Assalamualaikum dan salam sejahtera .
TIPS MEMOHON VISA KE AUSTRALIA, CHINA , US , INDIA DAN CANADA Korang tau tak passport Malaysia ni sebernarnya membolehkan korang travel ke 161 negara TANPA VISA. Tapi masih banyak negara2 yang korang perlu dapatkan VISA untuk masuk ke negara tersebut.. antaranya China, India, USA, Canada, Australia dan lain2..
Hari ni CCL nak sharekan satu panduan membuat visa yang telah dibuat oleh Traveloka khas untuk korang..
Panduan Memohon Visa Untuk Rakyat Malaysia
Jangan tak tahu, pasport Malaysia adalah keempat paling berkuasa di dunia tau! Ini bermakna anda boleh ke lebih dari 160 negara tanpa visa. Untungkan jadi rakyat Malaysia! Tapi ada beberapa negara yang masih memerlukan permohonan visa. Jadi, ini adalah perkara yang korang perlu tahu.
1. Jenis visa - Ada banyak jenis visa, bergantung kepada sebab anda ke sesebuah negara. Berikut adalah 3 jenis visa jika anda ke negara luar untuk bercuti atau bekerja.
- Visa sekali masuk - korang hanya boleh masuk sesebuah negara sekali sahaja walaupun tempoh sah visa itu melebihi tempoh masa korang di negara itu. Kalau korang meninggalkan negara itu, korang mesti memohon visa baru walaupun visa lama masih sah.
- Visa beberapa kali masuk - korang boleh masuk negara itu sebanyak mana yang anda mahu sepanjang tempoh sah visa. Tetapi, pastikan korang mempunyai sebab yang sah untuk melawat negara itu berulang kali, atau korang boleh dihalang masuk.
- Visa transit - kalau korang nak jalan-jalan sementara transit, jangan lupa untuk periksa sama ada negara yang disinggah memerlukan visa ini.
2. Berapa lamakah proses permohonan visa?
bergantung pada negara yang korang nak lawati. Proses permohonan visa boleh mengambil masa dari sehari hingga empat minggu.
3. Apakah dokumen yang anda perlu sediakan untuk memohon visa?
Bergantung pada negara yang korang ingin lawati, tetapi ini adalah beberapa dokumen yang wajib ada:
(i) Kad pengenalan Malaysia yang sah atau lesen.
(ii) Pasport asal (tarikh tamat tempoh mestilah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh berlepas)
(iii) Borang permohonan visa yang lengkap
(iv) Maklumat penerbangan yang anda ingin tempah atau dalam sesetengah kes, tiket penerbangan anda.
(v) Bukti pembayaran fi visa.
(vi) Penyata bank atau cek kembara.
(vii) Gambar berukuran pasport (dengan latar belakang berwarna biru muda atau putih).
4. eVisa vs permohonan melalui kedutaan
'Buat apa susah-susah beratur sedangkan boleh memohon dalam talian!” Memang bolehh, tapi untuk sesetengah negara, lebih senang untuk terus ke kedutaan sahaja.
5. Antara sebab yang boleh menyebabkan kegagalan permohonan anda atau diminta memohon semula:
(i) mempunyai rekod jenayah yang dianggap serius oleh negara yang ingin lawati
(ii) telah melebihi tempoh lawat sebelum ini.
(iii) Dokumen perjalanan palsu.
(iv) gagal memberikan tujuan lawatan yang sah.
(v) Beberapa jawapan korang tidak tepat.
(vi) Jawapan temuramah korang dan rakan perjalanan korang tidak selari.
(vii) Baki akaun bank yang tidak mencukupi.
(viii) memakai gincu berwarna merah atau solekan yang tebal dalam gambar passport (Ini bukan gurauan tau!)
(ix) Kedua-dua bahu korang tidak sepenuhnya dalam gambar pasport.
(x) memakai tudung berwarna-warni dalam gambar (ada sesetengah negara menetapkan warna tudung tertentu untuk gambar pasport anda)
(xi) Sijil lahir atau nikah yang tidak diterima.
6. Sumber:
(ii) http://www.kln.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=225808&folderId=231025&name=DLFE-1922.pdf
(v) https://blog.seduniatravel.com/post/156061371730/countries-malaysian-citizens-dont-need-a-visa-to
Pegawai Imigresen berhak menghalang kemasukan korang atau hanya membenarkan korang untuk melawat selama beberapa hari atau minggu sahaja bergantung pada tujuan lawatan. Ayuh sama-sama berharap perkara ini takkan terjadi kepada kita!









































