Assalamualaikum dan salam sejahtera
TIPS FESYEN : SESUAIKAN WARNA BLAZER MENGIKUT KEADAAN | Blazer berwarna mampu menambah sentuhan unik terhadap gaya harian individu . Bagaimanapun, mengayakan blazer berwarna tak semudah yang disangkakan kerana kalau tersilap padanan warna ianya mampu mengundang malapetaka . Cewahh !! Malapetaka tu . Hehe . .ok kunci kepada pengayaan sempurna ialah anan warna pakaian dengan blazer . Sebab apa padanan warna pakaian dengan warna blazer itu penting ? Sebabnya padanan kedua-dua pakaian ni mampu menimbulkan rupa dan aura yang serba segar . Fesyen kontemperori kini adalah menguasai personaliti dan bermain dengan pakaian , so mengayakan blazer berwarna merupakan satu langkah yang tepat .
Berikut beberapa warna blazer yang korang boleh cuba .
1. BIRU MUDA
■ merupakan pilihan warna yang segar dan bergaya
■sesuai digayakan pada musim panas dengan warna seakan-akan pucat
■memberikan satu rupa yang segar dan mendamaikan
2. MERAH
■blazer merah kurang menjadi pilihan bagi kebanyakkan golongan lelaki
■warna yang terlalu menonjol
■ianya lebih cantik sekiranya pakai dengan rona yang tepat
■selesa digayakan pada musim panas
■sekiranya dipakai untuk majlis formal , majlis meraikan something warna merah seperti burgundy merupakan pilihan yang sesuai
3. PASTEL
■merupakan warna blazer kegemaran ramai ketika musim panas
■ nampak menawan di bawah sinaran matahari sekaligus membuatkan si pemakai lebih sejuk
■tak menyerap haba seperti kebanyakkan warna gelap
4. PUTIH
■tampak hebat dengan padanan baju gelap kerana memberikan tirik tumpuan pada individu .
■ baju bercorak dipadankan dengan blazer putih akan menyerlahkan gaya santai dan ranggi
■ sesuai digayakan pada musim panas .

