Memaparkan catatan dengan label RESEPI PENCUCI MULUT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI PENCUCI MULUT. Papar semua catatan

RESEPI : DESSERT SAGU BERSAMA SUSU CAIR BERKRIM


Assalamualaikum dan salam sejahtera .

RESEPI : DESSERT SAGU BERSAMA SUSU CAIR BERKRIM  selalunya menu ni dipanggil sebagai "Sagu gula melaka " disebabkan bekalan untuk gula melaka memang tak ada di dapur ni .so CCL tukar kepada penggunaan susu cair dan susu pekat .


RESEPI, RESEPI PENCUCI MULUT, RESEPI SAGU GULA MELAKA, RESEPI SAGU BERSAMA SUSU BERKRIM, SAGU GULA MELAKA, SAGU SUSU BERKRIM, GAMBAR SAGU GULA MELAKA, GAMBAR SAGU BERSAMA SUSU BERKRIM, CARA MUDAH MEMBUAT SAGU GULA MELAKA


BAHAN-BAHAN

  1. Sagu
  2. Susu cair
  3. Susu pekat
  4. Daun pandan
  5. Pewarna 
  6. Air
  7. Garam

CARA MEMBUAT


RESEPI, RESEPI PENCUCI MULUT, RESEPI SAGU GULA MELAKA, RESEPI SAGU BERSAMA SUSU BERKRIM, SAGU GULA MELAKA, SAGU SUSU BERKRIM, GAMBAR SAGU GULA MELAKA, GAMBAR SAGU BERSAMA SUSU BERKRIM, CARA MUDAH MEMBUAT SAGU GULA MELAKA

  1. Rendamkan biji sagu dalam 15 minit.
  2. Masukkan sagu ke dalam air yang tengah mendidih. Kacau perlahan-lahan sehingga sagu berwarna putih tadi bertukar menjadi jernih . Boleh tambah air mengikut sukatan sagu.
  3. Kacau perlahan-lahan sagu sehingga sagu menjadi likat dan boleh masukkan sedikit pewarna
  4. Sagu yang siap dimasak hendaklah di ditapis untuk membuang lebihan kanji yang ada pada sagu,dan jiruskan sedikit air ke atas sagu yang di tapis.  barulah nanti sagu nampak cantik,dan masukan ke dalam acuan dan disejukkan
  5. Masukkan susu cair dan susu pekat sedikit sahaja ,kacau sehingga sebati atas api yang perlahan.
  6. Masukkan secubit garam dan masukkan daun pandan untuk menaikkan lagi aroma .kacau sehingga  mendidih.
  7. Susu tersebut boleh dibiarkan sejuk seketika barulah dihidangkan bersama sagu yang telah disejukkan tadi
Selamat mencuba .