Assalamualaikum dan salam sejahtera
5 TIPS KEBAIKKAN SERUM YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MEMBELINYA | Sekarang ni banyak betul produk serum yang terjual di pasaran . Sayangnya tak semua wanita yang tahu apa itu serum dan apakah kebaikan serum yang sebenarnya. Kebanyakan kita selalu beranggapan bahawa serum adalah bentuk pelembab atau moisturizer yang mahal.
Serum bukan hanya untuk orang yang sudah berusia dan mempunyai kulit berkedut. Serum adalah sejenis pelembap namum berbeza dengan pelembap yang lain . Serum ni dia punya struktur lebih halus, ada nutrisi dan boleh bertindak sehingga ke dalam kulit korang .
Pada korang yang baru nak pakai serum baca dulu apa kebaikkan serum ni agar korang boleh memilih serum dengan tepat dan dapat rasa keberkesanan pada kulit . Sekurang-kurangnya sebelum korang terpengaruh untuk membeli dan menggunakannya korang sudah tahu serba sedikit tentang manfaat pemakaiannya.
-pelembap muka yang biasa hanya mengandungi 5-10 % bahan-bahan aktif. Serum pula mengandungi sehingga 70% bahan-bahan aktif yang sangat bermanfaat untuk kulit .
♥MENGANDUNGI BAHAN AKTIF YANG TINGGI DAN PADAT
♥MUDAH MERESAP JAUH DALAM KULIT-molekul dalam serum ni lebih kecil daripada molekul pelembap biasa . Oleh sebab itu, serum boleh meresap jauh ke dalam kulit, berbeza dengan pelembap yang mempunyai molekul yang lebih besar dan hanya berfungsi pada lapisan kulit yang pertama .
-serum melengkapkan penggunaan produk penjagaan wajah yang lain. Dengan sifat yang mudah meresap ke dalam kulit, serum dapat menyediakan kulit wajah korang untuk menerima produk lain dengan lebih efektif .
♥GANDKAN MANFAAT BERSAMA PRODUK PENJAGAAN KULIT YANG LAIN
-Jangan terkejut bila korang beli serum , botolnya kecil tapi harganya berganda mahal berbanding saiznya. Serum hanya perlu guna dalam kuantiti yang sedikit untuk mendapatkan kesan maksimum . Satu botol kecil serum boleh tahan 4 ke 6 bulan penggunaan
♥GUNA SEDIKIT , KESANNYA MAKSIMUM
♥SERUM MEMPUNYAI KUASA SPESIFIK-setiap jenis serum diciptakan untuk memberikan manfaat uang spesifik kepada kulit . Ia sesuai mengijut jenis kulit,umur dan keperluan kulit korang. Ada serum untuk memberikan kelembapan, ada yang cerahkan kulit dan ada juga untuk memudarkan kedutan .
Produk penjagaan kulit hanya akan berkesan apabila korang gunakannya dengan betul dan digunakan secara konsisten .






























