Assalamualaikum dan salam sejahtera
SELEBRITI ALIF SATAR MENGESAHKAN DIRINYA POSITIF COVID-19 SELEPAS MENJALANI UJIAN SARINGAN KALI KEDUA Selebriti dan penyanyi popular, Alif Satar mengesahkan dirinya positif COVID-19 setelah mendapat keputusan saringan hari ini.Beliau yang kini sedang menjalani kuarantin memaklumkan telah memberikan nama dan kontak rapat kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.Berita itu telah dikongsikan di laman Instagramnya sendiri sebentar tadi.
assalamualaikum.. dalam kesibukkan alif menjalankan penggambaran, alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan. Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif. Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari.. dan alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan... p/s alif sekarang menjalani proses kuarantin.


