10 FILEM HOLLYWOOD WAJIB TONTON SEPANJANG TAHUN 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera

10 FILEM HOLLYWOOD WAJIB TONTON SEPANJANG TAHUN 2018  Untuk kaki movie, tahun baru merupakan tahun yang dinantikan kerana filem baru mesti akan dikeluarkan. Bagi kaki movie, mesti anda dah ‘usha’ update terkini filem-filem kegemaran korang yang nak keluar tahun ni kan? Okay, untuk korang, ini adalah senarai filem yang bakal ke panggung wayang dan tarikh ia akan ditayangkan. Oh ada kemungkinan sesetengah filem ditayangkan pada tarikh yang kami kongsi atau lebih awal/lewat. Dan ada juga kemungkinan tidak ditayangkan di Malaysia 

  1. Black Panther (16 Februari)
filem 2018 , hiburan , 10 filem hollywood tahun 2018 , filem hollywood yang menarik sepanjang tahun 2018
          Pengarah : Ryan Coogler

  1. Tomb Raider (16 Mac)
filem 2018 , hiburan , 10 filem hollywood tahun 2018 , filem hollywood yang menarik sepanjang tahun 2018
Pengarah : Roar Uthaug

  1. Pacific Rim ( 23 Mac)
filem 2018 , hiburan , 10 filem hollywood tahun 2018 , filem hollywood yang menarik sepanjang tahun 2018
            Pengarah : Steven S. De Kinight

  1. Avengers : Infinity War (4 Mei)
filem 2018 , hiburan , 10 filem hollywood tahun 2018 , filem hollywood yang menarik sepanjang tahun 2018
Pengarah : Anthonty & Joe Russo

  1. Escape Plan : Hades
filem 2018 , hiburan , 10 filem hollywood tahun 2018 , filem hollywood yang menarik sepanjang tahun 2018
Pengarah : Steven C. Miller

  1. Deadpool 2 ( 1 Jun)
filem 2018 , hiburan , 10 filem hollywood tahun 2018 , filem hollywood yang menarik sepanjang tahun 2018
Pengarah: David Leitch


  1. Jurrasic World : Fallen Kingdon (22 Jun)
filem 2018 , hiburan , 10 filem hollywood tahun 2018 , filem hollywood yang menarik sepanjang tahun 2018
           Pengarah : J.A Bayona

  1. Ocean’s 8 ( 8 Jun)
filem 2018 , hiburan , 10 filem hollywood tahun 2018 , filem hollywood yang menarik sepanjang tahun 2018
Pengarah : Gary Ross

  1. Ant Man and The Wasp ( 6 Julai)
filem 2018 , hiburan , 10 filem hollywood tahun 2018 , filem hollywood yang menarik sepanjang tahun 2018
Pengarah: Peyton Reed

  1. Bumblebee (21 Disember )
         filem 2018 , hiburan , 10 filem hollywood tahun 2018 , filem hollywood yang menarik sepanjang tahun 2018
            Pengarah: Travis Knight

Korang tak sabar nak tengok yang mana satu? 

SEGMEN BLOGLIST 2018 BY SHUHAIDA SAAD



Assalamualaikum dan salam sejahtera 



Segmen Bloglist 2018 ShuhaidaSaad
klik banner untuk join 

Pencarian bloglist bagi tahun 2018 untuk blog Shu bermula pada hari ini, 26/03/18 hingga 26/04/18 8:40 malam. 

Syarat-syarat :
  1. Follow blog Shuhaida.
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist 2018 ShuhaidaSaad", beserta banner.
  3. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Senang dan mudah tak?

semua blog peserta akan dimasukkan ke dalam bloglist shu.

jom support shu ..

SEGMEN KAELLA BELOVED FELLAS'


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


( KLIK BANNER UNTUK JOIN SEGMEN INI )

Syarat penyertaan : 
  • Buat post tajuk "Kaella Beloved Fellas"
  • Letakkan banner dan backlink kan ke entry ini
  • WAJIB follow ( http://thekaellaaaa.blogspot.my/ )
  • kena follow Google+ ( cikkaella )
  • kena follow Instagram ( @kaellaaaaa )
  • Like Facebook ( thekaellaaa ) 
  • after done, comment dekat bawah berserta link entry yang korang buat.
  • Tamat segmen pada 31 March 2018

BIRTHDAY GIVEAWAY BY MRS PIP



Assalamualaikum dan salam sejahtera 



GA%2BMrs%2BPip
Birthday Giveaway by Mrs Pip

nak join GA ni, mrs pip letakkan beberapa syarat mudah:-

1/ buat entry bertajuk "Birthday Giveaway by Mrs Pip" , copy paste dan backlink kan banner di atas
2/ wajib follow blog mrs pip
3/ ada IG, wajib follow instagram mrs pip : www.instagram.com/mrspip18 
4/ ada FB, wajib follow FB page mrs pip : web.facebook.com/MrsPip18
5/ dah siap, sila letak link penyertaan korang kat kotak komen di bawah


GA ni akan tamat pada 8 April 2018, dan pemenang akan diumumkan, insyallah dalam masa seminggu selepas GA tamat. 

Pemilihan pemenang akan dibuat sama ada melalui random.org atau pemilihan cabutan bertuah oleh mrs pip sendiri , dan keputusan muktamad.
Seorang pemenang bertuah akan memenangi hadiah :-
  • face mask jenama b.live (fine line stoppage sheer off crease) x 3 sheets
  • Suaviss Colmado body wash 30ml x 2 bottles (random fragrance : lime, coconut, strawberry, grapefruit, mango)
  • pre-loved novel
  • hadiah misteri (wang tunai / skincare product / beauty products / shawl / atau lain lain produk)


KLIK BANNER UNTUK JOIN 

PENCARIAN BLOGLIST APRIL 2018 BY AERILHASSAN




Assalamualaikum dan salam sejahtera


klik banner untuk join 



Pencarian bloglist bulan April 2018 bagi blog https://aerillhassan.blogspot.my/ bermula 19 Mac 2018 sehingga 31 Mac 2018. Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk sertai pencarian ini.

Cara-cara untuk sertai :-

1. Follow, Add to Circle dan Like
2. Masukkan blog https://aerillhassan.blogspot.my/ ke dalam bloglist anda.

3. Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan

4. Copy Coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

15 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist blog Aerillhassan. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 April 2018.

Sekian, terima kasih.

RESEPI : KEK PANDAN VERSI TOASTER



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


RESEPI , RESEPI KEK , KEK PANDAN , RESEPI KEK PANDAN , KEK PANDAN VERSI TOASTER , KEK PANDAN MUDAH GUNA TOASTER , BLOG RESEPI ,RESEPI VIRAL


RESEPI : KEK PANDAN VERSI TOASTER sebenarnya  walaupun tanpa oven ataupun ketuhar  , mak - mak di rumah tetap boleh buat bakar kek , tak semestinya menggunakan oven baru nak jadi resepi kek tersebut . Petang ni CCL nak kongsi dengan korang semua Kek Pandan versi Toaster  . mana lah tahu  adunan dah siap diadunkan semua tetiba oven rosak , so rasa ni salah satu sebagai  penyelamat .


BAHAN - BAHAN 


  • 2 biji telor
  • 1/2 cwn gula
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan tepung (boleh guna tepung kek)
  • 1/2 cawan minyak 
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla.. sy gntikan dgn esen pndan dan pewrna hijau
  • butter


RESEPI , RESEPI KEK , KEK PANDAN , RESEPI KEK PANDAN , KEK PANDAN VERSI TOASTER , KEK PANDAN MUDAH GUNA TOASTER , BLOG RESEPI ,RESEPI VIRAL


CARA MEMBUAT 

1.blend 2 biji telur . 1/2 cawan gula, 2 sudu susu pekat . 1 sudu teh esen vanila ataupun esen pandan sehingga kembang smua ni.

2. Masukkan 1 cawan tepung kek bersama baking powder  dan masukkan secawan minyak adun sehingga sebati .

3. Panaskan toaster , dan sapukan sedikit butter agar kek tidak melekat ketika proses membakar .

4. tuangkan adunan tadi ke dalam toaster , tutup dan bakar 3 minit sehingga 5 minit .

selamat mencuba 


SEGMEN : CARI BLOGLIST SEBULAN BY AIRAH SYAHIRAH



Assalamualaikum dan salam sejahtera 


SEGMEN : CARI BLOGLIST SEBULAN BY AIRAH SYAHIRAH





Syarat :
1. Follow blog AirahSyahirah.
2. Follow Google+ (ada di sidebar)
3. Follow Instagram.
4. Buat entry 'Segmen : Cari Bloglist Sebulan by Airah Syahirah'.
5. Letak banner dan linkkan ke entry ini.
6. Letak link entry di bahagian komen.

Yang terpilih akan
1. Join bloglist April
2. Personal review blog dari AirahSyahirah. (Review dari mata seorang pembaca)
3. Kalau ramai join insha Allah ada hadiah sikit la.

Tarikh Tutup : 30 March 2018


SEGMEN 24JAM BLOGLIST #29 MIALIANA.COM


Assalamualaikum dan salam sejahtera 




Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2018 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 15 Mac 2018, iaitu tepat jam 1.00 petang sehingga hari esok, 1.00 petang 16 Mac 2018. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #29 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2018.

** jom support Mia Liana....


Klik banner untuk join 

TIPS PERKAHWINAN :PERSEDIAAN MENJELANG HARI PERKAHWINAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera





TIPS PERSEDIAAN MENJELANG HARI PERKAHWINAN  Korang sedang dalam persiapan untuk hari perkahwinan , tapi tak tahu mana nak dimulakan dahulu ? meh CCL share panduan untuk persedian menjelang majlis perkahwinan korang nanti .



12 - 9 BULAN SEBELUM MAJLIS
  • pilih tarikh  , bincang dengan ahli keluarga kedua belah pihak supaya senang nak berkumpul nanti .
  • pilih tempat rumah ataupun dewan. untuk yang memilih dewan  , korang perlu survey dan booking dengan segera sebab biasanya dewan ni dalam tempoh sebulan awal kejap je dah penuh , so booking awal ok . 
  • sediakan bajet .ni penting supaya korang tak terlebih berbelanja nanti . 

9 - 6 BULAN SEBELUM MAJLIS 
  • pilih tema . Masa ni dah boleh decide dah korang nak tema apa tradisional ke , tema taman ke dah boleh start cari inspirasi . 
  • buat survey untuk setiap vendor perkahwinan . Survey vendor yang diperlukan contohnya baju pengantin , juru makeup , photographer , videographer , pakej perkahwinan , katering , doorgift dan yang lain-lain yang korang perlu . 
  • sediakan senarai jemputan atau buat anggaran . tanya sekali ibu dan bapa berapa anggaran jemputan mereka , kadang - kadang diorang punya jemputan lebih ramai dari kita yang pengantin ni . 

6-4 BULAN MAJLIS
  • mula membuat tempahan dengan vendor perkahwinan mana yang boleh contohnya jurumekap , katering dan pelamin . 
  • jangan lupa apply cuti nanti tak pasal-pasal tak boleh kahwin pulak . 
  • beli barangan hantaran kalau ada sale tue grab cepat-cepat sebab boleh jimat.
  • hadir kursus kahwin ni penting tau ! pastikan korang buat dengan pihak yang bertauliah. 

3 - 2 BULAN SEBELUM MAJLIS 
  • serahkan dokumen di pejabat agama untuk tempahan tok kadi , pendaftaran perkahwinan dan yang berkaitan .
  • buat ujian saringan kesihatan . 
  • buat tempahan bagi mana-mana vendor yang belum settle . ye la kadang-  kadang tu bajet duit kita baru ada masa bulan ni kan , so selesaikan mana yang belum . 
  • edar kad jemputan jangan lupa ya , supaya tetamu  yang jauh  boleh save the date untuk attend majlis perkahwinan korang . 

1 BULAN SEBELUM MAJLIS 
  • fitting baju pengantin , wajib !! ye la takut nanti korang terkurus atau tergemuk dah .. waktu ni korang masih sempat lagi nak alter baju .
  • semak semua tempahan yang diperlukan telah dibuat dengan selengkapnya , mana yang boleh follow -up buat ya . 
  • pastikan semua dokumen berkaitan pernikahan selesai .waktu ni dah wajib settle semua dokumen .

2-1 MINGGU SEBELUM MAJLIS 
  • deko hantaran . kalau tak sempat buat sendiri , boleh minta tolong adik - beradik atau sedara - mara tak pun tempah je dengan mana - mana pembuat hantaran . 
  • fnal confirmation ! follow up dengan semua tempat yang ditempah dan juga tok kadi 
  • meeting dengan family untuk pengagihan semasa majlis supaya memudahkan kerja semasa majlis berlangsung 

1 HARI SEBELUM MAJLIS 
  • pastikan pakaian pengantin sudah digosok . masa ni tengok baju pun dah rasa nervous . 
  • berkan number telefon individu in-charge semasa majlis kepada semua vendor perkahwinan . ye lah takkan mereka nak contact korang masa tengah jadi pengantin pulak kan . masa tue ah tak fikir apa-apa .. 

HARI PERKAHWINAN
  • enjoy the day ! tarik nafas dalam -dalam 
  • tenang dan doa semoga majlis berjalan dengan lancar 


haa ... macam mana dengan semua panduan semua ni ? membantukan ? 



TIPS KECANTIKKAN : PENGGUNAAN CONCEALER PADA WAJAH



Assalamualaikum dan salam sejahtera .

TIPS KECANTIKKAN : PENGGUNAAN CONCEALER PADA WAJAH | Korang tahu tak bahawa Concealer bukan saja untuk tutup cela sahaja tapi ada banyak lagi kegunaan yang berbeza? Jangan guna Concealer untuk satu fungsi sahaja bila korang boleh memakainya dengan 5 cara berlainan dibawah !


CONCEALER, APA ITU CONCEALER , TIPS MEMAKAI CONCEALER, FUNGSI CONCEALER,TIPS MATA CANTIK, KEBAIKKAN CONCEALER


1) CONCEALER BOLEH DIGUNAKAN UNTUK HIGHLIGHT BAWAH MATA UNTUK EFEK CUKUP TIDUR😎
Gunakan Concealer dan buat tiga segi bawah mata anda dan blend selepas Foundation supaya anda nampak macam dah tidur 10 jam! Buat dua dua belah mata ya ( duh!) Concealer yang lebih cerah dari Foundation harus digunakan untuk teknik highlight ini.


2) CONCEALER BOLEH TUTUP JERAWAT ATAU PARUT🤫
Kalau cover dengan Foundation tapi cela jerawat datang bulan chuols masih menonjol, boleh pakai Concealer supaya tutup cela dengan lebih coverage. Pakai Cream Concealer adalah lebih berkesan dari Liquid Concealer yang cair. Pastikan warna concealer itu sama dengan Foundation.

3) CONCEALER BOLEH ON POINT KAN KENING ANDA MACAM DALAM INSTAGRAM
Nak kening Instagram? Haaaa apa lagi buat frame guna concealer selepas melukis kening anda supaya garisan kontra lebih jelas dan nampak on point naunau!


4) CONCEALER BOLEH JADI PEMADAM WING LINER YANG HARUK 

Opps! Tak setiap kali wing Liner menjadi tau! Katakan wing liner tak simetri, sebelah pendek sebelah panjang, anda boleh menggunakan Concealer sebagai pemadam magic line yang salah tersebut! Tak perlu messy messy nak pakai remover cotton bud bagai!


5) CONCEALER BOLEH JADI PRIMER PEMBAYANG MATA👱

Aah! Takda Bajet nak beli Primer mata? Jangan risau! Sekarang anda boleh pakai ke Concealer Anda sebagai Primer mata supaya eyeshadow tahan lebih lama dan tak berkumpul jadi satu garisan (creasing so annoying!) . Jangan lupa letak bedak tabur sebelum blendkan Eyeshadow supaya tampak macam efek airbrush ok?

CARA REBUS TELUR PALING MUDAH DAN HASILNYA CUKUP AWESOME



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


CARA REBUS TELUR PALING MUDAH, TIPS MEREBUS TELUR, TELUR REBUS,RESEPI ,TELUR REBUS, TIMING MEREBUS TELUR , TIPS MASAKAN


CARA REBUS TELUR PALING MUDAH DAN HASILNYA CUKUP AWESOME  |  Sejak pertama kali tengok orang post tentang masak telur guna periuk elektrik terus CCL try..first time buat menjadi dan untuk hari-hari seterusnya memang tak pernah rebus telur guna air dah..guna cara ni lebih mudah , periuk tak jadi hitam dan hasilnya dapat kuning telur yang wowww, kuning yang cantik dan memang feveret CCL telur macam ni dan ada sedikit cair yang putih..tapi bukan masak separuh ok .


CARA REBUS TELUR PALING MUDAH, TIPS MEREBUS TELUR, TELUR REBUS,RESEPI ,TELUR REBUS, TIMING MEREBUS TELUR , TIPS MASAKAN


Meh tengok step-stepnya bagi sesiapa yang masih belum tahu:

1. Ambik 1 helai tisu dapur untuk dapatkan telur seperti di atas or 2 tisu untuk telur rebus biasa..

2. Basahkan tisu tadi dengan air n letak didalam periuk

3. Basuh telur sebersih-bersihnya n letak di atas tisu basah tadi

4.tekan suiz dan tunggu sehingga masak

SEGMEN JOM TUKAR2 BLOGLIST DARI EJULZ



Assalamualaikum dan salam sejahtera

SEGMEN JOM TUKAR2 BLOGLIST DARI EJULZ


{ KLIK BANNER UNTUK JOIN } 

SYARAT YANG SANGAT SIMPLE 
★ create satu entri tentang segmen ini dan backlinkkan banner segmen dalam entri tersebut

★ Nama pun segmen tukar bloglist of course la korang yang join kena masukkan blog ejulz dalam blog list korang yer . 




RESEPI : POPIA CARBONARA



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

RESEPI ,RESEPI POPIA CARBONARA,POPIA CARBONARA ,CARBONARA, POPIA,KULIT POPIA , JENIS POPIA ,RESEPI MASAKAN


RESEPI : POPIA CARBONARA  | Selalu dengar resepi spaghetti carbonara , petang ni CCL kongsi dengan korang menu baru iaitu popia carbonara .  Korang pernah buat ? Pernah rasa ? Ok kalau tak pernah jom follow resepi di bawah


bahan untuk inti:
-isi ayam (dipotong kecil) (nak guna aym -cincang pun boleh)
-crab stick (hiris bulat)
-cendawan butang (dicincang)
-capsicum(dipotong dadu kecil)
-sayuran (carrot, baby corn, sengkuang) -ni optional. boleh guna ikut suka.
-black pepper
-tepung gandum
-susu (pakai fullcream. kalau pakai susu cair pun ok)
-cheese slice 3 keping (x kisah ape brand. nak lebih rasa cheese boleh juga potong n letak masa kita gulung. lagi sedap)
-chicken stock
-bawang merah*
-bawang putih*
-halia* (* bahan ni dicincang halus)
-minyak sedikit
-butter
-garam n perasa jika perlu


cara-cara : 
1. panaskan minyak dan butter. letak minyak sikit sebab takut butter hangus.

2. kemudian tumis halia, bawang putih dan bawang merah.

3. Apabila bawang dah layu sikit, masukkan isi ayam dan cendawan. masak sekejap. masukkan juga chicken stock.

4. kemudian letak tepung dalam 3 sudu. tujuan pakai tepung utk pekatkan kuah.

5. kemudian masukkan susu. tambah air sikit dalam setengah cawan.

6. bila kuah dah agak pekat sikit,  masukkan sayur sayuran termasuk capsicum.

7. masak sekejap. letak black pepper,  garam n perasa.

8. sebelum tutup api baru masukkan crab stick.tujuan masukkn lambat sbb tak nak dia hancur sebab lama masak.

9. akhir sekali gulung mcm biasa..


tips masa goreng:
api jangan kecil sangatt sebab kalau lama dia akan keluar inti dan bocor. minyak pun kotor.


RESEPI DIY LIP SCRUB


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 



RESEPI DIY LIP SCRUB | Masalah bibir pecah pecah mesti membuat korang risau . Tak kiralah sama ada kaum perempuan mahupun lelaki . Tidak hanya bibir menjadi terlihat kasar, bibir pecah-pecah pun mampu membuat lipstik atau pemulas bibir tidak teraplikasi dengan baik dan merata. So, bagaimana sebenarnya langkah yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah bibir pecah-pecah?

Jom kita Atasi bibir pecah dengan Lip Scrub yang korang boleh buat sendiri, guna bahan dekat dapur rumah korang jer. Yang penting bahan tersebut sah sah selamat.


RESEPI DIY LIP SCRUB,DIY LIP SCRUB,SKRUB BIBIR,TIPS ATASI BIBIR PECAH,TIPS KECANTIKKAN,ATASI BIBIR MENGGELUPAS, CARA MEMBUAT SKRUB BIBIR,


Antara 3 bahan yang diperlukan untuk buat sendiri lips scrub adalah :

> Gula Puteh atau Gula Perang
> Madu
> Coconut Oil atau Olive Oil



Cara membuat :

1. Campurkan 1 sudu madu, 2 sudu gula dengan beberapa titis minyak kelapa. Gaul bagi sekata.

2. Kemudian korang sapu pada bibir dan tunggu selama kurang lebih 15 minit kemudian gosok gosok sikit bagi kulit bibir yang menggelupas tertanggal keluar.Kemudian bilas dengan air hingga bersih.

Dengan DIY Lip Scrub boleh buang sel kulit mati yang menggelupas kat bibir. Insha Allah bibir korang kembali lembap dan tidak kering merekah lagi.
Bila bibir dah cun, haa melaramlah korang sepuas puasnya dengan lipstik kala merah jamboo.Madu dan minyak kelapa merupakan bahan alami yang sangat berkesan sekali untuk melembabkan kulit dan bibir.

DOSA KE BUAT MAJLIS KAHWIN SECARA SEDERHANA ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera 


PELAMIN SIMPLE , MAJLIS PERKAHWINAN, TEMA PELAMIN 2018 , PELAMIN 2018 , BAJET PERKAHWINAN , TIPS PERKAHWINAN , PELAMIN SIMPLE , DEKORASI PELAMIN CANTIK ,PELAMIN TUNANG , PELAMIN KAHWIN , PELAMIN DIY

DOSA KE BUAT MAJLIS KAHWIN SECARA SEDERHANA ?  Semua orang bila nak kahwin je mesti nak buat cantik - cantik , ada yang sanggup habiskan duit semata-mata nak ikut macam retis - retis kesayangan kahwin. Yea la kahwin kan sekali jer , Bila mentality asal kahwin je mesti kena buat gah-gah macam ala - ala retis kahwin tapi duit sendiri pun habuk aje. Mula la nak buat loan sana sini semata-mata nak nampak cantik depan mata orang ramai , tapi hakikatnya bila dah kahwin merana nak settlekan payment. Tu yang ramai orang buat silap . Dari awal perkahwinan dah nak tanggung hutang nanti dah beranak - pinak pun bayaran tak settle lagi . 

Korang nak ker bayar hutang - hutang bertahun - tahun ? kehidupan dan keperluan asas lepas kahwin lagi tinggi , takut nanti rasa terbeban pulak . So jom tengok apa yang korang boleh cut cost untuk majlis kahwin korang nanti . 


IKUT KEMAMPUAN
Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan korang . Sederhana pun tak apa tak perlu la nak ikut sangat orang lain kahwin . Bukan dia yang bayar pun kita kahwin . Kita yang nak kena bayar semua benda , tak dosa pun kalau majlis tu simple yang paling penting benda wajib korang settlekan dulu .


DEKO SIMPLE
Deko pelamin dan meja makan tak perlu nak letak bunga beribu kuntum  , letak sikit pun dah cantik . Tak perlu bunga yang hidup e , sebab bunga hidup ni cost nya lagi mahal. Zaman sekarang arificial flower pun dah nampak macam hidup dan nampak cantik . Nak lagi jimat boleh je diy sendiri , bukan susah sangat pun nak deko ni boleh minta tlong saudara - mara , kawan - kawan tapi kalau korang adakhidmat pemasangan pelamin semestinya ada sedikit extra charge .


SET NIKAH YANG SIMPLE 
Set nikah pun dah boleh sewa je tak perlu bayar mahal pun nak nampak cantik masa nikah walaupun nikah di rumah mahupun di masjid.


SEWA DULANG
Dulang hantaran pun tak perlu la nak beli , mahal kot ! Zaman sekarang ni korang boleh sewa , Jimat berganda - ganda . Beli bnuat apa ? nanti dah pakai nak simpan sampaikan tak ada tempat . Beli tu kononnya nak senang la adik - beradik nanti  nak pakai . Ha tu silap !! Habis 7 keturunan pakai dulang yang sama dah tak up - to - date . Pakai la korang dulang zaman tok nadak lagi , Sewa bukan mahal dari beli .


BUNGA HANTARAN
Hantaran boleh gubah sendiri je , zaman sekarang dah boleh beli mahupun sewa bunga yang siap deko . Tinggal nak letak aje atas dualng , tak perlu nak membazir duit untuk dekorasi cost yang mahal .


BAJU KAHWIN 
Baju tak perlu la nak sampai berpasang- pasang macam orang zaman dulu kahwin. Baju kahwin ni dua atau tiga pasang pun dah cukup . Sepasang untuk akad nikah , sepasang lagi untuk bersanding atau untuk majlis resepsi . ;agi jimat sewa je , kalau nak beli pun make sure baju tu boleh dipakai lagi lepas kahwin . Tak membazir . 


KENDURI MAKAN 
Kenduri makan pulak tak payah la nak ambil sampai 10 jenis lauk pauk ,macam makan dekat restoran tu , ambil emat hingga lima jenis lauk pauk pun dah mencukupi yang penting kuantiti dapat menampung jumlah tetamu yang datang . Bab kenduri makan ni jangan la nak berkira sangat  dan jangan terlebih over sangat kalau terlebih over nanti membazir pulak . Kenduri makan ni korang dapat pahala sebab bagi orang makan . So bajet betul - betul ! 


KEK KAHWIN 
kek kahwin tak perlu bertingkat - tingkat mengunung macam retis kahwin. Yang setingkat pun dah cukup kalau family korang hantu kek ok la jugak . tapi dua hingga itga itngkat pun dah ok sangat . itu pun dah beratus harganya . 


DOORGIFT
Doorgift cukuplah setakat kemampuan korang je . Kalau bajet RM1 seorang dan jemputan 1000 orang dah jadi RM 1000 . tu baru barang harga RM1 . So tak perlu la nak tempah yang mahal- mahal sebab nak nampak hebat dan mewah , nanti korang yang merana nak bayar . Bajet ikut kemampuan ok !


KAD JEMPUTAN
Nak jimat tak perlu la trendy , hipster bagai . kad yang korang bagi tue nanti akan masuk tong sampah jugak lepas kenduri , tak ada orang la nak simpan kad korang melainkan korang dan ahli keluarga je , so jangan membazir buat mahal- mahal .


PA SYSTEM 
nak jmat tak perlu  la nak tempah DJ , Live Band bagai cukup je sewa Pa system dan pasang lagu dekat Laptop macma lagi Maher Zain , Hindustan , Love Song pun dah ok .


HONEYMOON
banyak tempat korang boleh pilih untuk honeymoon . Tak perlu la nak tiru retis - retis berbulan madu sampai ke Maldives sana . Dekat Malaysia ni pun ada banysk tmepat yang menarik . Negara Jiran pun dh ok . 



Apa-apa pun rancanglah perkahwinan korang tu mengikut kemampuan , Tak salah pun kalau bersederhana dalam majlis kahwin ni bukn dosa pun buat majlis secara kecil - kecilan . Yang penting korang happy dan tak terbeban .


KFC GOLDEN EGG CRUNCH SEDAP ATAU TAK SEDAP ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

KFC GOLDEN EGG CRUNCH SEDAP ATAU TAK SEDAP ,  REVIEW KFC GOLDEN EGG CRUNCH , RESEPI GOLDEN EGG CRUNCH , FOOD BLOGGER , REVIEW MAKANAN , KFC TELUR ASIN


KFC GOLDEN EGG CRUNCH SEDAP ATAU TAK SEDAP ?  Minggu lepas CCL berkesempatan singgah KFC untuk mencuba menu baru yang KFC keluarkan . Apa menu baru tue ? Semestinya "Golden Egg Crunch" . Asyik terliur je bila tengok iklan KFC Golden Egg Crunch  berlegar-legar di skrin tv . Menu baru KFC ni semestinya rasa ayam kentucky ni lain dari yang lain . Korang dah mencuba le belum menu baru ni ? CCL dah mencuba .Pastinya korang yang sudah mencuba menu baru Golden Egg Crunch ni ada citarasa yang tersendiri . Ada yang suka dan ada yang tak suka . Bagi CCL suka le tidak KFC Golden Egg Crunch ni ? Mari baca review CCL sehingga habis .



Langkah je masuk KFC orang ramai beratur , CCL turut sama kena beratur sehinggalah tiba giliran CCL untuk membuat order , tak lain tak bukan semestinya CCL akan order menu baru ni KFC Golden Egg Crunch.Bila dinilai dari luaran semasa staff KFC masukkan ayam tersebut ke dalam kotak CCL boleh bezakan warna lebih terang dari ayam kentucky biasa. Yang buatkan CCL terliur sangat- sangat bau daun kari pada ayam ni memang automatik terus teringat resepi buttermilk chicken salah satu feveret CCL . 

KFC Golden Egg Crunch ni memang sedap dan kena dengan citarasa CCL . Rasanya pedas, masin dan manis . Gabungan tiga rasa yang seimbang . Terasa juga telur asin yang disaluti pada ayam tersebut . Aroma bau daun kari confirm tergugat.

Oh kalau korang nak tahu KFC Egg Golden ni ada dua set combo .

Set RM14.50
- 2 ketul ayam
- Kentang putar
- Coleslaw
-Minuman sarsi

Set RM18.60
- 3 ketul ayam
- kentang putar
- Coleslaw
- Minuman sarsi

Nampak kan perbezaan set kombo ni . Kalau korang yang baru mencuba menu ni boleh order set combo RM14.50 . Kalau sudah mencuba dan nak repeat order untuk kali kedua boleh order set combo RM18.60 .

Adakah CCL akan repeat order KFC Golden Egg Crunch ? 
Ya . CCL akan repeat order, disebabkan sedap dan kena dengan citarasa CCL . 



KFC GOLDEN EGG CRUNCH SEDAP ATAU TAK SEDAP ,  REVIEW KFC GOLDEN EGG CRUNCH , RESEPI GOLDEN EGG CRUNCH , FOOD BLOGGER , REVIEW MAKANAN , KFC TELUR ASIN


Korang yang belum mencuba boleh la terjah KFC berdekatan . Yang sudah mencuba adakah citarasa korang sama dengan citarasa CCL ? Bagi feedback sikit tentang menu baru ni .

GIVEAWAY TRAVEL TOTEBAG BY ANA SUHANA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

- KLIK BANNER UNTUK JOIN -

SYARAT-SYARAT :


1. Follow blog anasuhana.com.



2. Follow IG Ana Suhana di SINI.



3. Buat entri bertajuk Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana, upload banner di atas dan backlink ke entri ni.



4. Jangan lupa tinggalkan url di bahagian komen entri ini.



5. Good luck and all the best to all 😍.




HADIAH :



5 orang pemenang akan mendapat sebuah Totebag bercorakkan travel (tempat-tempat menarik di dalam atau luar negara) dan sebatang pen perfume.



** Pemilihan pemenang akan di lakukan melalui sistem random.

tarikh tamat GA : 28 februari 2018