Assalamualaikum dan salam sejahtera
Zus Coffee With CEO Latte Setelah 3 hari bercuti Public Holiday iaitu cuti 'Hari Malaysia' serta cuti sempena 'Maulidur Rasul' pagi ni barulah masuk office . Minggu ni cuti sekolah memang tak menang tangan la dibuatnya . Report harian pun bertimbun hari demi hari. Selesai cuti sekolah ni la agaknya kena teliti dan fokus day by day untuk report tersebut .
Nak chill-chill jer pagi ni CCL order Zus Coffee . Selalunya feveret CCL tak lain tak bukan 'Ice Spanish Latte' kan .. pagi-pagi ni tukar menu lain pulak . CCL order Zus CEO latte . Minum panas-panas dengan cuaca kat luar pulak hujan memang layan laaaa ..
Zus CEO Latte ni bagi CCL rasanya memang ngamm . Latte ni kurang susu so tak muak sangat . Seperti biasa ada dua option coffee bean , boleh pilih sama ada nak boss atau lydia . Kalau korang sejenis pengemar kopi CCL suggest pilih coffee bean boss . Sebab dia ada rasa pahit kopi tu kuat sikit laa . Tapi jangan risau CEO Latte ni tak ada la pahit macam espresso tu . Minum panas-panas tu best ..layan jerr aroma kopi .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Asyik dengan Spanish Latte jer kan . Hari ni ubah citarasa sikit , lepak Zus sambil order Watermelon Latte . Not bad juga rasanya . Rasa kopi dan juga rasa tembikai tu dua-dua rasa yang seimbang . Kombinasi antara kopi dan tembikai yang boleh diterima tekak CCL . Rasa espresso yang tidak terlalu kuat dan rasa perisa tembikai yang tidak terlalu manis, sambil sedut air ni, sambil terbau-bau aroma tembikai .
Harga Ice Watermelon Latte RM10.90
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Zus Coffee : Watermelon Frappe Zus Coffee keluarkan flavour baru lagi . Kali ni ' Watermelon Series' iaitu Watermelon Frappe & Watermelon Latte (ice/hot) . Setiap dua pembelian edisi tersebut hangpa akan dapat freegift sticker dan juga angpow CNY yang dikeluarkan dari Zus Coffee sendiri .
So, CCL cuba Watermelon Frappe . Disebabkan pembelian satu minuman jer so tak dapat la freegift tersebut . Untuk minuman edisi kali ni watermelon frappe ni tak dinafikan memang sedap . Rasa manis tembikai merah, gabungan rasa masam lemon dan berlemak tu memang kena dengan tekak CCL , tetapi untuk korang yang tak minum manis CCL sarankan untuk korang request less sugar . Boleh repeat lagi . Next repeat nak request less sugar . Sebab normal sugar ni pun dah cukup manis .
Harga RM14.90 .