menyusahkan suami pula minta benda yang mahal-mahal dan fancy begini.
Sebenarnya, amat mudah nak DIY sendiri vanity mirror di rumah. Guna saja barang-barang terpakai dan beberapa lagi barang yang mudah didapati.

CARA DIY VANITY MIRROR GUNA BARANG KEDAI ECO RM2. JIMATNYA!


Cantik tak vanity mirror saya?
Hari tu ada kotak lebih tak tahu nak buat apa, jadi kami pun terfikir idea untuk buat vanity mirror ini.
Mudah sangat. Bahan pun guna yang senang dapat aja. Jumlah modal yang diperlukan hanya sekitar RM50. Berbaloi buat sendiri tau.
Berikut adalah bahan-bahannya.

BAHAN-BAHAN digunakan untuk membuat vanity mirror



  • Mentol – 8pcs (RM16)
  • Tempat letak mentol warna putih – 4 plastik ada 8pcs (RM8)
  • Cermin – 4pcs (RM8)
  • Plug – 1pcs (RM2)
  • Wallpaper – 3pcs (RM6)
  • Gam – 1pcs (RM2)
  • Frame kayu letak vanity mirror – 4pcs (RM8)
  • Bekas letak barang makeup – 2pcs (RM4)
  • Sesiku L untuk lekatkan dekat dinding – (RM2)
Jumlah keseluruhan : RM56 sahaja

CARA-CARA membuat vanity mirror menggunakan barang eco rm2 



1. Anggarkan Saiz
Mula-mula boleh anggarkan saiz mengikut cermin dan lubang untuk mentol yang kita dah beli tadi. Buat rangkanya lebih kurang macam ni.
VANITY MIRROR , APA ITU VANITY MIRROR , CARA MUDAH MEMBUAT VANITY MIRROR , DIY VANITY MIRROR , DIY VANITY MIRROR MENGGUNAKAN BARANGAN ECO RM2 , CARA MEMBELI VANITY MIRROR MURAH , DESIGN VANITY MIRROR , VANITY MIRROR CANTIK

2. Cantumkan Kotak & Balut Wallpaper
Bila dah confirmkan saiznya, kita bolehlah lekatkan dan balut kotak tadi dengan wallpaper.
Ini gam dan double tape yang digunakan untuk lekatkan kotak tu. Gam beli dekat Kedai ECO RM2 juga. Gam ini memang kuat tapi ambil masa sikit nak lekat. Kalau nak cepat boleh guna gam yang jenis pistol tu.

3. Sambungkan Wayar & Mentol
Ini bahan yang digunakan untuk buat sambungan wayar ke mentol.
Sambungannya macam ni. Yang wayar kuning tu positif, hitam negatif.

4. Tambahkan Meja
Bila dah siap bahagian atas tu, beginilah rupanya.
VANITY MIRROR , APA ITU VANITY MIRROR , CARA MUDAH MEMBUAT VANITY MIRROR , DIY VANITY MIRROR , DIY VANITY MIRROR MENGGUNAKAN BARANGAN ECO RM2 , CARA MEMBELI VANITY MIRROR MURAH , DESIGN VANITY MIRROR , VANITY MIRROR CANTIK
Sekarang ni ccl tambahkan pula meja untuk letak barang make-up atau apa-apa keperluan masa nak cermin muka. Nak buat meja ni, saja guna frame kayu yang dibeli dekat Kedai ECO RM2 jugalah.

Boleh tengok contoh frame tu sebelah kiri, sebelah kanan tu yang CCL dah siap balut dengan wallpaper.


5. Lekatkan Ke Dinding
Akhir sekali, dah bolehlah lekatkan ke dinding. Untuk tampalkan kotak ke dinding, CCL gunakan double tape tadi, yang macam dalam gambar di atas tu. Memang cukup kuat.
Bahagian bawahnya pula CCL guna sesiku L dan drill ke dinding.

VANITY MIRROR , APA ITU VANITY MIRROR , CARA MUDAH MEMBUAT VANITY MIRROR , DIY VANITY MIRROR , DIY VANITY MIRROR MENGGUNAKAN BARANGAN ECO RM2 , CARA MEMBELI VANITY MIRROR MURAH , DESIGN VANITY MIRROR , VANITY MIRROR CANTIK
6. Siap!
Dah siap pun, beginilah hasilnya.
VANITY MIRROR , APA ITU VANITY MIRROR , CARA MUDAH MEMBUAT VANITY MIRROR , DIY VANITY MIRROR , DIY VANITY MIRROR MENGGUNAKAN BARANGAN ECO RM2 , CARA MEMBELI VANITY MIRROR MURAH , DESIGN VANITY MIRROR , VANITY MIRROR CANTIK

Jimat dan berpuas hati , tak apa tak dapat beli vanity mirror yang mahal-mahal 
DIY sendiri pun tetap cantik dan berpuas hati  . yang penting cukup jimat 

MAGGI & KPM LANCARKAN PENCARIAN CHEF MUDA BERBAKAT DALAM PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH MENENGAH MAGGI (MSSCC)


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Program maggi, maggi berkolaborasi dengan kpm, pencarian chef muda maggi, pertandingan memasak sekolah menengah bersama maggi, Info,


MAGGI & KPM LANCARKAN PENCARIAN CHEF MUDA BERBAKAT DALAM PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH MENENGAH MAGGI (MSSCC) MAGGI® & KPM Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Ke-23 Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) kembali buat tahun ke-23 berturut-turut! Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baharu bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Acara MSSCC tahun 2019 telah dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Dengan tema ‘Anda dan MAGGI®. - Membawa kesan positif kepada masakan harian’, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan untuk chef muda memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian masakan rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan memperlihatkan struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan.


Program maggi, maggi berkolaborasi dengan kpm, pencarian chef muda maggi, pertandingan memasak sekolah menengah bersama maggi, Info,


Menurut Cik Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI®, “Kami teruja kerana dapat memberi peluang sekali lagi kepada anak-anak muda Malaysia untuk menunjukkan kepakaran kulinari mereka menerusi MSSCC! Berbeza dengan tahun sebelumnya di mana pelajar akan mencipta sajian berdasarkan resipi sedia ada, pertandingan tahun ini menampilkan Cabaran Masakan Kreatif yang memerlukan pelajar untuk memanfaatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka dari permulaan pertandingan. Para pelajar akan diberi bahan mentah rahsia yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti serta kemahiran untuk mempersembahkan idea hidangan mereka. Terdapat juga penekanan yang lebih besar iaitu persembahan serta kemahiran berkomunikasi yang para pelajar perlu mempersembahkan r
resepi sajian yang telah mereka hasilkan.”


“Kami sentiasa berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama kami untuk mencipta detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi makanan yang enak,” tambah beliau.


Program maggi, maggi berkolaborasi dengan kpm, pencarian chef muda maggi, pertandingan memasak sekolah menengah bersama maggi, Info,


Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, “Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali sektor swasta untuk bersama-sama melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami gembira kerana dapat meneruskan kerjasama yang sekian lama terjalin dengan MAGGI® untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam kalangan pelajar kita.”


“Kami yakin bahawa elemen baharu dan menarik ini menggalakkan pelajar kita untuk memperlihatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menyediakan platform yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan mereka,” ujar Encik Zainal.

Program maggi, maggi berkolaborasi dengan kpm, pencarian chef muda maggi, pertandingan memasak sekolah menengah bersama maggi, Info,


Bagi Cabaran Memasak Kreatif yang akan berlangsung di kedua-dua peringkat negeri dan kebangsaan, para peserta diberikan pelbagai bahan ramuan masakan. Langkah ini bertujuan untuk mencabar kreativiti dan kemahiran memasak dalam kalangan chef muda ini. Chef-chef muda perlu menentukan sajian masakan mereka dengan bahan berdasarkan kreativiti mereka.


Pertandingan tahun ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek pengadilan dan pemberian markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran kulinari dan kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan makanan, kaedah masakan serta khasiat nutrisi sajian. Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada panel pengadil dan penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.  



MAGGI® telah melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih 10,000 sekolah serta 340,000 pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan mendapat pengetahuan dan kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan sihat.


Semasa upacara pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk paparan interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia. Menerusi permainan dan aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan kemahiran mereka sambil belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang. Wakil-wakil media juga diberi peluang untuk menguji kreativiti mereka dengan dua cabaran menyelesaikan masalah yang berlainan, ‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF Setting’.


Untuk maklumat lanjut tentang MSSCC, sila layari laman web https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019.

RESEPI DADIH HOMEMADE LEMAK BERKRIM TANPA MENGGUNAKAN SERBUK DADIH


Assalamualaikum dan salam sejahtera .


Dadih homemade, cara buat dadih tanpa menggunakan serbuk dadih, resepi dadih, dadih lemak berkrim, resepi


RESEPI DADIH HOMEMADE LEMAK BERKRIM TANPA MENGGUNAKAN SERBUK DADIH Beli dadih kat luar mesti tak puas hati. 1 cup kat sini RM1.50 . Langsung tak berkrim , rasa nipis sangat-sangat. Beli perisa cocoa yg rasa cuma manis gula , bau cocoa pun tak bau.

Jadi harini buat dadih sendiri tanpa menggunakan serbuk dadih.Yang pasti lebih berlemak dan berkrim berbanding guna serbuk dadih. Sebelum ni pernah buat dadih tak letak tepung jagung pun , tapi tengok youtube resepi tu letak tepung jagung. Memang rasa lain letak dan tak tepung jagung. Sedap tu lagi berganda 

Resepi ni ikut sukatan CCL sendiri. Kalau ada yg nak cuba bolehlah. Nak sedap jangan kedekut susu. Biar susu banyak dari air takpa

Resepi ni dapat 9 cups. Gandakan kalau nak lebih banyak cups .


Bahan-bahan yang diperlukan

• 150gm gula ( boleh tambah lagi kalau tak cukup manis. CCLbuat manis sedang-sedang )
• 20gm serbuk agar-agar
• 1 sb tepung jagung
• 1 sk garam
• 1 liter susu segar / susu kotak
• 500 ml air
• perasa - depends nak guna perasa apa pun


Cara membuat

1. Masukkan gula, serbuk agar-agar, garam, tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak atas api
sehingga mendidih dan agar-agar larut.

2. Perlahankan api sekejap sehingga agar-agar larut lepas. Kemudian baru kuatkan api hingga mendidih.

3. Apabila agar-agar sudah larut, tapiskan. Selepas tapis, masukkan susu segar dan kacau sebati. Tak perlu masak selepas
masukkan susu segar.

4. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk ditambahkan perasa kesukaan. Misalnya susu yang plain, koko dan nescafe.

5. Masukkan dalam cup dan biarkan sejuk.

6. Selepas sejuk tutup cup dan masukkan ke dalam peti ais antara 1 hingga 2 jam.

7. Siap untuk dimakan.

DOMINO'S PIZZA : SPEEDY WANLI DINOBATKAN JUARA PERTANDINGAN 'FASTEST PIZZA MAKER MALAYSIA 2019'



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Domino's pizza, review, review domino pizza , speedy wanli juara pertandingan fastest pizza maker malaysia

DOMINO'S PIZZA : SPEEDY WANLI DINOBATKAN JUARA PERTANDINGAN 'FASTEST PIZZA MAKER MALAYSIA 2019' Pembuat Piza diseluruh negara bertanding untuk merebut peluang mewakili Malaysia di peringkat antrarabangsa. Kepantasan dan kualiti jelas fokus utama bagi pertandingan Domino’s Pizza Fastest Pizza Maker yang berlangsung di cawangan ke-200 Domino's Pizza iaitu Galleria Cyberjaya. 14 pembuat piza terkemuka daripada seluruh Malaysia memaparkan aksi dan kemahiran mereka dengan membuat “10-point” piza semasa pertandingan tahunan tersebut dengan harapan untuk merebut empat tempat sebagai wakil pertandingan di peringkat Asia-Pasifik

Dianjurkan setiap tahun untuk mengiktiraf kemahiran dan kepakaran pengurusan masa pembuat piza Domino's diserata dunia, para pesaing dikehendaki untuk membuat tiga jenis piza bersaiz besar, yang menampilkan Pepperoni, Cendawan dan Keju secepat mungkin sambil mematuhi peraturan kualiti Domino’s.


Domino's pizza, review, review domino pizza , speedy wanli juara pertandingan fastest pizza maker malaysia


Piza-piza tersebut telah dinilai berdasarkan tiga kriteria, iaitu “dough & saucing”, “portioning” dan “placement” topping. Di samping itu, skala digital berkalibrasi telah digunakan untuk mengesahkan berat setiap piza adalah tepat. Kad skor gred baru juga diperkenalkan demi memastikan ketepatan markah bagi setiap pembuat piza.



Domino's pizza, review, review domino pizza , speedy wanli juara pertandingan fastest pizza maker malaysia

Shamsul Amree, Timbalan Presiden Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata, “Bakat para pembuat piza diuji di pusingan terakhir dalam pertandingan pada hari ini. Pembuat piza yang berentap pada hari ini adalah daripada yang terunggul dari kalangan pembuat piza kita dan mereka menunjukkan ciri-ciri usaha keras, minat serta ketepatan yang diterapkan setiap hari dalam pembuatan piza untuk para pelanggan kami.


Kami amat gembira kerana dapat mempersembahkan kepada mereka pada hari ini terutamanya kerana mereka sentiasa sibuk bekerja dibelakang tabir, menyediakan piza. Mereka adalah sebab utama para pelanggan tidak putus serta jemu membeli dan untuk itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Bukan itu sahaja, pertandingan tahun ini juga menyaksikan penyertaan sama ramai antara wanita dan lelaki. Ini membuktikan bahawa kemahiran dan bakat melangkaui jantina dan kami amat gembira untuk menonjolkan bakat mereka semua.”

Domino's pizza, review, review domino pizza , speedy wanli juara pertandingan fastest pizza maker malaysia


“Pembuatan piza mungkin kelihatan mudah, namun ianya memerlukan skil khas yang disempurnakan dari masa ke semasa dan melalui latihan yang berterusan. Para pembuat piza ini telah menguasai teknik dan seni pembuatan piza adunan tangan. Oleh itu, pertandingan Fastest Pizza Maker ini adalah platform yang sempurna untuk kami mengiktiraf kepakaran para pembuat pizza daripada seluruh Malaysia. Kami amat berbangga dengan pencapaian mereka dan teruja dengan penyertaan mereka di peringat Asia-Pasifik yang bakal bertempur dengan rakan serantau mereka.”


Domino's pizza, review, review domino pizza , speedy wanli juara pertandingan fastest pizza maker malaysia

Speedy Wanli atau lebih dikenali sebagai Fadzwanli Bin Mohd, juara bagi pertandingan Fastest Pizza Maker 2019, berkata, “Saya amat berbangga kerana berpeluang untuk mewakili Domino’s Pizza Malaysia diperingkat Asia-Pasifik. Penyertaan hari ini adalah penyertaan kali kedua saya. Saya telah menyertai pertandingan ini pada 2017 buat pertama kali dan saya telah bekerja keras untuk memenangi tempat kedua pada masa itu. Saya berpeluang bersaing dengan pembuat piza terkemuka daripada seluruh Asia.


Daripada 24 peserta, saya berada di tempat tujuh teratas dalam pertandingan diperingkat Asia-Pasifik tersebut dan saya berasa amat gembira memegang gelaran tersebut. Tahun ini, saya akan melakukan yang terbaik dalam pertandingan Asia-Pasifik sekaligus memastikan rakyat Malaysia berbangga dengan usaha saya,”

Domino's pizza, review, review domino pizza , speedy wanli juara pertandingan fastest pizza maker malaysia


Beliau telah dinobatkan sebagai juara pertandingan Fastest Pizza Maker 2019 dengan catatan masa hanya 80 saat dan beliau telah membawa pulang hadiah sebanyak RM1,000, sekaligus berpeluang mewakili Domino’s Pizza Malaysia diperingkat Asia-Pasifik. Pemenang kedua adalah Izuan Bin Adib atau juga dikenali sebagai Izuan da’ Wolverine memenangi wang tunai berjumlah RM500 dan Syahmi Bin Shaheran atau nama samarannya, Syahmi da’ Flash adalah pemenang bagi tempat ketiga dengan wang tunai berjumlah RM300. Juara dan pemenang tempat kedua bakal mewakili Domino’s Pizza Malaysia di peringkat Asia-Pasifik, dengan keseluruhan perbelanjaan ditanggung penuh oleh pihak syarikat.

“Berpegang teguh kepada janji It’s All About You, kami terus meningkatkan proses kami yang melibatkan banyak kemudahan, teknologi dan inovasi. Ini digabung dengan kemahiran yang dimiliki oleh pembuat piza kami adalah kombinasi yang terbaik dalam menghasilkan perkhidmatan yang lancar untuk para pelanggan,” rumus beliau.

Memegang falsafah syarikat, iaitu “Smart Hustle”, Domino’s Pizza Malaysia telah mengadakan pertandingan tahunan Fastest Pizza Maker sejak daripada tahun 1998 demi mengiktiraf para pembuat piza yang memberi contoh terbaik dalam penghantaran yang selamat dan tepat pada masanya. Pertandingan ini dibuka kepada semua para pembuat piza yang bekerja bersama Domino’s Pizza.

Sejumlah 474 pembuat piza dari seluruh Malaysia mengambil bahagian diperingkat tempatan yang bermula pada Januari tahun ini. Daripada jumlah tersebut, persaingan sengit kelihatan apabila hanya 114 pembuat piza telah layak ke peringkat kebangsaan. 14 yang teratas layak ke peringkat seterusnya sebagai finalis bagi pertandingan Fastest Pizza Maker di Malaysia.

Selain daripada para peserta, pihak media juga diberi peluang untuk mempelajari pembuatan pizza bersama pakar pembuat piza Domino’s.