RESEPI KETAM SEGAR MASAK TIGA RASA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 



ketam masak tiga rasa , ketam segar , resepi ketam masak tiga rasa , blog resepi , tips memilih ketam segar , resepi masakan kampung , ketam segar dan manis

RESEPI KETAM SEGAR MASAK TIGA RASA  Hai pembaca blog CCL , korang penggemar ketam ? Selalunya korang akan masak apa ketam ni? Kalau dah tak tahu nak masak menu apa  . Apa kata hari ini cuba masak ketam kesukaan korang ini dengan menu tiga rasa . Soal rasa emang meletop dan nak masak pun senang , Yang penting perlukan ketam segar unutk rasa yang lebih sedap dan manis . CCL pasti seisi keluarga akan suka menu tersebut . Menu n juga sesuai untuk hidangan tengah hari dan makan malam  



BAHAN - BAHAN 
2 ekor ketam  dibersihkan
1 biji tomato didadu kecil
1 biji bawang besar didadu kecil
1 pokok daun ketumbar dihiris halu
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng



BAHAN- BAHAN UNTUK  DIKISAR KASAR
3 tangki cili merah
5 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2cm halia



CARA MEMASAK
1.Ketam yang telah dibersihkan gaul bersama garam dan serbuk lada sulah secukupnya.

2.Panaskan minyak, goreng ketam hingga cengkerang bertukar warna kemerahan. Ketepikan.

3.Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan secukupnya untuk menumis.

4.Tumiskan bahan kisar kasar hingga naik bau dan masukkan bahan dadu, sos cili, jus limau nipis, gaul rata.

5.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kemudian masukkan ketam. Gaul rata dan taburkan hirisan daun ketumbar di atasnya.
6.Sedia dihidangkan.



SELAMAT MENCUBA . 

PETUA HILANGKAN PEPIJAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera 



 petua hilangkan pepijat , tips hapuskan pepijat , gambar pepijat , apa itu pepijat , tanda -tanda ada pepijat , pepijat bahaya , pepijat pada tilam

PETUA HILANGKAN PEPIJAT  Pernah nampak pepijat ? ala yang kecil-kecil tu biasanya susah nak tengok sebab kulitnya telus (transparent). Tapi lepas pepijat tu dah selesai hisap darah boleh tengok badannya bertukar merah. Seekor pijat yang dah kenyang hisap darah, boleh hidup sehingga 6 bulan tanpa menjamah sebarang makanan lepas tu. Pijat nie suka menyelit di celah-celah sofa, katil, celah dinding, lantai .Tempat yang paling digemarinya ialah tilam dan bantal.



petua hilangkan pepijat , tips hapuskan pepijat , gambar pepijat , apa itu pepijat , tanda -tanda ada pepijat , pepijat bahaya , pepijat pada tilam


Bila dah terkena serangan pepijat ni , kenalah rajin menjemur tilam dan pakaian. Sebaiknya baju dan seluar direndam dalam air suam atau air panas terlebih dahulu sebelum dibasuh. Tilam dan bantal WAJIB dijemur bawah panas matahari 2-3 kali seminggu. Kalau jemur tiap-tiap hari terbaik! Tepuk-tepuk atau tumbuk dan ‘kungfu’ tilam dan bantal bucuk yang dijemur tu untuk ‘menggugurkan’ askar-askar pepijat yang bergayutan.

Ada bilik yang lantainya dari kayu atau dinding yang dihias dengan kayu. Jika dirasakan dah dihuni pijat, sembur seluruh bilik dan celah-celah kayu dengan ridsect atau shiledtox dsb.nya. Sembur dengan perasaan ‘geram’ dan tutup pintu bilik rapat-rapat. Lepas sembur lebih kurang setengah jam, akan kelihatan pijat-pijat semua keluar. Buang pijat-pijat tu pastu dinding semua curah dengan air panas yang baru mendidih untuk matikan telur-telur dia.


Kalau rajin lagi, tutup sebarang rekahan atau lubang-lubang pada dinding dan lantai dengan ‘melting glue’. Gam yang orang guna untuk buat kraftangan atau barang hantaran kahwin tu. 


korang juga boleh gunakan kulit durian .Cari kulit durian dan letakkan di bawah katil atau kat tempat yang dirasakan ada pijat. Biarkan di situ beberapa hari. InsyaAllah dalam 4-5 hari akan dapati banyak pijat yang mati. Ada juga pepijat yang ‘lari dari rumah’ sebab tak tahan dengan bau durian tu. Bagi tuan rumah yang tak tahan dan akan pening dengan bau durian pun akan lari juga…heheh

Jika korang sendiri tak tahan dengan bau durian, boleh gantikan dengan kulit limau nipis. Letakkan di tempat-tempat yang dirasakan strategik.

Selain dari guna durian. Petua yang ramai orang kata berkesan ialah dengan menggunakan daun durian belanda,tapi sekarang dah susah nak cari daun durian belanda , bukan setakat daun , rupa pokok pun dah jarang nampak . 


Daun serai pun boleh menghilangkan serangat pepijat Ambil daun serai dengan batang-batangnya sekali. Tumbuk-tumbuk agar hancur sedikit supaya ‘aromanya’ lebih menusuk. Letak kat bawah tilam dan katil. Beli kapur barus. Hancurkan dan tabur di bawah katil dsb.nya. Letak juga kat celah-celah rekahan atau lubang-lubang di lantai.


Kalau tak suka sembur-sembur racun serangga atau tak yakin dengan petua-petua dalam tu buat gotong-royong satu keluarga. Keluarkan semua barang dalam rumah. Cuci lantai, dinding, siling, kipas siling dan cuci semua barang yang boleh dicuci termasuklah perabot kayu dan tak kayu. Mop lantai rumah dalam tempoh berkala, 2-3 hari sekali. Lap perabot dalam tempoh berkala jugak atau sekurang-kurangnya seminggu sekali.


semoga tips - tips yang CCL share dapat membantu korang .



BLOGLIST NOVEMBER 2017



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

BLOGLIST NOVEMBER 2017


Luangkan masa join segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger , segmen kali ni ditaja khas dari blogger Zafirah Nazri . Misi mencari bloglist untuk bulan november . Jom la sama-sama join Ada rezeki terselit blog kesayangan korang dalam bloglist Zafirah Nazri pada bulan november , CCL dah join anda bila lagi ? nak tahu info dan syarat - syarat . jom terjah http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/10/bloglist-november-2017.html

tarikh tamat segmen pada 1 November 2017 

SUPRISE GIFT UNTUK ORANG TERSAYANG MELALUI PERKHIDMATAN PRINTIOCUS


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


apa itu printcious, barangan dari printciousgift, diy barang printciousgift, DIY printcious, menariknya printcious, khidmat cetakkan dari printcious,



SUPRISE GIFT UNTUK ORANG TERSAYANG MELALUI PERKHIDMATAN PRINTCIOUS Untuk memberikan kejutan kepada pasangan mahupun suami isteri  korang tak perlu  tunggu hari - hari tertentu ,boleh saja diberikan pada bila - bila masa .Disebabkan  Hari Ulang tahun  tak kisahlah Ulang Tahun Hari Lahir mahupun Ulang Tahun Hari Pernikahan ia merupakan hari yang sangat teristimewa  dalam hidup setiap orang.Saat ini setiap pasangan sah - sah buntu nak suprisekan hadiah untuk sambut hari teristimewa tersebut . Selalu tertanya - tanya hadiah apa yang nak diberikan oleh orang lelaki mahupun orang perempuan pada hari dan tarikh istimewa buat pasangan  . Selalu terfikir nak bagi hadiah yang lebih suprise buat pasangan . tapi bila idea tidak mencurah - curah balik - balik hanya terfikirkan hadiah berupa jam tangan , minyak wangi , kasut , tali leher  .Tahun depan ulang benda yang sama - sama. Ulang sampai mereput . Tak kisah lah  sama ada birthday mahupun anniversary  cuba bagi suprise yang lain sikit untuk tahun ni .Bagaimana perasaan korang kalau orang yang tersayang lalkukan suprise sampai buatkan korang terharu ? mesti seronokkan ? 

so , pada pasangan yang masih ternanti - nanti idea yang belum datang lagi ,sini CCL nak ajak korang semua terokai satu laman website yang bakal merungkai masalah yang boleh kusutkan kepala korang . 


apa itu printcious, barangan dari printciousgift, diy barang printciousgift, DIY printcious, menariknya printcious, khidmat cetakkan dari printcious,

apa itu Printcious?
Printcious adalah salah satu syarikat percetakkan online yang bermutu tinggi kualitinya.So korang yang kekangan masa untuk keluar mencari hadiah teristimewa korang wajib terjah laman web https://www.printcious.com/my/gifts/occasions/wedding  Antara produk yang ditawarkan oleh pihak Printcious ialah seperti barangan peribadi dan barangan company . 


apa itu printcious, barangan dari printciousgift, diy barang printciousgift, DIY printcious, menariknya printcious, khidmat cetakkan dari printcious,


barangan yang ditawarkan oleh Printcious 
  • magnet
  • tshirt
  • luggage tag
  • mugs
  • magnets
  • cushion pillow
  • door hangers
  • mousepads
  • photo rocks
  • baby rompers
  • bags
  • keychain
  • button badges
  • approns
  • caps
  • ceramic tiles
  • puzzle pictures
  • mint tees 
  • phone cases
  • costers
  • canvas
  • bag
  • lanyards

untuk info tambahan mengenai barangan yang ditawarkan dalam Printcious beserta design - design yang menarik , korang boleh terjah https://www.printcious.com/my/gifts/occasions/wedding . Bukan hanya design yang tertera dalam printcious sahaja , apa yang menarik lagi tentang Printcious ini juga merupakan salah satu medium di mana korang boleh mencipta hadiah tersebut . Sebagai contoh kita diberi peluang untuk DIY hadiah tersebut mengikut barangan yang kita pilih kemudian printcious  akan menjalankan proses mencetak lakaran yang korang lakarkan  ke atas barangan yang korang pilih .

sakit kepala untuk mencari hadiah sesuai untuk pasangan yang ideal  , dengan perkhidmatan https://www.printcious.com CCL harap post ini menyelesaikan beberapa masalah korang




“Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”

MENANG CONTEST DARI BLOGGER POKUCU.COM & SISAWA.COM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 



rezeki blog , menang contest , full makeover blog , tutorial menang contest , tips menang contest , giveaway , blog cantik  , blog simple , template baru


MENANG CONTEST DARI BLOGGER POKUCU.COM & SISAWA.COM  Sebenarnya ini cerita dua tiga hari yang lepas , hari ni baru sempat CCL luangkan masa untuk tulis entri . Sesekali busy dengan kerja sampaikan blog tak terupdate . Entri kali ni CCL nak kongsi perasaan gembira dengan korang semua . Perasaan gembira sebab apa ? haa .. kalau baca tajuk di atas semestinya korang dah tahu sebab apa CCL gembira sangat- sangat .Alhamdulillah rezeki blog untuk bulan oktober hasil sentiasa support contest yang blogger - blogger adakan , hasil kerajinan untuk join pelbagai segmen , giveaway dan contest  , say syukur alhamdulillah apabila blog CCL dipilih dalam salah satu contest ini



rezeki blog , menang contest , full makeover blog , tutorial menang contest , tips menang contest , giveaway , blog cantik  , blog simple , template baru

Rasanya ini hadiah yang paling besar . besar ke ? yeah bagi CCL besar untuk blog kesayangan CCL ini .Dua hari lepas Sis Awa owner contest bersama sponser contest tersebut Pokucu dah pun umumkan pemenang bagi contest 'SUPPORT ME ! POKUCU CONTEST' . Alhamdulillah rezeki blog CCL untuk menang . Yang menariknya  pemenang dipilih atas dasar penilaian sponser contest ini iaitu Pokucu 



rezeki blog , menang contest , full makeover blog , tutorial menang contest , tips menang contest , giveaway , blog cantik  , blog simple , template baru



hadiah apa yang buat CCL gembira sangat tue ? hahh CCL menang full blog makeover ,Alhamdulillah walaupun menang tempat kedua hadiahnya pun berbaloi jugak .Apa yang lebih CCL suka adalah yang bakal makeover blog CCL adalah Sis Awa . Designer blog  , rasanya dah ramai blogger yang kenal dengan Sis Awa dan dah ramai jugak sudah menggunakan perkhidmatan makeover blog dari beliau . Design - design yang Sis Awa keluarkan semestinya sangat - sangat simple , walaupun simple CCL jatuh hati tengok design - design sebab cantik . CCL terfikir juga untuk menggunakan perkhidmatan makeover blog hasil seni dari beliau . fikir - fikirnya ujung tahun ni baru nak merisik hasil kreativiti Sis Awa . So buka tahun baru 2018 blog pun berwajah baru .
Memandangkan CCL  memenangi full makeover blog so rasa-rasanya tak sabar nak kasi Si Awa makeup - makeup apa yang perlu diperbaiki dalm blog CCL  , biar lagi kemas simple dan menarik . 

So sekali lagi big thanks to Pokucu kerana memilih blog CCL sebagai pemenang tempat kedua bukan sahaja penganjur contest , big thanks jugak kepada korang semua yang selalu terjah blog CCL yang suam - suam kuku .Tahniah juga kepada dua lagi rakan blogger yang turut memenangi contest yang sama . keep it blogging . 



SINOPSIS DRAMA MR.HIJAB SLOT IRIS TV3



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 



Mr.hijab,drama mr.hijab,sinopsis drama mr.hijab,ost lagu drama mr hijab, pelakon drama mr.hijab , mr.hijab slot iris tv3


SINOPSIS DRAMA MR.HIJAB SLOT IRIS TV3 | 'Abang jual tudung bukan pakai tudung ' & ' Ingat abang tak pandai lilit-lilit tudung ke ' tue salah satu trademark drama terbaru ni . First CCL tengok iklan drama terbaru ni sangkakan itu tajuk drama tersebut rupa-rupanya bukan . drama bersiri bertajuk Mr Hijab untuk slot Iris TV3. Drama ini diarahkan oleh Zafizam. Dibintangi oleh Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Wan Sharmila, Shiqin Kamal, dan ramai lagi. Saksikannya mulai 17 Oktober ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.30 petang di TV3.




Mr.hijab,drama mr.hijab,sinopsis drama mr.hijab,ost lagu drama mr hijab, pelakon drama mr.hijab , mr.hijab slot iris tv3


WATAK PELAKON
Sharnaaz Ahmad sebagai Rem
Nabila Huda sebagai Fazira
Wan Sharmila sebagai Luna
Shiqin Kamal sebagai Bienda
Didie Alias sebagai Datin Lela
Hafiz Hamidun sebagai Syamiel


SINOPSIS MR HIJAB
Mengisahkan Rem (Sharnaaz Ahmad), yang tidak hanya kacak malah sungguh arif dalam penggayaan hijab yang menarik minat para pelanggan di butik milik Fazira (Nabila Huda).Fazira, seorang model terkenal mengambil keputusan untuk membuka butik berkonsep muslimah, setelah berkahwin dengan ustaz muda bernama Syamiel (Hafiz Hamidun).

Fazira mula mencari lokasi butik yang menjadi tumpuan orang ramai dan juga vendor-vendor yang bersesuaian dengan imej butik muslimahnya. Dengan populariti yang Fazira miliki, ramai yang menawarkan diri untuk menjadi vendor. Penjual pakaian muslimah atas talian yang terkenal, Bienda (Shiqin Kamal) berminat untuk  untuk menyertai butik Fazira dan Fazira teruja kerana sudah tentu dapat membantu menaikkan lagi imej butiknya. Begitu juga dengan Datin Lela (Didie Alias), walaupun sudah mempunyai beberapa buah butik juga mahu menyertai butik Fazira kerana merasakan butik Fazira mempunyai potensi untuk dia mengembangkan lagi bisnesnya. Daripada awal, Datin Lela dan Bienda tidak sefahaman.  Kerapkali mereka berbalah mengenai perkara yang remeh temeh.

Butik Fazira juga turut menjadi tapak buat pelakon terkenal iaitu Luna (Wan Sharmila), yang baharu menjinakkan diri dalam bisnes penjualan tudung untuk menaikkan kembali reputasinya setelah dihimpit kontroversi. Sementara itu, Rem yang membantu ibunya mencadangkan kepada ibunya yang dipanggil Kak Chik untuk mencuba nasib menjadi vendor di butik Fazira. Tetapi malangnya setelah melihat rekaan tudung Kak Chik, Fazira menolak kerana merasakan rekaan tudung-tudung kak Chik ketinggalan. Kak Chik pulang dengan hampa namun Rem tetap tidak berputus asa. Dia mempunyai rancangan lain untuk ibunya itu dan berjanji suatu hari nanti Fazira sendiri akan dapat mencari ibunya.

Ternyata kata-kata Rem memang benar, apabila Fazira menawarkan Kak Chik ruang sebagai salah seorang vendor setelah dia melihat sendiri gerai jualan tudung Kak Chik di bazar menjadi tumpuan orang ramai. Rem mengatur strategi yang lebih hebat lagi untuk emaknya itu. Malang menimpa, Kak Chik diserang strok. Rem terpaksa mengambil alih tugas emaknya. Mempunyai wajah yang kacak dan berbadan sasa, kehadiran Rem telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan wanita di butik Fazira. Bukan sahaja pelanggan, kekacakkan Rem turut memikat hati Bienda, Luna dan Datin Lela. Ketiga-tiga mereka mula bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan Rem.
 


MYLARA SKINCARE



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 



MYLARA skincare, produk MYLARA skincare, kebaikkan produk MYLARA skincare,cara penggunaan MYLARA skincare, produk kecantikkan , MYLARA

MYLARA SKINCARE  Masih mencari produk yang sesuai?
Apa kata Cuba MYLARA Skincare ini. Nak tahu lebih lanjut mengenai MYLARA Skincare?? Jom Baca entry ini sampai habis..

MYLARA skincare, produk MYLARA skincare, kebaikkan produk MYLARA skincare,cara penggunaan MYLARA skincare, produk kecantikkan , MYLARA


Mengenai MYLARA SKINCARE
MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah! MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinikal dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan.


Berkesan merawat
1. Kulit kusam
2. Kulit berminyak
3. Jerawat
4. Jeragat
5. Parut jerawat
6. Hiperpigmentasi


Kelebihan MYLARA
SELAMAT
Mylara diformulasi oleh YANG PAKAR tanpa bahan kimia bahaya dan telah mendapat kelulusan KKM dan dijamin halal

PROVEN
Mempunyai lebih daripada 99 testimoni terkumpul

MUDAH DIGUNAKAN
Hanya menggunakan 4 item asas penjagaan wajah. Tak sampai 5 minit dah boleh look amazing

KULIT WAJAH SEMAKIN SIHAT 
Kulit sentiasa terawat dan Mylara meminimumkan pertumbuhan jerawat/jeragat/parut.

TIADA KESAN SAMPINGAN
Menggunakan 98% bahan organic dan mempunyai 0.01% risiko menyebabkan alahan atau kesan sampingan di wajah.


MYLARA skincare, produk MYLARA skincare, kebaikkan produk MYLARA skincare,cara penggunaan MYLARA skincare, produk kecantikkan , MYLARA

4-in-1 Collagen Cleanser (60ml)
Pencuci wajah yang mempunyai 4 fungsi utama yang boleh menghapuskan kesan-kesan make-up, minyak dan kekotoran. Menghapuskan make up pada mata dengan lembut serta ekdfoliasi ringan untuk wajah yang lembut, licin dan cerah.
Cara Penggunaan : Cuci muka dua kali sehari dengan mengikuti dua langkah berikut:
- Pamkan 1-2 kali pencuci muka ke atas tangan yang basah , buihkan dan ratakan ke atas muka dan leher.
- Bilas dengan air suam secukupnya dan biarkan kering sebelum menggunakan Mylara Pore Refining Facial Toner.


MYLARA skincare, produk MYLARA skincare, kebaikkan produk MYLARA skincare,cara penggunaan MYLARA skincare, produk kecantikkan , MYLARA

Facial Toner (60ml) 
Pelembap wajah yang membantu prose semulajadi kulit iaitu membersih dan membaikpulih dengan mengecilkan pori-pori, menyeimbang kelembapan dan kandungan minyak, membuat kulit terlihat sihat, tegang dan berseri.
Cara Penggunaan : Selepas mencuci muka, di atas permukaan kering; 
- Basahkan kapas dengan toner secukupnya. Ratakan perlahan di muka dan leher dengan arah ke atas. - Untuk perlindungan optimum, gunakan Mylara Matte CC Cream atau Mylara Revitalizing Night Cream selepas toner.



MYLARA skincare, produk MYLARA skincare, kebaikkan produk MYLARA skincare,cara penggunaan MYLARA skincare, produk kecantikkan , MYLARA

Matte Miracle CC Cream SPF 30 (7g)
Krim multifungsi yang berkesan melindungi kulit wajah dari sinar matahari yang bahaya dengan SPF 30. Terbukti secara secara klinikal dapat meningkatkan tekstur kulit dan memberi kelembapan yang secukupnya dengan warna matte yang elegan. “CC’’ bermaksud color corrective, dan ia terdiri dari primer pencerah wajah, foundation ringan, pelembap, dengan bahan-bahan anti-penuaan dan pemangkin kolagen.
Cara penggunaan : Selepas penggunaan toner, sapukan CC Cream 15 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari. Adalah digalakkan untuk menambah sapuan selang 2 jam jika masih terdedah kepada sinaran matahari.



MYLARA skincare, produk MYLARA skincare, kebaikkan produk MYLARA skincare,cara penggunaan MYLARA skincare, produk kecantikkan , MYLARA

Revitalizing Night Cream(7g)
Krim malam yang berfungsi mencerah yang masuk jauh ke dalam lapisan wajah untuk menyubur dan melembap kulit sehingga 8 jam. Membantu menghapus noda dan mencerah seawal 14 hari pemakaian dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinis.
Cara Penggunaan : Sebelum tidur, selepas penggunaan pencuci muka dan toner


MYLARA skincare, produk MYLARA skincare, kebaikkan produk MYLARA skincare,cara penggunaan MYLARA skincare, produk kecantikkan , MYLARA


Kenapa MYLARA SKINCARE pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit dan ingin merawat kulit mereka? 

Ini kerana MYLARA SKINCARE memiliki doktor dan staff-staff yang mahir di bidang masing-masing. Dengan adanya kumpulan serba mahir ini, MYLARA SKINCARE memberi jaminan produk dan perkhidmatan yang bakal membuat anda selesa dan yakin menggunakan produk yang berasas sumber alam yang diiktiraf selamat.

MYLARA SKINCARE membawa aspirasi Awaken Your Best Skinkhusus buat para remaja serta wanita dan lelaki untuk menampilkan sisi terbaik anda dengan bahan-bahan dari alam semula jadi. Kecantikan dan keyakinan berhak anda miliki. Keselesaan dan keselamatan pengguna adalah matlamat MYLARA SKINCARE.

MYLARA SKINCARE memiliki produk dan perkhidmatan yang berasaskan ekstrak tumbuhan dan buah berkualiti. Diformulasi dengan teknologi terkini di kilang yang diiktiraf GMP pasti bakal memberikan hasil yang optimum dan selamat untuk kulit para remaja, lelaki dan juga wanita.


Dekat mana boleh dapatkan MYLARA SKINCARE ni?

Boleh juga whatsapp terus ke 013-9200960
atau e-mail ke mylaraskincare@gmail.com

Guide dari Dr.Mai sendiri dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh tanya secara terus dekat beliau.. Terbaik perkhidmatan yang diberikan oleh MYLARA Skincare..



FIRST GIVEAWAY FROM RONALDMOHONI.COM


Assalamualaikum dan salam sejahtera



FIRST GIVEAWAY FROM RONALDMOHONI.COM   ayuh ramai-ramai join Giveaway yang baru dijalankan ni , syarat-syarat pun cukup simple hanya follow , tinggalkan komen pada entri - entri blog beliau 

Hadiah yang menanti pemenang ialah 
1. Wang tunai Rm10 untuk 3 pemenang (ditentukan oleh cabutan tiket nombor peserta)
3. Kupon Reload Rm5 untuk 2 pemenang (ditentukan oleh cabutan tiket nombor peserta)
2. Top Refferal Rm10 untuk 1 pemenang (ditentukan oleh sistem statistik blogger.com)


klik banner di atas untuk join 



BLOG CIKCAPPUCCINOLATTE TERSENARAI DALAM BLOGLIST OTAI



Assalamualaikum dan salam sejahtera .



Bloglist,tutorial bloglist,rezeki blog, menang bloglist,pentingnya bloglist , trafik dari bloglist

BLOG CIKCAPPUCCINOLATTE TERSENARAI DALAM BLOGLIST OTAI  | Selamat pagi dan salam menjemput rezeki . Alhamdulillah dua tiga hari ini rezeki blog ada lagi. Menang bloglist dari blogger-blogger otai ini merupakan satu kegembiraan tapi . .tapi . . Bukan sahaja dari blogger- blogger otai dari rakan blogger lain pun itu satu kegembiraan bagi CCL 

Awal Oktober hari tue CCL menang bloglist dari blogger otai . Yang masih belum lagi baca cerita tue boleh rujuk entri DI SINI , hari ni pula  blog CCL terselit lagi dalam blogger otai hasil CCL join segmen INI . Dua- dua blogger otai sebab CCL selalu follow diorang ni walaupun kadang-kadang jadi silence readers . 

Bloglist,tutorial bloglist,rezeki blog, menang bloglist,pentingnya bloglist , trafik dari bloglist

Blogger otai mencari 30 blog yang aktif sahaja untuk dimasukkan dalam bloglist beliau . Baru kejap tadi CCL dah terjah senarai blog yang terpilih baru 27 blog yang terpilih . Maksudnya masih lagi berbaki tiga tempat kosong . Senarai blog yang terpilih boleh terjah SINI . Mungkin kalau ada yang nak join rasanya masih sempat lagi .Mana tahu kalau sambutan yang banyak blogger Hasrul Hassan akan lanjutkan 30 bloglist menjadi 40 bloglist . Kita mana tahu kan . Tahniah jugak pada blogger lain yang terpilih moga membawa kebaikkan kepada blog korang semua  . Terima kasih blogger Hasrul Hassan memilih blog CCL. Bukan mudah untuk masuk dalam bloglist blogger otai blogger yang dah lama berpengaruh dalam dunia blog ni . Tapi alhamdulilkah terpikih juga.Syarat untuk masul bloglist estilah salah seorang blogger yang sentiasa update entri bligger yang aktif bukan blogger yang biarkan blog bersawang . Buat satu entri yang berceritakan mengenai blog sendiri dan blog otai tersebut dengan cara yang kreatif .


GIVEAWAY SUKA HATILAH BY EIN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



GIVEAWAY SUKA HATILAH BY EIN  | Hai korang semua- semua yang baca entri ni , CCL nak ajak korang join satu GA ini . Sebab apa CCL ajak korang join ? Apa yang menarik tentang GA ini ? Haa , mai sini CCL nak cerita . 

Rasanya kalau sebut Dexandra Perfume semua orang dah boleh terbayang rupa paras bauan perfume tersebutkan . Korang biasa pakai Dexandra perfume atau korang salah sorang pengguna Dexandra perfume ?  haa korang wajib join GA ini sebabnya hanya seorang sahaja pemenang yang bakal dapat Dexandra perfume . 

Ok , kalau macam CCL bukan pengguna Dexandra perfume, bukan sebab tak mampu nak membeli dengan harga RM60 kalau tak salah CCL , tapi disebabkan perfume CCL yang dah berbelas botol  masih ada lagi yang berbeza bau wanginya . So CCL skip untuk membeli . Pakai bagi habis dulu perfume yang ada .elakkan pembaziran . So CCL join GA ini dengan harapan kalau ada rezeki untuk menang dapat la pakai Dexandra . 

Korang yang nak join boleh klik banner diatas sebelum tarikh tutup 23 oktober 2017 . Jangan lepaskan peluang .. 

Tag http://missobsesi.blogspot.my & http://www.sayidahnapisah.com



SEGMEN : NAK OM REVIEW BLOG ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera 






kelajuan blog 
ok bila CCL masuk sahaja blog OM ni memang tak ada langsung masalah loading blog yang lambat , buka-buka terus je cepat , lepas tue takder pulak iklan - iklan yang mengganggu bila CCL nak baca entri 


header 
mungkin bagi CCL header penting juga bagi sesebuah blog , iyer la  kalau kita masuk rumah orang mesti melalui pintu , macam tue jugak dengan blog sebelum nak baca entri mesti melaui header yang cun melecun gitu . apa pun header blog OM memang cantik . edit sendiri ker ? 


sidebar blog 
sidebar blog OM tak banyak , dia letak yang penting sahaja , tapi ini salah satu punca blog loadingnya cepat , cuma CCL suggestkan OM letakkan scroll bar untul bloglist & blog archive . nampak makin kemas di sisi sidebar 


mungkin itu saja overall CCL nak komen , 


nak join klik https://ombakbergigis.blogspot.my/2017/09/segmen-nak-om-review-blog.html

HOMEMADE GARLIC BUTTER SPREAD SUPER DUPER EASY JIMAT MASA DAN TENAGA



Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Garlic butter , resepi garlic butter, cara membuat garlic butter, blog resepi, resepi roti , garlic bread, garlic bread garlic butter

HOMEMADE GARLIC BUTTER SPREAD SUPER DUPER EASY JIMAT MASA DAN TENAGA | Kebiasaan bangun pagi menu breakfast yang sering CCL jamah adalah nasi lemak , kalau bangun on time . Kalau bangun tak on time terbabas sedikit minit dan saatnya alamatnya perut ni dijamu dengan roti , tak pun biskut. Tapi perut ni mengada sangat even breakfast ringan-ringan pukul 10 nanti confirm akan lapar lagi . Kalau breakfast makanan yang berat sikit cukup la tahannya sampai lunch . 

So breakfast pagi ni , macam biasa nasi wajib ada sebagai hidangan , tapi adik-adik pulak request nak makan roti sebelum berangkat pergi sekolah . So CCL terpaksa rushing sediakan menu-menu memandang awal jugak bangun hari ni .Selalu korang teringin nak makan roti bakar paling malas pun mesti letak marjerin tambah gula tak pun marjerin tambah kaya je kan?

Tapi takkan tu je, kadang-kadang nak la juga tukar selera betul tak? Meh CCL nak share resepi sarapan ikut selera tekak omputih sikit. Boleh buat sekali banyak simpan dalam peti. Nak makan, sapu then bakar je. Memudahkan diri in future gitu.



BAHAN:

  • 1/2 cawan butter
  • 1 sudu teh serbuk bawang putih
  • 1/4 sudu teh serbuk bawang merah
  • 1/2 sudu teh serbuk parsley
  • 1/2 sudu teh serbuk cili merah
  • Serbuk lada putih 
  • Serbuk lada hitam




CARA-CARA:
1.Gaulkan semua bahan- bahan diatas

2.Sapu bahan - bahan tadi yang sudah siap digaul pada roti then bakar atau grill je atas pan. Kalau ada pembakar roti jenis kepit (sandwich toaster) lagi mudah.

3.Nak lagi sedap letak cheese ke telur ke diantara dua keping roti tu pehh terbaik!

Selamat mencuba

MENANG RELOAD RM5 DALAM SEGMEN BLOGWALKING BERSAMA ATIAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Menang segmen,menang topup,reload topup , cara reload topup maxis,tips reload topup dengan mudah

MENANG RELOAD RM5 DALAM SEGMEN BLOGWALKING BERSAMA ATIAH  Alhamdulillah syukur rezeki join dalam segmen INI ada jugak luck untuk menang, setiap kali join sebarang contest yang ada dalam blog bukan berharap untuk menang. Tapi ini dinamakan rezeki . Kecil atau besar menang hadiah tue anggap itu salah satu rezeki . Untuk hadiah yang CCL menang hasil join segmen yang dianjurkan oleh blogger Atiah adalah reload topup RM5 . Alhamdulillah terima kasih CCL ucapkan kerana anjurkan segmen ini . Terima kasih jugak mr.random yang memilih number CCL yang berada dalam senarai . Blogger Atiah pun dah selesai bagi no pin untuk CCL masukkan . Alhamdulillah CCL doakan supaya sentiasa dimurahkan rezeki . 


Menang segmen,menang topup,reload topup , cara reload topup maxis,tips reload topup dengan mudah

NASI GORENG UDANG KERING



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Nasi goreng udang kering,nasi goreng udang kering pedas,nasi goreng simple,resepi nasi goreng,blog resepi,menu sarapan pagi


RESEPI NASI GORENG UDANG KERING  |  Selamat pagi dan salam hujung minggu bersama keluarga tercinta. Hujung-hujung minggu macam ni la semua orang berpeluang bersarapan bersama - sama family tercinta. So apa menu sarapan pagi korang hari ni ? Tak payah serabutkan kepala fikir menu apa yang sesuai untuk sarapan pagi hari ni . CCL akan kongsi satu resepi untuk korang semua yang mampu tambat selera ahli keluarga .

Nasi goreng udang kering.



Bahan-bahan 


Nasi goreng udang kering,nasi goreng udang kering pedas,nasi goreng simple,resepi nasi goreng,blog resepi,menu sarapan pagi

  • Udang kering
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Daun kucai
  • Minyak masak
  • Nasi putih
  • Garam / gula 

Cara membuat


Nasi goreng udang kering,nasi goreng udang kering pedas,nasi goreng simple,resepi nasi goreng,blog resepi,menu sarapan pagi


1.Rebuskan udang kering bersama cili kering. Itupun kalau korang rajin. Kalau tak rajin tak perlu rebus.

2.Gunakan lesung batu untuk tumbuk bawang merah, cili kering dan juga udang kering . Sebab itu CCL melakukan proses perebusan dulu, bila rebus Cili kering bersama udang kering senang untuk dihancurkan . Guna lesung batu itu satu kepuasan untuk memasak. Kalau malas boleh pakai blander

3.Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk halus ke dalam kuali. Kacau sama rata. 

4.Setelah bahan yang ditumbuk dimasak garing,tapi jangan sampai hangit yer. Korang boleh masukkan nasi putih . Gaul nasi putih dan bahan-bahan tadi biar sama rata .

5.Masukkan daun kucai. Kalau nak masukkan sayur lain pun itu ikut citarasa korang . Gaul sama rata, jangan lupa masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Dah siap untuk dihidangkan .

Selamat mencuba .